14 Sept 2010

Tudung Labuh+Akhlak Buruk


بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan buat sahabat2 serta seluruh khalifah yang menghuni di bumi pinjaman Allah. Semoga cinta dan kasihNya bisa menyuntik semangat perjuangan ke dalam diri kita.

Alhamdulillah...........hari ini sudah masuk 5 syawal, bermakna sudah 5 hari Ramadhan pergi dan 5 hari kita mensyukuri kedatangan Syawal. Tapi tulisan saya pada kali ini bukan mahu menyentuh tentang keduanya. Cuma ingin berkongsi dengan sahabat perkara yang meyesakkan dada dan mengilukan urat-urat sendi saya.

Cukup sedih bila masih ada manusia mempertikaikan tudung labuh+akhlak buruk. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, marilah sama-sama beristighfar kepadaNya. Saya ingin mengajak semua menghayati syariat penutupan aurat dalam surah al-Ahzab ayat 59,

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Syariat penutupan aurat ini menandakan sayangnya Allah pada kaum Hawa. Kalau barang milik kita yang kita sayang mestilah kita jaganya sebaik mungkin agar ia terjaga rapi. Begitu juga Allah,,salah satu cara Allah menunjukkan kasih sygNya dan menghargai kita dgn mensyariatkan pembatasan aurat. "Buat apa jaga aurat jika perangai masih buruk. Buruk2 aku pun, tak de nak couple2 nih" suara2 halus kedengaran. Okey, penutupan aurat dan akhlak ialah dua ketaatan yang berbeza dan nilaian pahala juga berbeza.

Memang benar kita tak boleh menilai seseorg melalui pemakaian semata-mata. Mungkin juga yang tidak meutup aurat tu 1000 kali lebih baik drpd yang bertutup litup tu. Wanita yang menutup aurat sempurna pun ramai yg tidak mempunyai akhlak. Tapi disini tudung tak berslah, yg bersalah adlh wanita itu sendiri. Bagi wanita yg tidak menutup aurat, mngkin kemuliaan akhlaknya diberikan ganjaran pahala namun dia tidak terlepas drpd dosa tak meutup aurat. Bagi wanita bertudung labuh pula, mungkin saja akhlak mereka buruk, tapi sekurang-kurangnya mereka terlepas drpd dosa tak menutup aurat. Jadi kedua-duanya sama saja. Oleh itu, kita pilih kita mahu jadi yang mana. Apapun kita dahulukan berbaik sangka dan saling mendoakan satu sama lain.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
(Surah al-Hujuraat: Ayat 12).

Maaf, jika tulisan saya ini mengguris hati sesiapa. Tiada niat dihati utk menyakiti atau mempersendakan sesiapa. Saya hanya mahukan yang terbaik buat anda yg amat sy kasihi dan diri saya sendiri. Sampai bila org yg bertudung labuh nak memperkecilkan org yg tak menutup aurat??Dan sampai bila yg tak sempurna menutup aurat mahu membenci yg bertudung labuh??Biarlah Allah saja yg menilai kita. Sebagai hambaNya kita mestilah mahukan prestasi yg terbaik di hadapanNya. Sama-sama kita perbaiki diri kita..^_^



"Ya Allah, Kau tetapkanlah kami di atas jalan kebenaranMu agar kami tidak menyimpang jauh dari redhaMu. Titipkanlah hatiku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan saudara seislamku dengan syariatMu. Kuatkanlah hati kami dan permudahkanlah urusan kami ya Allah dlm menegakkan syariatMu"

~untuk menjadi yg terbaik masih juga belum kumampu, nmun ku cuba sedayanya



6 comments:

  1. huraian kamu makin trsusun shbat, makin mnrik minta utk dibca, trus kan mnjadi mujahidah cyber unggul...

    ReplyDelete
  2. betul2.. ada juga muslimah bertudung labuh yg ego dan sombong. mungkin dia ingat keperibadian bertudung labuh tu dah cukup bagus

    ReplyDelete
  3. >soutul

    salam perjuangan shbat..=)
    terima kasih ats pndgan shbat..
    tp mngkin lebih baik kita dahulukn berbaik sangka..sbb hati org susah kita mahu baca..mngkin muslimah itu ada sbb trsendiri utk berbuat demikian..dan mngkin saja alsannya itu mulia pd pndangan Allah..sape tahu kan..=)serahkan pd Allah utk menilainya..^_^

    tdung xberslah dlm hal nie..yg salah wanita tu sendiri..jgn salah fham, memakai tudung labuh, xbermakna seseorg itu sudah ckup tinggi ilmunya, tp tudung itu adlh pelindung bg kaum hawa..mngkin juga ada muslimah yg bertudung labuh yg sememangnya tinggi ilmunya, namun mereka juga xpernah lari dari melakukan kesilapan krn setiap org ade kelemahan..sbb tu Allah m'beri peluang tuk memperbaiki diri kita sendiri ats kelemahan yg kita miliki..=)

    ps:-sy pernah digelar sombong(sedih jugak)oleh sesetgah lelaki..tpi sy bukanlah begitu..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualakum saudari Nia sahabat yang amat sy sygi... penulisan saudari amat menarik di baca.. sy jg prnah di gelarkn sombong bukan sje diklgan muslimin ttpi muslimat jua.. kerana mereka hanya menilai dr pndgan mata kasar.. ini di akui sndri oleh sahabat yg kini menjd sahabat baik sy....
    Nia... mmg benar.. memakai tdung labuh tak bermkna seseorg i2 tggi ilmu agamanya ini kerana sy sndri begitu.. masih tertatih dlm mnmba ilmu agama... sy suka memakai tudung labuh kerana ianya sgt mnyelesakan sy bila sy memakainya... persoalan pertama yang menjadi tanda tanya pd diri sndri ialah... bagaimana pendapat org pd sy nnti?.. sy dh la ilmu agama pn xtggi mne... t klau org ckp bukn2 mcm mne?.. nmun.. alhamdulillah... berkat dr drongan keluarga serta shabat.. sy kuat kn jua... insyaAllah.. akn brkekalan...
    ~teruskan penulisan saudari agar mmberi manfaat kpd semua~

    ReplyDelete
  5. @Smiely

    waalaikumussalam shbtku smiely yg dsyangi..(mcm pnah dgr name ni..adkh org yg sme)=)
    jgn risau dgn nilaian org lain thdp kite..biarlah Allah yg menilai kte. Saya sendiri pun masih bnyak kekurngan.even kte xmampu jd yg trbaik, tpi kite cube sedaya upya..^____^
    ~mga istiqomah yer

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.