26 Apr 2012

Mencari Seorang Imam

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

suke tengok gambar nie (:


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

sumber:  http://www.myilham.com

Agama yang ada padamu lebih penting daripada seluruh isi dunia ini. Ku mencari orang yang mencintai pemilik hatiku, ALLAH SWT dan kekasihku, Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam   
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

25 Apr 2012

New Message : Sayang Kamu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

sayang kamu banyak! ^^


Ehem. Seronok jugak tengah-tengah tension+sress, ade mesej masuk dari seorang jejaka, "sayang kamu". Begitu banyak masalah dan konlik yang melanda bisa disejukkan dan ditenangkan hanya dengan mesej ringkas tersebut? How CAN?! Entahlah, mungkin ni first time saya dapat mesej dari seorang lelaki yang meluahkan tanda sayangnya pada saya. Terharu dibuatnya.

Selepas dia berubah sering dia buat saya terharu. Segala sikap ke'caringan'nye menonjol. Kata sapaannya kedengaran lembut, tiada lagi kasar. Saya suka sangat bila berjumpa dengan dia. Adanya dia di samping saya membuatkan saya terasa dilindungi. Oops..sebelum berbicara lanjut tidak mahu saya mengundang fitnah di hati. Lelaki yang diceritakan di atas adalah adik lelaki saya sendiri. Bukan adik angkat, tapi adik kandung. (:

Sebenarnya, mesej ini biasa saja bagi pasangan yang sedang 'hangus' bercinta. Ungkapan sayang itu selalu ada sebagai tanda kasih sayang mereka. Tetapi tidak bosankah bila ayat itu sudah diulang berkali-kali ketika bercinta. Agaknya si lelaki sudah letih mengungkapkan sayang masa bercinta, jadi selepas berkahwin tiada lagi ungkapan-ungkapan sayang buat isterinya. Tak bestnyer kalau jadi macam ni. ;( Sebab tulah, awok kaum lelaki jangan senang-senang nak cakap 'sayangla', 'cintala', 'rindula'. Sebab nanti awok-awok juga yang bosan duk ulang benda samo. Kesimpulannya nak ucap benda-benda gini, nikah dulu (:

Malam ni saya malas nak 'ngepek' sebab ada orang cakap saya suka 'ngepek'.(sikit-sikit jah..hee..) Tapi satu je nak pesan kat sahabat-sahabat. Ingatlah kita ni datang dari mana. Siapa yang ciptakan kita? Siapa yang beri kehidupan ni pada kita? Kenapa kita nak langgar apa yang DIA tetapkan untuk kita? Kenapa kita tak mahu buat apa yang DIA suruh? Kenapa kita tak ada rasa syukur dengan apa yang telah kita dapat? Kita ni siapa sahabat? Kalau bukan DIA yang menjadikan kita, kita tiada di sini. Jadi kita fikirlah, bukanlah dia jadikan kita ini untuk saje-saje. Setipa perkara itu mesti ada sebabnya. Cubalah sahabat-sahabat cari kenapa kite semua ni diciptakan atas bumi ini oleh Pencipta kita. Thought it deeply from bottom of your heart.

Sampai sini ja dulu. Ucapan terima kasih buat adik lelakiku kerana selalu membuat kakakmu ini terharu dengan sikapmu itu. Jawab molek exam final tu. Saya pun sayangkan kamu banyak, adikku (:


entry ini jadi bercampur disebabkan jiwa penulis sekarang berada dalam keadaan bercampur. Allahu Rabbi moga hati ini beroleh ketenangan. Doakan urusan saya dipermudahkan ye sahabat-sahabat.
-musafir.cinta.Ilahi-



  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

8 Apr 2012

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



MasyaAllah..sungguh kena dengan kita bait-bait dalam syair ini. Betapa hakikatnya kita seorang hamba yang penuh dengan debu-debu dosa dan lingkaran kemungkaran. Kita melakukan mungkar seolah-olah kita lupa apa yang akan berlaku selepas kematian. Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah kita seakan-akan lupa perhimpunan di padang akhirat dan penghisaban.

Kemana mahu disorok segala dosa yang telah dilakukan? Kemana mahu ditutup segala maksiat yang sering dibuat? Kemana mahu dibuang segala keingkaran kita terhadap suruhan dan larangan Allah SWT? Di mahkamah akhirat segala-galanya akan terbentang. Semuanya akan didedahkan. Siapa yang dapat menolong kita? Apakah kita fikir apa yang kita buat di dunia akan terlepas tanpa disoal di mahkamah Allah kelak. Allahu Allah.. Faghfirlana Ya Allah. Faghfirlana Ya Rahman. Faghfirlana Ya Rahim.

-Syair-

Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..



Wahai Tuhan yang memiliki sifat kesempurnaan, kami hanyalah hambaMu yang lemah yang imannya kadangkala turun dan naik, Kiranya kami berlaku zalim terhadap diri kami sendiri maka Kau kembalikanlah kesedaran dan keinsafan ke dalam diri kami. Janganlah sesekali Kau biarkan kami berterusan melupakanMu dan urusan akhirat. Sungguh kami hamba yang penuh dosa. Bantulah kami ke arah mencapai redhaMu. Terimalah taubat kami dan jadikanlah kami orang muslim mukmin yang bersyukur. 
-musafir.cinta.Ilahi-


Allahu Rabbi..banyaknyer dosaku.Ampunkan dosaku dan keluargaku serta saudara seislamku Ya Rahim.


    Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Apr 2012

I Need to Learn More and More ;(

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

niatku untuk belajar kitab ini..bilakah? ;( 

Dua minggu yang lepas, saya telah membeli dua buah buku(seperti gambar di atas). Sebenarnya sebelum ni tertanya-tanya apakah ilmu nahu dan saraf ni. Mungkin kalian semua sudah biasa dengar, tetapi saya tidak. Saya telah merujuk seorang muslimat yang belajar kat pondok. Katanya nahu dan saraf ni tak boleh dipisahkan. Kalau kita belajar nahu, kita kena belajar saraf juga. Bila dia cerita serba sedikit, saya rasa teruja. Macam rusa masuk desa. Bila nampak buku ni terus berkenan (: 
Ilmu nahu ialah tatabahasa Arab untuk mengetahui keadaan perkataan bahasa Arab dalam struktur ayat dari segi hukum i'rab dan bina perkataan tersebut. Ilmu nahu sangat besar peranannya dalam memahami al-Quran dan hadith. Ia juga dapat membantu menyelesaikan maksud kesamaran dalam bahasa Arab.
[quoted]
Sebenarnya dari dulu lagi saya amat meminati bahasa arab. Masih ingat lagi masa nak naik form 1, saya nak sangat ke sekolah agama sebab sangat minat dengan bahasa arab. Kalau kat sekolah biasa tak dapat nak belajar. Tetapi takdir menempatkan saya ditempat yang lain dan mungkin ada hikmahnya. Bila tengok sahabat-sahabat fasih berbahasa arab dan boleh baca tulisan arab, saya rasa amat jelous. Jelous kerana mereka dapat memahami tulisan al-Quran dan dapat menghayati makna isi al-Quran bila membacannya. Seriously JELOUS !

InsyaAllah, jika dizinkan olehNya, saya ingin belajar lebih lanjut. Ya Allah, perasaan menjadi semakin gusar, dek kerana terlalu banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu agama masih compang-camping dalam diri ini. Masih banyak cabang-cabang ilmu agama yang ada yang belum dipelajari. Terasa sayang dengan masa yang berlalu begitu saja di suatu ketika dulu. Kadang-kadang terfikir juga saya, kenapa bila kita mahu mempelajari sesuatu ilmu halangan menunggu di hadapan. Atau mungkinkah ianya hanya alasan? THINK !

Sekarang saya banyak belajar sesuatu dari pemerhatian dan pendengaran. Terlalu berguna input-input yang saya peroleh sepanjang pengajian saya di sini. Dan terasa Allah semakin mencerahkan laluan yang dulunya gelap. Meskipun cahaya itu masih samar-samar, namun insyaAllah ia akan terang memancar cahaya kelak. (: Buat pembaca yang membaca post ini, tolong doakan saya dipermudahkan segala urusan lebih-lebih lagi dalam perjalanan menuntut ilmu-ilmuNYA.

"Kamu belajarlah bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada agamamu"
(Saidina Umar a.r)

p/s:-semoga Allah mempermudahkan jalan orang2 yang mencintai dan berkehendak akan ilmuNYA.

Sebagai hamba kita perlu sentiasa haus dengan ilmu
-Musafir.Cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 Apr 2012

MSI : Plese! Letakkan Kasut di Atas Rak (:

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

sila letak kasut atas rak. sekian (:
-Masjid Sultan Ismail UTM-

Alhamdulillah. Diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Segala puji-pujian buat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Hari ini terdetik di hati untuk mengajak muslimat. wanita, perempuan, cik adik and cik kakak semua untuk sama-sama menyenangkan urusan orang lain. Urusan siapa tu? Urusan seorang mak cik yang dalam gambar tu, yang tengah duduk bersandar ke dinding tu. Mesti kalian tahu kan siapa gerangan mak cik tu kan. Siapa-siapa yang pergi masjid(msi), mesti ada jumpa dia kat tangga tu (:

Dua hari yang lepas saya sempat berbual dengan mak cik ni secara kebetulan. Masa tu saya meletakkan sandal saya di atas rak, lalu dia mengucapkan terima kasih. Saya jadi aneh? Nak dijadikan cerita saya sembanglah sekejap dengan mak cik tu. Hmm, barulah tahu rupanya dia tunggu di situ untuk pastikan kite semua letakkan kasut di atas rak sebab ramai yang tidak meletakkan kasut di tempat yang disediakan. Bukan ape, kasut and selipar yang diletakkan di atas simen tu kadangkala tercampak hingga ke tangga atas. Jadi kemungkinan selipar atau kasut itu ada najis dan ia akan mengotorkan kawasan masjid. Tambah-tambah orang lalu lalang kat situ. Nanti kalau ada najis, ianya akan dibawa ke tempat solat.

Sebenarnya kesian kat mak cik tu. Dia gunakan masa rehat dia untuk tunggu kita semua. Rasa macam budak-budak tadika la pula, kena ada orang tunjuk dan cakap letak kasut kat rak, sedangkan kita seorang mahasiswi. Adeh, malu betul dengan mak cik tu. Budak tadika pun tahu nak susun selipar dan kasut mereka.  Jadi lepas ni, kita susun dan letak elok-elok kasut or sandal atas rak. Rajin-rajinkanlah diri untuk meletakkan kasut yang beratnya tak sampai pun 1kg ke atas rak yang disediakan. Tak payah susahkan mak cik tu nak kena tunggu kat situ semata-mata nak pastikan kita letak kasut atas rak. Tengahari tadi pun dia ada juga kat tangga tu.

Mesti ramai yang pernah buat kan? Tak mengapalah, yang dah lepas biarlah. Saya pun pernah buat dulu masa nak cepat. hee.. Tapi bila kita dah tahu, jangan buat lagi. Walaupun itu memang sebahagian daripada kerja mak cik tu(eh..ade dalam skop tugas ke kena jaga rak?hmm) tapi tak salahkan kalau kita ringankan urusan dia. Bukan apa sangat pun, cuma letakkan kasut yang kaki kita sendiri pakai kat tempat yang disediakan je pun. Bukannya suruh cuci tandas atau mop lantai. (: Hehe.. Senang je kan? Menjaga kebersihan masjid tanggungjawab bersama ^__^


Kalau kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita
-Musafir.Cinta.Ilahi-


  Photobucket_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

30 Mar 2012

Muhasabah Jumaat : Hubbud Dunya

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..Di pagi jumaat ini, saya masih diberi peluang untuk menulis di ruangan ini. Kita datang dari Dia dan padaNya jua kita kembali. Entah jauh atau dekat, yang pasti saat kita kembali padaNya akan tiba jua. Astaghfirullah.. astaghfirullah..astaghfirullah..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas yang dibuat secara sedar atau tidak sedar. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami maghfirahMU. Hanya padaMU kami menggantungkan segala harapan.

Allah..Allah..Allah..sedarkah kita rupanya kita semakin jauh dari Dia? Semakin lama kita semaki hanyut dengan asyiknya dunia sehingga kita lupa akan DIA..Lupa akan segala suruhanNya..lupa akan segala laranganNya. Semuanya kerana hati kita yang terpaut dengan hidangan indah daripada dunia. Mengapa hati kita mudah tertarik dengan sesuatu yang sifatnya hanya sementara sedangkan di akhirat kelak kita bakal memperoleh sesuatu yang jauh berjuta lebih baik dan superb yang tidak dapat digambarkan dengan apa jua imaginasi sekalipun. Benar kata kekasih kita, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam, umat kita sekarang sedang parah. Cinta kepada dunia semakin bertambah. Baginda sallallahu'alaihi wasallam pernah bersabda ;
  “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)
Pernahkah kita muhasabah diri kita, bahawa tindakan kita sehari-hari itu adakah membawa kita dekat dengan ALLAH, atau menjauhkan lagi kita dariNya? Bila sebut pasal mati semua orang jadi takut, tetapi berlainan pula sahabat-sahabat di zaman Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Mereka mencintai mati kerana merindukan pertemuan denganNya. Bilakah kita akan merasai perasaan yang seperti ini? Kenapa kita tidak dapat nak hadirkan perasaan seperti ini.? Adakah sebab kita tahu kita ini hamba yang khianat dengan TUANNYA ? Jadi apa yang harus kita buat, berlaku jujurlah dan taatlah kepada yang menciptakan kita.

Allah...Allah..Allah..Kita sudah lupa dan mungkin terus melupakan matlamat hidup kita di dunia yang sementara ini. Ya, kita benar-benar lupa yang kita hanyalah musafir yang sedang mengembara di dunia ini, mencari bekalan untuk dibawa ke negeri abadi. Kita hanya singgah di sini sementara saja. Pengakhiran kita bukan disini bahkan kehidupan kita bermula di akhirat kelak. Sudahkah terfikir oleh kita apa yang mahu dipersembahkan di hadapan Tuhan yang menciptakan kita kelak?

Kecintaan kepada dunia semakin rakus lebih-lebih lagi kita bertemankan harta yang melimpah ruah dan jawatan yang superb. Nafsu semakin rancak menggelamkan kita dengan keindahan yang sementara sehingga kita begitu mencintainya. Sehingga kita tidak mahu memikirkan soal kematian, kerana tidak mahu melepaskan segala yang kita punya di atas dunia. Tetapi tetap saja kematian itu kita temui. Wahai hati yang sudah kian gelap, sucikanlah ia dengan kembali padaNya. Letakkan kembali hati itu pada fitrahnya yang bersih dan suci.

Kembali padaNya sebelum terlambat,
Letakkan dunia di tangan, bukannya di hati.
-musafir.cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

22 Mar 2012

Senyuman Yang Disalah Ertikan

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

senyum.sokmo !

Orang kata(terutama lelaki)..err tapi bukan semua .. kot ..(:

Bila kita TAK SENYUM.. Dikatanya kita SOMBONG
Bila kita TAK SEYUM.. Dikatanya kita GARANG
Bila kita TAK SENYUM.. Dikatanya kita tengah SEDIH
Bila kita TAK SENYUM.. Dikatanya kita TENSION
Bila kita TAK SENYUM.. Dikatanya kita BENGANG
Bila kita TAKSENYUM.. Dikatanya kita MARAH
Bila kita TAKSENYUM.. Dikatanya kita MERAJUK

Pandangan sisi seorang muslimat (:


Bila kita SENYUM.. Ada hati yang TERTARIK
Bila kita SENYUM.. Ada orang pandang PELIK
Bila kita SENYUM.. Orang anggap mudah MESRA
Bila kita SENYUM.. Orang ingat kita MENGGODA
Bila kita SENYUM.. Ingat kita mudah DIDEKATI
Bila kita SENYUM.. Ingat kita senang DIDAMPINGI
Bila kita SENYUM.. Ada juga yang SYOK SENDIRI

Skop senyum yang ni lebih kepada senyuman kepada ajnabi.

Bukan tak mahu senyum, tapi takut bahasa senyuman itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Memang ade pun! Aduhai kadang-kadang susah juga mahu membahasakan senyuman itu pada tempatnya, lebih-lebih lagi senyuman seorang muslimat. Bila kita senyum sebagai tanda terima kasih(just for that!) mulalah, 'mereka' ingat kita ini senang untuk didekati atau digurau-gurau. Nak bergurau pun ade tempatnya, masanya dan limitnya. Dan 'mereka' jadi semakin BERANI untuk menegur-negur, mengusik-ngusik di laluan jalanan. Dengan satu senyuman jer, keadaan boleh merubah segalanya. Tak kira awak 'usatazah' ke.. 'bertudung labuh' ke..'mereka' tak ambil kira dah semua tu. Kenapa ye? ;( (kalau kaki pengusik sekalipun, at least hormatlah orang yang menjaga kehormatannya)


Bukanlah bermaksud menganggap diri kita ni mulia sampai tak boleh nak terima segala gurauan melampau, usikan keterlaluan.. Tetapi alangkah baik adanya 'JARAK' antara kita. Kerana jarak itulah yang memisahkan hati kita daripada anehnya perasaan. Jadi janganlah dimarahi atau dicemuh muslimat-muslimat yang lokek senyumannya pada ajnabi, kerana mereka punya alasan tersendiri. (err..tapi kalau dengan pak cik yang dah berumur xpe kot senyum).  
Paling bahaya pun dia nak buat jadi menantu jer (:


Kesimpulannya nak senyum tu tak salah, tapi tengok pada orangnya dan masanya. Bukan kata kita nak kena jadi 'muka ketat' 24 jam. Bukankah senyuman seorang sahabat boleh menggembirakan hati. Jadi usahakan supaya kalian tersenyum di depan sahabat-sahabat walau hati kalian sedang berduka atau bersedih. Mudah-mudahan dengan senyuman yang kita hadiahkan buat sahabat2,boleh melenyapkan resah di hati sahabat-sahabat dan sekaligus Allah menolong kita untuk melenyapkan kesedihan di hati kita.


Senyum seindah suria..
Membawa Cahaya..
Kau tersenyum..ku tersenyum
Kebahagian menguntum..

senyum.Sokmo.tuh ! ^___^

p/s:-senyum kat sahabat lama xsalah kan? 

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

19 Mar 2012

Penawar Duka

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

La Tahzan (:

Dalam sendu yang masih tersisa jelas
Wajahku menunduk termenung jauh
Lalu mushaf BIRU kucapai
Mencari PENAWAR hati yang rajuk

Lalu kutemukan suatu ketenangan
Merawat jiwa yang sedang keparahan
Hatiku larut dengan merdunya alunan
Menghiburkan perasaan yang tengah rawan

Segala kelelahan jauh berterbangan
Yang ada cuma perasaan nyaman
Dengannya hati berasa aman
Bagai terasa terapung di awangan

Kutemukan janji Allah dalam kalamNya
Menembak tepat dekat dihatiku
Mungkinkah juga satu petanda
Bahawa DIA sangat dekat denganku.

Inilah dia PENAWAR DUKAKU !
Rakan karibku yang sentiasa menemani !
Mushaf BIRU inilah PENAWAR RAJUKKU !
Bicara Allah mendamaikan NURANI !

Andai kalian sedih atau berduka bacalah al-Quran. Jangan pernah meninggalkan al-Quran, kerana ianya akan membuatkan kalian lebih jauh denganNya. Istiqomahkan dalam diri agar at least sehari mesti baca al-Quran. Jangan pernah meninggalkan bacaan al-Quran kerana di dalamnya penuh penawar dan sumber ketenangan. 

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

16 Mar 2012

Muslimin Memilih atau Muslimat yang Tak Pilih

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber gambar

Dua tiga hari ni banyak pula timbul post-post yang tentang jodoh dan sewaktu dengannya. Mungkin terkena tempias syndrome tahun akhir kot. Apa kaitan pula dengan tahun akhir? Mestilah ada kaitan, sebab tahun itu adalah tahun terakhir 'mereka' bergelar seorang student(jika mereka tak amek master@PhD la). Kata orang masa belajar ni la nak cari pasangan. Kalau lelaki nak cari isteri dan kalau perempuan nak cari suami. Nanti bila dah keluar tempat kerja susah. Orang lain la yang kata. Betul ke tak, kena buat experiment sendiri la kot.


Sebut pasal pencarian calon isteri ni, saya dengar ramai yang mengatakan muslimin ni sangat memilih. Betul ke? 'Sangat memilih' tang mana tu saya tak tahu la. Hanya kaum mereka je yang mengetahui. Tetapi menurut pendapat saya, apa salahnya kalau mereka memilih? Bukankah mereka mahu mencari seorang ibu buat anak-anak mereka kelak? Wajarkah jika mereka memilih semberono tanpa ada garisan yang mungkin mereka sendiri yang tetapkan. Memilih seorang muslimat bukan saja untuk dijadikan seorang isteri, tetapi juga seorang menantu buat ibu dan ayah, serta bakal ibu yang akan mmendidik anak-anak generasinya kelak.

Ada pula suara nakal yang mengatakan bukan muslimin yang memilih, tetapi muslimat yang tak pilih. Sudah tentu statement ni datang dari kaum muslimin. (Mungkin ada betulnya..). Masalah yang timbul pula ialah muslimat yang tak pilih. Tersenyum juga bibir saya mendengar statement tu. Sejujurnya che mat(muslimat) kita ni bukannya tak pilih tetapi biasalah fitrah mereka dirundung dengan risau dengan penolakan. Nak membuat keputusan untuk meminang si 'dia' pun sudah difikir berjuta kali, apatah lagi jika hasratnya ditolak! Sedikit sebanyak pasti ada rasa kecewa. Jadi langkah terbaik untuk mengelakkan diri dari dikecewakan., mendiamkan saja hasrat itu dan menunggu saja untuk dipilih oleh sesiapa.

Baik muslimin atau muslimat dua-dua ada peranan masing-masing. Sebelum melangkah ke step baitul muslim, perlu kiranya kita menyemak kesediaan kita dalam menempuh alam baru tersebut. Persoalan memilih atau terpilih atau tak pilih bukanlah permasalahan utama. Tapi kesediaan kita untuk melangkah ke arah tersebut. Muslimin harus tampil lebih berani untuk menyatakan hasrat pada seorang muslimat melalui cara yang digariskan oleh Islam, kerana mereka adalah pemimpin bagi seorang wanita. Melainkan jika mereka belum bersedia ke arah itu. Seorang muslimat cenderungnya lebih suka menerima daripada memulakan langkah walaupun tiada salahnya jika seorang muslimat itu mentaqdim seorang muslimin.

Sesetengah orang menganggap perkara ini enteng malah tak kurang ada yang membuat muka bila berbicara soal baitul muslim. Mungkin orang-orang ini belum bersedia untuk berbicara dengan serius tentang topik ini. Mahu atau tidak, mereka harus bersedia awal untuk mendapat perancangan yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan bila soal baitul muslim ini dibicarakan dalam keadaan yang lebih kepada main-main ia menjadi kurang enak. Dan saat itu fokus matlamat utama baitul muslim mula lari dan yang keluar hanyalah perbualan yang tidak dapat memberikan manfaat kepada agama. Mungkin perlu disemat di setiap hati kita semua bahawa ini bukan saja melibatkan soal hati dan perasaan, tetapi salah satu sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Cukupkah perkahwinan itu dengan 'iloveyou'  and 'youloveme' sahaja?

Siapa yang memilih atau terpilih usahlah dipersoalkan kerana apa yang penting kita harus bersedia untuk menghadapinya. Lambat atau cepat bukan urusan kita kerana Dia punya rancangan yang terbaik untuk kita. Jangan sampai masalah baitul muslim membantut perjuangan kita. Tak kira sama ada sudah atau belum berkahwin tuntutan perjuangan tidak akan pernah terlepas.

 -musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

13 Mar 2012

Aku Bukan Sendirian

1 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah yang memiliki nama-nama yang indah,
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar segala hiba
 Hiba dan sayu seorang hamba di tengah jutaan manusia
Hanya Engkau bisa memahami dan menenangkannya

Wahai Tuhan yang penuh kasih sayang dan kemesraan
Penuhilah hati hambamu ini dengan segenap kasih sayangmu
Agar dirinya tidak pernah merasa kekurangan kasih sayangMu
Kerana dia hanya ada Engkau tempat pengharapannya

Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan yang tinggi
KeagunganMu sudah bisa menghiburkan hati yang sedang lara
Memandang panorama langit dan pergerakan awan putih
Mampu menjernihkan jiwa yang berada dalam kekusutan

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala tersembunyi
Tidak perlu hambaMu perkatakan sudahpun Kau ketahui
Kenapa hati hambaMu itu selalu termenung dalam kesayuan
Hanya Kau yang lebih memahami dan mengetahui

Wahai Tuhanku yang Maha Mengurniakan Keamanan
Kurniakanlah kebahagiaan pada mereka disekelilingku
Agar hati hambaMu ini lebih merasa tenang untuk berbahagia
Agar hatiku bisa tersenyum sepertimana bibirku mengukir senyuman

Wahai Tuhan yang Maha Memelihara hambaNya
Berseorangan dan bersendirian bukan bermakna aku kesunyian
Kerana langkahku sering ditemani ayat-ayatMu yang indah
Kerana kutahu Kau sentiasa ada disisi untuk menghibur dan menemaniku

Dalam mencipta kenangan di tengah-tengah perjalanan
Aku temui banyak kemanisan dan juga kepahitan
Tetapi segalanya bertukar menjadi indah bila adanya kekuatan
Hembusan kekuatan kurniaan dari Ar-Rahman 

Terima kasih wahai Tuhanku kerana sudi mendengar 
segala rintihan hati ini..
-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

10 Mar 2012

Bila Nak Kahwin ?

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pasti ramai yang cuak dengan pertanyaan ni. Lebih-lebih lagi bila usia semakin lanjut ke angka 3 di hadapan. Sedangkan orang ramai sibuk duk tanya bila nak bina masjidnya. Kahwin awal pun orang sibuk bercakap, kahwin lambat pun ada orang cakap jugak, kalau yang tak kahwin-kahwin lagi laa. Manusia memang tak akan puas dengan satu persoalan. Jika soalan pertama dah selesai makan timbul pula persoalan yang lain. Jadi sabarlah ye, sesiapa yang terkena soalan cepu 'perak' ni.

Mengikut apa yang saya fahami dengan pemikiran saya yang masih setahun jagung ni, soal perkahwinan ini sangat berat. Ia memerlukan satu perancangan yang rapi agar rumah tangga yang dibina itu dipandu menuju keredhaanNya. Kita nak kahwin dengan pasangan kita tu bukan setahun dua, bahkan kalau boleh sampai ke syurga. Dan matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wassalam dan juga menegakkan agama Allah. Tapi ramai yang terlupa akan hal ini.

Sungguh saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang ini. Cuma ini apa yang terluah di hati saya. Jadi salahkan jika kita kahwin awal? Adakah orang yang kahwin awal tu, perancangannya tak cukup mantop.? Bagi saya tiada masalah, jika keduanya mendapat jawapan dari Tuhan. Perancangan kehidupan bergantung kepada individu masing-masing tetapi tetap menuju matlamat yang satu. Kahwin lambat pulak camne? Bagi saya senang je, mungkin dia belum bertemu jodohnya lagi. Disebabkan itu juga Allah belum bukakan hatinya untuk menjaga kesucian hati itu pada selayaknya. Kalau yakin dengan Allah, Allah takkan kecewakan kita.

Memang benar kadang-kadang jenuh juga nak menjawab bila orang sibuk duk tanya. Tambah-tambah yang mulutnya hok berapi. Habis terbakar hati dibuatnya. Haha kan dah cakap mulut orang tak boleh ditutup. Biarlah orang nak kata apa. Perancangan hidup kita, kitalah yang lebih arif tentangnya. Tapi kan... kalau orang asyik duk bukak cerita baitul muslim, kadang-kadang boleh lari juga perancangan kita yang asal. Hehe pandai-pandailah tanggung sendiri. =]

Duhai mujahidin dan mujahidah permata Islam. Kalian adalah permata agama yang bakal melahirkan generasi-generasi untuk menyambung perjuangan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam. Jangan sesekali memandang enteng dengan soal Baitul Muslim. Bukan sedikit orang yang jelas fikrah dan faham tersungkur selepas termeterainya ikatan perkahwinan. Dan yang pasti kita tidak mahu menjadi golongan tersebut. Rancanglah sebaiknya. Mungkin sekarang kita mampu berkata begini, tetapi realitinya belum kita rasai. Nauzubillahi minzaalik! Jadi sentiasalah memohon padaNya agar ditetapkan hati di atas perjuangan ini.


Jika dizinkan Tuhan, aku ingin bersama 'dia' untuk meneruskan perjuangan ini. Aku ingin berkongsi kelelahan dia untuk membangunkan umat ini. Aku ingin berada disisi dia untuk setiap kegundahan yang menyapa hatinya. Aku ingin menjadi tulang belakang yang mendokong setiap perjuangan yang dia sertai. Dan aku mengharapkan Allah, untuk membantuku melaksanakan hasrat ini. Aku tidak mengharapkan cinta seorang manusia, aku menerima cinta seorang yang dalam hatinya mencintai perjuangan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam. -Musafir.Cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Mar 2012

Nadi Perjuanganku

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana
Yang pada mulanya tidak begitu memahami erti keimanan
Aku meneruskan hidup tanpa matlamat yang jelas
Masaku remajaku banyak dimamah panorama dunia

Aku tidak pernah mengambil peduli tentang para ulama
Apatah lagi untuk mengetahui perjalanan sirah
Yang kutahu perkara wajib yang asas
Betapa jahilnya diriku seolah baru mengenal Islam

Sehinggalah suatu masa aku bertemu kalian
Kalian memaknakan erti perjuangan dalam hidupku
Aku mula belajar dan memahami apa yang telah aku tertinggal
Walau susah, aku ada kalian untuk membantuku

Wahai sahabatku yang dirahmati Allah
Ketahuilah kalian semua amat berharga buat diri ini
Aku selalu berdoa padaNya agar Dia beri kekuatan pada diri ini
Dan Dia anugerahkan kekuatan itu melalui kalian semua

Wahai sahabat seperjuanganku yang tak kenal erti lelah
Aku memerlukan doamu untuk aku terus mara dalam perjuangan ini
Aku tidak mahu kehidupanku ini menjadi sia-sia
Azamku ingin bersamamu mendokong mengizzahkan Islam

Wahai sahabat yang sangat baik hatinya
Terimalah diriku ini yang tidak punya apa-apa kelebihan
Aku hanya insan biasa yang punya banyak kelemahan
Namun aku tidak mahu menjadi antara golongan yang tercicir

Aku berdiri di sini demi menggenggam sebuah janji
Janji yang sama-sama kita patrikan pada suatu masa dulu
Sama-samalah kita perteguhkan antara satu sama lain
Dalam melaksankan amanah yang telah dipatrikan di depan Allah

Walau sesulit mana ujian, cabaran dan rintangan
Jangan pernah sesekali kita berniat untuk futur di atas jalan ini
Marilah sama-sama kita gerakkan gerabak perjuangan ini
Sehingga ke titisan darah yang terakhir!

Takbir...Allahu Akbar!!

-musafir.cinta.Ilahi-
matikan aku dalam perjuangan ini ya Allah


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 Mar 2012

La Tai-Asuu!

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

lukisan rusydee artz (:
Tatkala kesepian menyapamu
Janganlah sesekali kau bermuram durja
Kerana kau sebenarnya tak pernah sepi
Kerana DIA selalu sentiasa di sisimu

2 Mar 2012

Berubah : Susah ker..?

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Betul ke berubah ke arah lebih molek a.k.a baik itu susah? Siapa cakap? Haa..orang lain cakap? Yang nak berubahnya kita, bukan orang lain. So, stop listen from others oke! Listen here, dalam kehidupan ini kita tidak tahu takdir menempatkan kita ke mana dan bagaimana. Adakah sepanjang hidup ini kita mahu kekalkan kehidupan kita tanpa perubahan ke arah lebih baik. Bukankah itu satu kerugian, bilamana Allah memberi kesempatan masa untuk kita menjadi insan yang lebih baik, tetapi kita persiakan. Bukanlah kebaikan itu untuk orang-orang yang baik, seterusnya tidak layak untuk diaplikasikan kepada orang-orang yang dahulunyu jahil tukil@jahat@nakal@etc..Kebaikan itu untuk siapa saja yang inginkannya. And you deserve it!


Kebiasaannya perasaan takut akan menyelubungi jika kita mahu mentransformasikan diri ke arah lebih baik. Lebih-lebih lagi orang yang dulunya jahat tahap dinosour, yang jarang sembah Allah even seorang muslim, ahli maksiat tegar. Takut pandangan orang terhadap diri mereka. Apa orang kata nanti jika mereka berubah. Kalau sebab itu yang kita runsingkan, kitalah orang yang paling rugi di dunia malah di akhirat. Perlu tepiskan sedikit perasaan takut, kerana ganjaran besar menanti kita dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Tak perlulah kisah dengan orang sekeliling. (Cakap macam senang..huh!)

Siapa pun kita di masa lepas, kita berhak diberi peluang untuk menjalani perubahan. Allah sentiasa bukakan peluang itu, cuma kita je kadang-kadang kaburkan peluang yang ada dengan alasan setinggi KLCC. Saya ada satu perkongsian ringkas di mana ini merupakan kisah benar seorang hamba Allah, lelaki yang melalui proses perubahan menuju mardhatillah. Saya petik kisah ni daripada pengalaman orang itu sendiri dan sudah dizinkan. Mungkin kisah ini boleh menjadi pembakar semangat anak-anak muda untuk berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Kisahnya begini...

Hamba Allah ini mahu digelar Abdullah. Abdullah ni seorang yang sangat nakal. Solatnya tak pernah cukup  dan tiada rasa bersalah pun dihatinya bila meninggalkan solat. Waktu yang dia suka miss subuh dan isyak. Kalau solat pun macam lipas lari kena kejar. Tidak tahu apa yang dibacanya ketika dalam solat. Dan ini berlanjutan sehingga dia berumur 17 tahun. Dia  bukanlah seorang pelajar yang bagus akademiknya. Selalu kena marah sebab, tak pernah sentuh buku bila kat rumah. Sentuh pun tidak, apatah lagi utuk membacanya.

Dia ni juga ada satu tabiat pelik yang tak dapat diubah iaitu suka mencari gaduh. Gaduh manja fikirnya! Katanya dia bosan. Jadi dia akan mencari mangsa, biasanya kakaknyalah untuk dia menghilangkan rasa bosan tu. Pantang kakaknya ada depan mata, mesti nak disakiti. Kesian jugak kat kakaknya, kadang-kadang dimarahi ibu mereka padahal ternyata yang salah adalah dia. Dia suka marayau tak seperti abang-abangnya. Kadang-kadang keluar pagi, masuk maghrib baru nampak muka. Selalulah kena marah dengan ayah sebab akademiknya tak bagus lepas tu malas baca buku, solat pun malas.

Kakaknya dah puas menasihatinya, jarang sangat dia mahu mendengar. Alih-alih ejekan pula dihadiahkan. Kakaknya sangat sayang dengan dia, sebab itu kakaknya mahu adiknya sedar dari kehidupan yang sia-sia. Namun tetap hampa. Sehinggalah satu hari, dia memasuki satu institusi pendidikan dan join kumpulan yang dinamakan usrah. Dengan kuasa Allah, dia menemui jalan kembali kepadaNya. Perubahan sangat ketara dikesan oleh family dia selepas dia balik untuk cuti semester. Alhamdulillah, orang yang paling gembira mestilah ma dan ayahnya. Dan dia meminta maaf dengan kakaknya kerana selama ini banyak menyusahkan. Abdullah berterima kasih kepada kakaknya kerana sentiasa mendorong dia untuk menuju ke arah kebaikan.

Kalau anda semua nak tahu, saya kenal dengan lelaki ni. Family dieorang pun saya kenal. Selepas pada itu saya lihat Abdullah tu solat lima waktunya disempurnakan di masjid. Dan dia lebih banyak diam dan al quran jadi penemannya. Dengan pengarang jantung hatinya yang dulunya separuh mati dia sayangkan pun dia sudah putuskan. Sebenarnya, bagi saya agak susahlah orang seperti dia untuk berubah sebab kawan-kawannya jenis yang gila-gila dan spesis yang suka mencarut. Tetapi siapa kata tak boleh, asalkan tuan badan nak, no problemlah! Ingat, yang nak berubah kita, bukannya orang lain!

Haa.. Kalau bukan kita yang ubah diri kita, kita nak harapkan siapa lagi kan? Berubahlah slow-slow.. Untuk perempuan, kalau sebelum ni tak tutup aurat, sekarang pakailah tudung. Tak perlu labuh sampai lutut, yang penting melepasi dada, tidak jarang. Tapi if nak pakai tudung labuh@bulat pun cantik apa. hehe. Dan paling penting perbaharui hati yang sebelum ini gelap without nur(bukan nurkasih ea). Untuk lelaki, kalau sebelum ni suka pakai seluar pendek paras paha, tolonglah korbankan seluar-seluar pendek tu. Tak rugi pun, malah dapat ganjaran banyak. And the most important things, hati mesti ikhlas kerana Allah. Perubahan itu akan menjadi susah bila kita merasakannya susah. Tetapi kalau susah pun apa salahnya, susah kan tarbiyyah..

-musafir.cinta.Ilahi-
syarat tarbiyyah yg berjaya adalah orang yang 
ditarbiyyah ingin berubah

p/s:-post ini telah diedit setelah Miftah Darul Sa‘adah mengulas sedikit tentang ayat a-Ra'd : 11 yang sebelum ni saya letakkan dalam post ini. Ayat itu bukan bermksud, kite yang kena mengubah nasih kita, tetapi Allah telah menjadikan manusia tu asalnya semua dalam keadaan baik, manusialah yang mengubahnya menjdai tak baik.. wallahuallam.

  Photobucket_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

No Worries, Keep Smiling

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Sudah agak lama tak menulis di laman ini. Begitu banyak yang ingin dicoretkan sepanjang laman ini bersawang. Begitu banyak cerita yang berlaku sepanjang tempoh membeku. InsyaAllah, terkandung hikmah yang banyak. Segala pahit manis yang dilalui pada masa yang lalu, biarlah menjadi kenangan yang terindah yang dikirim dari Tuhanku. Kalau bukan kerana kurniaan mata dan hati yang celik oleh Allah, semua hikmah yang ada akan terlindung oleh bayang-bayang kehidupan. Oke, dun sad-sad again. There's no reason for being sad, as you have Allah that always LUVE you so much...much..and muchh...(infinity luv)


So, I smile again. Di permulaan sem yang baru, perjalanan harus diteruskan. Yang pasti perjalanan ini bukannya terhenti setakat di gelanggan ijazah. There's a lot thing to do, not only for me..for my lovely parent, siblings, friends, and all muslim. I know that sometimes, it's hard for me to go smoothly towards these. But, do you forgot?? Awak ada Allah tempat awak menggantungkan harapan dan memohon pertolongan. What you have to do is simple. Taat perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya. Dan berebutlah menunjukkan diri kamu terbaik di hadapanNya. Tak susah kan? (^^,)

Di permulaan sem baru ini, kiranya belum terlambat untuk saya memanjatkan kesyukuran padaNya yang telah memanjangkan nafas saya sampai ke sini. Alhamdulillah, walaupun saya telah melalui sem lepas dengan keadaan kesihatan yang kerap menganggu, namun banyak perkara yang telah Allah tunjukkan. Semuanya ada hikmahnya, hanya DIA yang lebih mengetahui segalanya. Saya redha dengan setiap ketentuan daripada DIA. Mudahan hati ini ikhlas, insyaAllah..

Rasanya itu jelah kot, rasa hati ini. Sebenarnya banyak yang ingin diceritakan, tapi macam tak bestlah pulak nak cerita pada umum. Jadi biarlah rahsia antara saya dan Dia..hehe..Tiada yang menarik pun entry kali. Saja warming up balik selepas agak lama tak menulis. Tidak memaksa sesiapapun untuk membaca entry luahan ini. Ini hanyalah sekadar luahan penulis. sekian.

-musafir.cinta.Ilahi-

Photobucket
_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

21 Jan 2012

Sanah Helwah Buat Ibu Tersayang

1 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


21.1.12 : Januari 21 (*Entry kali ni saya buat khas untuk ma saya ye..*)

Alhamdulillah, hari ini genap 55 tahun usia ibuku. Selamat ulangtahun kelahiran ma (: , Semoga rahmat Allah selalu bersama ma. Sahabat-sahabat tolong doakan sekali ye kesejahteraan ma saya. Teringat kembali kisah-kisah lama bersama ma waktu saya masih kecil dulu. Terlalu banyak perkara yang seringkali air mata ini menitis bila mengenangkannya. Bukan saja-saja,,tapi kagum dengan ketabahannya. Dia benar-benar seorang ibu yang tabah.


Masa saya banyak dihabiskan di tempat belajar memandangkan saya tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu. Saya sudah biasa berjauhan dengan keluarga dan symptom 'homesick' itu tak pernah ada dalam kamus hidup suatu masa dahulu..ya itu suatu masa dahulu..sekarang sudah tidak lagi..RINDU seyh..

Sebenarnya saya ingin menulis perihal ibu saya, mungkin sedikit cerita tentangnya. Ya, sedikit saja kerana tidak perlulah diceritakan semuanya di sini. Saya teringat satu kisah ini dimana saya tertinggal buku latihan matematik kat rumah. Ma dengan baik hati menawarkan diri untuk pulang mengambil buku tu. Masih ingat masa tu, ma kayuh basikal hantar adik ke sekolah. Dalam hati saya tak sampai hati nak suruh ma balik rumah dan datang balik bawa buku tu. Kalau naik motor tak apa, ni kayuh BASIKAL..iya BASIKAL..bukan BAS..

Lalu ma saya datanglah dengan membawa buku sementara tu kelas belum start lagi. Saya lega sebab cikgu matematik ni garang. Semua orang takut dengan dia(termasuklah saya sekali). Dia pantang sangat kalau ada orang tinggal buku kat rumah. Habislah saya kalau ma saya tak tolong. Bila saya mahu mengambil buku daripada ma, rupanya ma tersalah ambil buku. Itu bukan buku yang saya maksudkan. Terasa saat itu juga mahu menangis..Sedih kot masa tu..

Tapi saya bukan sedih sebab saya takut kena marah. Tapi saya kasihankan ma saya berulang alik dari rumah ke sekolah. Buat penat je dia datang. Masa tu saya dah sebak sangat, jadi saya cakap kat ma tak payah datang dah. Cepat-cepat saya berlalu takut air mata tertumpah disitu. Biarla buku tu. Saya masuk kelas hari tu dengan redha dan pasrah! Sebaik cikgu matematik masuk, terasa mahu telan air liur susah. Risau kena marah. Tambahan dia menyuruh semua keluarkan buku. Adeh, memang masa tu saya pasrah! Menunduk je pandang meja.

Tahu apa yang terjadi? Tetibe ade seseorang mengetuk pintu kelas dan memberi salam. Mulanya saya tidak endahkan, tapi rasanya macam kenal suara itu. Cikgu berteriak nama saya, serentak itu jugaklah saya mengangkat muka dan melihat ma saya sedang terpacul di muka pintu sambil memegang buku di tangannya. Ya, itu buku latihan matematik saya! Ya Allah, masa tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa bertuahnya saya punya ibu seperti ma saya. Memang terharu!

Hmm..sebab itulah, selagi kita masih punya ibu atau bapa, berusahalah menggembirakan hati mereka. Janganlah sesekali melukakan hati mereka. Begitu banyak yang dikorbankan dalam memberi erti nilai kasih sayang. Kalaupun kita sudah berjaya kelak atau mempunyai pangkat besar, janganlah kita sesekali membelakangkan orang tua dan mnyombongkan diri dengan mereka. Ini kerana adanya kita di sini pada hari ini adalah hasil didikan ibu ayah kita. Setakat ni dahulu.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran
Untuk Semua Ibu
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas Ibu
♥ alot.of.LOVE.from.ME ♥
~musafir.cinta.Ilahi~
  Photobucket_______________________________________________________________
 Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

18 Jan 2012

Giveaway Pena Maya : Alhamdulillah, Dapat Buku Free (:

9 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

cuti ni leh khatam..(:
Alhamdulillah, abes juga pengajian untuk sem ini. Semoga sepanjang sem ini, masa yang di lalui tidak menjadi sia-sia dan mendapat barakah disisiNya. InsyaAllah.. Pertama kalinya saya nak ucapkan terima kasih pada PENA MAYA di atas giveaway yang diberikan. Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI YE.. Saya telah memilih buku Biografi Muhammad Bin Abdullah. Sebenarnya dah lame nak beli buku ni, tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, kali ini rezeki saya dapat buku ni secara percuma. Banyak lagi ilmu-ilmu yang bermanfaat di blog PENA MAYA.. Kalau nak tahu, silalah bertandang ke blog tersebut, insyaAllah banyak manfaatnya.. =)

Sebenarnya banyak lagi yang ingin ditulis, tapi insyaAllah, di lain masa. Saya ucapkan tahniah pada semua yang sudah mengakhiri last paper for final exam. Dan selamat bercuti buat warga UTM! Semoga masa cuti ini, diisi dengan perkara-perkara atau aktiviti-aktivit yang bermanfaat. Sirru 'ala barakatillah.. ♥

♥ fastabiqul khairat ♥
_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

15 Jan 2012

Kecewa dengan CINTA

15 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

adeh..kecewanyerrr...=(

Adeh..kali ni mahu juga sentuh bab cinta ni. Salah satu sebabnya sangat ramai orang yang mengalami masalah ni. Dengan exam paper yang masih berbaki satu lagi, saya luangkan juga masa untuk mencoret di laman ini. Kebelakangan ini saya di datangi beberapa orang dengan masalah cinta. Saya hanya boleh memohon maaf sebab saya bukanlah Dr Cinta mahupun kaunselor. Yang hanya dapat saya tolong takat yang saya mampu jer.

Sebelum tu suka saya kongsikan kata-kata daripada seorang sahabat yang bagi saya menarik untuk direnung bersama.
ASAS Cinta ialah kasihan belas. CINTA adalah maqam tertinggi dan CINTA itu BUTA kerana tak pernah jumpa PENYELESAIANnya. Hakikat CINTA itu adalah FITRAH.
Kata orang jatuh cinta itu sangat memedihkan! Saya pasti orang yang pernah merasainya tahu bagaimana pedihnya. Kadang-kadang bila kita bercakap tentang apa yang kita belum rasa, kita tidak tahu sejauh mana kepedihan tersebut. Kan jatuh cinta itu fitrah, jadi normallah mereka yang jatuh cinta tu. Cuma janganlah kita pula menyalahkan fitrah, oleh sebab itu menjadikannya sebagai tiket untuk memadu kasih dengan si dia.

Orang Islam ada garisan untuk melunaskan cinta. Apa yang Islam sudah letak tu sangat elok, jadi kita ikutlah dengan pemahaman kita berlandaskan syarak. Ada seorang teman mengadu dirinya dikecewakan oleh seorang lelaki yang baginya cukup baik. Dan dia sudah menaruh harapan tinggi pada lelaki tersebut untuk mengambilnya sebagai ratu di hati. Tetapi apa yang terjadi sebaliknya kerana lelaki itu nyata hanya mempermainkan perasaannya. Tetapi kenapa sebelum ini pelbagai harapan yang dijanjikan olehnya?

Inilah cinta manusiawi yang tiada paksi Ilahi. Teman saya itu sedar yang selama ini perhubungan mereka pun terangan salah. Bila tidak meletakkan cinta Allah di hadapan, cinta itu akan menjadi RAPUH dan bila-bila masa saja boleh RETAK! Tetapi ramai yang yakin dengan cinta 'couple' yang mereka agung-agungkan itu. "Awak tak pernah rasa jadi awak tidak tahu perasaannya." Ya, saya mungkin belum merasainya, dan mungkin juga Allah akan menguji setiap apa yang saya katakan. Tetapi saya tidak ingin merasainya, biarlah CINTA ini tersimpan rapi untuk yang berhak. Itu yang saya pinta dengan kekasih hati saya, al Wadud.

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Sebenarnya cinta itu lagi pedih bila kita terpaksa membuat pilihan. Antara matlamat yang kita mahu capai atau menerima dia dalam hidup. Jika mahu mencapai matlamat, dia harus dilepaskan, tetapi jika memilih dia maka mungkin matlamat lain akan tumpul. Istikharahlah.. Pohonlah padaNya dengan sebenar-benar keikhlasan hati yang tidak dipengaruhi dengan kecenderungan hati pada mana-mana pilihan. Jika kamu istikharah, tetapi dalam hatimu memang memberatkan sebelah sajah, memang kamu akan nampak yang kamu beratkan sajalah. Serahkan hati pada pemilik kerana hanya DIA yang menguasai hatimu. Jawapan terbaik datang daripadaNya.

Sekali lagi saya tegaskan saya bukanlah ustazah, Dr Cinta ataupun kaunselor, tapi yang datang meluah saya mendengar..Yang mana boleh saya nasihat saya nasihat, tetapi semuanya terpualang pada diri masing-masing. Sejujurnya saya pernah merasa seperti kehilangan fitrah kerana ... tidak perlulah saya menyatakan di sini apa sebabnya. Tetapi itulah, bilamana kita bercakap tentang Cinta itu FITRAH, kata sahabat saya.. "Jangan mendayung melawan arus!" Rasanya terkena kat batang hidung. Apa yang boleh saya kata mungkin belum tiba masanya. Setakat ni coretan saya, nak sambung study pula. Wallahuallam.

p/s:-ada juga ibu-ibu muda yang meminta nasihat daripadaa saya tentang masalah rumah tangga. Rasa kelakar pun ada sebab saya yang tak kahwin lagi ni apela sangat tahunya..huhu :D
Photobucket

_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

8 Jan 2012

Muslimat vs Muslimin : Cee citerr..

7 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم 

Saborr..hehe ^___^

Dalam post yang lepas saya ada menulis tentang Kegagahan Wanita vs Kelembutan Lelaki. Kali ni saya terpanggil untuk menulis satu lagi al kisah tentang 'vs' antara Muslimin dan Muslimat. Kenapa ye, asyik 'vs' je? Memang muslimin dan muslimat ni suke gadoh ye? Mesti ada je benda yang tak kena. Disebelah pihak sini macam ni, disebelah pihak situ macam tu? Aissh, betulkah mereka ni suke sangat bergadoh? Jawapan saya, tentulah tak! Sangat tak betol! (^__^) 

Sebenarnya saya ingin memfokuskan dalam skop organisasi. Kalau kita lihat dalam organisasi kita, kita akan dapati bermacam-macam jenis orang ada. Ada orang yang suka senyum je, takmboh cakap langsung..senyap tupah! Ada orang kalau diberi bercakap, kalau dua jam pun takpe! Ada orang bila bercakap sayu je, macam nak nangis! Ada orang bila dia cakap je, pong pang pong ping keluar tarbiyyah je dari mulut dia! Ada orang lagi bila bercakap, mesti promote jualan die! Ada orang bila bercakap, kadang-kadang kita pun tak faham apa yang dia cakap! Ada lagi...Terlalu banyak untuk disebuutkan disini. Macam-macam ada..

Biasanya dalam kebersamaan kita di dalam gerak kerja, masing-masing baik muslimin atau muslimat mempunyai expectation terhadap berlainan gender. Muslimin mahukan muslimat ni mesti macam ni.. macam ni.. Muslimat pula mahukan muslimin macam ni..macam ni.. Apa yang dimaksudkan 'macam ni..macam ni..' tu?? Begini, sesetengah muslimin mempunyai expectation yang tinggi terhadap golongan muslimat ni. Mereka mahukan muslimat ni berani kehadapan dan laju dalam melontarkan idea yang bernas. Namun di pihak muslimat pula, mereka ada cara mereka sendiri yang menuntut untuk difahami oleh orang lain.

Saya percaya semua orang sebenarnya mahukan yang terbaik. Apabila muslimin menegur atau menyatakan harapan terhadap golongan muslimat tidak salah. Tapi tak wajar, kalau anda memang menginginkan semuanya HARUS menjadi seperti yang anda harapkan! Sama juga dengan muslimat, kita menuntut para muslimin untuk memahami kita ni makhluk yang penuh emosi dan mempunyai hati yang seperti kaca. Tapi kita tidak pula mahu memahami yang muslimin ni fitrahnya bagaimana. Saya yakin kita sudah jumpa dengan macam-macam sikap muslimin.. yang GARANG, TEGAS, LEMBUT, LASER,...dan banyak lagi..

Ada tu bila orang ni bercakap je, mesti ayat-ayat yang keluar dari mulut dia fuhh..pedas, tajam menusuk ke jantung! Biasala kita muslimat sangat tidak suka kata-kata berunsur 'pedas', 'tajam', 'laser', 'herdik'. Tapi itu fitrah kita. Fitrah mereka pula memang macam tu. Jadi kenapa dua-dua tidak mengambil inisiatif untuk saling memahami. Kuncinya berlapang dada, tapi tak bermakna semuanya diterima tanpa pertimbangan logik akal yang waras! Bukankah kalian adalah penolong kepada sebahagian yang lain.
“Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah ayat 71)
Tetapi kalau kita lihat, ada je muslimat-muslimat yang berani kehadapan dan melontar idea-idea yang bernas. Tak dinafikan fungsi muslimat dalam dakwah sangat penting. Apalagi bila menuntut mereka ke hadapan. Tetapi rasanya lebih tepat jika mereka diletakkan dalam lingkungan muslimat sahaja. Ramai yang saya lihat, sahabat-sahabat saya yang boleh bersuara bila dalam lingkungan muslimat. Saya bukanlah orang yang hebat seperti sahabiah2 yang lain, tetapi saya cukup mengagumi sahabiah yang sangat tegar! Dalam hati kecil ini tersimpan kemas hasrat. Hasrat dan impian untuk menjadi serikandi yang tabah dan kental semangat juang dan menolong bersama angkatan muslimin. Saya percaya hasrat ini tersimpan juga dalam setiap diri muslimat yang lain. Kelemahan diri harus diperbaiki. Biarlah lambat, tapi hasrat dan usaha itu ada.

Jadi, marilah meraikan kepelbagaian manusia. Saya melihat semua sikap atau karakter yang di depan mata saya itu adalah warna yang mewarnai kehidupan ini. Sangat takjub dengan penciptaan Allah Subhanahu wa Taala, yang menjadikan kita pelbagai jenis karakter dan ragamnya. Bagi saya, jika tiada orang yang mampu fahami kita biarlah, kerana bukankah Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Tidak perlu kita bekerja untuk dilihat atau dipandang oleh orang tertentu..Maknanya perlu ada orang yang lihat, baru namanya bekerja. Cukuplah Allah tahu yang sebenarnya kita sedang bekerja membangunkan Islam bersama barisan muslimin demiNya. Kerana manusia hanya menilai apa yang dipandang di depan mata, tapi Allah menilai segala yang tersirat terhijab dari pandangan manusia.

http://www.smileycodes.info
hurm..
p/s:-ini hanyalah sisip pandangan dari seorang insan kerdil disisi Allah. Bukanlah dirinya layak untuk bercakap itu dan ini, tapi apa yang dia tulis itulah yang dia rasa,,tidak menuntut semua pembaca untuk menerima tulisan ini..kerana manusia itukan seperti watercolour..very colourful!



http://www.smileycodes.info
   hepi sokmo...
http://www.smileycodes.info
kiri..kanan..
http://www.smileycodes.info         
~lalala..laa
http://www.smileycodes.info
hahahah...




Photobucket

_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________