30 Sept 2011

Nukilan Hati

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Aku tidak pernah meminta hati yang serapuh ini,
Mudah tersentuh bila dipersendakan,
Atau memang aku senang diperlakukan begitu?
Sedangkan aku berusaha menjaga hati orang disekelilingku..
Apakah aku ini hanyalah pokok tua yang sudah tidak berguna,
Yang sesuka hati dijadikan bahan gurauan...

Ya Tuhan,,
Hatiku saat ini begitu sakit, pedih...
Air mata yang mengalir seakan faham kondisiku,
Sehingga aku berfikir sendirian...

Sukar sangatkah seorang itu memahami seorang yang lain..?
Setidaknya cuba belajar memahami orang disekeliling..
Mungkinkah juga aku yang kurang mengerti??

Dulu aku pernah menjadi orang yang sangat merendahkan diri,
Kenapa di saat aku cuba untuk tidak terlalu merendahkan diri,
Ada pula insan yang membuatkan aku untuk merasa rendah diri..
Ya Tuhan harus bagaimanakah aku??
Apakah diriku ini semudah itu diperkotak-katikkan??

Namun.. Aku tidak pula berasa marah..
Benar! Aku hanya sedih memikirkan kenapa hatiku tidak sekuat
orang lain, aku tidak suka orang menggelarku lembik!
Aku teringatkan Rasulullah s.a.w pernah diejek,
Hatiku bertambah sayu..ya amat sayu..
Kerana Nabi Allah itu tidak pernah mengeluh dan berasa sedih..
Aku juga tidak inginkan begini.. Jika diberi pilihan,
Aku ingin jadi seorang yang kuat fizikal dan emosinya!

Ya Rabbul Izzati,
Aku mohon padaMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang,
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi setiap apa yang kau
berikan padaku..
Aku hanya ada Mu ya Rahman disisiku,
Aku tidak ingin orang lain melihatku lemah kerana aku ingin
memberitahu mereka bahawa aku ada Engkau sebagai teman
dalam hatiku...

:: Moral ::

Cubalah belajar memahami orang lain. Kita jangan fikir orang lain macam kita sebaliknya letakkan diri di dalam kasut orang lain..Tambah-tambah di dalam persahabatan. Jagalah persahabatan yang terbina.. Berguraulah seadanya, janganlah sampai boleh menjatuhkan maruah sahabat di depan sahabat yang lain..Jika seorang daei' harus kenal mad'u nya, seorang sahabat harus kenal sahabatnya itu macamane..wallahuallam


_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________


27 Sept 2011

* Malu *

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Ia berdegup laju,
Rentak irama sudah tidak sekata,
Hati menjadi tidak menentu,

Ya Allah...
Tenangkan, tenangkan, tenangkanlah,
Kaki melangkah menjauh,
Sedaya upaya menjauh,

Bukan kerana sombong,
Bukan kerana buat-buat tidak mengenali,
Tetapi hanyalah kerana,
Ketidak tenangan sedang berkecamuk,
Di ruang taman hati.

Ah! Sudah jauh,
Sudah di elak,
Namun, hati terpagut lagi,


Petua Imam Syafi'e

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Petua Imam Syafi'e.... 

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

24 Sept 2011

‎~*~ Inilah caraku mencintaimu ~*~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Inilah caraku mencintaimu..
dengan tak menghubungimu,
tak juga mengirim pesan untuk menanyakan kabarmu,
dan bahkan sekedar chatting untuk menyapamu,
aku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan karena aku membencimu,
namun karena aku ingin menjagamu dan menjaga diriku sendiri dari khalwat yang menjebak,
aku mencintaimu dengan menjaga diriku dan dirimu,
menjaga kesucianku dan kesucianmu,
menjaga kehormatanku dan kehormatanmu,
menjaga kebeningan hatiku dan hatimu,

ya......
Beginilah caraku mencintaimu,
mencintaimu dalam diamku,
karena diamku adalah bukti cintaku padamu..
dan sekarang, keadaan menegurku,
sehingga dapat membantu menyadarkanku dari kesalahan yang telah aku perbuat,
meskipun pesonamu terhadapku belum pulih, belum pulih..

14 Sept 2011

part 1 : Mari Kenali Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Pastinya semua orang tahu siapa itu Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a. Siapa lagi kalau bukan isteri pertama baginda Muhammad s.a.w. Tetapi adakah kalian semua kenal dengan isteri-isteri baginda yang lain? Di sini akan saya letakkan nama isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. Maklumat lain akan saya postkan di lain masa jika berkesempatan..

Nama Isteri-isteri Rasulullah s.a.w,

          * Khadijah Binti Khuwailid r.a
          * Saudah Binti Zamaah r.a
          * Aisyah Binti Abu Bakar r.a
          * Hafsah Binti Umar r.a
          * Hindun Binti Abi Umayyah r.a
          * Zainab Binti Jahsin r.a
          * Juwairiyyah Binti Al-Harith r.a
          * Safiyyah Binti Huyyai Bin Akhthab r.a
          * Raihanah r.a
          * Mariyyah Al-Qubthiyyah r.a
          * Maimunah Binti Al-Harith r.a

Jika artis-artis Malaysia n antarabangsa kita boleh ingat, jadi apatah lagi isteri Nabi yang mulia. Lepas ni bolehlah simpan nama-nama ni dalam disket memori masing-masing ye..peringatan untuk diri saya juga..^__^
 _______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-
_______________________________________________________________

13 Sept 2011

Aku Ingin MencintaiMu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah...saat ini kita masih dikurniakan peluang olehNya bernafas di atas bumi sementara. Bersyukur kepada Allah SWT, kerana tidak pernah lupa mengirimkan rahmat dan mawaddah kepada kita. Namun tidak terdetikkah di hati kita bahawa cinta kita terlalu palsu untuk diungkapkan kepada sang Pencipta! Sejenak terdengar lagu nyanyian Edcoustic, hati saya dirundung sayu..ya, bagaimana mungkin saya tidak sayu kerana lagu itu amat memberi kesan pada hati yang paling dalam. Ayuh sebentar sahabat-sahabatku, kita hayati sama-sama lagu ni..Mudahan kita mendapat sesuatu daripada seni kata ini..

Peringatan Buat Kaum Wanita!!

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Saudara dan saudari, kaum muslimin dan muslimat..
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.! Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

12 Sept 2011

Dia Berdosa

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dia seorang pemuda,
Ya, dia seorang belia,
Pemuda yang di-uji akan Allah Taala dengan ujian hawa nafsu,
Hawa nafsu yang tak pernah lari dari membelenggunya.

Dia tergoda,
Ya, dia terjelupok ke dalam lubang najis,
Lubang najis yang sangat jijik dan busuk,
Namun, lubang najis itu jauh lebeh  kurang busuk
dan jijik dari palitan dosa yang ada padanya,
Jasadnya sangat busuk,
Seandainya dosa itu berbau,
pasti manusia lain akan menjauhi-nya.

14 Aug 2011

Sweetnyer Diaa

0 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم

Post saya ni saya dedikasikan untuk adik saya yang tersayang kerana dia telah buat saya rasa terharu. Ya, terharu sangat! Nak tahu kenapa?? Meh nak citerr..Satu hari tu saya tertengok satu benda yang berwarna merah dalam begnya. 

Saya : Ya Allah, cantiknyerr..!
Adik : Kak ten ambikla. 
Saya : Adik beli ke kak ten ke??(sambil tangan saya membelek-belek benda tersebut)
Adik : (mengangguk-angguk kepala,sambil tersenyum malu)*adik saya memang pemalu
Saya : Ni adik beli hadiah hari lahir kak ten ea??(saya seronok dah mase tu)
Adik : Ye, tapi murah jah adik beli tu. Berape ringgit jah. Kak ten suker tak??
Saya : Ya Allah, kak ten suker sangat. Biarla murah pun dik. Comel sangat ni. Kak ten akan simpan baik-baik benda nie. Adik ni pandailaa...(tangan saya masih tak lepas pada hadiah yg dia bagi tu)
Adik : (tersenyum panjang)
Saya : Kenapa adik senyum macam tu?(pelik tengok adik saya macam menahan ketawa)
Adik : Tak eh..Lucu tengok kak ten. heheh

******

Nak tahu dia bagi apa kat saya?? Ni dia..

13 Aug 2011

Ceritaa Cintaa

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang bercakap tentang cinta dan ramai juga orang yang mengalami masalah cinta. Tidak lupa juga ramai orang menafsir cinta dengan cara yang berbeza. Tidak kurang itu, ada juga yang menafsir cinta ikut citarasanya sendiri. Jika ia mahukan cinta ini begitu maka begitulah, jika ia mahu cinta ini begini maka beginilah. Seolah-olah ia yang mencipta CINTA dan kuasa CINTA itu tunduk di bawah arahannya. Mungkinkah semuanya sudah lupa kepada Pencipta Cinta? Perhaply possible!

Jika mahu menafsir erti cinta, rasanya tidak cukup ruang untuk ditulis di sini. Anda tahu kenapa? Kerana bila kita mengertikan cinta itu berpandukan penciptanya maka lahirlah definisi-definisi cinta yang indah seperti yang kita nikmati sekarang. Yang berusia sayang orang yang muda, yang muda hormat yang berusia, si ibu dan ayah kasih akan anaknya dan seluruh makhluk berkasih-sayang dengan cebisan cinta daripadaNya. Nilai-nilai murni yang tumbuh hasil dari cinta dan kasihNya. Lihatlah betapa luasnya cinta DIA!

Suka saya kongsikan kata-kata yang menarik daripada Ibnu Qayyim berkenaan dengan takrif cinta ;

"Tidak ada batas cinta yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri, membatasinya jelas hanya akan menambah kekaburan dan hambar maknanya. Maka, batas dan penjelasan cinta tersebut tidak dapat dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri."

12 Aug 2011

Tips Kelihatan Cantik Di HadapanNya

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Pasti muslimah semua ingin kelihatan cantik menawan di hadapanNya bukan.. Jom sama-sama kita amalkan tips kat bawah nie..

1. Bersihkan wajahmu dgn pencuci muka berjenama WUDHUK
2. Sapukan mukamu dgn bedak MALU, tatkala kaum adam memandangmu
3. Oleskan gincu SENYUMAN lambang keikhlasanmu
4. Basahkan bibirmu dgn ZIKRULLAH yg dapat hilangkan dahagamu
5. Hiasilah matamu dgn menggunakan maskara jenama REDUP PANDANGAN bagi elakkan  zina                                                                                                                                        6. Untuk kesan jangka panjang, niatkan IKHLAS KERANA ALLAH supaya make up anda kekal selalu.

Selamat mencuba ye sahabiahku sayang..^^

____________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-  ___________________________________________________________________

8 Aug 2011

Ceghita Lamerr

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


1.50 petang,
6 Ogos 2011
Pasaraya Jelira

Pada petang tu ayah dan ma saya mahu hantar adik bongsu ke asrama di MRSM Jeli. Saya tidak ikut. Mereka singgah sekejap di pasaraya Jelira.

Ma : Ambiklah adik nak apa-apa untuk dibawa ke asrama. Nanti ma bayar.
Adik : (menangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum)

20 minit kemudian...

Ma : Dah habis membeli?? Adik beli apa?
Adik menunjukkan barang yang dibelinya.

7 Aug 2011

Kecoh Pagi Hari

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


6.30 pagi

Saya melangkah ke dapur lalu memetik suis elektrik. Serentak nyalaan lampu, ada benda berbulu yang agak besar berlari ke suatu sudut. 'Ya Allah, haiwan ape tu?' saya berteka-teki di dalam hati. Saya beranikan diri dengan menjengulkan sedikit kepala. 'Errp, besarnya haiwan ni!' Tidak jadi mahu ke dapur, takut haiwan itu berlari ke arah saya.

Kedengaran enjin kereta ayah dari luar. Ayah dan ma baru balik dari masjid.

"Ma, meh sini jap!" terus saya panggil ma saya sambil saya terjengul-jengul menghendap haiwan yang dilihat saya tu. Haiwan tu masih tak bergerak.

"Ye, ade apa fatihah?" ma saya bertanya hairan.
"Mehla sini." sambil tangan saya menunjuk-nunjuk ke arah haiwan itu.
"Kenapa?" Ma saya ikut sekali perbuatan saya.
"Cuba ma tengok tu. Ada haiwan berbulu, besar. Ye lari ke arah tu masa fatihah bukak lampu." tanganku masih dihalakan ke tempat tadi.
"Mana? Tak nampak pun. Kat mana, tak ade pun." Mak terjengul-jengul melihatnya dari jauh.(*sbb ma pun takut kat haiwan berbulu..hehe)
"Ada..cuba tengok betul-betul." saya masih tak puas hati. Pelik! Padahal haiwan tu cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

6 Aug 2011

Selamat Datang Ke Musafir Cinta Ilahi

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t buat pembaca yang budiman. Alhamdulillah, panjatkan syukur kepada Allah kerana pada saat ini Allah masih mengurniakan kita limpahan nikmat yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini dengan lancar. Hari ini adalah hari yang ke enam umat Islam berpuasa. Mudahan di bulan puasa ini bukan saja kita menahan diri daripada makan atau minum bahkan menahan diri dari segala perkara yang tidak disukai Allah SWT agar puasa kita pada kali ini diterima olehNya.



Blog Musafir Cinta Ilahi ini merupakan catatan saya yang ingin saya lukiskan di alam maya. Saya bukanlah ustazah ataupun ahli ilmi, tapi saya ingin bersama-sama mereka mengajak umat manusia ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran dengan cara saya sendiri berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Di samping itu, saya ingin membaiki kelompangan diri yang masih tersalut dengan kehinaan dosa terhadap kecintaan kehidupan duniawi.

Saya menulis bukanlah ingin menunjukkan bahawa saya lebih baik dari kalian, tapi saya mahu kita bersama-sama menjadi hamba yang terbaik di hadapanNya. Keadaan kita sekarang sangat haus. Haus dengan ilmu. Tapi lebih baiklah kita merasa haus dalam mencari ilmu daripada kita merasa kenyang dengan ilmu yang kita ada.

Mari bersama-sama berkelana mencari cinta Ilahi.. Semoga Allah memberkati dan meredhai segala apa yang kita lakukan di bumi hamparanNya ini. 

~Masa Untuk Berubah

p/s:-dulu menulis di sini ..disebabkan beberapa masalah, saya berpindah ke laman baru=)
________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-
________________________________________________________________

20 Apr 2011

Ayah Ibu Restui Perjuanganku

1 ore hok komen

                                          بسم الله الرحمن الرحيم

sakitnya.perasaan!oh ayah, oh ibu..doakn ankmu dari jauh..

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

17 Apr 2011

Zinnirah Bintang di Malam Hari

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

HATINYA YANG CELIK WALAUPUN MATANYA
buta

Siapakah gadis yang matanya dibutakan tapi hatinya sentiasa celik itu?? Zinnirah, begitulah indah namanya. Tapi ini jarang diperkatakan orang bahkan mungkin tidak pernah disebut langsung. Wanita ini tidak mempunya kelulusan, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Tapi Allah S.W.T memuliakan dia, Allah memberi penghormatan yang tinggi padanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat kepada Allah dan Rasul.

Zinnirah, wanita suci yang mempunyai akidah tauhid yang begitu kental, walaupun fizikalnya diseksa dengan kesakitan , penderitaan , kesusahan tapi hatinya tetap pada Allah. Dia menerima penyeksaan itu walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan , sepakat demi sepakat , hantukan demi hantukan , tapi demi Islam , buatlah apa sahaja Zinnirah tidak akan menyerah kalah.

Jiwa tauhid telah menebal dalam dirinya , tidak ada suatu pun memberi bekas melainkan kekuasan Allah. Dunia dan segala isinya bukanlah matlamat.Sekalipun dionggokkan amas seberat gunung Uhud, dia tidak akan meukarkan aqidah yang telah bertunjang di hatinya.

2 Apr 2011

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allahkecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerena itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian..
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan
kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami 
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu
dengan irama yang mendayu...
karena itu tegaskanlah suara kalian! 
tatkala berbicara berhadapan dengan kami.. 
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Mampukah Aku??

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

25 Mar 2011

Pesanan Terakhir dari seorang PEJUANG : Syed Qutb

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. Segala puji buat Tuhanku, Allah S.W.T, pentadbir sekalian alam, Raja sekalian makhluk, yang tidak pernah meninggalkan hambaNya keseorangan..Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah bnyak berkorban dlm mngakkan Deen Allah, tidak lupa pada para sahabt baginda serta ahlul bait..Disini ingin saya kongsikan bersama PESANAN TERAKHIR drpd SEORANG PEJUANG yang telah brjaya menimbulkan rasa cinta dlm diri saya utk lebih mengenali susur hidupnya..Semoga rohnya tenang dan aman di sana..

                     

(Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat...
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

24 Mar 2011

My Girl : GadisKu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Gadisku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...

Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang 
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang
kekaguman terhadap sang kumbang .. tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......