4 Oct 2010

Menyambut dan meraikan tetamu Allah^^


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum w.b.t dan salam seindah pelangi yang muncul selepas hujan buat semua pengunjung yang sudi mengintai-intai blog yang serba kekurangan ini. Segala puji kembali kepada Allah pemilik, pentadbir dan penguasa sekalian alam. Hanya DIA saja yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan hanya padaNya kita bersandarkan segala harapan serta pertolongan. Alhamdulillah, saya sempat mencuri masa untuk menulis di ruangan ini. ------^^




Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, saya dan beberapa sahabat telah menjadi sukarelawan bekerjasama dengan pusat islam UTM dan lembaga tabung haji negeri johor untuk menguruskan bakal jemaah haji yang datang membuat kursus haji perdana yang berlangsung di Masjid UTM seblum mereka berangkat ke tanah suci. Masih terbayang-bayang di ruang minda suasana ketika mengendalikan para jemaah haji. Terujanya perasaan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Diri ini terasa seolah-olah berada di tanah suci yang sebenar. Tu baru dekat UTM, kalau di tanah suci..Allahu Akbar..Tak dapat bayangkan macam mana..Walaupun macam-macam masalah dan kerenah yang terpaksa dihadapi, namun kegembiraan mengatasi segalanya..






Pengalaman mengendalikan lebih kurang 2000 org tetamu Allah, sangat meninggalkan bekas di hati. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh golongan-golongan yang sudah berumur. Semangat yang ada dalam diri mereka menyebabkan kami tidak pernah rasa jemu dan penat untuk membantu dan melayan kehendak mereka. Satu persatu peristiwa mengundang kotak memori, membuatkan saya tersenyum sendirian. Rasa kelakar pun ada, tapi kerisauan lebih menyesakkan dada. Ramai jemaah haji yang kehilangan beg dan keperluan yg lain. Ada juga yang kehilangan suami@isteri.(jenuh nak mencari...hehe) Terfikir juga saya macam mana keadaan mereka kelak, jika di sini pun sudah berlaku banyak masalah..Tapi insya'allah, semuanya selamat..Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka..





Semasa bertugas, saya sempat berbual dengan beberapa orang mak cik dan pak cik yang agak uzur, tapi petah bercakap. huhu..Walau malam dah hampir menutup tirai, tapi mata mereka masih segar. Dengan rela hatinya saya dan sahabat2 yang lain menemani mereka. Tawa yang terukir dibibir mereka membuatkan saya berasa lega. Keramahan mereka mengundang kerinduan saya pada wajah ibu dan ayah di kampung. Mengingatkan saya kembali tentang cerita-cerita yang dihadiahkan ibu dan ayah sekembalinya mereka daripada tanah suci pada tahun lepas. (tak sabar rasanya mahu menjejak kaki ke sana, mnjadi tetamu Allah)--------^^



Berat rasanya mahu berpisah dengan mak cik2 dan pak cik2 di akhir kursus. Ucapan terima kasih yang meluncur-luncur keluar dari mulut mereka, menambahkan rasa terharu di dalam hati. Hilang segala kepenatan dan keletihan, yang ada hanya perasaan gembira yang membuak-buak. Masih terbayang bayangan jemaah haji tatkala melewati perkarangan masjid sultan ismail UTM. Jika diberi peluang lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk menyertainya lagi...(sgt bessssttt!!)---^^insya'allah...


~untuk menjadi yg terbaik masih juga belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya



4 comments:

  1. owhh... skang ni ada juga yg giat buat kursus haji. kat masjid shah alam pun ada buat gak...

    ReplyDelete
  2. >shoutul

    ibadah haji semakin menghampiri..semoga Allah mempermudahkn semuanya..=)

    ReplyDelete
  3. nape nia tak join skali
    balik t leh paggil hajah nia la hik4

    ReplyDelete
  4. >bro m

    spe xmahu join bro m..seribu kali mahu..tp belum masanya lgi..

    hajah nia???insya'allah..=)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.