4 Oct 2011

No hudud please, we're Malysians ???

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Kenyataan Zainah Anwar selaku pengasas Sister in Islam (SIS) mengenai hudud pada 2 Oktober di akhbar The Star jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam memahami Hudud. (sini) Kenyataan Zainah di dalam akhbar berkaitan Hudud dengan menggambarkan Hudud sebagai undang-undang yang brutal dan tidak adil adalah suatu penghinaan terhadap hukum Allah. Sedangkan sebagai seorang Islam, kewajipan untuk mempercayai sesuatu perkara yang datang dari Allah adalah 100%. Keraguan terhadap sesuatu yang datang dari Allah mengundang kekufuran apatah lagi menghinanya. 

Isu Hudud yang hangat di bangkitkan akhir-akhir ini mengundang pelbagai tafsiran. Ianya bukan sekadar menjadi bahan politik bahkan juga di ambil kesempatan oleh beberapa golongan untuk menyuntik fahaman liberal seperti SIS ini. Ini suatu yang membimbangkan di saat umat Islam hari ini agak lemah kerana di sibukkan dengan perkara yang melalaikan seperti budaya hedonisme. 

Hari ini Hudud di gambarkan dengan begitu hodoh. Gambaran seolah-olah hudud ini adalah semata-mata suatu bentuk hukuman dengan melihat secara lahiriah semata-mata. Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 39; “Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) CEGAHAN dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”.. Ianya adalah CEGAHAN bukan hukuman semata-mata. 

Mereka yang menganggap Hudud itu hukuman yang kejam, hakikatnya mereka lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah itu daripada memikirkan nasib orang yang menjadi mangsa penjenayah itu sendiri. Sedangkan, sepatutnya orang yang tidak mempunyai sifat belas kasihan, seperti penjenayah tidak patut diberi belas kasihan. Ianya untuk mereka yang masih hidup, dan untuk menghidupkan hati mereka yang hidup agar tidak melakukan kejahatan atau jenayah. "Dan dalam Qisas itu ada jaminan KEHIDUPAN bagimu, bagi orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 179). 

Zainah selaku pengasas SIS tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan dengan merujuk akal fikiran semata-mata. Rujuklah alim-ulama sebelum menyatakan pandangan sesuai dengan nama 'Islam' pada nama pertubuhan itu. Kelemahan dalam memberi hujah berdasarkan nas hanya akan mengelirukan lagi umat. Bahkan menyesatkan diri sendiri dan orang lain. Hairan mengapa sehingga hari tiada tindakan yang di buat pada SIS sedangkan terlalu banyak pencangahan dan fahaman yang di bawa oleh pertubuhan 'Islam' ini sejak dahulu lagi. Jabatan agama perlu lebih sensitif, jangan kerana ada 'orang besar' dalam SIS membuatkan Jabatan Agama yang berautoriti ini menjadi 'tikus'. Ia sangat merugikan pada umat Islam. Wallahualam.


_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

2 Oct 2011

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Duhai wanita perhiasan dunia, susah sangatkah dirimu untuk memahami apa yang telah disyariatkan oleh Allah untukmu? Bukankah Allah menunjukkan bukti betapa DIA sangat mahu memelihara kehormatanmu..Kenapa duhai wanita?? Kenapa?? Kenapa kau tidak mengerti kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah untukmu..Adakah kau memang suka jika dirimu dibiarkan tanpa kasih sayang dariNya..?

Duhai wanita cantik! Kecantikan apa yang ada pada dirimu sehingga sanggup kau biarkannya dinikmati orang ramai? Sukakah kau bila ramai lelaki di luar sana memandang kamu dengan penuh pandangan nafsu?? Apakah kamu tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang bermain di benak kepala mereka? Oleh kerana itu, Allah menjagamu melalui syariat penutupan aurat..Namun kamu tetap juga degil! Masih membiarkan auratmu terdedah ke sana ke mari..

Duhai wanita yang amat kukasihi, apakah kamu tidak menyayangi diri sendiri? Jika ya, kenapa merosakkan nilai yang ada pada diri kalian? Kenapa suka sangat merendahkan maruah yang ada pada diri?? Tenunglah pakaian hari-harimu.. Bertepatan dengan syariatkah ia atau tidak?? Kalian seharusnya bijak membuat pilihan, mengikut tetapan Allah atau mengikut arus fesyen berpakaian..


TAPI INGAT!! Mungkin kalian sudah lupa janji-janjiNya.. Takutlah dengan seksaan api neraka yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang ingkar terhadap perintahNya.. Mungkin kalian seronok bebas sini sana semasa di dunia, namun ingatlah kehidupan yang bakal kita tempuh di padang mahsyar kelak.. Sudahkah kalian bersedia untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan daripada Allah di mahkamahNya nanti?? Yakinkah alasan-alasan yang digunakan di atas dunia untuk menolak penutupan aurat bakal diterima kelak di sana?? Mulut kalian akan terkunci, hanya anggota badan yang akan berbicara tentang semuanya!!

Ayuh wanita-wanita solehah, mari membaiki diri ke arah yang lebih baik. Tidak usah malu jika ada yang memandang serong bila kamu berusaha menutup aurat, kerana perhitungan di akhirat sana lebih penting, pandangan Allah terhadapmu sangat penting! Jadilah dirimu insan solehah yang selalu mengharapkan redhaNya..jangan pula kamu menjadi insan yang menggugat iman para lelaki di luar sana..nauzubillahi minzaliik!

aku.menasihatimu.kerana.aku.menyayangimu!

_______________________________________________________________ 

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

~*~ Usrati Jannati ~*~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah, sesudah bermacam-macam halangan yang membantutkan perjumpaan saya dengan adik junior, akhirnya Allah izinkan jua saya bersama-sama mereka dalam perkongsian ilmu. Mudah-mudahan kesempatan masa, lebih kurang dua jam yang diberikan oleh Allah insyaAllah beroleh manfaat daripadanya.


Doa Pengikat Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."


ps:-Ya Allah bantulah kami dalam hala tuju yang terbaik disisiMu..kami mengharapkan redhaMu ya Rahman..

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

30 Sept 2011

Nukilan Hati

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini,
Mudah tersentuh bila dipersendakan,
Atau memang aku senang diperlakukan begitu?
Sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku..
Apakah aku ini hanyalah pokok tua yang sudah tidak berguna,
Yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan...

Ya Tuhan,,
Hatiku saat ini begitu sakit, pedih...
Air mata yang mengalir seakan faham kondisiku,
Sehingga aku berfikir sendirian...

Sukar sangatkah seorang itu memahami seorang yang lain..?
Setidaknya cuba belajar memahami orang disekeliling..
Mungkinkah juga aku yang kurang mengerti??

Dulu aku pernah menjadi orang yang sangat merendahkan diri,
Kenapa di saat aku cuba untuk tidak terlalu merendahkan diri,
Ada pula insan yang membuatkan aku untuk merasa rendah diri..
Ya Tuhan harus bagaimanakah aku??
Apakah diriku ini semudah itu diperkotak-katikkan??

Namun.. Aku tidak pula berasa marah..
Benar! Aku hanya sedih memikirkan kenapa hatiku tidak sekuat
orang lain, aku tidak suka orang menggelarku lembik!
Aku teringatkan Rasulullah s.a.w pernah diejek,
Hatiku bertambah sayu..ya amat sayu..
Kerana Nabi Allah itu tidak pernah mengeluh dan berasa sedih..
Aku juga tidak inginkan begini.. Jika diberi pilihan,
Aku ingin jadi seorang yang kuat fizikal dan emosinya!

Ya Rabbul Izzati,
Aku mohon padaMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap apa yang kau
berikan padaku..
Aku hanya ada Mu ya Rahman disisiku,
Aku tidak ingin orang lain melihatku lemah kerana aku ingin
memberitahu mereka bahawa aku ada Engkau sebagai teman
dalam hatiku...

:: Moral ::

Cubalah belajar memahami orang lain. Kita jangan fikir orang lain macam kita sebaliknya letakkan diri di dalam kasut orang lain..Tambah-tambah di dalam persahabatan. Jagalah persahabatan yang terbina.. Berguraulah seadanya, janganlah sampai boleh menjatuhkan maruah sahabat di depan sahabat yang lain..Jika seorang daei' harus kenal mad'u nya, seorang sahabat harus kenal sahabatnya itu macamane..wallahuallam


_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________


27 Sept 2011

* Malu *

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Ia berdegup laju,
Rentak irama sudah tidak sekata,
Hati menjadi tidak menentu,

Ya Allah...
Tenangkan, tenangkan, tenangkanlah,
Kaki melangkah menjauh,
Sedaya upaya menjauh,

Bukan kerana sombong,
Bukan kerana buat-buat tidak mengenali,
Tetapi hanyalah kerana,
Ketidak tenangan sedang berkecamuk,
Di ruang taman hati.

Ah! Sudah jauh,
Sudah di elak,
Namun, hati terpagut lagi,


Petua Imam Syafi'e

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Petua Imam Syafi'e.... 

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

24 Sept 2011

‎~*~ Inilah caraku mencintaimu ~*~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Inilah caraku mencintaimu..
dengan tak menghubungimu,
tak juga mengirim pesan untuk menanyakan kabarmu,
dan bahkan sekedar chatting untuk menyapamu,
aku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan karena aku membencimu,
namun karena aku ingin menjagamu dan menjaga diriku sendiri dari khalwat yang menjebak,
aku mencintaimu dengan menjaga diriku dan dirimu,
menjaga kesucianku dan kesucianmu,
menjaga kehormatanku dan kehormatanmu,
menjaga kebeningan hatiku dan hatimu,

ya......
Beginilah caraku mencintaimu,
mencintaimu dalam diamku,
karena diamku adalah bukti cintaku padamu..
dan sekarang, keadaan menegurku,
sehingga dapat membantu menyadarkanku dari kesalahan yang telah aku perbuat,
meskipun pesonamu terhadapku belum pulih, belum pulih..

14 Sept 2011

part 1 : Mari Kenali Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Pastinya semua orang tahu siapa itu Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Siapa lagi kalau bukan isteri pertama baginda Muhammad s.a.w. Tetapi adakah kalian semua kenal dengan isteri-isteri baginda yang lain? Di sini akan saya letakkan nama isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. Maklumat lain akan saya postkan di lain masa jika berkesempatan..

Nama Isteri-isteri Rasulullah s.a.w,

          * Khadijah Binti Khuwailid r.a
          * Saudah Binti Zamaah r.a
          * Aisyah Binti Abu Bakar r.a
          * Hafsah Binti Umar r.a
          * Hindun Binti Abi Umayyah r.a
          * Zainab Binti Jahsin r.a
          * Juwairiyyah Binti Al-Harith r.a
          * Safiyyah Binti Huyyai Bin Akhthab r.a
          * Raihanah r.a
          * Mariyyah Al-Qubthiyyah r.a
          * Maimunah Binti Al-Harith r.a

Jika artis-artis Malaysia n antarabangsa kita boleh ingat, jadi apatah lagi isteri Nabi yang mulia. Lepas ni bolehlah simpan nama-nama ni dalam disket memori masing-masing ye..peringatan untuk diri saya juga..^__^
 _______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-
_______________________________________________________________

13 Sept 2011

Aku Ingin MencintaiMu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah...saat ini kita masih dikurniakan peluang olehNya bernafas di atas bumi sementara. Bersyukur kepada Allah SWT, kerana tidak pernah lupa mengirimkan rahmat dan mawaddah kepada kita. Namun tidak terdetikkah di hati kita bahawa cinta kita terlalu palsu untuk diungkapkan kepada sang Pencipta! Sejenak terdengar lagu nyanyian Edcoustic, hati saya dirundung sayu..ya, bagaimana mungkin saya tidak sayu kerana lagu itu amat memberi kesan pada hati yang paling dalam. Ayuh sebentar sahabat-sahabatku, kita hayati sama-sama lagu ni..Mudahan kita mendapat sesuatu daripada seni kata ini..

Peringatan Buat Kaum Wanita!!

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Saudara dan saudari, kaum muslimin dan muslimat..
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.! Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

12 Sept 2011

Dia Berdosa

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dia seorang pemuda,
Ya, dia seorang belia,
Pemuda yang di-uji akan Allah Taala dengan ujian hawa nafsu,
Hawa nafsu yang tak pernah lari dari membelenggunya.

Dia tergoda,
Ya, dia terjelupok ke dalam lubang najis,
Lubang najis yang sangat jijik dan busuk,
Namun, lubang najis itu jauh lebeh  kurang busuk
dan jijik dari palitan dosa yang ada padanya,
Jasadnya sangat busuk,
Seandainya dosa itu berbau,
pasti manusia lain akan menjauhi-nya.

14 Aug 2011

Sweetnyer Diaa

0 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم

Post saya ni saya dedikasikan untuk adik saya yang tersayang kerana dia telah buat saya rasa terharu. Ya, terharu sangat! Nak tahu kenapa?? Meh nak citerr..Satu hari tu saya tertengok satu benda yang berwarna merah dalam begnya. 

Saya : Ya Allah, cantiknyerr..!
Adik : Kak ten ambikla. 
Saya : Adik beli ke kak ten ke??(sambil tangan saya membelek-belek benda tersebut)
Adik : (mengangguk-angguk kepala,sambil tersenyum malu)*adik saya memang pemalu
Saya : Ni adik beli hadiah hari lahir kak ten ea??(saya seronok dah mase tu)
Adik : Ye, tapi murah jah adik beli tu. Berape ringgit jah. Kak ten suker tak??
Saya : Ya Allah, kak ten suker sangat. Biarla murah pun dik. Comel sangat ni. Kak ten akan simpan baik-baik benda nie. Adik ni pandailaa...(tangan saya masih tak lepas pada hadiah yg dia bagi tu)
Adik : (tersenyum panjang)
Saya : Kenapa adik senyum macam tu?(pelik tengok adik saya macam menahan ketawa)
Adik : Tak eh..Lucu tengok kak ten. heheh

******

Nak tahu dia bagi apa kat saya?? Ni dia..

13 Aug 2011

Ceritaa Cintaa

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang bercakap tentang cinta dan ramai juga orang yang mengalami masalah cinta. Tidak lupa juga ramai orang menafsir cinta dengan cara yang berbeza. Tidak kurang itu, ada juga yang menafsir cinta ikut citarasanya sendiri. Jika ia mahukan cinta ini begitu maka begitulah, jika ia mahu cinta ini begini maka beginilah. Seolah-olah ia yang mencipta CINTA dan kuasa CINTA itu tunduk di bawah arahannya. Mungkinkah semuanya sudah lupa kepada Pencipta Cinta? Perhaply possible!

Jika mahu menafsir erti cinta, rasanya tidak cukup ruang untuk ditulis di sini. Anda tahu kenapa? Kerana bila kita mengertikan cinta itu berpandukan penciptanya maka lahirlah definisi-definisi cinta yang indah seperti yang kita nikmati sekarang. Yang berusia sayang orang yang muda, yang muda hormat yang berusia, si ibu dan ayah kasih akan anaknya dan seluruh makhluk berkasih-sayang dengan cebisan cinta daripadaNya. Nilai-nilai murni yang tumbuh hasil dari cinta dan kasihNya. Lihatlah betapa luasnya cinta DIA!

Suka saya kongsikan kata-kata yang menarik daripada Ibnu Qayyim berkenaan dengan takrif cinta ;

"Tidak ada batas cinta yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri, membatasinya jelas hanya akan menambah kekaburan dan hambar maknanya. Maka, batas dan penjelasan cinta tersebut tidak dapat dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri."

12 Aug 2011

Tips Kelihatan Cantik Di HadapanNya

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Pasti muslimah semua ingin kelihatan cantik menawan di hadapanNya bukan.. Jom sama-sama kita amalkan tips kat bawah nie..

1. Bersihkan wajahmu dgn pencuci muka berjenama WUDHUK
2. Sapukan mukamu dgn bedak MALU, tatkala kaum adam memandangmu
3. Oleskan gincu SENYUMAN lambang keikhlasanmu
4. Basahkan bibirmu dgn ZIKRULLAH yg dapat hilangkan dahagamu
5. Hiasilah matamu dgn menggunakan maskara jenama REDUP PANDANGAN bagi elakkan  zina                                                                                                                                        6. Untuk kesan jangka panjang, niatkan IKHLAS KERANA ALLAH supaya make up anda kekal selalu.

Selamat mencuba ye sahabiahku sayang..^^

____________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-  ___________________________________________________________________

8 Aug 2011

Ceghita Lamerr

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


1.50 petang,
6 Ogos 2011
Pasaraya Jelira

Pada petang tu ayah dan ma saya mahu hantar adik bongsu ke asrama di MRSM Jeli. Saya tidak ikut. Mereka singgah sekejap di pasaraya Jelira.

Ma : Ambiklah adik nak apa-apa untuk dibawa ke asrama. Nanti ma bayar.
Adik : (menangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum)

20 minit kemudian...

Ma : Dah habis membeli?? Adik beli apa?
Adik menunjukkan barang yang dibelinya.

7 Aug 2011

Kecoh Pagi Hari

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


6.30 pagi

Saya melangkah ke dapur lalu memetik suis elektrik. Serentak nyalaan lampu, ada benda berbulu yang agak besar berlari ke suatu sudut. 'Ya Allah, haiwan ape tu?' saya berteka-teki di dalam hati. Saya beranikan diri dengan menjengulkan sedikit kepala. 'Errp, besarnya haiwan ni!' Tidak jadi mahu ke dapur, takut haiwan itu berlari ke arah saya.

Kedengaran enjin kereta ayah dari luar. Ayah dan ma baru balik dari masjid.

"Ma, meh sini jap!" terus saya panggil ma saya sambil saya terjengul-jengul menghendap haiwan yang dilihat saya tu. Haiwan tu masih tak bergerak.

"Ye, ade apa fatihah?" ma saya bertanya hairan.
"Mehla sini." sambil tangan saya menunjuk-nunjuk ke arah haiwan itu.
"Kenapa?" Ma saya ikut sekali perbuatan saya.
"Cuba ma tengok tu. Ada haiwan berbulu, besar. Ye lari ke arah tu masa fatihah bukak lampu." tanganku masih dihalakan ke tempat tadi.
"Mana? Tak nampak pun. Kat mana, tak ade pun." Mak terjengul-jengul melihatnya dari jauh.(*sbb ma pun takut kat haiwan berbulu..hehe)
"Ada..cuba tengok betul-betul." saya masih tak puas hati. Pelik! Padahal haiwan tu cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

6 Aug 2011

Selamat Datang Ke Musafir Cinta Ilahi

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t buat pembaca yang budiman. Alhamdulillah, panjatkan syukur kepada Allah kerana pada saat ini Allah masih mengurniakan kita limpahan nikmat yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini dengan lancar. Hari ini adalah hari yang ke enam umat Islam berpuasa. Mudahan di bulan puasa ini bukan saja kita menahan diri daripada makan atau minum bahkan menahan diri dari segala perkara yang tidak disukai Allah SWT agar puasa kita pada kali ini diterima olehNya.



Blog Musafir Cinta Ilahi ini merupakan catatan saya yang ingin saya lukiskan di alam maya. Saya bukanlah ustazah ataupun ahli ilmi, tapi saya ingin bersama-sama mereka mengajak umat manusia ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran dengan cara saya sendiri berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Di samping itu, saya ingin membaiki kelompangan diri yang masih tersalut dengan kehinaan dosa terhadap kecintaan kehidupan duniawi.

Saya menulis bukanlah ingin menunjukkan bahawa saya lebih baik dari kalian, tapi saya mahu kita bersama-sama menjadi hamba yang terbaik di hadapanNya. Keadaan kita sekarang sangat haus. Haus dengan ilmu. Tapi lebih baiklah kita merasa haus dalam mencari ilmu daripada kita merasa kenyang dengan ilmu yang kita ada.

Mari bersama-sama berkelana mencari cinta Ilahi.. Semoga Allah memberkati dan meredhai segala apa yang kita lakukan di bumi hamparanNya ini. 

~Masa Untuk Berubah

p/s:-dulu menulis di sini ..disebabkan beberapa masalah, saya berpindah ke laman baru=)
________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-
________________________________________________________________

20 Apr 2011

Ayah Ibu Restui Perjuanganku

1 ore hok komen

                                          بسم الله الرحمن الرحيم

sakitnya.perasaan!oh ayah, oh ibu..doakn ankmu dari jauh..

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

17 Apr 2011

Zinnirah Bintang di Malam Hari

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

HATINYA YANG CELIK WALAUPUN MATANYA
buta

Siapakah gadis yang matanya dibutakan tapi hatinya sentiasa celik itu?? Zinnirah, begitulah indah namanya. Tapi ini jarang diperkatakan orang bahkan mungkin tidak pernah disebut langsung. Wanita ini tidak mempunya kelulusan, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Tapi Allah S.W.T memuliakan dia, Allah memberi penghormatan yang tinggi padanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat kepada Allah dan Rasul.

Zinnirah, wanita suci yang mempunyai akidah tauhid yang begitu kental, walaupun fizikalnya diseksa dengan kesakitan , penderitaan , kesusahan tapi hatinya tetap pada Allah. Dia menerima penyeksaan itu walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan , sepakat demi sepakat , hantukan demi hantukan , tapi demi Islam , buatlah apa sahaja Zinnirah tidak akan menyerah kalah.

Jiwa tauhid telah menebal dalam dirinya , tidak ada suatu pun memberi bekas melainkan kekuasan Allah. Dunia dan segala isinya bukanlah matlamat.Sekalipun dionggokkan amas seberat gunung Uhud, dia tidak akan meukarkan aqidah yang telah bertunjang di hatinya.

2 Apr 2011

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allahkecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerena itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian..
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan
kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami 
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu
dengan irama yang mendayu...
karena itu tegaskanlah suara kalian! 
tatkala berbicara berhadapan dengan kami.. 
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Mampukah Aku??

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

25 Mar 2011

Pesanan Terakhir dari seorang PEJUANG : Syed Qutb

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. Segala puji buat Tuhanku, Allah S.W.T, pentadbir sekalian alam, Raja sekalian makhluk, yang tidak pernah meninggalkan hambaNya keseorangan..Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah bnyak berkorban dlm mngakkan Deen Allah, tidak lupa pada para sahabt baginda serta ahlul bait..Disini ingin saya kongsikan bersama PESANAN TERAKHIR drpd SEORANG PEJUANG yang telah brjaya menimbulkan rasa cinta dlm diri saya utk lebih mengenali susur hidupnya..Semoga rohnya tenang dan aman di sana..

                     

(Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat...
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

24 Mar 2011

My Girl : GadisKu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Gadisku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...

Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang 
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang
kekaguman terhadap sang kumbang .. tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

5 Mar 2011

You must be strOng~

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Kau tahu..
Saat kau memilih jalan ini
Kau mungkin akn terluka
Kau mungkin akan terjatuh
Dan engkau mungkin juga akan tersungkur..
Kau tahu..

Namun,
Kau telah memilihnya dgn rela hati
Tiada paksaan melainkan Kau sendiri yg menginginknnya,
Kau yg pergi mencarinya..
Tapi bila sdkit cubaan dihadiahkn pd kau
Kau tidak mampu mnggalasnya
Kau tidak mampu mncari pnawarnya
Kau juga tidak mampu berbuat apa2..

28 Feb 2011

Wanita dan Air Mata

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala pujian buat pemilik cintaku, Allah Rabbul Alamin, raja sekalian makhluk, yang tidak pernah tidur dan yang tidak pernah leka meninggalkan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasihku, Nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait serta para sahabat.

Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk menconteng di ruangan maya ini. Post kali ini, berkenaan dengan muslimat dan air mata. Sebelum tu, nak tanya sahabat2, pernah menangis tak? Of course, semua akan mengiakan. Siapa yang tak pernah menangis. Setiap insan di atas muka bumi ini Allah telah kurniakan satu nikmat yang boleh meredakan hati yang rawan, menenangkan jiwa yang gundah iaitu air mata.


"Orang manja yang suka menangis" erm, ada betul, ada salah dengan statement ni. Terpulang pada siapa yg menilainya. Biasanya statement ni ditujukan pada muslimat sebab tu post saya lebih pd muslimat. Air mata dan muslimat.. sungguh sinonim. "kadang2 perempuan menangis tanpa sebab yang jelas". Ya, saya pun terfikir begitu. Tapi tahukah kalian apa sebenarnya yang tersirat disebalik air mata kaum hawa ni??

20 Feb 2011

6 Soalan daripada Imam Ghazali

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,



"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... 



"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga...

.

13 Feb 2011

Awak lupe ke? Hari ni kan "Valentine Day"

1 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah, segala pujian buat Tuhan sekalian alam. Salam dan selawat  buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat.
Jom kempen bersama Sunah Suka Sakura
14 FEBRUARI...Tarikh ini amat sinonim dengan masyarakat kita sekarang. Pada tarikh ini sang kekasih akan mempersembahkan cintanya pada pengarang jantung hati. Tapi mengapa pada tarikh ini?? Bukankah perasaan sayang dan cinta itu sepatutnya mekar setiap hari di dalam hati?? Sepertimana Allah menyayangi kita setiap hari dan DIA tidak pernah menetapkan hari yang khusus untuk berkasih sayang sesama UMAT ISLAM. Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku sekalian..(^;^)

Mari kita ikuti perbualan antara seorang suami dan isteri kat bawah ni...

11 Feb 2011

Aku Hanyalah Seorang Hamba

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala pujian buat tuhanku, pentadbir sekalian alam, raja sekalian makhluk serta tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat.



Bersempena dengan hari Maulidur Rasul, di sini saya titipkan sikap kehambaan yang ada pada Rasulullah s.a.w..Subhanallah, begitu pun baginda dijanjikan SYURGA, namun sikapnya penuh kehambaan pada Allah. Akhlak yang ditunjukkan baginda sangat indah dan tak mustahillah ramai orang yang memeluk Islam disebabkan akhlak baginda yang terpuji. Subhanallah~Mari kita soroti akhlak mulia baginda Sallallahu alaihi Wassalam..

6 Feb 2011

Tunggu Ikhlas Baru Buat

1 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang memiliki segala kekuasaan dan kebesaran. Juga selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda serta para sahabat.


Sesudah agak lama jari ini berhenti menari di atas lembaran maya, saya terpanggil untuk menyentuh satu isu yang cukup popular di kalangan anak-anak muda sekarang. Isu IKHLAS..



Ikhlaskah kita beribadat pada sang Khalik? Sejauh mana ukuran keikhlasan yang kita anggar? Siapa lagi yang lebih berhak mengukur keikhlasan kita melainkan Allah SWT. Jadi wajarkah keikhlasan itu ditunggu, sedang kita tidak layak untuk mengukurnya.


Fenemona yang melanda anak muda sekarang menolak bila diajak ke majlis2 ilmu atau amar makruf. Alasannya mudah, belum cukup ikhlas. "buat apa pergi dengar ceramah, kalau tak ikhlas".."nanti dah ikhlas, aku buat la".."ustaz kata, kalau tak ikhlas kita tak dapat apa2"..NAH!!tu dia..semua orang tahu betapa keikhlasan penting dalam membuat sesuatu perkara. Semua benda yang kita buat menuntut keikhlasan kita pada Allah semata-mata. Habis takkan nak tunggu je ikhlas tu datang.


Teman, saya menulis coretan ini bukanlah mahu mencela jauh sekali mahu mengeji sesiapa tapi saya ingin mengajak kita bersama-sama memupuk keikhlasan dalam diri. Sampai bila kita mahu tunggu diri kita betul-betul ikhlas sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. Bayangkan tatkala malaikat pencabut nyawa menyapamu, namun sehingga itu ikhlasmu belum terhasil, apakah nanti yang akan engkau jawab di hadapan Tuhanmu kelak?




Sebagai seorang hamba yang sememangnya lemah, kita seharusnya mencuba hadirkan keikhlasan dalam diri. Setiap perkara yang kita buat cuba kita paksikan niat ikhlas pada Allah SWT. Jika masih belum ada, kita carilah keikhlasan tu, CARI bukan TUNGGU..Setiap orang mampu mengatakan dirinya ikhlas beramal@beribadat kerana Allah, namun Allah jualah yang mengukur sejauh mana keihlasan seorang hamba tersebut. Jadi rugilah bagi orang yang tidak mahu menguji keihlasannya. Mudahan segala amal ibadat dan ketaatan yang telah kita lakukan diterima dan diredahi Allah SWT..amiin..

ps:-ikhlas itu ibarat semut hitam, yang berada di atas batu hitam, di dalam malam yang gelap gelita..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, nmun ku cuba sedaya upaya


16 Jan 2011

Lawatan Khairat & Ukhwah KL - Pattani

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Hand-Out Rasmi Program Ziarah Khairat & Ukhwah Fastabiqul Khairat
U-jamV3.0 TARIKH PROGRAM DITUNDA PADA 11-13 FEBRUARI 2011 HARAP MAKLUM

ZIARAH KHAIRAT DAN UKHWAH ( KL – PATTANI)

JADUAL PROGRAM


11 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)


NO  MASA  AKTIVITI LOKASI CATATAN


1    8.00PM   SOLAT ISYAK / HAJAT MASJID NEGARA KL


2    9.00PM   PENDAFTARAN MASJID NEGARA KL


3    9.30PM   TAKLIMAT/DOA MASJID NEGARA KL


4   10.00PM  BERTOLAK KE BKH KL – BKH














12 FEBRUARI 2011 (SABTU)


NO  MASA      AKTIVITI LOKASI


1     5.00 AM    IKTIKAF/PERSIAPAN / SOLAT SUBUH MASJID CHANGLUN,KEDAH


2     7.00 AM    PASSPORT/DOKUMENTASI / SARAPAN BUKIT KAYU HITAM


3     8.00 AM    BERTOLAK KE PATTANI BKH – PATTANI


4    11.00 AM   TIBA DI KG JABI NONGCHIK , PATTANI


5    11.10 AM   TA’RUF / CHECK -IN RUMAH REHAT KG JABI


6    12.30 PM    TAKLIMAT / SOLAT ZOHOR KG JABI


7     2.00 PM     KENDURI KAMPONG KG JABI


8     2.30 PM     MAJLIS MUZAKARAH PEMBINAAN MADRASAH


                           - UCAPAN WAKIL DAERAH PATTANI


                           - UCAPAN WAKIL PEMBINAAN MADRASAH


                           - UCAPAN WAKIL U-JAM


                           - SESI SOAL /JAWAB


                           - PENYERAHAN DANA WAKAF / KHAIRAT (MOCK CEK)


                           - SALAM UKHWAH KG JABI


9    4.00 PM    SOLAT ASAR / REHAT MASJID KG JABI


10  4.30 PM    PROGRAM AMAL U-JAM


                           - GOTONG ROYONG


                           - MENANAM POKOK TAPAK MADRASAH KG JABI


11   5.30 PM    SUKANEKA KAMPONG (UKHWAH) TAPAK MADRASAH KG JABI


12   6.45 PM    REHAT / PERSIAPAN DIRI RUMAH REHAT KG JABI


13   7.20 PM    SOLAT MAGHRIB/ ISYA’ MASJID KG JABI


14   8.30 PM    MAKAN MALAM TAPAK MADRASAH KG JABI


15   9.30 PM    U-JAM / MUZAKARAH MASJID KG JABI


16  10.30 PM   REHAT / SELAMAT MALAM RUMAH REHAT KG JABI














13 FEBRUARI AHAD


NO   MASA     AKTIVITI LOKASI CATATAN


1     5.30 AM    SOLAT SUBUH / KULIAH MASJID KG JABI


2     7.00 AM    SENAMAN PAGI TAPAK MADRASAH


3     7.30 AM    SARAPAN PAGI TAPAK MADRASAH


4     8.00 AM    BERTOLAK KE MASJID KERISIK KG JABI – MASJID KERISIK


5     9.00 AM    IKTIKAF / SOLAT SUNAT DHUA MASJID KERISIK


6    9.30 PM     BERTOLAK KE MADRASAH NURUL HUDA MASJID KERISIK – MADRASAH  NURUL HUDA


7  10.00 AM    ZIARAH /SALAM UKHWAH MADRASAH NURUL HUDA


8  11.00 AM    ZIARAH / SALAM UKHWAH UNIVERSITI ISLAM YALA


9    1.00 PM    ZIARAH / SALAM UKHWAH MADRASAH TAHFIZUL QURAN LIL BANAT


10  2.00 PM    SOLAT ZOHOR / MAKAN TENGAHARI DATARAN MADRASAH TAHFIZUL QURAN LILBANAT


11  3.00 PM    BERTOLAK KE MASJID TELUK MANOK (300 TAHUN) MTQL – MASJID TELUK MANOK


12  3.45 PM   IKTIKAF / ZIARAH / ASAR MASJID TELUK MANOK


13  4.30 PM   BERTOLAK KE PANTAI NARATHIWAT MTM – PANTAI NARATHIWAT


14  5.30 PM   TADABBUR ALAM / REHLAH PANTAI NARATHIWAT


15  6.00 PM   BERTOLAK KE RANTAU PANJANG P. NARA - RANTAU PANJANG


16  7.00 PM   PASSPORT / DOKUMENTASI RANTAU PANJANG


17  8.00 PM   MAKAN MALAM RANTAU PANJANG


18  9.00 PM   SOLAT / JAMA’ TAKHIR / DOA MASJID RANTAU PANJANG


19  9.30 PM   BERTOLAK KE KL / DESTINASI DESTINASI AHLI

-------------------

siapa yang berkelapangan, bolehlah hadir ke lawatan tersebut..^_^

~untuk menjadi yg terbaek masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya

11 Jan 2011

Tujuh Keajaiban Dunia

2 ore hok komen

Assalamualaikum w.b.t

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA.....


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:



1) Piramida

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon



Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."



Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,



1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi, 



 Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,



5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai 



Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.



Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".




Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di
merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran
adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah
cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap
sesuatu?  (Fusshilat: 53)


Wallahuallam

~untuk menjadi yg terbaek masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya

1 Jan 2011

Farshi Turab(Dust is my bed)

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, sudah masuk tahun 2011 dan menandakan result exam dah keluar serta sesi kuliah yang baru akan bermula. TAHNIAH pd siapa yang beroleh keputusan yg cemerlang dan siapa yg beroleh result yg kurang memuaskan, tidak mengapa..kita cuba lagi di lain masa. Perjalanan masih jauh dan kita tidak digelar bodoh sekiranya kita gagal setelah berusaha.