25 Mar 2015

It's Just My Personality

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم
-------------------------------

Sometimes others said that I am a strict person..

Sometimes others said that I am the funniest one!

Sometimes others think that I am arrogant! "Really? of course not!"

Sometimes others said that I am matured person..

Sometimes they told me that I am like a child.. "o_O??"

Sometimes others keep telling me that I have an innocent face..

Sometimes other said that I always smile... "^_____^"

Sometimes they also told me that I'm little fierce.. "bekeng~hehe"

Whatever other said, that just their opinion.. 
From what they observed when they around me..
And I'm glad to hear colourful side of me..

For me.... It's just my personality! (:

----------------------------------
I'm not a perfect person,
I make a lot of mistake BUT..
still I love those people who
stay with me after knowing
how I really am... (:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

3 Jan 2015

My Lovers, Habibullah Muhammad S.A.W

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

























Ya Badrotim

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...
Engkau menyinar di alam tinggi...
Di alam tinggi...

Terangi kegelapan dan kebatilan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...
Dengan mu alam bergemerlapan...
Bergemerlapan...

Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya...(2 kali)
Siang dan malam jua...(2 kali)

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...(2 kali)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna...

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Ya badrotim,Ya badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'ab,Madza yu'ab
Bir'an 'ulaa kamaqalii

Wahai purnama...wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana...bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata


Ada seorang lelaki.. 
Bila kamu suka dalam diam,
Dia tetap tahu..
Bila kamu mengikuti setiap langkahnya,
Dia juga tahu..
Bila kamu menangis kerana kamu merindukannya,
Dia juga merinduimu..
Walau kamu kadang lupa kepadanya,
Dia sentiasa ingat kepadamu..

Itulah Nabi Muhammad s.a.w ;)
Selawat dan salam ke atas baginda..
Cinta dan syafaat darimu yang kami dambakan :')


SALAM MAULIDUR RASUL
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

2 Jan 2015

#2015

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Allah... berhabuknya blog nie.. Last post, bulan Julai lepas..
See.. Betapa sibuknya tuan punya belog ni.. =_=!

Pejam celik, kita dah berada tahun 2015. Tapi kalau mengikut kalendar Islam, kita dah lama menyambut tahun baru.

Tahun 2014, negara kita diuji dengan pelbagai ujian. Yang paling baru, banjir yang melanda di pantai timur, khususnya di negeri Kelate (negeri kelahiran ambo), Pahang, dan Terengganu yang mengalami banjir teruk.

Allah uji sebab Allah sayang kat hamba-hambaNya. Saya rasa tersentuh tengok photo2 yang diupdate di FB. Tambah-tambah bila dengar mangsa2 banjir ni mengucapkan redha.

Allah.. kalau saya di tempat mereka belum tentu saya ada kekuatan yang macam tu. :(

Sebenarnya saya agak sedih kerana tak dapat pulang ke Kelantan. Nak ubat rasa kesedihan tu, saya menelefon ibunda yang jauh di negeri cik siti wan kembang..

Kami bertukar khabar, bertukar ceghita, sekali-sekala saya melawak.. bonda saya terkekek ketawa.. Tengah-tengah perbualan, saya bagitau kat ibunda..

"Ma, oghe dah 24 dah tahun nie. Oghe dah tua ma..." (sambil buat bunyi menangis, sbb rasa dah tua.. hihi)

"Dah ada gewe ke belom? Boleh dah koho-koho cari tu.." (bonda saya mengekek ketawa)

Ok.. sekarang saya benar-benar rasa diri dah tua. Sebabnya masa saya belajar dulu, bonda saya tak pernah pun mengusik saya soal jodoh atau bab kahwin-kahwin ni. Bila ada bapa sedara or jiran-jiran mengusik, pasti bonda yang akan mencantas dulu usikan tu.

"Dia muda lagi.. Belajar dulu.. Jangan duk fikir sangat kahwin-kahwin ni.."

See.. sekarang siapa yang macam tak sabar2 nak menantu.. haha..

"Ma la tulung cari ke oghe. Oghe tak gheti. Ma cari je sapo2 hok ma raso molek, baik, cukup semayang." (jalan selamat nie.. hihi)

"Larh.. xdok ko tempat ngaji nun saen2. Ma nok cari mane gak kat kapung nie. Jupo hok molek, cukup semayang boleh doh tu."

See.. bonda saya siap bagi suggestion lagi. Ma, kalu oghe tu baik sekalipun, belom tentu oghe tu ditakdirkan dgn anok ma soghe nie.. hehe

Last sekali, saya bagitau kat bonda kesayangan saya, biarlah saya fokus dengan pengajian saya dulu buat sementara waktu ni. InsyaAllah, jodoh tu adola maghi bilo keno time dio.. Gelak je bonda saya..

Dulu bonda saya pernah cakap, dia macam risau kalau2 saya susah nak cari calon sebab riak muka saya ni. Katanya muka saya kat luar bekeng. Nanti lelaki takut nak dekat. Haha yang ini lawak. (kalo senyum 24 jam kang lain pulak jadinya.. hehe)

Risau bebenor bonda saya tu. Saya steady je. Entah saya masih berada di alam ini entah tidak. Siapa tahu kan? Ajal sama juga dengan jodoh, kita tak tahu bila. Yang ini lebih merisaukan.. (TT_TT)

Ok. Tak nak cite pasal azam. Sebab haritu dah pasang azam dah. And opkosla siir(rahsia).. ^_^

Sejak sambung study ni serius malas nak buka belog. Tak dan.. Jadi beginilah jadinya.. InsyaAllah, kalau ade kesempatan dan masa, saya akan kembali menulis (entah ada orang baca entah tidak ^O^)..

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA. Maassalamah! 

#musafirCintaIlahi


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

23 Jul 2014

Hikmah Atas Segalanya

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم




Hikmah Atas Segalanya  - Encik Mimpi, Nomad, Aepul Roza, Ronie

Astaghfirullah
Allahumma yassir wala tu'assir

Baru kini ku sedar lemahnya diriku
Hanya mampu berharap keajaiban berlaku
Ku memohon pada-Mu oh Tuhan yang satu
Berikan kekuatan itu

Seluruh amarah dunia cuba ku pendamkan
Akan tersembunyi hikmah atas segalanya
Takkan lelah bukti kasih akan ku tunjukkan
Ku hamparkannya di dalam doa

Tuhan ku memohon mudahkan segala
Bantulah mereka lindungi mereka
Sungguh ku tak sanggup melihat derita
Semua atas nama cinta

Tuhan ku memohon ampuni segala
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dalam ku bersujud ku tahu Kau ada
Ku terima segalanya

Dalam ku bersujud hanya kepada-Mu
Yang tahu segalanya

Astaghfirullah
Allahumma yassir wala tu'assir


=================================================
Fall in love with this song~
===================================
  Photobucket
_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

10 Jul 2014

Israel Kill Quran Hafiz and Cut His Body into Pieces

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Syaheed, Mohammed Al Namera, The Quaran Hafiz, and teacher to children.
He was killed when the Israeli F-16s targeted him and cut his body into pieces...
-AL-FATIHAH-



ALLAHU AKBAR!!

=====================================================================
"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
=====================================================================

..Aamiin..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

#Pray4GAZA

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Saat kekecohan kekalahan Brazil kepada German, dibelasah teruk oleh German,7-1, negara Palestin bergegar dengan dentuman bom oleh Zionis laknatullah. Sana-sini bangunan-bangunan runtuh, hancur dimusnahkan oleh mereka. Adakah kita sedar? Saya yakin umat Islam sedar atau at least yang ada facebook mesti tahu tentang hal ini. Kalau yang belum sedar lagi, cepat-cepatlah sedarkan diri. 

Ya, kita memang tak dapat berbuat apa-apa. Tapi kita ada doa sebagai senjata. Ambil sedikit masa titipkan doa buat saudara kita di sana. Yang mana ada facebook, twitter, instagram ramai-ramai pakat share isu ni dekat laman sosial. Ini adalah salah satu cara kita menyedarkan orang sekeliling tentang isu yang berlaku di Palestin sekarang. 

Menurut beberapa sumber, 
"Tentera Israel menyerang sekitar 160 sasaran di Genting Gaza. Sejak dua hari lalu, kami menyerang sebanyak 430 sasaran secara keseluruhan," kata pegawai itu, Jeneral Moti Almoz kepada radio Israel ketika kempen ketenteraan dikenali sebagai Operasi Helang Pelindung memasuki hari kedua semalam.
"Sasaran yang dikenal pasti itu termasuk melibatkan kawasan yang menempatkan 120 pelancar roket, 10 pusat perintah dan kawalan Hamas, sejumlah terowong dan dua buah kediaman," tambahnya. Menurut jeneral berkenaan, siri serangan itu menyebabkan stok senjata Hamas mengalami kemusnahan," ujar Almoz. 
(9 July 2014)    
Menurut salah seorang Generel Hamas, mereka cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza, namun semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel.

Sejak Isnin lalu, tentera zionis Israel melancarkan serangan agresif kepada penempatan Palestin mengakibatkan puluhan maut dan ratusan cedera. Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit. Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.

"Operation Protection Edge"??

Ini memang CRAZY!!Alasan yang sungguh tak masuk akal. Dari dulu lagi zionis laknatullah ni akan cari alasan untuk letakkan kesalahan tu pada orang Islam. Tambah pula sekarang bulan Ramadhan, saya boleh bayangkan si kejam Israel tertawakan umat Islam di Palestin dan ini benar-benar membuatkan hati ini bengkak. Namun, mereka tidak tahu bahawa saudara kita di Palestin berlindung di bawah yang Maha Agung, yang boleh menghancurkan mereka dalam satu saat sahaja. 


#pray4GAZA

#pray4GAZA

#pray4GAZA

#pray4GAZA

#pray4GAZA

#pray4GAZA
=====================================================================
"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
=====================================================================

..Aamiin..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

7 Jul 2014

10 TIPS Mendidik Anak Menghafaz Kalamullah

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Masyarakat muslim Indonesia sangat terkesima dengan sosok anak usia 5,5 tahun bernama Musa yang berhasil menghafal Al-Qur’an sebanyak 29 juz. Bahkan sekelas Ulama Doktor Amir Faishol yang merupakan Ahli Tafsir Al-Qur’an menangis haru dan mencium tangan Musa sebagai wujud penghormatan.

Dibalik keberhasilan Musa, ada peranan seorang Ayah Musa yang bernama La Ode Abu Hanafi. Berikut 10 TIPS mendidik dari Ayah Musa yang dikutip dari dialog  antara admin As-Sunnah dengan Abu Musa melalui whatsapp.

1. Cari isteri sholehah yang kelak akan menjadi partner anda dalam mendidik anak.

2. Tegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada anak meskipun masih kecil.

3. Jauhkan dari musik dan tontonan yang merosak.

4. Tanamkan aqidah dan tauhid kepada anak.

5. Perkenalkan kepada anak siapa ahlu sholah dan siapa ahlu maksiat.

6. Orang tua harus mnjadi contoh anak.

7. Orang tua ketika amar ma’ruf dan nahi mungkar harus ada rasa tega diri mereka kepada anak-anak, Contohnya ketika mmerintahkan belajar,banyak orang tua yang tidak tega. Ingat, Emas tidak akan jadi mulianya dan berharga kecuali setelah penempaan yang luar biasa.

8. Tentukan jadual anak seketat mungkin, kapan belajar, makan, mandi, bermain, dan orang tua harus istiqomah dan jangan di remehkan dan di langgar.

9. Jangan terlalu memperdulikan perkataan orang dalam mendidik anak kita, tetap istiqomah dan fokus pada tujuan yang ingin dicapai.

10. Meskipun ada ketegasan dalam mendidik, orang tua juga harus tetap mempelihatkan kelembutan kepada anak.

SUMBER : Islamedia.co
===================================================================


Anugerah Allah yang terindah~
9'Ramadhan
  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 Jul 2014

KEMATIAN SHARIFAH AINI & H1N1 - PERKONGSIAN IKTIBAR UNTUK ISLAH YANG HIDUP

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meninggal awal pagi tadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari. Sejuk mata mengikuti ritual solat jenazah yang diimami oleh anakanda beliau sendiri Aliff Omar di Masjid At-Taqwa, Taman Tun, Kuala Lumpur.

Selain dari keistimewaan menerima JEMPUTAN KHAS oleh Yang Maha Esa di bulan Ramadhan, ketika umat Islam berpuasa siangnya dan bertadarus membaca alquran serta berqiamulail malamnya, beliau juga menyimpan kisah di sebalik jangkitan paru paru yang dideritainya sekitar 2 tahun lalu.

Beberapa pembaca bertalu talu mengirim mesej dari Allahyarhamah minta kami pertimbangkan untuk iktibar umum. Setelah mengesahkan teks asal melalui satu blog khas bernama TS. Blogspot, maka kami ambil keputusan untuk kongsikan kepada pembaca, khususnya kaum hawa. Seruan untuk kongsikan pengalaman ini bahkan tertera dalam mesej ringkas beliau.

Isu kali ini berkaitan dengan kaedah jangkitan H1N1 dan kaitannya dengan habit kita dalam mengendalikan budaya kenduri kendara dan salam berpelukan serta berkucupan (Salam Arab). Sila baca mesej khas berikut dengan BASMALAH TANPA PREJUDIS dan kita tafakurkan apa iktibar untuk kita selepas ini.

MESEJ SHARIFAH AINI - KONGSI PENGALAMAN PUNCA DIJANGKITI H1N1

AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi & diRahmati ALLAH hingga akhir hayat… Selamat bertemu kembali.

SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita…. takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong… Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang kemajlis anda dan kerumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak…… apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2… Baca lah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.

Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.

Surau di rumah saya sentiasa dimanafaat kan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendek kan cerita surau itu digunakan dengan sebaik nya.

Disini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…

Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi… malam ketiga bunyi batuk nya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya…. setiap kali dia memeluk saya…. tangan saya berpeluh… dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya… memeluk bibik2 saya… hanya selepas itu saya difaham kan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.…. juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama……… Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga….. Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi…. sila lah datang.

Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru… saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital…. saya masih belum sihat sepenuh nya… baru 90% sembuh.Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas – batuk dan sengal satu badan… Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung… adik saya batuk dan demam – kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga…….. Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA ( Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasing kan dengan pesakit yang lain.

Saudara yang diRahmati ALLAH…. berhati2 bila membuat majlis di rumah…. kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita… terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah… lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenar nya tidak digalak kan… kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina… tapi lebih kepada sifat berhati-hati…. Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.

Jazakumullahu khayran. - TS.blogspot

===================================================================

Al-Fatihah..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

17 May 2014

Inilah Kehidupan..

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Seseorang memberitahuku, hidup akan tidak bermakna jika kita tidak diuji. Ujian adalah pengalaman.. proses ke arah kematangan dan peningkatan level keimanan seseorang.

Alhamdulillah, agak terubat dengan kata-kata seperti ini.

Iya, satu yang perlu kita akui, iman kita ada masa turun ada masa naik. Apabila kata-kata positif atau semangat yang sampai di gegendang telinga, charge di dalam badan seolah-olah react dengan kata-kata tersebut.

Jadi janganlah kalian lokek untuk sharing aura-aura positif yang berada dalam jiwa kalian kepada orang sekeliling.

Dalam diam ada harapan kembali subur dan mekar...

Sejauh mana kita diuji... sehingga kita tertunduk.. terjatuh... tidak bermaya.. bingung.. hingga tiada siapa pun yang datang menyapa.. bertanya tentang keadaan kita.. usahlah khuatir.

Allah ada bersama kita.. ya.. sentiasa...

Satu hal yang tidak kalian boleh tinggalkan saat ujian itu datang, kalian kena sentiasa dekat denganNya. Kerana kalian tidak akan dapatkan ketenangan kecuali dengan mengingati Allah SWT.

"Time susah, baru nak ingat Allah! Tak ikhlas namanya!!"

Biar!! Jangan peduli kata-kata tersebut. Takkan disebabkan kita rasa masa kita susah je kita ingat Allah, jadi kita tetap terus menjadi orang yang rugi.

Rugi kerana masa senang dulu, kita selalu lupa Allah..
Rugi kerana masa kita susah, kita tetap lupa Allah....

Kalaulah kita dapat scan sorang2 hati orang-orang yang beriman kepadaNYA, agak-agak berapa ramai yang benar-benar ikhlas beriman kepadaNYA.. Allahu...

Bukan tugas kita nak kira keikhlasan!

Ikhlas takkan wujud bro, if you don't take any action..!
Take action first and let sincerity comes..

There's little time left..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

28 Apr 2014

Allahu Ma'ak :'(

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Allah.. beberapa hari ini hati ku senang sangat tersentuh. Entah kenapa air mata ni laju saja mengalir. Saat aku memulakan penulisan ini, air mata ku tahan, agar mataku tidak kabur, agar aku dapat meluahkan segalanya di depan screen ini..

Aku berhadapan dengan beberapa masalah yang aku tidak tahu bagaimana ingin selesaikannya. Aku sangat penat. Letih. Aku tak mampu nak menyelesaikannya. Berapa kali pun ku fikir, aku akan berasa sedih. Sedih sendirian. Menangis sendirian. Maaf, aku terluah.. Sebab aku tak mampu lagi untuk gantikan senyuman di sebalik topeng itu..

Apa yang aku rasakan saat ini hanyalah ingin pulang bertemu mata dengan orang tersayang, ma dan ayah kat rumah. Aku ingin bergurau senda di rumah. Bukan ingin lari dari masalah, tapi untuk dapatkan kekuatan agar dapat kembali rasional and dapat berfikir dengan tenang.

Beberapa hari lepas adik lelakiku,21 tahun call. Dia tanya aku pergi tak 1 mei nanti? Aku terpinga-pinga. Ada ape dgn 1 Mei.. Lepas dia terangkan baru aku tahu. Rupanya aku berada dalam dunia aku sendiri. Kurang cakna dengan masalah yang berlaku di sekeliling.

Sembang-sembang dengan dia, aku rasakan dia tak cukup duit untuk ke sana. Maklumlah motornya baru baiki sebab nak pulang ke Kelantan nanti. Alhamdulillah, dia berjaya tamatkan pengajian diplomanya. Aku sedih kerana aku tak dapat membantu. Memandangkan sewa rumah bulan ini aku kena bayar untuk 3 bulan sekaligus berjumlah rm450. Jadi baki duit gaji ku, hanya tinggal sedikit.Cukup untuk makan sebulan jika aku berjimat cermat.

Aku hanya memohon maaf, walau dia tidak pernah meminta. Sebelum ini, ketika ku masih degree lagi, aku memang akan hulurkan duit jika aku ada. Sebab duit saku bulan2 yang dia dapat agk rendah berbanding denganku. Allah, yang ni pun aku tidak mampu nak membantu..

Satu demi satu masalah datang, adakah petanda aku semakin jauh dengan DIA. Mungkin! Mungkin Dia mahu mengingatkan aku kembali. Sudah lama aku tinggalkan usrah, kuliah ilmu, tinggal di sini membuatkan aku jauh dari semua kekayaan itu.. Dengan baiah nya pula... membuatkan aku rasa dunia ini seakan menarik tanganku dari Tuhanku. Demi Allah, aku suka kehidupanku yang dulu. Aku rasakan bagai mau gila bila memikirkan semua ini. Air mata yang tiba-tiba mengalir berterusan akan membuatkan aku memang gila di mata orang..

Allah.. kuatkanlah hatiku.. teguhkan jiwaku.. matikanku dalam keimanan yang utuh. Berikan aku kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan ragam makhluk ciptaan-Mu. Jangan biarkan aku terlepas dalam jagaan-Mu. Kerana sekali terlepas, aku tidak tahu takdir apa yang bakal menimpaku kelak. Takdir-Mu indah, aku tahu.. tiada siapa yang mampu melakar keindahan itu. Dan keindahan itu akan memberi kekuatan dalam hari-hari hidupku.

Maaf, aku terluah...... :'(

Allahu ma'ak..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

10 Jan 2014

Sarung Tangan Jejari Lace & Cotton Murah (SOLD OUT)

10 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Saya baru nak berjinak-jinak sedikit dalam bidang usahawan. Jadi saya ada menjual Sarung tangan muslimah. InsyaAllah, harga yang saya tawarkan ini murah dan berpatutan..hehe Bukan muslimah saja boleh beli, muslimin pun boleh, untuk hadiahkan pada adik, kakak, ibu atau isteri.. Kaum Hawa seronokla dapat free.. (iye dok?) =)

Okey, ni antara stok yang saya ada. Disebabkan baru je berjinak-jinak, stok tak banyak sangat. Very limited... Siapa nak, cepat2 ye.. (:

Sarung Tangan Jejari Lace
Material : Lycra
RM16/1pc
RM46/3pcs
RM75/5pcs

Postage : RM6 (1-5pasang)
Album full --> Klik SINI

-SOLD OUT-

Okey tengok yang kat bawah ni pula. =)
Sarung Tangan Cotton(Colour)
Material : Cotton T-shirt Lembut
RM7/1pc
RM20/3pcs
RM32/5pcs

Postage : RM6(1-5 pasang)

Full Album ---> Klik SINI

-SOLD OUT-
Sarung Tangan Cotton
Material : Cotton T-shirt Lembut
RM7/1pc
RM20/3pcs
RM32/5pcs

Postage : RM6(1-5 pasang)

-SOLD OUT-

InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, ada lagi stok lain akan datang.. ^_^
-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

27 Dec 2013

Rindukanlah (Islamic Parodi) by Idris

0 ore hok komen

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum teman blogger yang dikasihi.. Haritu saya ada tulis post tentang PISA. Saya ada ubah suai lagu Rindukanlah encik mimpi ikut selera saya.. Kalau nak tahu boleh klik sini. Tapi yang Rindukanlah Islamic Parody by Idris Shamsuddin, sahabat saya ni lagi best. InsyaAllah, ada manfaat.. Selamat mendengar =)

Encik Mimpi - Rindukanlah (Islamic Parodi) by Idris


Tidakkah kau menyesal,
Di atas dosa-dosa yang lalu,
Dosa yang telah engkau pikul,
Pikul di bahumu.

Bersegeralah engkau pergi,
Bersujud dan taubat kepadaNya,
Sebelum malaikat izrail datang memanggil.

Berdoalah kepada yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
Oh, perbetulkan lah nawaitu mu.

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kekhilafan yang dulu,
Dosamu yang telah tertulis di bahu sebelah kirimu,
Dosa yang telah engkau lakukan sepanjang hidupmu, 
Ssepanjang usiamu, sepanjang hari-harimu…

Segeralah bertaubat,
Sebelum dirimu terlambat,
Kembalilah ke jalan yang diredhai-Nya…

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
Oh, perbetulkan lah nawaitu mu.

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kesilapan yang dulu.

*muzik latar*

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
YaAllah, ampunkanlah dosa hambaMu.

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga menjadi ahli Syurga,
Oh, Ya Allah ampunilah dosa-dosa hamba-hamba-Mu….

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kesilapan yang dulu.


Anak sedara saya dah jadi peminat lagu nie.. Good Job Idris.. ^_^
-musafir.cinta.ilahi-

Photobucket_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________

20 Dec 2013

9 RESEPI PERNIAGAAN RASULULLAH SAW

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum buat semua pembaca yang dirahmati Allah.. Sudah lama MCI tak mengupdate blog ni. Hari ini MCI ingin kongsikan satu ilmu yang MCI rasa bermanfaat untuk semua especially kepada mereka yang bergelar usahawan. Ok, sebenarnya MCI dapat EBook ni free dari seorang yang baik hati kat sini. Anda boleh juga pergi ke  www.readersparadise.my untuk melihat banyak koleksi buku yang bermanfaat. Jadi, sekarang mari kita baca info dalam Ebook ini.. ^_^


9 RESEPI PERNIAGAAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan
umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu- belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria.
Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidakakan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkanugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”


Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri.
Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah
bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari.

Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik.
Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.


Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa
angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga???

1. Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata,
“Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
2. Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun
bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.

 Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

3.Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.  Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4.Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok- longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

 “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

5. Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.

Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
“Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) 
Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

6. Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga
untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma‟idah ayat 2: Bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
8. Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda)."
9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar.

Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya. Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu „kezaliman‟ untuk para peniaga.

Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Wallahualam.

----------------------------------

Kalau sesiapa berminat nak dapatkan buku-buku yang menarik, boleh ke laman web ini.
www.readersparadise.my

Hebat kan Rasulullah? Jom jadi usahawan seperti Rasulullah s.a.w
-Musafir.Cinta.Ilahi- 

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________