27 Dec 2013

Rindukanlah (Islamic Parodi) by Idris

0 ore hok komen

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum teman blogger yang dikasihi.. Haritu saya ada tulis post tentang PISA. Saya ada ubah suai lagu Rindukanlah encik mimpi ikut selera saya.. Kalau nak tahu boleh klik sini. Tapi yang Rindukanlah Islamic Parody by Idris Shamsuddin, sahabat saya ni lagi best. InsyaAllah, ada manfaat.. Selamat mendengar =)

Encik Mimpi - Rindukanlah (Islamic Parodi) by Idris


Tidakkah kau menyesal,
Di atas dosa-dosa yang lalu,
Dosa yang telah engkau pikul,
Pikul di bahumu.

Bersegeralah engkau pergi,
Bersujud dan taubat kepadaNya,
Sebelum malaikat izrail datang memanggil.

Berdoalah kepada yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
Oh, perbetulkan lah nawaitu mu.

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kekhilafan yang dulu,
Dosamu yang telah tertulis di bahu sebelah kirimu,
Dosa yang telah engkau lakukan sepanjang hidupmu, 
Ssepanjang usiamu, sepanjang hari-harimu…

Segeralah bertaubat,
Sebelum dirimu terlambat,
Kembalilah ke jalan yang diredhai-Nya…

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
Oh, perbetulkan lah nawaitu mu.

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kesilapan yang dulu.

*muzik latar*

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga pintu hati terbuka,
YaAllah, ampunkanlah dosa hambaMu.

Berdoalah kepada Yang Esa,
Bersujudlah di atas sejadah,
Semoga menjadi ahli Syurga,
Oh, Ya Allah ampunilah dosa-dosa hamba-hamba-Mu….

Renung-renungkanlah dosamu,
Sepanjang hari-harimu,
Segala kesilapan yang dulu.


Anak sedara saya dah jadi peminat lagu nie.. Good Job Idris.. ^_^
-musafir.cinta.ilahi-

Photobucket_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________

20 Dec 2013

9 RESEPI PERNIAGAAN RASULULLAH SAW

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum buat semua pembaca yang dirahmati Allah.. Sudah lama MCI tak mengupdate blog ni. Hari ini MCI ingin kongsikan satu ilmu yang MCI rasa bermanfaat untuk semua especially kepada mereka yang bergelar usahawan. Ok, sebenarnya MCI dapat EBook ni free dari seorang yang baik hati kat sini. Anda boleh juga pergi ke  www.readersparadise.my untuk melihat banyak koleksi buku yang bermanfaat. Jadi, sekarang mari kita baca info dalam Ebook ini.. ^_^


9 RESEPI PERNIAGAAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan
umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu- belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria.
Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidakakan rugi(35:29)”

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkanugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”


Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri.
Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah
bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari.

Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik.
Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.


Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa
angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga???

1. Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata,
“Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
2. Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun
bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.

 Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

3.Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.  Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4.Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok- longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

 “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

5. Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.

Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
“Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) 
Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

6. Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga
untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma‟idah ayat 2: Bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
8. Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda)."
9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar.

Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya. Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu „kezaliman‟ untuk para peniaga.

Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Wallahualam.

----------------------------------

Kalau sesiapa berminat nak dapatkan buku-buku yang menarik, boleh ke laman web ini.
www.readersparadise.my

Hebat kan Rasulullah? Jom jadi usahawan seperti Rasulullah s.a.w
-Musafir.Cinta.Ilahi- 

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Dec 2013

PRAYBOY ITU SUAMI AKUUUU ...

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Ececece.. Macam pernah dengar je.. Pinjam kata-kata pak cik Rusydee.. eh pak cik plak. jangan marah ya.. Post ni tak ada kaitan pun dengan "PRAYBOY".. Sesaja MCI letak header macam tu. Sekarang tengah feymes(eh, feymes ke?) dengan drama PISA. Playboy Itu Suami Aku. MCI nak pesan satu ja.. Cerita novel, televisyen ni tak seindah realiti, jangan sampai kita(especially perempuan) berada di awang-awangan dengan cinta-cinta fantasi yang dipaparkan di televisyen.

MCI takmboh(tak nak) cakap banyak. Layan lagu Rindukan versi Musafir Cinta Ilahi...


Ku benar-benar sayang
PadaNYA DIA  Oh Kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan ku berkelana mencari
Harapan yang aku impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam..

Dan ku ingin cinta sejatiNya
Dan ku ingin cinta abadiNya
Oh Janganlah engkau membenci
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatiku

Rindu-rindukanlah taubatmu
Sepanjang Hari-Harimu 
Temanku
Kau Adalah MilikNYA 
Temanku Kau Adalah 
MilikNYA Yang Kau Rindu..

Rindu-rindukanlah DIA Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

oooooo...siap menyanyi lagi ea ikut rentak lagu asal.. MCI tak pandai nyanyi.. 
Kalo rase pelik liriknya tu, memang patutla.. hehe

Rindukan ALLAH selalu ya teman-temanku =)
-Musafir.Cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

11 Oct 2013

Migrain : GoodBye Mr Painkiller !

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Sudah lama tidak berkongsi rasa di ruangan ini. Sekarang saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang saya kira amat berguna bagi pengidap MIGRAIN. Mungkin perkongsian ini dapat mengurangkan sedikit penderitaan orang-orang yang sering diserang migrain. Suka untuk saya berkongsi kerana perasaan yang teramat gembira selepas sudah lama MIGRAIN tidak berminat pada saya.. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya penangan si MIGRAIN nie..

Saya mulakan dari awal. Sebelum saya memasuki UTM,JB saya tidak pernah diserang migrain. Kalau ada, hanyalah sakit kepala normal.. Tetapi selepas saya belajar di situ, penyakit ini mula mendampingi saya. Mungkin kerana stress atau tekanan atau mungkin juga selalu menyedut bahan chemical yang membuatkan saya jadi macam tu. Selepas si migrain selalu menziarahi saya, berlakulah masalah lain. Tidak ramai yang tahu, hatta ibu bapa saya pun saya tak beritahu.

Sedikit sebanyak ia menjejaskan pembelajaran saya. Setiap kali time exam, saya selalu rasa sakit kepala yang melampau. Rasa nak muntah, pengsan, kabur and macam-macam lagi. Bayangkan tengah-tengah jawab exam rasa macam tu..Bukan sekali-sekala, tapi SETIAP KALI.. Tiga tahun saya lalui benda tu. Hanya last sem, tahun akhir je, untuk exam final, Alhamdulillah buat pertama kalinya symptom2 ni tak datang.

Mengerang sakit di atas katil tu biasa. Menghantuk kepala di dinding untuk kurangkan sakit pun biasa. Menarik-narik rambut pun biasa. Tapi tak rasa sakit pun buat semua ni bila migrain. Saya juga pernah terlantar dalam bilik dua hari sebab tak dapat bangun. Ihsan kawan-kawan saya yang tahu keadaan saya, mereka tolong membelikan makanan kerana masa tu saya tinggal di bilik single. Kalau time tinggal dengan roomate, dia yang selalu tolong urut-urutkan kepala. Kadang-kadang bila tak tahan sangat, sampai menangis. Tapi bukannya dapat mengurangkan pun. 

Saya tidak pernah menceritakan pada ma dan ayah. Sebab bukan sampai membawa maut pun. Kalau orang yang ada migrain ni memang alah pada cahaya matahari. Migrain mudah nak menyerang kalau kita bertentang dengan cahaya terik. Keadaan yang bising atau tempat yang crowded juga boleh menyebabkan migrain menyerang. Dulu saya menghadapi saat2 sukar bila nak menyiapkan thesis. Teruk tak teruk masa tu setiap kali saya nak baca jurnal-jurnal kat laptop atau menghadap laptop lama-lama, saya rasa nak muntah. Sampaikan saya beli printer sebab nak print jurnal-jurnal yang dalam laptop.

Selepas graduate dari UTM pada tahun lepas, saya ingatkan migrain sudah tak ada. Rupanya masih sama. Kadang-kadang setiap hari sakit kepala. Nak muntah-muntah, tapi tak pernah muntah  pun. Saya memang jenis yang tak suka makan ubat, tapi terpaksalah makan ubat agar rasa sakit hilang. Biasanya lepas makan ubat, saya terus tidur. Saya perlu tidur untuk pulih dari sakit tu. Gula-gula berangin dan minyak angin benda wajib yang selalu saya bawa dalam beg. Bila-bila masa saja migrain datang, jadi saya bersiap sedia dengan minyak tu. Dulu minyak seminggu dah abes saya guna. Memang banyakla minyak dalam sebulan saya guna. Saya lebih prefer guna minyak daripada ubat. Kalau sampai tahap tak dapat nak jalan, baru telan ubat.

Bila diserang migrain, kadang-kadang saya gagahi juga pergi program2. Walhal masa tu setiap langkah mencucuk-cucuk kat kepala. Ada kawan-kawan yang memberi ayat untuk dibaca bila datang migrain and ada juga yang tolong bacakan sambil mengusap kepala saya. Memang insan ini, saya tak akan lupakan. Pelbagai saya buat, selawat dan setiap kali minum air masak, saya selalu berdoa agar migrain ni boleh berkurang. Betapa saya mahu singkirkan migrain ni dalam hidup saya.

Sehinggalah pada dua bulan yang lepas, saya mengikut kakak saya kerana dia meminta tolong jaga anak dia disebabkan pengasuh anak dia dah berhenti. Mula-mula sampai rumahnya, setiap hari symptom2 migrain saya datang. Nasib baik anaknya adorable, jadi untuk sesiapa yang ada anak kecil bila sakit kepala peluklah anak kecil tu. Peluk kuat-kuat(jangan smpai sesak nafas plak budak tu). Sedikit sebanyak rasa lega datang.

Nak dijadikan cerita kat rumah kakak memang tak buat ais. Sebab kakak saya tak minum air batu. Saya ni selalu minum air batu kat rumah, jadi saya buat air seawal pukul 8 pagi kat rumah kakak saya, supaya tengah hari tu dapat minum yang dah sejuk. Sehinggalah saya mengadu pada kakak, saya selalu sakit kepala. Setiap hari telan ubat kot. Kakak saya mencadangkan agar saya berhenti minum ais. Walau sukar(peminum ais tegar sy nie..hehe), saya cuba juga. And lama-lama dah biasa. Dalam waktu itu juga saya perasan yang sakit kepala tak datang dah. Migrain pun dah tak berminat lagi dengan saya. Sekarang duk kat rumah sendiri pun saya tak terliur pun tengok air batu.

Disebabkan rasa gembira, bersyukur sangat sebab sakit kepala tu dah tak datang, saya amat menghargai air masak. Setiap kali nak minum mesti saya bacakan ayat-ayat untuk memberi kesihatan pada saya. Dan sampai sekarang saya dah tak mengalami sakit-sakit macam dulu. Sakit kepala saya normal, setiap sebulan datang sekali. Memang minuman berais langsung tak sentuhla. Sebab betapa saya menghargai detik-detik tanpa migrain, sehingga air batu itu sudah tidak menjadi kelazatan pada saya. =)

So, untuk kawan-kawan saya yang terseksa dengan migrain, tolonglah berhenti minum minuman berais. Kalau migrain yang tak teruk sangat mungkin tak perlu berhenti, just perlu kurangkan minum minumam berais tu. Saya faham sangat keadaan mereka yang kena migrain ni. Hanya yang pernah melalui saja akan merasa keperitan itu. Cumanya masa saya sakit dulu, saya selalu fikir bahawa mungkin saya banyak dosa, jadi Allah turunkan sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil saya yang bertimbun banyaknya.

Alhamdulillah..benar kata orang. Nikmat sihat adalah anugerah terindah yang Allah berikan pada kita. Kerana bila badan kita sihat, akal kita dapat berfikir secara waras dan amal ibadat kita juga dapat dilaksanakan dengan lancar. Sekarang hidup saya bebas daripada 'PAINKILLER'....

ps:- Maap yea..Banyak pulak aye ngomong..


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Oct 2013

PHOTO CONTEST !!

0 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya telah memasuki Photo Contest yang dianjurkan Sus n de Felt Product. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu berupa Sizzix Big Shot Starter Kit (Powder Blue & Teal) yang harganya bernilai RM650. Mesin ni memang diperlukan oleh krafter felt. Nak tahu lebih lanjut boleh search kat google yep. Kat bawah ni saya tunjukkan gambar-gambar mesin BIG SHOT yang saya ambil kat web SUS.




Adjustable Extended Multipurpose Platform

Sepasang Standard Cutting Pad
Saya memang dah lama nak beli mesin ni dan sekarang masih menyimpan duit untuk membeli mesin tersebut. Kebetulan pihak SUS ada menganjurkan pertandingan untuk mendapatkan mesin BIG SHOT ni, jadi saya tak naklah lepaskan peluang ini. Menang atau tidak belakang cerita. Jadi sesiapa yang mahu menyokong saya boleh like photo contest saya di link yang saya berikan ni.

Caranya mudah. Kalian hanya perlu klik pada gambar kat bawah ni, then akan keluar gambar asal pertandingan. Then korang tekan like pada gambar tersebut. **BUT make sure kalian smua sudah log in akaun fb, sebab kalau korang tak log in, link gambar tak akan keluar.**

(klik gambar di bawah)
(valid until 15 nov 2013)

Saya juga ada mengambil tempahan bagi penggemar hasil kraf felt ni. Jadi siapa-siapa nak tempah atau mahu melihat hasil kerja saya, boleh pergi ke page FELT LOVERS. Dan sekiranya kalian berminat, sila pm page tersebut. Kepada rakan-rakan yang sudi like photo contest ni, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. 

There is no gain without hardwork
-Musafir.Cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

20 Aug 2013

Mesir Berdarah : Di mana Walid?

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Di mana Walid?

JIJIK, benci dan jika diberi kekuatan, mahu sahaja aku meludah ke arah si hitam ini.

"Jika kau digelar Islam, mengaku ALLAH itu satu, jangan berani tenung wajahku. Aku menjaga auratku dan kau perlu menghormati auratku juga. Jika dahulu aku menghormati sebagai penjaga negara tetapi kini kau selayaknya ku pandang seperti anjing!" kata Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim ke arah seorang anggota tentera di luar perkarangan hospital berhampiran Dataran Ramsis.

Bagi memenuhi amanah ibunya, dia bersama akhun kabir abang yang sulung Umar, kawan ayah Dr Ahmad dan seorang sahabat Rasya pergi menggadai nyawa untuk mencari jenazah ayahnya.

Di sebabkan bilangan kematian mencecah ratusan nyawa mereka berpecah untuk mencari mayat ayah dari masjid ke hospital hinggalah di tepi-tepi jalan.

Tiada istilah penat. Setiap kali terpandang wajah cengil askar atau polis setiap kali itulah dia berasa ingin menunjal kepala mereka. Dendam kesumatnya membuak, gelora kemarahan bagaikan api menyala.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati apabila terhidu bau mayat.

Dia berseorangan terpaksa membelek setiap satu tubuh kaku itu dan cuba untuk mengenal pasti tanpa pertolongan sesiapa.

Sara kemudiannya menelefon antara satu sama lain manalah tahu kalau-kalau pencarian dari selepas solat Subuh berhasil.

“Helo Dr Ahmad. Awak sudah jumpa walid?”

“Belum lagi, awak?”

“Belum. Ok bye”

“Helo Sarah, awak sudah jumpa?” panggilan dari Umar.

“Belum wahai Umar,” jawabnya.

Awak dah tengok elok-elok?”

“Ya, saya sudah teliti dan belek setiap satu,” kata Sarah hiba.

“Awak pasti wahai ukhtun saghirah? tanya Umar.

“Ya!” Ukhtun saghira adalah gelaran adik perempuan sering dipanggil untuk adik kesayangannya itu.

“Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi,” pinta Umar.

“Baiklah ya Umar,” jawabnya dalam esakan kecil.

Kemudian selepas beberapa minit mereka bercakap di telefon sekali lagi Umar menghubunginya.

“Sarah, awak sudah jumpa ke belum?”

“Belum lagi...”

“Ok, berdekatan awak ada tak mayat rentung?”

“Ya!”

“Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identiti walid.”

“Baik.”

Selepas beberapa minit Umar mendekati Sarah dengan tubuhnya dibasahi peluh.

“Umar, mana beg walid yang ada kesan darah tu?”

“Saya dah bawa balik ke rumah,” jawab Umar.

“Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok,” pinta Sarah.

“Untuk apa wahai ukhtun saghira,” tanya Umar dengan keliru. “Sebab ada empat mayat rentung sepenuhnya dan tanpa identiti. Hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA. Saksi mengatakan ayah berada di satu lokasi kebakaran,” jelas Sarah.

“Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan? Kita nak cakap apa pada ummi? Ummi mesti tidak dapat mengawal dirinya...” kata Umar dengan wajah berkerut.

“Kita terpaksa berbohong. Awak fikirkan alasan yang sesuai untuk bercakap dengannya,” kata Sarah.
“Ayuh kita pulang, pencarian hari ini gagal,” sapa Dr Ahmad.

Sepanjang tiga hari, keluarga Sarah hanya berbual tentang kematian, jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar.
Hati mereka perit kerana seumur hidup, mereka tidak pernah terbayang untuk berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah.

Empat hari kemudian...

Mendengar laporan media, dianggarkan lebih 600 jenazah terbujur kaku dengan dipenuhi darah manakala 40 jenazah yang lain digambarkan dalam rentung.

Sekali lagi Sarah dan Umar pergi ke rumah-rumah mayat di hospital.

Meneliti dan memeriksa wajah jenazah, manalah tahu mungkin itu mayat walid.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran mereka dan melekat ke baju.

Setiap mayat itu dibuka satu persatu, didekatkan muka pada setiap wajah.

Ketika itu hilang rasa sedih dan hanya merasakan kelegaan sekiranya mayat ayah ditemui.

Tudung dipakai lencun dengan percikan darah dan peluh. Tiada lagi jijik atau bau hanyir...yang ada cuma DI MANA WALID?

“Walid...di mana walid? Aku mahu walid...” Sarah merayu sendirian ketika mencari ayahnya.

Pencarian itu juga disusuli dengan tembakan sejak keluar dari rumahnya pagi itu.

Selepas kami hampir putus harapan, Sarah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dan mengatakan jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat di Ramsis.

Dia berlari dicelah ratusan penyokong. Ditolaknya sesiapa sahaja yang cuba menghalang laluannya itu. Air mengalir deras membasahi wajah mulus yang tersembunyi di sebalik sutera hijab.

Pencarian lebih 48 jam itu akhirnya berhasil. Bungkusan tikar di tepi jalan berdekatan Masjid Al-Fath dibuka perlahan. Dengan tergamang wajah mayat rentung itu ditatap, dibelek satu persatu.
Dan sah!!! Itulah walid, ayahnya.

Satu peluru menembusi lehernya dan satu lagi menembusi pipi hingga ke belakang telinganya.

Hanyir mayat kini bagaikan harum kasturi buatnya. Dia bersyukur menemuinya jenazah walid walaupun dalam keadaan menyayat hati dan pertemuan mayat rentung itu bagaikan ayahnya dalam keadaan hidup.

"Aku reda walid menemui syahid, moga ALLAH menempatkan walid dalam golongan syuhada!"

AL-FATIHAH...Berdasarkan cerita dari Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim (anak mangsa)


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Ogos 2013


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

14 Aug 2013

:: My CRAFT ::

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Alohai..sekarang saya sudah ada hobi baru iaitu buat craft comel+cute. Kadang-kadang ralit juga menghadap benda ni. Tapi pandai-pandai la bahagi masa, jangan sampai terabai yang lain sudah.. Kat bawah ni gambar-gambar craft yang sudah saya siapkan.

keychain bear dan aeroplane, brooch bunga

keychain baju, brooch bunga, keychain nama

keychain bunga
keychain nama(ni buat utk ank murid)
keychain nama(ni pun buat utk ank murid)
keychain logo pas(paling senang nak jahit)
<bahagian depan>
keychain logo pas
<bahagian belakang)
koleksi brooch
koleksi keychain (love, star, flower)
Dah banyak dah craft yang sudah terlepas dari saya. Permintaan anak murid paling banyak sekali. Seronokla depa semua dapat keychain dan brooch free. Tengok orang lain seronok, kita pun tumpang gembira sekali. Sekarang saya sedang menyiapkan tempahan brooch yang perlu disiapkan sebelum 31 Ogos..Harapnye sempatlerr..

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup ini bukan untuk disia-siakan..
Manfaatkan setiap detik yang ada..
-Musafir.Cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

4 Aug 2013

Ayuh Bangunlah..Ayuh Sedarlah Muslimat Sekalian..

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.

------

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...Lepas tu, putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata taknak hidup lagi...Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...

Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

note:

"Ada mata dan telinga kan semua?"

"Subhanallah"

-----------------------------------------------------------------------------------------
Muslimah..
Ku akui mudah terjerat dengan emosi..
Namun dirimu bukan hamba kehendak emosi..
Kita muslimat, ayuh bagunlah..ayuh, sedarlah!
Usah dibuai cinta semalam,
Usah lembik meratap luka,
Usah layu dibuai isi dunia..
Kerana kita muslimah..Permata Agama,
Pendidik putera puteri agama..
-Musafir.Cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

11 Jul 2013

Ikan Siakap Stim simple jek ^_~

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Post ini bukan bertujuan untuk menggiurkan sesiapa. Kalau anda rasa tidak tahan, silalah dengan segera anda menekan butang pangkah dari laman ini ye ^____^...

Biasa tak makan ikan siakap stim kat kedai? Mahunya bercecah 30 hinggit sekali makan satu kelurga kecil. So, sini ada cara yang senang dan mudah untuk membuatnya dan anda tak perlu lagi ke kedai.. Masak je kat rumah, baru ade uhmmmmpp...

Bahan-bahan yang diperlukan :

Halia(3cm-agak2 ler ye)
Serai(ketuk2 je),
Bawang merah(2 biji-lebih xpe)
Jus limau(perah limau kasturi pun xper),
Cili(ikut suka nak byk mana)
Sos tiram
Cendawan(beli je yg dlm tin)

Cara-cara nak buat :

-Basuh ikan dan perapkan dengan sos tiram+garam..Letak tepi..
-Bawang, halia, cili hiris halus-halus dan tumiskan dalam kuali. Letak sekali serai yang diketuk tadi..
-Agak-agak dah naik bau tu, masukkan air ikut sukalah..nak kuah banyak, masuklah air banyak sikit.
-Masukkan garam dan jus limau sikit-sikit. (Kalau guna limau kasturi pun boleh. Perah sikit-sikit air limai kasturi tu dalam kuali). Nanti pandai-pandailah rasa dah ngam ke tidak garam dan perahan air limau kasturi tu..
-Yang terakhir, masukkan cendawan disusuli dengan ikan. Tutup kuali sekejap.(Yang ni korang agak-agakla sendiri. Tengok warna kuah dah pekat n ikan dah masak,okeyla tue.)
-Okep..sekarang dah siap..siap sedia untuk makan!!! hooreey!! opps.. Alhamdulillah..hehe (:

Kalau korang nak modify pun boleh..Contohnya nak tambahkan sayur-sayuran lobak, tomato n so on, pandai-pandai la adjust..Simple je nie.. Selamat menjamu selera..

#pernah buat tak letak cendawan sebab lupa nak beli, kurang sedikit rasanya sebab kuahnya tidak likat..gambar masakan dah terdelete..So tak dapatla den nak tunjuk..

#Nantikan resepi sotong goreng tom yam pulak nanti..yum..yum..yum..

Jangan lupa baca doa makan dulu. ^__^
~2 Ramadhan~
#Musafir.Cinta.Ilahi#

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

9 Jul 2013

PENGAJIAN TAUHID KHUSUS DI BULAN RAMADHAN (2013)

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

DI MADRASAH AR-RAHMANIAH

PENGAJIAN TAUHID KHUSUS DI BULAN RAMADHAN (1 HINGGA 27 RAMADHAN).. TERBUKA KEPADA SEMUA !!!

[KITAB AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH]

BERIKUT ADALAH JADUALNYA :-

JAM 7.30 - 9.30 AM - KELAS TUAN GURU,KITAB SIROJUL HUDA.

JAM 9.45 - 10.45 AM - KELAS UST YAZID (ANAK TUAN GURU).,KITAB ASAS I'TIQOD DAN WASA'IL KALAM...

JAM 11.00 - 12.00 AM - KELAS UST HELMI,MUZAKARAH KITAB BAKUROH.

JAM 1.40 - 2.45 PM - KELAS UST YAZID,(KITAB YG SAMA).

JAM 3.30 - 4.30 PM - KELAS SYEIKH MUSLIM (ANAK TUAN GURU),KITAB MIZAN ADDURORI.

JAM 5.00 - 6.45 PM - KELAS TUAN GURU,KITAB SYAROH SYARQOWI.

#SELEPAS TARAWIKH - KELAS MUZAKAROH (USTAZ 2 DARI PONDOK KEDAH,KELANTAN,FATHANI)...

#URUSAN PENDAFTARAN MUSLIMIN - UST MUHAMMAD AMIN ( 0135856515 )

#URUSAN PENDAFTARAN MUSLIMAT - UST MOHD ARIF ( 0135244528 )

"KENAL ALLAH SAMA!!!"

SUMBER

Musafir tak dapat nak join :-(
Siapa yang berkesempatan rugi tak pergi..
SALAM IHYA RAMADHAN 
-Musafir.Cinta.Ilahi.-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

26 Jun 2013

#AlkisahSekolahku - Tudung Panjang

4 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah banyak kali saya ditanya oleh sekumpulan pelajar tentang tudung yang tersarung menutupi kepala saya ni. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan. Baik Islam mahupun bukan Islam.

Perbualan dengan sekumpulan pelajar Cina perempuan :

A : Cikgu..kenapa lei, tudung kamu panjang lei..(Sambil tangannya menggayakan seolah-olah kain tudung  ada meleret ke bawah.)

Saya : Kenapa? Tak cantik ke macam ni?(Saja nak tahu pendapat dieorang)

B : Bukan maa..Kamu cantik maa..Tapi kenapa tudung kamu panjang, tapi cikgu lain pendek-pendek?

Sampuk kawannya yang lain. Sambil tangannya diletakkan pada paras bahu.

Saya : Owh..Cikgu suka pakai macam ni..Labuh..Longgar..

Mereka menyentuh hujung kain tudungku di bahagian belakang. Kelihatan mereka macam teruja pulak dengan tudung yang saya pakai ni.

A : Tapi kenapa ada cikgu lain tudungnya tak panjang macam kamu? Dan saya jumpa di mall, mereka tak ada pakai itu tudung maa..

Saya : Dalam agama Islam, semua wanita muslim yang sudah baligh mesti pakai tudung..dan tudung tu kena melebihi paras dada. Tak semestinya kena pakai panjang macam cikgu ni.

Mereka mengangguk-angguk. Entah faham ke tak, InsyaAllah faham..
Saya menyambung lagi..

Saya : Cukuplah tudung tersebut melepasi dada dan tak jarang. Okay. Sekarang masalah ada orang islam tak pakai tudung ye?? Hmm cikgu tanya kamu, dalam agama kamu pun melarang perbuatan jahat yang bertentangan dengan agama kamu kan?

Mereka : Ye..ye betul cikgu..(kepala mereka diangguk-angguk)

Saya : Tapi ada tak orang yang agama kamu langgar...? Ada kan? (Mereka mengangguk lagi). Macam itu juga dengan agama cikgu. Ada juga dalam kalangan orang Islam melanggar apa yang Tuhan kami tetapkan. Jadi agama kami tak salah, yang salahnya orang tersebut. Dia kurang atau masih belum faham dengan tuntutan agama. (Mereka diam. Saya senyum..Lebarrr...heee)

C : Cikgu, kamu panggil apa Tuhan kamu?

Saya : Tuhan cikgu,Yang Maha Esa..Allah..(saya tak sentuh pun yang Allah ada 99 nama yang indah.) Kamu panggil apa? (saja tanya dia balik, sebab saya tahu dia Budha)

C : Owh..Tuhan saya banyak maa..Saya tak ingat..

Saya : Ish..camne boleh tak ingat..(gurau saya) Nanti balik tanya sama mama kamu..
(Mereka semua tersengih-sengih)

Sebelum berlalu sempat lagi saya tinggalkan persoalan.

Saya : Tuhan cikgu Esa..tunggal.. Tuhan awak banyak, nanti kalau bergaduh kang susah..

Seorang pelajar bukan Islam lelaki menyampuk..

F : Essshhh cikgu... Tuhan sama Tuhan ada gaduh kaa..Tak ada maa..Kamu ni manyak kelakarla cikgu..(Die ketawa sambil membetulkan cermin matanya. Agak comel gelagatnya..)

Saya : Owh..tak apalah kalau tak bergaduh. Sebab biasa kan bila ada kuasa ni masing-masing nak jadi nombor satu..Yang paling berkuasa antara yang berkuasa... Okaylah..cikgu keluar dulu..(sempat kuhadiahkan senyuman untuk mereka.)

Mereka : Bye..bye cikgu...

----------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang tak berani nak sembang lebat pasal Islam dengan diaorang, risau juga takut tersalah bagi huraian(Allah..ceteknya ilmuku.). Lagipun mereka masih lingkungan belasan tahun, risau lain yang saya cerita lain yang mereka faham. 

Saya selalu berharap yang dieorang akan anggap agama Islam ni sangat wonderful...awesome..fantastic..mulia.. Dan bukan hanya semata menilai dengan melihat kepada segelintir muslim yang jauh dari akhlak seorang muslim sebenar.. We are muslim. So, we are responsible to show the beauties of ISLAM. ^_^ ##Musafir.Cinta.Ilahi##

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

19 Jun 2013

#AlkisahSekolahku

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepintas perbualan aku dengan seorang pelajar lelaki tingkatan 4 yang terkenal dengan kenakalannya..Aku relief kelas tersebut satu masa.

Pelajar A : Cikgu sekolah mana dulu?
Aku : MRSM..(ish..await sopan benar die sapa aku ni..)
Pelajar A : Ooo..sama tak sekolah cikgu dulu dengan sekolah ni?
Aku : Jauh beza. Kami dulu pun nakal juga, tetapi time guru mengajar still perasaan hormat ade. Tak mcm  kat sini..Cikgu start mengajar, semua cabut lari..
Pelajar A : haha.. Emm, mana baik sekolah cikgu dengan sekolah tahfiz..?
Aku : Cikgu sekolah sains. Xde buat hafalan yang macam sekolah tahfiz buat. kenapa tanya? Berminat ke nak sekolah tahfiz?
Pelajar A : Saya memang akan pergi pun. Saya sekolah sekejap je kat sini. Bulan 7 nanti saya ke sekolah tahfiz..

Biar betoi..Air mukanya serius..Tak sangka melihatkan dirinya itu rupanya suka pada sekolah tahfiz.

Aku : Wah.. Alhamdulillah..bagusla awak pergi ke sana. Banyak manfaat awak apat nanti. (ujar aku dengan perasaan teruja)

Pelajar B : Apa??Ko nak gi tahfiz...hahah wei..dengar tu..A nak pegi tahfiz lerr..

Datang kawan dia menyampuk.

Pelajar B: Cikgu..Cikgu jangan layan sangat budak ni cikgu. Dia ni kadang-kadang biul sikit. Haha nak termuntah aku dengar ko nak gi tahfiz..

Pelajar A : Larrr..Apesal pulak.. Nanti aku gi sekolah tu ta payah dah nak jumpa setan macam ko ni...!! Kan cikgu??

Tetibe aku rasa budak ni saje je nak main2 ngan aku. Hidup-hidup aku percaya cakap dia. Apesal aku pergi layan cite budak tu. Bukan main teruja lagi bila aku dapat tau yang die berminat nak pergi sekolah tahfiz tue..kurang asam boi betullah budak nie......


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

4 Jun 2013

Allahu Ma'ak (:

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat..
Jangan bersedih..
Ingatlah..
Allah sentiasa bersamamu..

Patah tumbuh,
Hilang berganti..

Positiflah..
Setiap yang berlaku..
Pasti ada hikmahnya..

senyum.

^_____^


-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

2 Jun 2013

22 Already! SH

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya ALLAH..
Semakin jauh ku melangkah
Umurku meniti hari
Kupohon hidayahMu
Moga di hari lahirku ini
Kau berkatilah umurku
Dan izinkanlah aku
Semakin dekat dengan RedhaMu!
Aamiin..

Hari ni genap 22 umurku..Terima kasih pada Allah yangg masih memberiku 
peluang untuk ku bernafas dan terima kasih juga kepada ma & ayah yang sabar membesarkanku.. to my great mom, tenqiu kerana bertarung nyawa melahirkanku ke dunia ini. Terima kasih Allah. Semga usia yang dikurniakan ini seiring dengan 
pertambahan kebaikan. aamiin..
-Musafi.Cinta.Ilahi-

selamat hari lahir juga pada yang berkongsi hari lahir denganku! (:

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

21 May 2013

Puisi : HACKS

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



- H A C K S -

Katamu..
Jangan risau..
Aku setia disisi..
Kau sentiasa kuingati..
Kau seorang bertakhta di hati..

Katamu lagi..
Jangan gelisah..
Kau tak kan keseorangan..
Aku sentiasa menemanimu..
Hanya aku cinta kau seorang..
(HACKS)

suatu masa.

Kamu kembali berkata..
Sampai bila mahu begini..
Sudah puas ku menanti..
Cukup saja sampai disini..
Usahlah kau cariku lagi..

Kataku..
Pergilah..
Aku tidak memintamu..
Untuk berada disisiku,
Buat selamanya..
Kerana aku..
Sudah punya cinta..
Cintaku pada mereka..
Yang cintakan Dia dan..
Cintakan prjuangan RasulNya..

Kini..bagiku..

HACKS - Hanya Allah CintaKu Selalu


created by : Musafir.Cinta.Ilahi
  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

17 May 2013

Sebuah Kerinduan

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama tidak menulis. Sejak meninggalkan bumi UTM yang disirami majlis ilmu, saya jadi kering untuk menulis. Allah.. hanya DIA saja yang tahu betapa rindunya saya kepada UTM, tempat pertama saya mengenali tarbiyyah, dakwah, jemaah. Di situlah cinta saya berputik dan berkembang. But now, i feel so lost! Tanpa sahabat satu jemaah yang dulunya ada di sisi, terasa bagai saya berjalan di atas bumi ini seorang diri. Tiada dipedulikan. Rupa-rupanya berada di luar kampus sangat mencabar keteguhan hati saya.

Ketika dalam usrah dulu, naqibah sering tekankan bahawa pentingnya hidup dalam jemaah. Inilah natijahnya bila saya kurang(rasanya sgt2 kurang) join program jemaah. Entah kenapa saya berasa keadaan saya sekarang menyukarkan pergerakan saya dan sangat terhad. Mungkinkah ianya hanya alasan? Sering juga saya mengadu kepada adik lelaki saya yang faham tentang kehidupan berjemaah berkenaan kehidupan saya sekarang. Katanya, insyaAllah ada hikmah. Tetapi saya juga risau jika saya jadi semakin jauh. Allah.. betapa nipisnya iman di dada..

Sampai sekarang, saya terfikir-fikir untuk bina kehidupan saya sendiri, biiznillah, tanpa orang lain yang menentukan setiap keputusan untuk kehidupan saya. I'm already 21 years old, 11 month. Walaupun saya tahu mereka mahu yang terbaik untuk saya, sekurang-kurangnya berilah pilihan untuk saya berkata tidak. Saya rindu mahu kembali belajar, mahu masuk alam kampus kembali kerana orang seperti saya ni, di situlah tempat terbaik saya boleh menimba ilmu tanpa ada gangguan.

Satu pesan saya buat sahabat-sahabat yang masih di alam kampus. Hadirilah majlis-majlis ilmu yang diadakan kerana bila sudah keluar nanti pergerakan mungkin agak sukar. Tambah-tambah lagi awak seorang muslimat single. Kalau ada en suami, bolehla en suami bawa pergi menimba ilmu kat mana-mana, itupun kalau dapat en suami soleh yang cintakan ilmu. Tapi mungkin kehidupan kita berbeza..dan mungkin awak semua lagi bertuah. Saya cakap macam ni bukan bermakna saya cakap saya ni malang, cumanya inilah ujian dari Allah untuk saya sebagai hambaNYA. Alhamdulillah..

Rindu yang terlakar sukar untuk ditafsirkan kerana ianya kian mekar di hati sanubariku.bilakan terubat?
-musafir.cinta.ilahi-

Kukirimkan Al-fatihah buat kedua orang tuaku yang berada di Kelantan. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka berdua. (:

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

28 Apr 2013

Perlukah Aku Khabarkan~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


(Saff-One : Perlukah Aku Khabarkan)

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..


Janganlah.tinggalkanku walau.sesaat.Wahai.KEKASIHKU..
-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Jan 2013

Malu dan Iman saling berkait

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



dua perkara yang wajib ada dalam diri mukmin.


ps. kredit(lukisan muslimah) to freshie (:


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________