بسم الله الرحمن الرحيم
pinjam lukisan rusydee artz =) |
Lelaki mahal?? Bagaimana yang dikatakan lelaki itu mahal. Biasa yang kita dengar perkataan mahal tu sinonim dengan wanita. Jangan terkejut wanita semua kerana lelaki pun sebenarnya 'MAHAL' juga. Jika wanita itu mahal kerana bukan calang-calang orang yang boleh mendekati, lelaki pula mahalnya terletak pada pandangannya. Apa maksudnya ya? Apakah pandangan lelaki yang mahal menjadikan dirinya juga mahal?? Cee citerr...
Baiklah, begini... Mahalnya seorang lelaki saat dia menundukkan pandangannya dari melihat ajnabi atau maksiat-maksiat yang boleh mengganggu kemanisan mereka dalam beribadat kepadaNya. Bukan senang nak cari lelaki yang menundukkan pandangan terhadap perkara-perkara ini namun tak mustahil. Mereka-mereka ini masih wujud di dunia ini cuma agak sukar diperoleh. 'Barang' yang sukar diperoleh bukankah 'MAHAL' nilainya??
Wahai lelaki, tahukah kalian saat kalian tunduk daripada memandang mata kami, kami tidak pernah tersinggung? Malah kami mengagumi kalian kerana ia menunjukkan betapa mahalnya kalian dan takutnya kalian dengan amaran Allah. Ya, kami selesa begitu..Tidak perlulah make eye's contact dengan kami kerana risau jika ada syaitan yang menunggu giliran untuk mencampakkan perasaan asing dalam hati kita.
Mahalnya seorang lelaki...saat pandangan ditundukkan bibirnya segera mengalunkan zikir supaya terhindar dari fitnah syaitan yang sentiasa tidak senang dengan orang yang berbuat baik! Bukan senang nak tundukkan nafsu pandangan ni tambah-tambah di zaman kita sekarang ni semuanya terhidang di depan mata. Tapi kerana iman dan taqwa kepada Allah mereka cuba memujuk pandangan mereka daripada berterusan menembusi mata ajnabi.
‘Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ (an-nur : 30)
Syukurlah wahai wanita semua jika anda dikelilingi insan soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka memalingkan wajah mereka daripada kita bukan bermakna kita ini wanita yang hina. Tapi mereka menghormati maruah yang ada pada diri kita. Jangan pula kita yang menjentik iman mereka ke kancah maksiat. Nauzubillahi minzalik!
So, apa lagi?! Maghi pakat jadi 'LELAKI MAHAL' lah pulak lepas nie! (:
p/s:-barang pun koho mahal, jadi takkan manusia nak jadi koho muroh pulok dih ^__^
_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.