بسم الله الرحمن الرحيم
Bangau Oh Bangau
Bangau Oh Bangau
Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Oh perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
Oh kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x
----------------------------------------------------------------------------------
Mungkin anda terfikir-fikirkan kenapa saya post lagu bangau oh bangau nie. Haa..Sebenarnya lirik lagu bangau oh bangau ni mengolahkan sifat manusia yg sering menyalahkan org lain. Lumrah manusia, bila melakukan kesalahan tiada siapa yang mahu mengaku. Masing-masing tuding jari pada orang lain. Walhal, kita sendiri tahu yang kita adalah manusia biasa yang lemah yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Jadi jika kita melakukan kesilapan, janganlah menuding jari pada orang lain. Sebaliknya kita jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di masa hadapan.
Satu perkara lagi, lirik ini juga mengolahkan sikap manusia yang suka memberi alasan. Sememangnya sikap ini sudah sebati dalam diri manusia. Alasan dijadikan batu loncatan untuk mengutarakan sebab. Padahal alasan dan sebab adalah dua perkara yang berbeza.
Wallahuallam..
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.