31 Aug 2010

Tanggal 31, AKU BEBAS!!

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t..Wah, nampaknya hari ni semua bersemangat ya. Maklumlah hari ni hari sambutan kemerdekaan yang menandakan bahawa kita sudah bebas daripada penjajahan. Tapi benarkah kita sudah benar-benar bebas??Sebenarnya apa erti kebebasan pada mata kalian pada tanggal 31 ini..?Bila tiba hari kemerdekaan ramai orang berlumba-lumba meraikannya, sedangkan erti kemerdekaan tidak difahami. Ya, saya mengagumi jika seseorang itu cintakan tanah air kita kerana kalau bukan kita yang mencintainya, siapa lagi..Namun cukup sedih jika, hari kemerdekaan itu disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

Kalau kita imbas sepintas lalau, betulkah negara kita sudah merdeka sedangkan unsur-unsur barat masih bertapak di negara kita. Merdekakah kita sebagai umat Islam jika Daulah Islamiyyah masih belum dapat ditegakkan. Atau erti kemerdekaan ini membawa erti penguasaan halus daripada Barat yang telah membutakan mata kita dengan satu kalimat MERDEKA..Saya masih ingat dahulu(zaman kanak-kanak ribena), saya dan kawan-kawan begitu bersemangat ketika menyambut hari kemerdekaan kerana setiap tanggal 31, kami dilatih begitu. Yang saya tahu, hari kemerdekaan ialah hari kebebasan tanah Melayu daripada penjajahan. Tapi hari ini, saya mula mengerti apa sebenarnya erti kemerdekaan.

29 Aug 2010

Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku dan pengunjung .::Musafir Cinta Ilahi::.. Apa khabar iman kalian hari ini?? Insya'allah, semoga iman kita bertambah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini...Post saya pada kali ini ditujukan khas buat seorang insan. "Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..


Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!" Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana. 

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA??

22 Aug 2010

Sudikah Awak Menjadi Isteri Kedua Saya??

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Oleh `Izzat Anwari bin Hasni
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. 
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

14 Aug 2010

Wajah Suci Itu Tidak Berdosa!!

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera^_^ pada semua..Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih menberi peluang untuk kita menikmati solat subuh dan udara pagi yang segar dan nyaman.

Sekarang umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dan berkat di bulan Ramadhan. Masjid-masjid penuh dengan hati-hati yang menuju kepadaNya. Golongan pak cik, mak cik, orang dewasa mahupun kanak-kanak turut serta dalam memeriahkan solat terawih. Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil juga tidak mahu ketinggalan dalam merebut pahala di bulan barakah ini.


Sangggupkah kita lihat wajah ini dizalimi..

Sewaktu terawih yang lepas, saya amat tertarik melihat seorang ibu menghandle anaknya yg masih kecil(bayi) di sebuah masjid. Ibunya mahu solat tpi dlm masa yg sama dia perlu mnjaga anaknya. Dari raut wajah ibu itu, saya dpt lihat kasih sayangnya yg tumpah utk anknya tersebut. Ye lah..ibu mana tak sayangkan anak!Bayi itu seakan-akan teruja dengan layanan mesra yg dihadiahkan padanya. Bayi itu seolah-olah brkata "Bertuahnya aku punya ibu spertimu"..Bila melihat keakraban dua beranak tersebut, fikiran saya terus tercampak pada nasib bayi-bayi yang tidak mendapat haknya daripada ibu yang melahirkan mereka.

11 Aug 2010

Ramadhan Membuka Tirai

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 




SALAM IHYA RAMADHAN!!JIKA 11 BULAN PENUH NODA, BIARKAN RAMADHAN MENJADI PENCUCINYA...


"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan mulia ini dan merebut sebanyak mungkin pahala di bulan yang penuh barakah ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dimana umat Islam melakukan ibadat lebih untuk mengejar Lailatur Qadar. Diharapkan amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan akan berterusan di bulan-bulan yang lain. Tapi persoalan yang bermain di benak, sudah bersediakah kita untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini?? Apa perancangan yang hendak dilakukan di bulan yang berkat ini?? Adakah kita hanya berpuasa seperti orang lain dan membiarkn saja bulan Ramadhan itu berlalu tanpa melakukan sesuatu untuk memperoleh ganjaran daripadaNya..?

10 Aug 2010

Kau Ciptaan Terindah!

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Aduhai Wanita,
kau ciptaan terindah..
Anugerah daripadaNya,
Yang sememangnya sukakan keindahan..
Tapi mampukah kau jaga keindahan itu..
Sedangkan di luar sana
Ramai yang ingin meragut keindahan yg kau miliki..

Aduhai Wanita,
Celikkan matamu,
Bukakan mindamu,
Agar akalmu seiring dengan kemahuanmu,
Agar langkahmu diiringi keimanan,
Agar hatimu secantik akhlakmu..

7 Aug 2010

Hati Seorang Ayah

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

5 Aug 2010

I Love My Hijab

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Why we are wear a hijab??Adakah kita hanya memakainya suka-suka atau kerana melihat orang lain memakainya. Wahai sahabatku muslimat sekalian..Tahukah kamu apakah fungsi kain yang melitupi kepalamu itu? Adakah perhiasan semata-mata sehingga fungsinya yang sebenar ditenggelamkan..Mungkin selama ini kita tidak atau belum sedar betapa besarnya jasa kain yang melitupi kepala kita. Menutupi mahkota kita, menutupi maruah kita, menutupi aib kita dan menutupi keindahan ciptaanNya yang dianugerahkan pada kita.. Sukakah kita membiarkan mata-mata liar menikmati keindahan yang kita miliki.

Sahabatku, suka kukatakan janganlah kita melonggarkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada sehelai hijab. Cuba perhatikan analogi dua buah rumah. Satu rumah yang terjaga rapi, dilengkapi alat keselamatan dan pagar-pagar memenuhi perkrangan rumah melengkapi lagi ciri-ciri keselamtan rumah tersebut. Tapi cuba bayangkan pula sebuah rumah lagi, yang dibiarkan terbuka, tidak berkunci, tiada ciri-ciri keselamatan seolah-olah tuan rumah tersebut tidak mempedulikan tentang rumah tersebut. Jadi rumah mana yang terjamin keselamatannya?Rasanya jawapan sudah ada. Tepuk dada tanya iman.

29 Jul 2010

Misi Dakwah

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Salam Liqa'..Semoga shbat2 semua sntiasa brpayungkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.. Diharapkan juga pada daei-daei spaya tetap tegar dalam menegakkan syariat Allah SWT di atas bumi pinjamanNya ini.

Semua org dah biasa dengan perkataan dakwah ni. Tapi berapa ramai yang faham tentang misi dan matlamat dakwah..Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri. Secara umumnya dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "Ilmu" dan kata "Islam", sehingga menjadi "Ilmu dakwah" dan Ilmu Islam" atau ad-dakwah al-Islamiyah.

Firman Allah SWT:

" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya drpd orang yang menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk org2 muslim(yang berserah diri)"
(Surah Al-Fussilat : 33)

25 Jul 2010

Bangau oh Bangau

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam Liqa'..Semalan saya menghadiri seminar yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal..Di dalam seminar tersebut ustaz ada menyentuh tentang lagu bangau oh bangau, lagu yang sering meniti dibibir anak-anak kecil. Jadi saya amat tertarik dengan ideologi bangau oh bangau tersebut..Jom dengar lagu bangau oh bangau..!


































 

Bangau Oh Bangau 
Bangau Oh Bangau 
Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

22 Jul 2010

Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Ukhtifillah..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)




Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli
Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.

Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
kerananya kau tak mempunyai persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh,
kerana ianya akan membuatkanku mengingatimu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Mengimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatkanku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Jangan Bersedih

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Anda sedang bersedih?? Kenapa ya?? Adakah mereka di luar sana tidak mempedulikan anda..Ataupun anda bersedih disebabkan result exam anda yang kurang memberangsangkan. Susahnya mahu menghilangkan rasa sedih bila emosi menguasai diri. Lebih-lebih lagi bila rasa sedih itu tidak diubati dengan segera. Tapi macam mana nak ubatinya..Telan panadol??Tumbuk diri sendiri??Tempah makanan bnyak2?? Atau.........sorok muka dalam bantal..??mungkin ada di antara kita yg melakukan perkara-perkara tersebut. hurm..sama-sama fikirkan..

Semua org akan ada masa yg dilanda kesedihan..tak kira la apa bentuk kesedihan pun..Tapi kita(saya dan anda) sebgai manusia yg menumpang di ats muka bumi pinjaman Allah seharusnya bijak mengawal kesedihan yg melanda. Jangan terlalu membawa perasaan yg hiba sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dan org disekeliling kita. Berbalik kepada diri kita sendiri, mcmana kita mahu mengubati kesedihan itu agr hidup kita hilang kemurungan? Ubatnya amat senang nak dibuat tapi agak susah bagi yg merumitkannya..Saya ingin mengajak anda semua BERCINTA!!!YA CINTA..INILAH UBAT YANG SAYA MAKSUDKAN..

16 May 2010

Indahnya Ukhwah Fillah

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua..salam liqa' ^_^


15 MAY 2010..merupakan tarikh yg amt memberi makna dlm hidup sya..saya ingin berkongsi dgn sahabat2 semua mengenai hari tersebut..Pd trikh ini, sy dan shbat2 seangktan telah dipilih oleh Allah utk bertemu dlm suatu majlis yg diadakn di suatu tmpat..terima kasih diucpkan kpd shbat n shabiah yg hadir demi mnjayakan majlis tersebut..walaupn rmai muslimat yg tdk dpt hadir, tp majlis itu brjlan dgn jayanya..

Alhamdulillah..sy panjatkan kpd Allah S.W.T krn masih memberi peluang kpd sy utk berjumpa shbat2 lama..rasa terubat rindu di hati apabila bertemu dgn shabat2 yg amt sy syangi dan rindui..pertemuan yg dirancang itu benar-benar meninggalkan memori yg amat manis..keindhan ukhwah ini sukar utk sy nyatakn melalui kata2..hanya hati yg girang berbicara betapa gembiranya perasaan..mungkin inilah yg dikatakn kenikmatan ukhwahfillah..

KESAKSIAN IBLIS

0 ore hok komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..sy ingin brkongsi sdkit article yg dipostkn oleh Yanazri Haji Abdul Rahman 


http://www.facebook.com/topic.php?topic=14271&post=71621&uid=330431809373#post71621


Edisi ini saya akan berbagi tentang suatu hadits yang luar biasa dahsyat maknanya. Saya yakin cukup dengan suatu hadist ini jika setiap kita membaca, menyelami dan mengamalkannya dengan baik insya Allah kita akam menjadi mukmin sejati. Tak perlu berpanjang, berikut kutipan lengkapnya :

Dari Muadz bin Jabal dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seorang dari luar rumah:” wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku “Rasulullah bersabda.” Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat Allah bersamanya.” Umar bin Khattab berkata : “izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah”. Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik”.

12 May 2010

Kisah Telinga

0 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..posting nie tdk berniat ape2..sekdar suke-suke..SANTAI..

...

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

4 Ibu Utama

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua..disini ada sedikit perkongsian..mga bermanfaat..(^_^)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu:

     1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
     2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
     3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA..
     4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

2 May 2010

Kalau sampai Ipoh

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.


Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"