28 Sept 2012

MULIAKAN DIRIMU DENGAN TAQWA SETANDING MUTIARA ZABARJAD

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya share perkongsian ni dari blog seorang shbt. Saya rasa post ini memang sesuai untuk kaum muslimah. Semoga kita dapat menandingi Mutiara Zabarjad

MULIAKAN DIRIMU DENGAN TAQWA SETANDING MUTIARA ZABARJAD,,

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat,
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.

Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku, Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

22 Sept 2012

Karenah Anak Kecil : Bersediakah kita?

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dari bilik saya terdengar jeritan kakak saya memarahi anaknya. Kuat benar suaranya. Kemudian saya terdengar anaknya menangis. Ibunya masih meninggikan suara meyuruhnya berjanji tidak buat lagi perkara tersebut. Saya sendiri kecut mendengarnya. Tapi yang anehnya, anaknya tetap mahu dengan ibunya yang 'bekeng' tu. Selepas itu, saya melihat anak saudara saya dah berbaik-baik dengan ibunya. Dalam hati saya berfikir, anak-anak sekarang perlu kena jerit kuat-kuat ke baru nak dengar cakap?

Sebenarnya saya sedang menjaga dua orang anak kakak saya di pahang. Sorang 4 tahun dan sorang lagi 1 tahun, dua-dua lelaki. Sebetulnya saya sudah biasa menjaga anak-anak kecil sebab memang selalu di'tempah' oleh kakak-kakak bile tiba je cuti sekolah dulu. Even baby yang beberapa hari baru lahir pun saya pernah jaga. Bagi saya semua tu tak ada masalah.

Tapi kali ini rasanya berbeza sedikit. Kalau dulu saya pernah jaga anak kakak saya yang bekerja sebagai guru. Jadi kul 2 pm lebih dah sampai kat rumah. Tapi sekarang kakak dan abang ipar saya bekerja dengan swasta. Kakak saya pukul 7 pagi dah keluar dan dekat pukul 6 pm baru balik. Tapi memandangkan officenya berhampiran dengan rumah, waktu rehat tengahari dia balik la sekejap. Abang ipar saya tak payah cakapla, pukul 7 pm lebih baru sampai kat rumah sebab tempat kerjanya agak jauh.

Hari ni saya telah tewas dengan kesabaran. Abangnya sangat nakal selalu ganggu adiknya yang kecil tu. Saya pun tak reti dah nak cakap macamana. Barulah saya faham mengapa kakak saya tengking-tengking macam tu. Sebabnya dia tidak dengar jika kita cakap baik-baik. Bukan setakat adiknya, saya pun sakit juga kena penangan ultramannya tu. Ada sekali tu dia lipat adiknya dengan kaki, apalagi adiknya jatuh ke bawah dan sebelum tu dahinya terhantuk meja dulu sebelum jatuh ke bawah. Tapi masa tu anak saudara saya tu dalam jagaan ibunya. Kalau depan ibunya pun boleh buat macam tu apalagi kat belakang.

Hari ini, buat pertama kalinya saya hilang sabar. Saya memarahi abangnya sebab dia mengacau adiknya. Kebetulan pergelangan saya terseliuh ditambah lagi penat nak melayan kerenah abangnya yang tak mahu mendengar kata, saya jadi kurang sabar. Tapi yang tragisnya saya pula yang menangis, sebab kesian tengok mukanya yang 'innocent' tu. Sebab tu la saya tak suka marah-marah apatah lagi dengan budak-budak sebab saya tahu saya yang akan menangis dulu. Memang macam ni, tak tahu kenapa.

Tetapi bila fikir-fikir balik saya teringat akan ibu saya yang berada di kelantan. Agaknya bagaimanalah ibu saya menahan rasa membesarkan kami sepuluh beradik? Saya akui yang saya selalu je kena marah dan rotan masa kecil-kecil dulu(nakal kecik-kecik dulu). Mungkinkah juga ibu saya juga menahan tangisan bila memarahi dan merotan saya. Tapi saya kagum dengan ibu saya, kerana dia telah memanusiakan saya. Cuma saya selalu fikir, saya juga mahu jadi seperti ibu saya.

Rupa-rupanya bukan senang mahu menjaga anak. Ya, bila kita jumpa mana-mana anak kecil, kita suka untuk bermain atau memeluknya. Waktu itu semuanya indah, tetapi bila bertemu dengan realiti sebenar, barulah kita tahu betapa susahnya ntuk menjaga anak-anak kecil ni. Dan cuba kita tanyakan pada diri kita, sudahkah kita bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Bila sudah berkahwin, kita bukan sahaja jadi seorang isteri kepada seorang suami, tetapi kita juga menjadi ibu kepada anak-anaknya serta menantu pada keluarganya.

Apapun saya rasa bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menjaga anak-anak kecil. Walaupun penat, saya tak kisah sangat sebab anak saudara saya yang umur setahun tu, telatahnya selalu je menghiburkan hati. Mungkin Allah mahu tunjukkan gambaran kepada saya bila masuk alam pekerjaan dalam masa yang sama sudah bekeluarga. Sedikit sebanyak saya turut mepersiapkan diri saya untuk masa hadapan(walaupun lambat lagi).

Walau apa pun, buat para ibu carilah cara yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Cara tersebut mestilah berlandaskan al-Quran dan sunnah. Proses didikan semasa kecil sangat penting dalam pembentukan akhlak anak-anak. Dan sebetulnya proses itu sepatutnya bermula daripada kita lagi, kerana rahim yang ada dalam badan kita ni la yang akan melahirkan generasi soleh dan solehah. InsyaAllah. (:

[maaf, entry panjang]

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

17 Sept 2012

Cinta Tinta Musafir

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


[ini hanyalah conteng-conteng saja]

Hampir dua bulan lamanya saya tidak menjenguk ke laman blog ni. Barangkali sudah bersawang. Selepas tamat pengajian saya di UTM dua bulan lepas saya berada di kampung. Jadi kemudahan internet tu tak dapatla. Sepanjang dua bulan ni rasanya pelbagai cerita ingin saya sampaikan tetapi sekarang masa saya dicemburui oleh dua orang anak saudara saya. Jadi babysitter pada dua orang anak kakak saya yang tak berapa nak 'baby'.Hee..

Tapi bukan itu yang saya ingin ceritakan di sini(yang tu akan diceritakan di post yang lain). Selama saya membuka laman blog saya ni, tidak ramai yang tahu siapa saya. Hanya segelintir dari sahabat saya yang diberitahu. Saya rasa tidak penting pun untuk mengetahui siapa penulis blog tersebut dan sebenarnya tidak suka jika penulisan kita dinilai atas individu semata-mata.

Tapi sekarang saya dah tak kisah. Saya bukannya femes pun nak menguar-uarkan ni blog saya.hee. Kalau ada sahabat yang tahu, harapan saya semoga sedikit sebanyak penulisan saya ini boleh memberi manfaat kepada orang lain di kala mereka mencari ayat-ayat motivasi yang menyatu dengan jiwa mereka. siapa tahu kan?

Sebenarnya ini blog ke dua saya. Blog saya yang pertama Permata Yang Dicari. Blog tersebut ada banyak masalah jadi setelah bertukar banyak link akhirnya saya memindahkan post2 dari blog tu ke akaun blog saya yang baru, Musafir Cinta Ilahi. Tetapi blog tu masih belum di delete supaya pembaca lama senang refer link ke blog saya yang baru ni.

Sejujurnya saya amat suka menulis. Kerana tulisan salah satu bahasa saya. Kalau saya tidak dapat memujuk seseorang yang tengah berduka, saya berharap dari jauh tulisan saya ini dapat membalut hatinya dengan izin Allah. Begitu juga jika seseorang sedang mencari-cari kata-kata semangat atau perangsang ketika bertemu dengan putus asa, saya berharap agar Allah menyentuh hatinya dengan tulisan saya ini.

Saya banyak mengambil inspirasi daripada pemerhatian di sekeliling saya. Kadang-kadang tulisan yang saya coretkan untuk insan-insan yang mengalami masalah yang dekat dengan saya. Mungkin mereka tidak menyedarinya betapa dekatnya bait-bait kata tulisan saya dengan mereka. Inilah cara saya. Penulisan ini sudah sebati dalam diri saya. Jadi saya tidak mahu tinggalkannya.

Saya bukanlah seorang ustazah atau pelajar jurusan agama atau jauh sekali faqih dalam agama. Saya sendiri masih merangkak-rangkak dalam menimba ilmu Allah. Banyak perkara yang masih saya tak tahu dan perlu belajar. Jadi jika ada penulisan saya yang tersalah atau tersilap, jangan segan silu untuk menegur. Manusia itu kan tidak sempurna, jadi wajarlah sifat 'ter' tu ada dalam diri manusia. ^^

Lebih kurang sebulan lagi, saya akan graduate dalam bidang sains kimia di universiti teknologi malaysia,skudai. Result saya tidak gempak mana pun, tetapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat. Di kesempatan ini juga saya ingin merakam tahniah buat sahabat-sahabat saya yang melanjutkan pengajian ke peringkat master dan phD. Mereka ni yang mantop2 belaka.hee.Harapan saya semoga Allah permudahkan jalan selepas ini. Tolong doakan saya juga (:

p/s. terasa ingin berkelana ke negeri sabah, sarawak bah..

hmm..sedih rasanya bila ada orang yang menghina kekasih hati saya,Rasulullah s.a.w melalui Innocence of Muslims. Mereka tidak henti-henti menghina umat Islam. Tunggulah pambalasan daripada Allah. 


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 Jul 2012

'MEREKA'

5 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa sukar sekali diri ini untuk berhadapan dengan mereka?
Kenapa hati ini sentiasa berat tatkala perlu berurusan dengan mereka?
Kenapa jantung ini berdegup pantas bila meeting dengan mereka?
Kenapa suara ini rasa bergetar bila harus berkata-kata di depan mereka?
Kenapa ye? Kenapa? Kenapa?

Kenapa urat sendi kadang-kadang sakit bila bertembung mereka?
Kenapa sentiasa kurang selesa bila kena berhubungan dengan mereka?
Kenapa perasaan takut tu datang bila ada melibatkan mereka?
Kenapa bibir seakan tidak mahu terbuka semasa berhadapan mereka?
Kenapa ye? Kenapa? Kenapa?

Apakah mereka salah?

Tidak.

Apakah mereka jahat?

Tidak.

Apakah mereka angkuh?

Tidak.

Aku tidak tahu, yang pastinya rasa ini berterusan.
Tiada niat untuk membenci mereka mahupun tidak menyukai,
Namun itulah hakikat diri ini yang tidak biasa dengan golongan mereka..

Tidak pernah ku minta hadirnya perasaan seperti ini..
Namun Allah memberiku merasai segalanya..
Hal ini telah menyelamatkan ku dari mereka..
Ini dapat menjarakkanku dengan mereka..

Biar dikatakan sombong. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan senyap. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan pasif. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan tidak ramah. Tidak mengapa (:

Katalah apa sahaja yang mahu dikatakan, persepsilah diriku semahunya. Tidak mengapa.
Kerana apa yang diriku alami lebih sakit daripada apa yang kamu telah lihat secara luarannya.
Kerana aku yang merasainya. Bukan mereka atau sesiapa. Tetapi aku ..
Kalau mereka mahu bertegur sapa secara ramah dan bergurau mesra carilah orang lain,
Kerana aku tak mampu untuk melakukan hal itu dengan mereka..hanya dengan mereka.

Ingin saja diluahkan segalanya apa yang kurasa tentang mereka.
Iya.. pasti ku luahkan jua sehingga saat salah seorang daripada mereka
menjadi sebahagian daripada hidup dan jiwaku.

it's easy for me to get along with the person that i do not know him. 
i feel more better (:
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

15 Jun 2012

Sahabiah Mahbubah

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Tika awal pertemuan kita malu-malu saja
Bercakap seadanya bergurau seadanya
Berjumpa pun hanyalah sekali sekala
Kerana itulah awal permulaan kasih kita

Kasih kita bertambah erat dan mesra
Ukhwah terjalin atas satu akidah yang sama
Sama merasai senang sama merasai susah
Kerana kita jalinkan ukhwah mahabbah

Sampai satu tahap kita disibukkan
Masing-masing punya taklifan sendiri
Mungkin ada jarang yang bertembung di mata
Namun doa dititipkan setiap hari

Kunci ukhwah berlapang dada
Janganlah dinampakkan kesalahan dia
Kerna mungkin jua teguran dari DIA
Betapa kita sahabat yang kurang sempurna

Saling mengenal saling memahami
Tidak bermakna seluruhnya perlu diketahui
Tapi andai ada resah yang terbuku di hati
Berkongsilah dengan mereka yang dikehendaki

Sahabiah mahbubah itulah kita semua
Berbagai ragam dan juga keletah
Rasa bahagia bila bersama-sama
Kerana bukan selalu kita together =)

Perpisahan adalah jarak sementara
Bukan bermakna untuk selamanya
Andai diri ini tersalah laku dan tersalah bicara
Tangan kuhulurkan maaf kupinta

Sahabiah owsem !

ini adalah coreta istimewa untuk yang teristimewa
-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
 Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

26 May 2012

Kisah Cinta Saya

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah orang bertanya, "MusafirCinta, awak pernah tak jatuh cinta?" Erk..? Harusnya jawapannya bagaimana ye. Saya diam sambil perlahan-lahan saya gelengkan kepala. Orang itu seakan tidak puas hati, "Eh, tipula. Takkan tak pernah? Mesti pernah dulu-dulu." Adeh..orang itu macam ingin mengorek rahsia saya je. "Betullah, ape pula nak tipu." saya masih bertegas dengan jawapan saya. "Mana boleh tak pernah! Tak normallah awak kalau begitu." Alahai..dia masih tidak berpuas hati dengan saya. Dah tu nak jawab lagu mana lagi. Baiklah. Saya pernah jatuh cinta(sekadar mahu memuaskan hatinya). Akhirnya orang itu tersenyum gembira. Saya tak faham kenapa dia sangat gembira. =_=!

Sebenarnya jauh disudut hati saya tak ingin berbicara soal cinta kerana saya ingin mendisplinkan diri jangan mendekati cinta sebelum tiba masanya. Itu permintaan saya dari DIA. Agar jangan melahirkan rasa cinta kepada ajnabi sebelum kesempatan itu masih bukan milik saya. Tetapi ada empat peringkat cinta saya lalui yang sangat memberi impak dalam kehidupan ini. Apabila kita mula mendekatiNya, Dia permudahkan jalan untuk kita.

Peringkat pertama.

Saat saya mula memahami syariatNya yang sebenar. Ada orang yang menunjukkan jalan(saya berterima kasih kepada orang itu). Jalan inilah yang membawa saya kepada cintaNya. Benar! Perasaannya sugguh luar biasa sekali. Nyaman dan tenang meresap ke dalam sanubari. Tidak pernah rasa setenang itu sebelum ini. Cinta inilah yang membawa saya kepada cinta yang lain.

Peringkat kedua.

Selepas mengenal Dia, saya mula menyoroti kisah kekasihnya dan jatuhlah kasih saya pada kekasih Allah tersebut iaitu Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam. Saya mula mencari-cari sesuatu untuk saya lebih mengenali habibullah Sallallahu alaihi Wassalam. Cinta dan rindu pun bersatu dalam penantian yang penuh sabar untuk berada bersama-samanya di syurga nanti.(Allah, hinanya diriku untuk bersama dengan baginda)


Peringkat ketiga.

Saat itu, saya mula sayangkan keluarga saya. Bukan dulu tak sayang, sayang juga. Tapi sekarang cinta dan sayangnya lain. Kalau dulu sayangnya sekadar di ungkapan bibir atau huluran hadiah tetapi sekarang saya mempunyai misi tersendiri dalam mencintai mereka. Saya ingin membawa keluarga yang saya cintai bersama-sama menuju ke gerbang syurga. Saya berusaha menjadi anak yang solehah agar saya dapat memberi manfaat kepada kedua ibu bapa saya di akhirat kelak dengan izin Yang Maha Berkuasa.

Peringkat keempat.

Cinta ini yang membuatkan saya semakin matang. Merasakan diri sangat kekurangan dengan ilmu, bagaimana ingin saya membawa keluarga ke sana. Saya mula mencintai majlis-majlis ilmu dan membeli buku-buku agama. Saat iu terasa diri sangat haus seperti dituangkan air sebanyak manapun, tidak pernah hilang hausnya. Duit makanan dicatu untuk membeli buku-buku. Dari sinilah juga saya menghimpunkan segala cinta. Ya, dengan ilmu itulah manusia bertemu dengan cinta yang mempesona.

Cinta seterusnya ?

Itu sahaja. Setakat ini, biarlah cinta Allah dan Rasulullah yang menjadi igauan dalam angauku. Cukuplah cinta kepada orang tuaku yang memberi semangat dalam hidupku, cukuplah ilmu-ilmu yang masih banyak belum ku raih menjadi penemanku, dan cinta sahabiah yang menceriakan hariku. Dan ada satu cinta lagi yang sangat besar iaitu mencintai ummah. Ianya agak sukar, tapi cinta itulah yang harus ada pada diri setiap orang yang mengaku dirinya mencintai Allah SWT dan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam.


Wahai Al-Wadud, jaganlah Kau ujiku dengan cinta manusia kerana aku risau aku tidak mampu untuk menanganinya. Tetapi jika saat aku teruji, aku bermohon agar Kau kuatkanlah hatiku dan langkah imanku dalam menghadapinya.
-musafir.Cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

15 May 2012

Pesanan Khas Untuk ADIK

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

ADIK,
Ketahuilah bahawa aku terlalu menyayangi dirimu
Ketegasanku bukan atas dasar suka-suka
Kemarahanku bukan bermakna aku membenci akanmu
Tetapi aku sedang berusaha yang terbaik dalam mendidikmu
Untuk menjadi acuan solehah bakal bidadari syurgaNYA.

ADIK,
Kau masih muda dalam mengenal episod kehidupan ini
Masih banyak hakikat kehidupan yang kau belum temui
Yang mungkin bakal mencarik keimananmu yang sedia nipis
Aura pesona dunia yang tidak akan berhenti mengejarmu
Selagimana kau berhajat kepada duniawi tanpa mementingkan ukhrawi.

ADIK,
Di luar sana masih banyak cabaran yang bakal menantimu
Aku bertambah risau jika kamu kalah dengan cabaran itu
Kerana itu aku juga sedang mempersiapkan diriku dengan ilmu
Untuk aku mengajarmu tentang apa yang belum kau ketahui
Agar kau tidak mudah tertipu dengan keindahan dunia ini.

ADIK,
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara
Janganlah sesekali kau hidup didalamnya seperti ingin hidup selama-lamanya
Malah di kesempatan itu kutiplah segala bekalan untuk dibawa ke sana
Serta laksanakan amanah-amanah yang dipertanggungjawabkan olehNYA
Agar kita bersama-sama menuju ke gerbang akhirat dengan menjadi calon syurga

ADIK,
Suka untuk diriku katakan kepadamu sayang
Letakkanlah cinta ALLAH dan RASULULLAH s.a.w di tempat yang utama
Kerana kau akan beroleh kebahagian yang mempesona
Janganlah cinta manusia nanti bakal mengurangkan cintamu kepadaNYA
Malah bertambah-tambahlah bunga cinta darimu untukNya.

wif my sister (: rindu kat die...

ADIKKU SAYANG,
aku menasihatimu kerana aku menyayangimu !
-musafir.cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

13 May 2012

Jom Layan Qasidah !

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


suke sangat yang ni.. sangat syahdu.

dengar banyak kali pun oke (:

tapi lagi bagus kalau dapat menghayati maknanya sekali. ;(

ade sape2 yang ade terjemahannya atau boleh menterjemah ?? ^__^


qasidah ini mungkin tidak kedengaran merdu bagi sesetengah telinga, sebab keadaannya yang bising. Tapi saya menyukai suasana macam ni. 
Telinga saya mengatakan merdu =)
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

..SeNyuM..

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila teringatkan baginda habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam selalu senyum di depan sahabat, saya berusaha juga ke arah itu  (:

even

my friends told me that my face look trouble with that kind of smile.

sorry. =(

i'll do my best to be a best sahabiah 
-musafir.cinta.ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

9 May 2012

Surat Cinta Untuk Serikandi

6 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai serikandi permata agama
Sedarkah bahawa kalian permata berharga
Punya keindahan yang sukar ditafsir mata
Hanya pandangan iman mampu menterjemahkannya.

Wahai serikandi permata keluarga
Dirimu adalah cahaya dalam keluarga
Membawa risalah dakwah untuk mereka
Agar sama-sama menuju ke pintu syurga

Wahai serikandi muslimah yang solehah
Kalian adalah cerminan bagi kaum hawa
Janganlah direndahkan maruah yang sudah terangkat
Dengan mendedahkan yang tidak sepatutnya

Wahai serikandi yang cantik akhlaknya
Jangan diturutkan nafsu yang melanda
Jangan tertipu dengan keindahan dunia
Kerana kelak kalian beroleh segala-galanya

Wahai serikandi sayap kiri dalam perjuangan
Hadirnya kalian membantu sisip perjuangan
Bukanlah membina kelalaian di sisinya
 Malah turut sama berjuang bersama-samanya

Wahai serikandi solehah yang aku cinta
Dikau berada di generasi arus global
Jangan pernah hanyut dengan arus yang bermusim
Kesabaranmu akan diganti syurga nan indah

Aku.cintakanmu.serikandi.dunia !
Mudahan.disyurga.kalianlah.bidadari.itu (:


Sekali wanita tergoda, 
gugurlah sekuntum wardah di syurga, 
sekali wanita ternoda, 
berdekah-dekahlah syaitan di neraka
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

8 May 2012

Pantai Pun Berbisik Kepadaku

1 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

suatu pagi di tepi pantai nan indah (:

Allahu Rabbi...
Sungguh damainya sebuah perasaan ini
Melihat matahari terbit di tepi sebuah pantai
Sudah cukup membuat hati ini berasa tenang
Damainya sebuah perasaan yang hadir
Yang sukar sekali untuk ditafsirkan..

Begitu banyak sekalipun orang yang melihat bersama
Namun ianya memberi erti lain kepada diriku
Sungguh aku tenang di situ! Saat itu !
Namun tiada siapa yang tahu. Hanya DIA !

Jika boleh ingin aku berlamaan di situ
Menikmati saujana yang dianugerahkan Allah
Ingin aku menyapa angin-angin yang lalu di pipiku
Biar angin itu menerbangkan seketika segala rawan

Masihku ingat deruan ombak yang menderu
Menampar lembut cuping telingaku
Telah kurakam deruan itu untuk ku simpan
Agar bisa kulepaskan kerinduan kepada sebuah
KETENANGAN..

Aku.TENANG.disitu !


siapa mahu bersamaku lagi untuk melihat keindahan yang diciptakan Tuhan? 
oh, tenangnya !
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

2 May 2012

BERSIH 3.0 : CLEAN ALL

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri CLEAN 3.0. Usah ditanya apa keperluan saya pergi kesana, kerana masing-masing punya jawapan sendiri. Malas nak mengulas panjang-panjang. Sebab semua orang tahu tentang perhimpunan BERSIH ni. Yang pasti ini adalah pengalaman berharga yang akan tersemat di ingatan. Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil. (:

Gajah pun sokong duduk bantah (:
p/s: otw ke masjid negara

9.00 am - keadaan masih lenggang

orang dah mula ramai
unit amal sedang menjalankan tugas
pemimpin sedang berucap
ribuan manusia di masjid negara
masa perarakan

sedang berehat-rehat

kami sedang duduk-duduk macam ni sebelum polis mngambil
tindakan mnyembur gas pemedih mata... ZALIM !

Tidak sangka even kami yang duduk macam ni pun disemburnya juga. Sesak nafas juga menyedut hadiah-hadiah yang diberikan oleh mereka. Nasib baik ada orang menawarkan garam. Kalau tidak, tak tahulah macamane. Mesti ada yang kata 'padan muka! siapa suruh pergi!'. Daripada duk diperbodohkan di rumah dengan menyaksikan scene2 yang palsu dan diputarbelitkan baik lagi kena gas pemedih mata tu. peace (:


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

26 Apr 2012

Mencari Seorang Imam

7 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

suke tengok gambar nie (:


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

sumber:  http://www.myilham.com

Agama yang ada padamu lebih penting daripada seluruh isi dunia ini. Ku mencari orang yang mencintai pemilik hatiku, ALLAH SWT dan kekasihku, Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam   
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

25 Apr 2012

New Message : Sayang Kamu

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

sayang kamu banyak! ^^


Ehem. Seronok jugak tengah-tengah tension+sress, ade mesej masuk dari seorang jejaka, "sayang kamu". Begitu banyak masalah dan konlik yang melanda bisa disejukkan dan ditenangkan hanya dengan mesej ringkas tersebut? How CAN?! Entahlah, mungkin ni first time saya dapat mesej dari seorang lelaki yang meluahkan tanda sayangnya pada saya. Terharu dibuatnya.

Selepas dia berubah sering dia buat saya terharu. Segala sikap ke'caringan'nye menonjol. Kata sapaannya kedengaran lembut, tiada lagi kasar. Saya suka sangat bila berjumpa dengan dia. Adanya dia di samping saya membuatkan saya terasa dilindungi. Oops..sebelum berbicara lanjut tidak mahu saya mengundang fitnah di hati. Lelaki yang diceritakan di atas adalah adik lelaki saya sendiri. Bukan adik angkat, tapi adik kandung. (:

Sebenarnya, mesej ini biasa saja bagi pasangan yang sedang 'hangus' bercinta. Ungkapan sayang itu selalu ada sebagai tanda kasih sayang mereka. Tetapi tidak bosankah bila ayat itu sudah diulang berkali-kali ketika bercinta. Agaknya si lelaki sudah letih mengungkapkan sayang masa bercinta, jadi selepas berkahwin tiada lagi ungkapan-ungkapan sayang buat isterinya. Tak bestnyer kalau jadi macam ni. ;( Sebab tulah, awok kaum lelaki jangan senang-senang nak cakap 'sayangla', 'cintala', 'rindula'. Sebab nanti awok-awok juga yang bosan duk ulang benda samo. Kesimpulannya nak ucap benda-benda gini, nikah dulu (:

Malam ni saya malas nak 'ngepek' sebab ada orang cakap saya suka 'ngepek'.(sikit-sikit jah..hee..) Tapi satu je nak pesan kat sahabat-sahabat. Ingatlah kita ni datang dari mana. Siapa yang ciptakan kita? Siapa yang beri kehidupan ni pada kita? Kenapa kita nak langgar apa yang DIA tetapkan untuk kita? Kenapa kita tak mahu buat apa yang DIA suruh? Kenapa kita tak ada rasa syukur dengan apa yang telah kita dapat? Kita ni siapa sahabat? Kalau bukan DIA yang menjadikan kita, kita tiada di sini. Jadi kita fikirlah, bukanlah dia jadikan kita ini untuk saje-saje. Setipa perkara itu mesti ada sebabnya. Cubalah sahabat-sahabat cari kenapa kite semua ni diciptakan atas bumi ini oleh Pencipta kita. Thought it deeply from bottom of your heart.

Sampai sini ja dulu. Ucapan terima kasih buat adik lelakiku kerana selalu membuat kakakmu ini terharu dengan sikapmu itu. Jawab molek exam final tu. Saya pun sayangkan kamu banyak, adikku (:


entry ini jadi bercampur disebabkan jiwa penulis sekarang berada dalam keadaan bercampur. Allahu Rabbi moga hati ini beroleh ketenangan. Doakan urusan saya dipermudahkan ye sahabat-sahabat.
-musafir.cinta.Ilahi-



  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

8 Apr 2012

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



MasyaAllah..sungguh kena dengan kita bait-bait dalam syair ini. Betapa hakikatnya kita seorang hamba yang penuh dengan debu-debu dosa dan lingkaran kemungkaran. Kita melakukan mungkar seolah-olah kita lupa apa yang akan berlaku selepas kematian. Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah kita seakan-akan lupa perhimpunan di padang akhirat dan penghisaban.

Kemana mahu disorok segala dosa yang telah dilakukan? Kemana mahu ditutup segala maksiat yang sering dibuat? Kemana mahu dibuang segala keingkaran kita terhadap suruhan dan larangan Allah SWT? Di mahkamah akhirat segala-galanya akan terbentang. Semuanya akan didedahkan. Siapa yang dapat menolong kita? Apakah kita fikir apa yang kita buat di dunia akan terlepas tanpa disoal di mahkamah Allah kelak. Allahu Allah.. Faghfirlana Ya Allah. Faghfirlana Ya Rahman. Faghfirlana Ya Rahim.

-Syair-

Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..



Wahai Tuhan yang memiliki sifat kesempurnaan, kami hanyalah hambaMu yang lemah yang imannya kadangkala turun dan naik, Kiranya kami berlaku zalim terhadap diri kami sendiri maka Kau kembalikanlah kesedaran dan keinsafan ke dalam diri kami. Janganlah sesekali Kau biarkan kami berterusan melupakanMu dan urusan akhirat. Sungguh kami hamba yang penuh dosa. Bantulah kami ke arah mencapai redhaMu. Terimalah taubat kami dan jadikanlah kami orang muslim mukmin yang bersyukur. 
-musafir.cinta.Ilahi-


Allahu Rabbi..banyaknyer dosaku.Ampunkan dosaku dan keluargaku serta saudara seislamku Ya Rahim.


    Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Apr 2012

I Need to Learn More and More ;(

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

niatku untuk belajar kitab ini..bilakah? ;( 

Dua minggu yang lepas, saya telah membeli dua buah buku(seperti gambar di atas). Sebenarnya sebelum ni tertanya-tanya apakah ilmu nahu dan saraf ni. Mungkin kalian semua sudah biasa dengar, tetapi saya tidak. Saya telah merujuk seorang muslimat yang belajar kat pondok. Katanya nahu dan saraf ni tak boleh dipisahkan. Kalau kita belajar nahu, kita kena belajar saraf juga. Bila dia cerita serba sedikit, saya rasa teruja. Macam rusa masuk desa. Bila nampak buku ni terus berkenan (: 
Ilmu nahu ialah tatabahasa Arab untuk mengetahui keadaan perkataan bahasa Arab dalam struktur ayat dari segi hukum i'rab dan bina perkataan tersebut. Ilmu nahu sangat besar peranannya dalam memahami al-Quran dan hadith. Ia juga dapat membantu menyelesaikan maksud kesamaran dalam bahasa Arab.
[quoted]
Sebenarnya dari dulu lagi saya amat meminati bahasa arab. Masih ingat lagi masa nak naik form 1, saya nak sangat ke sekolah agama sebab sangat minat dengan bahasa arab. Kalau kat sekolah biasa tak dapat nak belajar. Tetapi takdir menempatkan saya ditempat yang lain dan mungkin ada hikmahnya. Bila tengok sahabat-sahabat fasih berbahasa arab dan boleh baca tulisan arab, saya rasa amat jelous. Jelous kerana mereka dapat memahami tulisan al-Quran dan dapat menghayati makna isi al-Quran bila membacannya. Seriously JELOUS !

InsyaAllah, jika dizinkan olehNya, saya ingin belajar lebih lanjut. Ya Allah, perasaan menjadi semakin gusar, dek kerana terlalu banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu agama masih compang-camping dalam diri ini. Masih banyak cabang-cabang ilmu agama yang ada yang belum dipelajari. Terasa sayang dengan masa yang berlalu begitu saja di suatu ketika dulu. Kadang-kadang terfikir juga saya, kenapa bila kita mahu mempelajari sesuatu ilmu halangan menunggu di hadapan. Atau mungkinkah ianya hanya alasan? THINK !

Sekarang saya banyak belajar sesuatu dari pemerhatian dan pendengaran. Terlalu berguna input-input yang saya peroleh sepanjang pengajian saya di sini. Dan terasa Allah semakin mencerahkan laluan yang dulunya gelap. Meskipun cahaya itu masih samar-samar, namun insyaAllah ia akan terang memancar cahaya kelak. (: Buat pembaca yang membaca post ini, tolong doakan saya dipermudahkan segala urusan lebih-lebih lagi dalam perjalanan menuntut ilmu-ilmuNYA.

"Kamu belajarlah bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada agamamu"
(Saidina Umar a.r)

p/s:-semoga Allah mempermudahkan jalan orang2 yang mencintai dan berkehendak akan ilmuNYA.

Sebagai hamba kita perlu sentiasa haus dengan ilmu
-Musafir.Cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 Apr 2012

MSI : Plese! Letakkan Kasut di Atas Rak (:

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

sila letak kasut atas rak. sekian (:
-Masjid Sultan Ismail UTM-

Alhamdulillah. Diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Segala puji-pujian buat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Hari ini terdetik di hati untuk mengajak muslimat. wanita, perempuan, cik adik and cik kakak semua untuk sama-sama menyenangkan urusan orang lain. Urusan siapa tu? Urusan seorang mak cik yang dalam gambar tu, yang tengah duduk bersandar ke dinding tu. Mesti kalian tahu kan siapa gerangan mak cik tu kan. Siapa-siapa yang pergi masjid(msi), mesti ada jumpa dia kat tangga tu (:

Dua hari yang lepas saya sempat berbual dengan mak cik ni secara kebetulan. Masa tu saya meletakkan sandal saya di atas rak, lalu dia mengucapkan terima kasih. Saya jadi aneh? Nak dijadikan cerita saya sembanglah sekejap dengan mak cik tu. Hmm, barulah tahu rupanya dia tunggu di situ untuk pastikan kite semua letakkan kasut di atas rak sebab ramai yang tidak meletakkan kasut di tempat yang disediakan. Bukan ape, kasut and selipar yang diletakkan di atas simen tu kadangkala tercampak hingga ke tangga atas. Jadi kemungkinan selipar atau kasut itu ada najis dan ia akan mengotorkan kawasan masjid. Tambah-tambah orang lalu lalang kat situ. Nanti kalau ada najis, ianya akan dibawa ke tempat solat.

Sebenarnya kesian kat mak cik tu. Dia gunakan masa rehat dia untuk tunggu kita semua. Rasa macam budak-budak tadika la pula, kena ada orang tunjuk dan cakap letak kasut kat rak, sedangkan kita seorang mahasiswi. Adeh, malu betul dengan mak cik tu. Budak tadika pun tahu nak susun selipar dan kasut mereka.  Jadi lepas ni, kita susun dan letak elok-elok kasut or sandal atas rak. Rajin-rajinkanlah diri untuk meletakkan kasut yang beratnya tak sampai pun 1kg ke atas rak yang disediakan. Tak payah susahkan mak cik tu nak kena tunggu kat situ semata-mata nak pastikan kita letak kasut atas rak. Tengahari tadi pun dia ada juga kat tangga tu.

Mesti ramai yang pernah buat kan? Tak mengapalah, yang dah lepas biarlah. Saya pun pernah buat dulu masa nak cepat. hee.. Tapi bila kita dah tahu, jangan buat lagi. Walaupun itu memang sebahagian daripada kerja mak cik tu(eh..ade dalam skop tugas ke kena jaga rak?hmm) tapi tak salahkan kalau kita ringankan urusan dia. Bukan apa sangat pun, cuma letakkan kasut yang kaki kita sendiri pakai kat tempat yang disediakan je pun. Bukannya suruh cuci tandas atau mop lantai. (: Hehe.. Senang je kan? Menjaga kebersihan masjid tanggungjawab bersama ^__^


Kalau kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita
-Musafir.Cinta.Ilahi-


  Photobucket_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________