15 Jan 2012

Kecewa dengan CINTA


بسم الله الرحمن الرحيم 

adeh..kecewanyerrr...=(

Adeh..kali ni mahu juga sentuh bab cinta ni. Salah satu sebabnya sangat ramai orang yang mengalami masalah ni. Dengan exam paper yang masih berbaki satu lagi, saya luangkan juga masa untuk mencoret di laman ini. Kebelakangan ini saya di datangi beberapa orang dengan masalah cinta. Saya hanya boleh memohon maaf sebab saya bukanlah Dr Cinta mahupun kaunselor. Yang hanya dapat saya tolong takat yang saya mampu jer.

Sebelum tu suka saya kongsikan kata-kata daripada seorang sahabat yang bagi saya menarik untuk direnung bersama.
ASAS Cinta ialah kasihan belas. CINTA adalah maqam tertinggi dan CINTA itu BUTA kerana tak pernah jumpa PENYELESAIANnya. Hakikat CINTA itu adalah FITRAH.
Kata orang jatuh cinta itu sangat memedihkan! Saya pasti orang yang pernah merasainya tahu bagaimana pedihnya. Kadang-kadang bila kita bercakap tentang apa yang kita belum rasa, kita tidak tahu sejauh mana kepedihan tersebut. Kan jatuh cinta itu fitrah, jadi normallah mereka yang jatuh cinta tu. Cuma janganlah kita pula menyalahkan fitrah, oleh sebab itu menjadikannya sebagai tiket untuk memadu kasih dengan si dia.

Orang Islam ada garisan untuk melunaskan cinta. Apa yang Islam sudah letak tu sangat elok, jadi kita ikutlah dengan pemahaman kita berlandaskan syarak. Ada seorang teman mengadu dirinya dikecewakan oleh seorang lelaki yang baginya cukup baik. Dan dia sudah menaruh harapan tinggi pada lelaki tersebut untuk mengambilnya sebagai ratu di hati. Tetapi apa yang terjadi sebaliknya kerana lelaki itu nyata hanya mempermainkan perasaannya. Tetapi kenapa sebelum ini pelbagai harapan yang dijanjikan olehnya?

Inilah cinta manusiawi yang tiada paksi Ilahi. Teman saya itu sedar yang selama ini perhubungan mereka pun terangan salah. Bila tidak meletakkan cinta Allah di hadapan, cinta itu akan menjadi RAPUH dan bila-bila masa saja boleh RETAK! Tetapi ramai yang yakin dengan cinta 'couple' yang mereka agung-agungkan itu. "Awak tak pernah rasa jadi awak tidak tahu perasaannya." Ya, saya mungkin belum merasainya, dan mungkin juga Allah akan menguji setiap apa yang saya katakan. Tetapi saya tidak ingin merasainya, biarlah CINTA ini tersimpan rapi untuk yang berhak. Itu yang saya pinta dengan kekasih hati saya, al Wadud.

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Sebenarnya cinta itu lagi pedih bila kita terpaksa membuat pilihan. Antara matlamat yang kita mahu capai atau menerima dia dalam hidup. Jika mahu mencapai matlamat, dia harus dilepaskan, tetapi jika memilih dia maka mungkin matlamat lain akan tumpul. Istikharahlah.. Pohonlah padaNya dengan sebenar-benar keikhlasan hati yang tidak dipengaruhi dengan kecenderungan hati pada mana-mana pilihan. Jika kamu istikharah, tetapi dalam hatimu memang memberatkan sebelah sajah, memang kamu akan nampak yang kamu beratkan sajalah. Serahkan hati pada pemilik kerana hanya DIA yang menguasai hatimu. Jawapan terbaik datang daripadaNya.

Sekali lagi saya tegaskan saya bukanlah ustazah, Dr Cinta ataupun kaunselor, tapi yang datang meluah saya mendengar..Yang mana boleh saya nasihat saya nasihat, tetapi semuanya terpualang pada diri masing-masing. Sejujurnya saya pernah merasa seperti kehilangan fitrah kerana ... tidak perlulah saya menyatakan di sini apa sebabnya. Tetapi itulah, bilamana kita bercakap tentang Cinta itu FITRAH, kata sahabat saya.. "Jangan mendayung melawan arus!" Rasanya terkena kat batang hidung. Apa yang boleh saya kata mungkin belum tiba masanya. Setakat ni coretan saya, nak sambung study pula. Wallahuallam.

p/s:-ada juga ibu-ibu muda yang meminta nasihat daripadaa saya tentang masalah rumah tangga. Rasa kelakar pun ada sebab saya yang tak kahwin lagi ni apela sangat tahunya..huhu :D
Photobucket

_______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

15 comments:

  1. memang kita x ley lawan fitrah.. memang pedih rasenya kalau jatuh hati kat seseorg, kite kene pndai kawal, pndai jage diri.. kalau x, kite mesti akan hanyut ke lembah maksiat.. huh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "memang pedih rasenya kalau jatuh hati kat seseorg" hurm..macam adik kakak dah penah rase je nie..hehe yep..kena pndai kawal diri.. tpi tulah kdg2 org tu tak minx pn dijatuh cintakan dgn org tu..tpi inilah dikatakn fitrah..semoga Allah menjaga hati kita semua..=)

      p/s:-pepun cinta Allah dan Rasulullah mesti mendahului yg lain..^__^

      Delete
    2. yup, mmg penah rse pon.. huh... malahan skrg ni pon sme.. tpi kene tabah, kuatkn hati nih. kalau x kuatkn hati ni, x thu lah jdi ape.. hee, lagi2 nak PMR thun nih, kene tarbiyah lebiy, nak mujahadah susah, tpi akan dicube jugk, insyaAllah biiznillah.. ^^

      Delete
    3. islam tidak menghalang tetapi mengajar kita mengawal dengan syariat....

      http://pelayarilmu.blogspot.com/

      Delete
    4. @ana raihanah :
      ukhti kena kuat..umur ukhti msih muda..letak cinta ajnabi kt tepi dulu..fokus pd pelajran dulu yea..bnyak lgi cabaran kat luar bile ukhti msuk ke alam kampus. ukhti kena selalu tanamkan dlm hati yg cinta Allah tu akn mberi sgala-galanya..dun wory..i know u can do it!!

      buat yg terbaik utk PMR tahun ni!=)

      @pelayarilmu :
      cinta itu sgt indah bgi yg marayaknnya mngikut syariat..=)

      Delete
    5. yup akak, tpi kite mmg x ley tolak prasaan tuh kan.. ermm, insyaAllah ana akan cube dgn sedaye upaya.. syukran lik ya ukhti sbb bgi nasihat.. ana sdg cbe tarbiyah diri ana tuk lebiykan cinta Allah dan menjadikann cinta Allah yang utama.. alhamdulillah boley...
      insyaAllah ana akan buat yg terbaik PMR nih.. doakan ana ye... ^____^

      Delete
  2. kadang2 bile dah kecewa baru nyesal kenapalah aku bercinta, kenapalah aku boleh jatuh cinta...tapi skrg baru sedar Allah syg kan kita sebenarnya...sakit bercinta nie kesannya lama...dah bertahun lepas pon still bersisa lagi perasaan kecewa tu...hanya CINTA ALLAH yg menjadi penawar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran kan..Maknanya Allah sygkan kamu. Jika tak Allah akn biarkan je kamu mcm tu.. Yang lepas tu biarlah, lupakan kisah cinta dulu. Sekarang iltizamkan diri dgn cinta Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

      Semoga Allah merahmati..(:

      Delete
  3. bukankah lelaki yg baik utk pompuan yg baik..bgitu jga sebaliknya...
    Janji Allah itu pasti...mari siapkan diri untuk mnjadi sebaik2 peribadi demi mnjemput 'dia' yg telah Allah tuliskan nama'nya' dan nma kita di Lauh Mahfuz-Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..tapi ade yg kita tengok perempuan baik mndpt pasangan yg kurang baik atau lelaki baik mndpt pasngan yg kurang baik, maka ade hikmah di sebalik ketentuan Allah trsebut..semua yg dtg drpd Allah itu tiada utk menganiaya hamba2Nya..sperti kisah Asiah dengan Firaun..

      Delete
  4. Putus cinta bukan bermakna kita bukan yg terbaik..
    Tetapi ada lagi yg terbaik sedang menanti kita..
    Percayalah..
    Allah tidak pernah memungkiri janjiNYA..
    Apa yg hilang akan di gantikan dengan yg lebih baik..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dat's rite shbtku..
      kdg2 kita terlalu asyik dgn cinta manusiawi,
      sampai lupa cintaNya yg melimpah ruah..
      Tapi itulah hakikat manusia..
      Cintailah Allah, nescaya kita tdk akn kecewa..(:

      Delete
  5. sy bersyukur sbb sy tingglkn dia...dia bukn yg baik utk sy...dulu,sy ngn dia byk wt dosa...astaghfirullah,huhu...alhamdulillah,sy dh tgglkn dy,dy pn ada org lain...skang,dy dh brubah dn brusaha nk kmpul duit swkt bljr nii...tp still kapel ngn pmpuan tuu...sy tpkir gk,sedih sbb wkt ngn sy dy xpnah brusaha cmtu...mgkin Allah dh persiapkn seseorg yg lbey baik drpd dy utk sy...insyaAllah,sy akn terus bdoa spya Allah kuatkn hati sy...wkt single nii la,sy byk habiskn mse bsembang dgn Allah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukhti husna, bila kita bergelumang dgn cinta lelaki, dimana Allah utk mnjaga kita. DIA seolah-olah melepaskn kita pd insan yg lbih bnyka mbuatkn kite kecewa..jadi sebenarnya bila Allah menanggalkanmu dari cinta ajnabi bermakna DIA mahu mengambilmu kembali dalam pemeliharaanNya..

      ukhti beruntung kerana Allah sygkan ukhti, smentara yg lainnya ade yg terus hanyut dlm maksiat cinta yang tidak pasti..saya suke dgn semngat ukhti..benar, Allah sedang merancanakn seseorang yg terbaik utk ukhti..nikmati sisa-sisa hidup ini dgn nikmat Cinta dari al-Wadud~ ♥

      Delete
  6. perkongsian yg emnrik....bg sy ..hehe bg akk. selgi hati ini tak mdpat cinta Nya cinta hakiki..slgi rasa blum cukup mbyar hrga cinta dr yg maha pemberi nikmat ini, sungguh malu untk mndamba cinta mnusiawi..apabila lelaki ajnabi..nasihat sy..akak hehe..fahamila trilogi cinta ...tngkt cinta...keutamaan cinta..Allah, rasul, mnusia..sunngguh sukar tp brusahalh..cintailah sesuatu kerana Allah...sbb itu cinta mnusia sering kecewa, kerana mnusia itu mkhluk cintanye pnuh syarat, berubah2,,krna hati itu brbolak balik..ttp cinta Allah..andai didamba..pasti dibalas...^^.mgapa prlu mbuang masa mncari cinta fana???..bile smapai msanya..ia akn hdir itupun dgn izinNya..pmberi cinta hakiki pemilik cinta sebenar...wallohua'lam

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.