9 May 2012

Surat Cinta Untuk Serikandi


بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai serikandi permata agama
Sedarkah bahawa kalian permata berharga
Punya keindahan yang sukar ditafsir mata
Hanya pandangan iman mampu menterjemahkannya.

Wahai serikandi permata keluarga
Dirimu adalah cahaya dalam keluarga
Membawa risalah dakwah untuk mereka
Agar sama-sama menuju ke pintu syurga

Wahai serikandi muslimah yang solehah
Kalian adalah cerminan bagi kaum hawa
Janganlah direndahkan maruah yang sudah terangkat
Dengan mendedahkan yang tidak sepatutnya

Wahai serikandi yang cantik akhlaknya
Jangan diturutkan nafsu yang melanda
Jangan tertipu dengan keindahan dunia
Kerana kelak kalian beroleh segala-galanya

Wahai serikandi sayap kiri dalam perjuangan
Hadirnya kalian membantu sisip perjuangan
Bukanlah membina kelalaian di sisinya
 Malah turut sama berjuang bersama-samanya

Wahai serikandi solehah yang aku cinta
Dikau berada di generasi arus global
Jangan pernah hanyut dengan arus yang bermusim
Kesabaranmu akan diganti syurga nan indah

Aku.cintakanmu.serikandi.dunia !
Mudahan.disyurga.kalianlah.bidadari.itu (:


Sekali wanita tergoda, 
gugurlah sekuntum wardah di syurga, 
sekali wanita ternoda, 
berdekah-dekahlah syaitan di neraka
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 comments:

  1. Teringat semalam, sebelum kelas tahfiz terakhir, ana berkata kepada senior: "Sekarang ni, ana payah skit nak hafal juz dua, lebih-lebih lagi 4 maqra' yg terakhir. Yang tu byk cerita pasal hukum hakam kahwin."

    Senior: "La, nape pulak? Sepatutnya tak jadi masalah, lebih-lebih lagi bila dah nak kahwin."

    Ana: "Kalau tak masyi tu tandanya tak tiba masanya lagi. Hehe."

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana dah bau nasi minyak makin dekat ni.. (:

      p/s:-jgn lupe jemput ana =)

      Delete
    2. Insya-Allah, ana akan jemput.

      Tapi, walimahnya bukan dalam masa terdekat.

      Target kewangan tak sampai lagi. Target tarbiyah tak tercapai lagi. Exam tak tahu boleh lepas atau tak.

      Kami lelaki tak mengapa, anti yg perempuan kena ambik tahu dan risau sebab ada wali. Baik cari ar-rijal yang menjadi qawwamun ke atas anti.

      Delete
    3. betul. sgt byak target yg blum dicapai..

      insyaAllah, smpai masa ade la tu. (:


      p/s: smga brtemu yg solehah.

      Delete
  2. Replies
    1. senyum, xperlu kata ape2... ^__________~

      Delete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.