30 Oct 2010

Oh, ujian bertamu lagi!!

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t. Maha Suci Allah menjadikan alam ini serta seluruh isinya. 


"Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."[Ali-Imran :189-190]



Oh, ujian bertamu lagi!!

Sangka manusia, Allah tidak menyayangi mereka lantaran musibah dan ujian yang datang menimpa-nimpa. Ya!Manusia memang suka bersangka! Sangkaan yg dibisikkan oleh syaitan itu sudah tentu tidak benar sama sekali. Allah memberi ujian untuk mmberitahu hambaNya betapa kasihNya pada kita. Apabila kita diuji bersyukurlah kerana Allah masih ingat akan kita semua. Bayangkan orang yang hidupnya tiada ujian, apakah mereka masih mengingati Allah di dalam hatinya? Apakah kita melihat kesenangan yang diberikan oleh Allah itu adlah satu kelbihan semata-mata??


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 [Al-Ankabut 29:2-3]

29 Oct 2010

Blogger Setia

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria buat semua teman blogger..^___^

Semalam nia dapat award lagi dari shbat seperjuangan Soutul Mujahid.. Jadi nia nak ucapkan syukran jazilan pada Soutul Mujahid kerana sudi bagi award nie. Ni award yg dbagi oleh beliau..Cantik x??


Tp ade soklan yg nia kena jwab..ok..no problem..^_^

Apa perasaan anda apabila menerima anugerah yang tak seberapa ni?

terharu+suker+gembira..


Saya kenal blog ni melalui web iluvislam..Mase tu dah berkenan dgn blog ni..sbb bnyak informasi2 dan perkongsian ilmu drpd saudara soutul mujahid..teruskan menulis..moga thabat ya!


ps:-utk mnjadi yg terbaik juga masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya

24 Oct 2010

Dalam diam hatiku menangis .. =.=

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi Allah serta salam rindu buat sahabat-sahabatku yang jauh dari pandangan mata. Puji-pujian ku titipkan kepada Tuhanku Pencipta sekalian alam yang mempunyai 99 nama yang indah. 


DIA lah tempat kita meminta segala sesuatu, DIA tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang setara denganNYA..(al-Ikhlas : 2-4)

(Oh hati!kau menangis lagi...!!)

Kesibukan yg melanda membuatku rasa di awang-awangan..
Mungkin anda semua juga begitu..
Tenggelam dgn kesibukan yang menghimpit diri..
Hampir setiap hari hati ini menangis..
Kerana apa?? bukan krna kesibukan yg datang ...
Tapi mngenangkn hbungan dgn kekasih yg Satu,
Terasa diri jauh dgnNya..
(Ya Allah, aku tdk mahu jauh dariMu walau sesaat!)

21 Oct 2010

Award Lagi ^______^

5 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...^____^
Hmmm..ni award yg kedua saya dpt..award ni dtg drpd saudara Myzul..
Anugerah Blogger Harapan..=)
Terima kasih atas anugerah di atas..
ade soklan yg perlu dijwb

Slogan nape saya suke memoriseorangmuda

::sbb suke dgn cara penulisan die yg brshaja

Reaksi lepas dapat award ni?

1..terkejut
2..gembira laa..=)

Tag 15 blogger  len


_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________


12 Oct 2010

Kenapa aku..kenapa bukan orang lain...??Kenapa..!!

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum w.b.t dan salam seharum kasturi buat sahabat-sahabat seperjuangan dan teman-teman blogger. Kuucapkan syukur ke hadratNya kerana masih lagi mempertemukan kita disini. Dalam melewati hari-hari yang penuh dengan urusan duniawi, marilah sebentar kita melantunkan pujian kepadaNya Rabb sekalian alam.. SubhanaAllah...Alhamdulillah..AllahuAkbar...!Dan tidak lupa ucapan selawat pada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W..Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad...

Kembali ke dunia realiti...

Pernah tak kalian rasa sangat berputus asa dalam hidup ini dan merasakan dunia ini tidak adil bagimu..? Setiap apa yang kamu usahakan tidak membuahkan hasil yang setaraf dengan usahan yang dibuat. Mungkin bagi seorang pelajar, hasil yang diperolehi daripada usaha yang dilakukan memberi erti yang amat besar dalam dirinya..bagaimana pula dengan orang yang kuat berusaha namun hasilnya tidaklah seberapa..?! 

4 Oct 2010

Menyambut dan meraikan tetamu Allah^^

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t dan salam seindah pelangi yang muncul selepas hujan buat semua pengunjung yang sudi mengintai-intai blog yang serba kekurangan ini. Segala puji kembali kepada Allah pemilik, pentadbir dan penguasa sekalian alam. Hanya DIA saja yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan hanya padaNya kita bersandarkan segala harapan serta pertolongan. Alhamdulillah, saya sempat mencuri masa untuk menulis di ruangan ini. ------^^



1 Oct 2010

Ingin menjadi cantik di mata kekasih kita, wanita sekalian??

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum w.b.t dan salam terindah buat sahabat-sahabat dan pada semua pengunjung. Pertamanya, mari kita memanjatkan syukur kepadaNya kerana masih memberi kita oksigen utk kita bernafas dalam kesesakan jutaan manusia dan kesibukan alam dunia. Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah, kerana sentiasa mempedulikan hambaMu yang jauh serba kekurangan ini.

Post pada kali ini istimewa untuk insan yang bergelar wanita. Mesti kalian semua sudah tidak sabar ingin ketahui apakah tips-tips untuk kelihatan cantik di hadapanNya..Tapi sebelum tu, kekasih yg saya maksudkan di ats adalah cinta agung kita iaitu Allah SWT..Jom kita amalkan bersama-sama utk menarik perhatianNya..^^

28 Sept 2010

Tak sangka dapat Award!!!.^^

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang pada semua pengunjung..Hari ni adalah hari yang agak muram bagiku. Semuanya kerana proposal ditolak mentah-mentah, mungkin disebabkan perancangan yang kurang matang dan kurang efektif. Kerja lain banyak lagi yg bertimbun. heeee..bibir pun tak mahu senyum pada diri sendiri.=.=


Tapi mood muram tu mula bertukar bila laman blog ini dibuka..Mata saya menjeling-jeling di chatbox jika ade shbt2 baru brkunjung ke sini..Then, mata saya tertancap pada satu pengunjung "anak umi" yang mnyuruh saya mengambil award di blognyer..saya menggaru kepala(tnda kurang faham dgn maksud ayatnya)..apalagi pgi la lihat..rupe2nye "anak umi" tu ade mnyediakn award2 utk blogger2..xtau mcmne nilaiannya..tapi yg pasti blog sya ade tercatat dlm salah satu award tu..nak tengok?? ni awardnya!!

25 Sept 2010

Kisah Isteri Buat Nasi Kangkang

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera pada semua..Tengahari tadi, ketika tenggelam dalam kesibukan kerja yang melambak campur dengan test+quiz+report n laen2,  terjumpa satu artikel yg sudah lame tersimpan dlm folder laptop nie..Artikel ni mungkin sudah lame, mungkin ade yg dah tahu dan mungkin ade yang belum lagi...jadi sy post je kat ruangan ini utk kita jadikan ia sebagai ibrah..

*****

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. 'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya setelah mempersilakannya duduk.

'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,' balas Arifin. 'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,' Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja  muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. 'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.

23 Sept 2010

Aku Rindukan Wajah Itu

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum w.b.t dan salam terindah kulafazkan buat semua sahabat2 seperjuangan dan pengungjung2 blog nie..Puasa enam dah habis belum??Pada yang belum start, masih ada masa lagi nak puasa. Pada yang dah start puasa enam, alhamdulillah..Insya'allah, mudah-mudahan puasa kita mndpat keberkatan dariNya. 


Petang semalam fikiranku melayang ke arah sebuah memori tatkala mendengar sebuah lagu..Memori bersama 'dia' yang amat indah..Sebuah pertemuan yang dirancang oleh Yang MAHA HEBAT!!Saat itu jugalah jari-jariku pantas menari di dada keyboard mencoret sesuatu di ruangan blog ini. Sekarang kumenyambung coretan yg sudah terluah pada petang semalam..Khas untukmu sahabatku..

21 Sept 2010

Cinta Kita..Cinta Perjuangan

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

14 Sept 2010

Tudung Labuh+Akhlak Buruk

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan buat sahabat2 serta seluruh khalifah yang menghuni di bumi pinjaman Allah. Semoga cinta dan kasihNya bisa menyuntik semangat perjuangan ke dalam diri kita.

Alhamdulillah...........hari ini sudah masuk 5 syawal, bermakna sudah 5 hari Ramadhan pergi dan 5 hari kita mensyukuri kedatangan Syawal. Tapi tulisan saya pada kali ini bukan mahu menyentuh tentang keduanya. Cuma ingin berkongsi dengan sahabat perkara yang meyesakkan dada dan mengilukan urat-urat sendi saya.

Cukup sedih bila masih ada manusia mempertikaikan tudung labuh+akhlak buruk. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, marilah sama-sama beristighfar kepadaNya. Saya ingin mengajak semua menghayati syariat penutupan aurat dalam surah al-Ahzab ayat 59,

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

11 Sept 2010

Coret-coret Aidilfitri

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t dan salam lebaran pada sahabat taulan dan pengunjung semua. Macam mana dengan sambutan aidilfitri? Pastinya meriah sekali..Saya yakin kemeriahan di pagi syawal masih terasa meski hari ini sudah masuk 2 syawal. Bak kata kakak saya yang berada di johor "Orang johor raye sebulan". Ye ke??Saya pun xtau, kenalah tanye org johor. Kalau kat tempat saya, org beraya juz hari raye pertama dan raye kedua. Lepas pada tu dah tak dapat duit raya..hehe

Hari raya tahun ni, agak meriah daripada tahun2 yang lepas. Mungkin bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah. Rumah xpayah cakap la, memang sesak dengan hantunya..eh, silap bukan hantu..menantu, dengan cucunya. Jenuh nak melayan. Teringat waktu last berbuke puasa. Meriah satu kampung!Tu pun ada lagi yang belum sampai kat rumah.



Malam raya tu, abag2ku dan abang2 iparku dengan kreatifnya melaksanakan program yang mereka dah lama rancangkan, iaitu barbeque. Memang seronok bila ramai-ramai. Terasa hubungan ukhwah itu kuat.

9 Sept 2010

Ramadhan Pergi, Syawal Muncul Lagi

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


RAMADHAN..M0gA KiTA BeRsuA
LaGi Di TaHuN AkaN DaTanG

Assalamualaikum w.b.t dan salam terindah buat sahabat2 dan pengunjung blog ini. Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yg terakhir kita menjalani ibadah puasa. Hanya beberapa jam saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Mungkin untuk sekejap cuma, atau mungkin untuk selama-lamanya. Beruntunglah kepada siapa yang memperoleh keampunan dariNya dan rugilah kepada siapa yang tidak beroleh manfaat dariNya. Yang pasti Ramadhan tetap jua pergi. Mudah-mudahan kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Insya'Allah,,

Tidak banyak yang ingin saya coretkan disini, memandangkan kesihatan yang kurang baik. Saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon maaf kepada sesiapa saja sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. Pada yang mengenali diri ini, saya pinta maaf jika terdapat kekurangan diri sepanjang persahabatan kita. Semoga cahaya Aidilfitri menautkan lagi kasih sayang di antara kita. Akhir kata, SALAM LEBARAN buat semua,,

31 Aug 2010

Tanggal 31, AKU BEBAS!!

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t..Wah, nampaknya hari ni semua bersemangat ya. Maklumlah hari ni hari sambutan kemerdekaan yang menandakan bahawa kita sudah bebas daripada penjajahan. Tapi benarkah kita sudah benar-benar bebas??Sebenarnya apa erti kebebasan pada mata kalian pada tanggal 31 ini..?Bila tiba hari kemerdekaan ramai orang berlumba-lumba meraikannya, sedangkan erti kemerdekaan tidak difahami. Ya, saya mengagumi jika seseorang itu cintakan tanah air kita kerana kalau bukan kita yang mencintainya, siapa lagi..Namun cukup sedih jika, hari kemerdekaan itu disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

Kalau kita imbas sepintas lalau, betulkah negara kita sudah merdeka sedangkan unsur-unsur barat masih bertapak di negara kita. Merdekakah kita sebagai umat Islam jika Daulah Islamiyyah masih belum dapat ditegakkan. Atau erti kemerdekaan ini membawa erti penguasaan halus daripada Barat yang telah membutakan mata kita dengan satu kalimat MERDEKA..Saya masih ingat dahulu(zaman kanak-kanak ribena), saya dan kawan-kawan begitu bersemangat ketika menyambut hari kemerdekaan kerana setiap tanggal 31, kami dilatih begitu. Yang saya tahu, hari kemerdekaan ialah hari kebebasan tanah Melayu daripada penjajahan. Tapi hari ini, saya mula mengerti apa sebenarnya erti kemerdekaan.

29 Aug 2010

Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku dan pengunjung .::Musafir Cinta Ilahi::.. Apa khabar iman kalian hari ini?? Insya'allah, semoga iman kita bertambah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini...Post saya pada kali ini ditujukan khas buat seorang insan. "Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..


Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!" Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana. 

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA??

22 Aug 2010

Sudikah Awak Menjadi Isteri Kedua Saya??

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Oleh `Izzat Anwari bin Hasni
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. 
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

14 Aug 2010

Wajah Suci Itu Tidak Berdosa!!

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera^_^ pada semua..Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih menberi peluang untuk kita menikmati solat subuh dan udara pagi yang segar dan nyaman.

Sekarang umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dan berkat di bulan Ramadhan. Masjid-masjid penuh dengan hati-hati yang menuju kepadaNya. Golongan pak cik, mak cik, orang dewasa mahupun kanak-kanak turut serta dalam memeriahkan solat terawih. Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil juga tidak mahu ketinggalan dalam merebut pahala di bulan barakah ini.


Sangggupkah kita lihat wajah ini dizalimi..

Sewaktu terawih yang lepas, saya amat tertarik melihat seorang ibu menghandle anaknya yg masih kecil(bayi) di sebuah masjid. Ibunya mahu solat tpi dlm masa yg sama dia perlu mnjaga anaknya. Dari raut wajah ibu itu, saya dpt lihat kasih sayangnya yg tumpah utk anknya tersebut. Ye lah..ibu mana tak sayangkan anak!Bayi itu seakan-akan teruja dengan layanan mesra yg dihadiahkan padanya. Bayi itu seolah-olah brkata "Bertuahnya aku punya ibu spertimu"..Bila melihat keakraban dua beranak tersebut, fikiran saya terus tercampak pada nasib bayi-bayi yang tidak mendapat haknya daripada ibu yang melahirkan mereka.

11 Aug 2010

Ramadhan Membuka Tirai

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 




SALAM IHYA RAMADHAN!!JIKA 11 BULAN PENUH NODA, BIARKAN RAMADHAN MENJADI PENCUCINYA...


"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan mulia ini dan merebut sebanyak mungkin pahala di bulan yang penuh barakah ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dimana umat Islam melakukan ibadat lebih untuk mengejar Lailatur Qadar. Diharapkan amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan akan berterusan di bulan-bulan yang lain. Tapi persoalan yang bermain di benak, sudah bersediakah kita untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini?? Apa perancangan yang hendak dilakukan di bulan yang berkat ini?? Adakah kita hanya berpuasa seperti orang lain dan membiarkn saja bulan Ramadhan itu berlalu tanpa melakukan sesuatu untuk memperoleh ganjaran daripadaNya..?

10 Aug 2010

Kau Ciptaan Terindah!

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Aduhai Wanita,
kau ciptaan terindah..
Anugerah daripadaNya,
Yang sememangnya sukakan keindahan..
Tapi mampukah kau jaga keindahan itu..
Sedangkan di luar sana
Ramai yang ingin meragut keindahan yg kau miliki..

Aduhai Wanita,
Celikkan matamu,
Bukakan mindamu,
Agar akalmu seiring dengan kemahuanmu,
Agar langkahmu diiringi keimanan,
Agar hatimu secantik akhlakmu..