12 Oct 2010

Kenapa aku..kenapa bukan orang lain...??Kenapa..!!


بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum w.b.t dan salam seharum kasturi buat sahabat-sahabat seperjuangan dan teman-teman blogger. Kuucapkan syukur ke hadratNya kerana masih lagi mempertemukan kita disini. Dalam melewati hari-hari yang penuh dengan urusan duniawi, marilah sebentar kita melantunkan pujian kepadaNya Rabb sekalian alam.. SubhanaAllah...Alhamdulillah..AllahuAkbar...!Dan tidak lupa ucapan selawat pada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W..Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad...

Kembali ke dunia realiti...

Pernah tak kalian rasa sangat berputus asa dalam hidup ini dan merasakan dunia ini tidak adil bagimu..? Setiap apa yang kamu usahakan tidak membuahkan hasil yang setaraf dengan usahan yang dibuat. Mungkin bagi seorang pelajar, hasil yang diperolehi daripada usaha yang dilakukan memberi erti yang amat besar dalam dirinya..bagaimana pula dengan orang yang kuat berusaha namun hasilnya tidaklah seberapa..?! 

"Kenapa ye..aku dah study sungguh-sungguh, tapi result aku tak setanding dengan usaha aku.." 


"betul ke bila kita tolong agama Allah, Allah akn permudahkan urusan kita??Tapi kenapa Allah tidak menolong aku dalam pelajaran..?" 

KENAPA AKU??!!KENAPA??!!

Astaghfirullah..sungguh tekun syaitan menjalankan tugas mereka mebisikkan kata-kata dusta dalam hati manusia..Ya Allah, aku mohon perlindungan dariMu daripda syaitan yang direjam. Pertama sekali, bersihkan hati kita daripada bisikan-bisikan syaitan dan marilah kita bersangka baik terhadap Allah..Apa yang datang daripada Allah itu semuanya baik dan terkandung hikmah. Buat kita seorang hamba, hanya DIA yang mengetahui segala. 

Ingat, Allah melihat pada usaha-usaha hambaNya dan bukan pada hasilnya. Berusaha dan terus berusaha kerana ganjaran pahala sedang menanti anda..

Temanku, kita tidak bodoh andai kita gagal selepas berusaha, kerana itu satu ujian yang dijanjikan pahala..bakal mengangkat darjatmu disisiNya, jika kita redha, sabar dan terus berusaha..

TAPI...!!

kita akan dianggap bodoh jika kita langsung tak berusaha..kerana pasti kita akn gagal dan menderita, tiada nilaian pahala dariNya..malah kita pula yg menanggung dosa lantaran menyiakan amanah berharga..

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
(Surah Al-Imran : 139)

Ayuh..bangkitlah teman dari lena yg panjang dan tak pernah berkesudahan..sekali kita terjatuh, jgn biarkan diri kita jatuh selamanya..Berusahalah temanku sayang tanpa mengenal penat dan jemu..Biar hidup kita derita dengan usaha, kelak kita akn dimulia.. jika tidak di dunia ini, insya'allah nun di syurga..Berdoalah dalam sujudmu dan mintalah padaNya. Sesungguhnya DIA memakbulkan doa-doa hambaNya sama ada lambat atau cepat. Mungkin juga doamu tidak dikabulkan dan disempurnakan dengan cepat dek kerana Allah amat rindu utntuk mendengar suaramu meminta kepadaNya.. 


DAN INGAT..!!

jika segala kenikmatan didunia ini telah kita rasai dan dikecapi, apa yang tinggal untuk kita diakhirat kelak??Sama-sama kita muhasabah diri..



~untuk menjadi yg terbaik juga masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya



4 comments:

  1. وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
    ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
    (Yusuf:87)

    لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
    ...janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah...
    (Az-Zumar:53)

    ReplyDelete
  2. ayuh! k.ain..cekal juang!!
    p/s: i love u so much...
    enti adlh kak yg terbaik buat ana!

    ReplyDelete
  3. power la huraian nia skrg.. nampak lebih trsusun, bst lak baca.. =)

    bro m

    ReplyDelete
  4. @محمد زهراوي

    syukran ats peringtan2 di ats..=)

    @Syahidah :

    i.love.you.too.lillah!!
    enti juga adlh adik yg terbaik yg dihadiahkan oleh Allah utk ana..^_^

    @anonymous a.k.a bro m

    tq..bro m lagi power..=)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.