6 Feb 2011

Tunggu Ikhlas Baru Buat


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang memiliki segala kekuasaan dan kebesaran. Juga selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda serta para sahabat.


Sesudah agak lama jari ini berhenti menari di atas lembaran maya, saya terpanggil untuk menyentuh satu isu yang cukup popular di kalangan anak-anak muda sekarang. Isu IKHLAS..



Ikhlaskah kita beribadat pada sang Khalik? Sejauh mana ukuran keikhlasan yang kita anggar? Siapa lagi yang lebih berhak mengukur keikhlasan kita melainkan Allah SWT. Jadi wajarkah keikhlasan itu ditunggu, sedang kita tidak layak untuk mengukurnya.


Fenemona yang melanda anak muda sekarang menolak bila diajak ke majlis2 ilmu atau amar makruf. Alasannya mudah, belum cukup ikhlas. "buat apa pergi dengar ceramah, kalau tak ikhlas".."nanti dah ikhlas, aku buat la".."ustaz kata, kalau tak ikhlas kita tak dapat apa2"..NAH!!tu dia..semua orang tahu betapa keikhlasan penting dalam membuat sesuatu perkara. Semua benda yang kita buat menuntut keikhlasan kita pada Allah semata-mata. Habis takkan nak tunggu je ikhlas tu datang.


Teman, saya menulis coretan ini bukanlah mahu mencela jauh sekali mahu mengeji sesiapa tapi saya ingin mengajak kita bersama-sama memupuk keikhlasan dalam diri. Sampai bila kita mahu tunggu diri kita betul-betul ikhlas sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. Bayangkan tatkala malaikat pencabut nyawa menyapamu, namun sehingga itu ikhlasmu belum terhasil, apakah nanti yang akan engkau jawab di hadapan Tuhanmu kelak?




Sebagai seorang hamba yang sememangnya lemah, kita seharusnya mencuba hadirkan keikhlasan dalam diri. Setiap perkara yang kita buat cuba kita paksikan niat ikhlas pada Allah SWT. Jika masih belum ada, kita carilah keikhlasan tu, CARI bukan TUNGGU..Setiap orang mampu mengatakan dirinya ikhlas beramal@beribadat kerana Allah, namun Allah jualah yang mengukur sejauh mana keihlasan seorang hamba tersebut. Jadi rugilah bagi orang yang tidak mahu menguji keihlasannya. Mudahan segala amal ibadat dan ketaatan yang telah kita lakukan diterima dan diredahi Allah SWT..amiin..

ps:-ikhlas itu ibarat semut hitam, yang berada di atas batu hitam, di dalam malam yang gelap gelita..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, nmun ku cuba sedaya upaya


1 comment:

  1. manusia memang makhluk yg pling byk membantah.

    (:

    p/s: sy jarang online dh lately.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.