9 Sep 2010

Ramadhan Pergi, Syawal Muncul Lagi


بسم الله الرحمن الرحيم 


RAMADHAN..M0gA KiTA BeRsuA
LaGi Di TaHuN AkaN DaTanG

Assalamualaikum w.b.t dan salam terindah buat sahabat2 dan pengunjung blog ini. Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yg terakhir kita menjalani ibadah puasa. Hanya beberapa jam saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Mungkin untuk sekejap cuma, atau mungkin untuk selama-lamanya. Beruntunglah kepada siapa yang memperoleh keampunan dariNya dan rugilah kepada siapa yang tidak beroleh manfaat dariNya. Yang pasti Ramadhan tetap jua pergi. Mudah-mudahan kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Insya'Allah,,

Tidak banyak yang ingin saya coretkan disini, memandangkan kesihatan yang kurang baik. Saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon maaf kepada sesiapa saja sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. Pada yang mengenali diri ini, saya pinta maaf jika terdapat kekurangan diri sepanjang persahabatan kita. Semoga cahaya Aidilfitri menautkan lagi kasih sayang di antara kita. Akhir kata, SALAM LEBARAN buat semua,,







Mari renungkn sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam sohehnya:

Daripada Abu Hurairah RA: suatu hari Rasulullah naik ke atas mimbar lalu berkata
, Ameen...Ameen...Ameen. Seorang sahabat bertanya, ya Rasulullah engkau
naik ke atas mimbar lalu menyebut, Ameen, Ameen, Ameen?

Rasulullah menjelaskan, telah datang kepadaku malaikat Jibril As dan berkata

"Barangsiapa yang melalui Ramadan , tetapi tidak diampunkan , orang ini akan masuk
ke dalam neraka dan Allah jauh daripadanya ....Wahai Muhammad, katakanlah Ameen ,aku pun berkata Ameen . ''



"Barangsiapa yang mempunyai kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya, tetapi tidak berbuat baik kepada mereka , sehinggalah meninggal dunia, maka dia akan memasuki neraka dan Allah jauh daripadanya .... Wahai Muhammad , katakanlah Ameen , akupun berkata Ameen .."

"Barangsiapa yang disebutkan nama engkau disisinya , tetapi tidak mengucapkan selawat dan salam kepada engkau , mereka akan memasuki neraka ... Wahai Muhammad , katakanlah Ameen , aku pun berkata Ameen . "


Begitu merangsang kesedaran apabila menatap hadis ini , marilah sama-sama memetik pengajaran drpd hadis trsebut. Orang yang mendapat keampunan di bulan Ramadhan adalah mereka yang
digambarkan oleh Rasulullah di dalam hadis riwayat Bukhari ;

"Barang siapa yang berpuasa dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran akan diampunkan segala dosa lampaunya." Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran akan diampunkan dosa lampaunya." 


Semoga kita semua mendapat keampunan dariNya. Allahu Yubarik Fikum..

~untuk jadi yg terbaik masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya,,(",)



No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.