بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah banyak kali saya ditanya oleh sekumpulan pelajar tentang tudung yang tersarung menutupi kepala saya ni. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan. Baik Islam mahupun bukan Islam.
Perbualan dengan sekumpulan pelajar Cina perempuan :
A : Cikgu..kenapa lei, tudung kamu panjang lei..(Sambil tangannya menggayakan seolah-olah kain tudung ada meleret ke bawah.)
Saya : Kenapa? Tak cantik ke macam ni?(Saja nak tahu pendapat dieorang)
B : Bukan maa..Kamu cantik maa..Tapi kenapa tudung kamu panjang, tapi cikgu lain pendek-pendek?
Sampuk kawannya yang lain. Sambil tangannya diletakkan pada paras bahu.
Saya : Owh..Cikgu suka pakai macam ni..Labuh..Longgar..
Mereka menyentuh hujung kain tudungku di bahagian belakang. Kelihatan mereka macam teruja pulak dengan tudung yang saya pakai ni.
A : Tapi kenapa ada cikgu lain tudungnya tak panjang macam kamu? Dan saya jumpa di mall, mereka tak ada pakai itu tudung maa..
Saya : Dalam agama Islam, semua wanita muslim yang sudah baligh mesti pakai tudung..dan tudung tu kena melebihi paras dada. Tak semestinya kena pakai panjang macam cikgu ni.
Mereka mengangguk-angguk. Entah faham ke tak, InsyaAllah faham..
Saya menyambung lagi..
Saya : Cukuplah tudung tersebut melepasi dada dan tak jarang. Okay. Sekarang masalah ada orang islam tak pakai tudung ye?? Hmm cikgu tanya kamu, dalam agama kamu pun melarang perbuatan jahat yang bertentangan dengan agama kamu kan?
Mereka : Ye..ye betul cikgu..(kepala mereka diangguk-angguk)
Saya : Tapi ada tak orang yang agama kamu langgar...? Ada kan? (Mereka mengangguk lagi). Macam itu juga dengan agama cikgu. Ada juga dalam kalangan orang Islam melanggar apa yang Tuhan kami tetapkan. Jadi agama kami tak salah, yang salahnya orang tersebut. Dia kurang atau masih belum faham dengan tuntutan agama. (Mereka diam. Saya senyum..Lebarrr...heee)
C : Cikgu, kamu panggil apa Tuhan kamu?
Saya : Tuhan cikgu,Yang Maha Esa..Allah..(saya tak sentuh pun yang Allah ada 99 nama yang indah.) Kamu panggil apa? (saja tanya dia balik, sebab saya tahu dia Budha)
C : Owh..Tuhan saya banyak maa..Saya tak ingat..
Saya : Ish..camne boleh tak ingat..(gurau saya) Nanti balik tanya sama mama kamu..
(Mereka semua tersengih-sengih)
Sebelum berlalu sempat lagi saya tinggalkan persoalan.
Saya : Tuhan cikgu Esa..tunggal.. Tuhan awak banyak, nanti kalau bergaduh kang susah..
Seorang pelajar bukan Islam lelaki menyampuk..
F : Essshhh cikgu... Tuhan sama Tuhan ada gaduh kaa..Tak ada maa..Kamu ni manyak kelakarla cikgu..(Die ketawa sambil membetulkan cermin matanya. Agak comel gelagatnya..)
Saya : Owh..tak apalah kalau tak bergaduh. Sebab biasa kan bila ada kuasa ni masing-masing nak jadi nombor satu..Yang paling berkuasa antara yang berkuasa... Okaylah..cikgu keluar dulu..(sempat kuhadiahkan senyuman untuk mereka.)
Mereka : Bye..bye cikgu...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang tak berani nak sembang lebat pasal Islam dengan diaorang, risau juga takut tersalah bagi huraian(Allah..ceteknya ilmuku.). Lagipun mereka masih lingkungan belasan tahun, risau lain yang saya cerita lain yang mereka faham.
Saya selalu berharap yang dieorang akan anggap agama Islam ni sangat wonderful...awesome..fantastic..mulia.. Dan bukan hanya semata menilai dengan melihat kepada segelintir muslim yang jauh dari akhlak seorang muslim sebenar.. We are muslim. So, we are responsible to show the beauties of ISLAM. ^_^ ##Musafir.Cinta.Ilahi##
Saya selalu berharap yang dieorang akan anggap agama Islam ni sangat wonderful...awesome..fantastic..mulia.. Dan bukan hanya semata menilai dengan melihat kepada segelintir muslim yang jauh dari akhlak seorang muslim sebenar.. We are muslim. So, we are responsible to show the beauties of ISLAM. ^_^ ##Musafir.Cinta.Ilahi##
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________
fitrah
ReplyDeletemksud anta? tak faham..
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletebukan senang dapat pengalaman berbicara dgn non-muslim spt ini, susah nk mulakn perbualan dgn mereka, cuma 1 saja pengalaman bersama mereka, iaitu di PLKN, Walaupun tnggal bercampur dlm 1 dorm, sy masih berhati2 dlam berkata2, tapi ade la beberapa peluang cakap pasal agama kita pd mrka, itupun bukan dlm nada serius tapi bersahaja... smpi skrg msuk ipt, masih belum dpt pengalaman yg sama, mungkin agak selesa bercampur dengan yg seagama, tpi bg sy, komunikasi dgn mrka sgt penting, mungkin oenantian saya akan berakhir bila sy lebih berani bersemuka dgn mereka. Apepun, tahniah untuk ukhti, perkongsian menarik...
p/s- penampilan tuduh labuh itu adlh yg terbaik dimata ku
kalau 8 kelas yg sy masuk, lapan2 kelas tu msti ade dlm kalngan non muslim brtanya psl tudung yg dipakai nie.dan mereka sgt teruja utk mnyentuh tudung yg meleret ke bawah nie.
DeleteSemoga dalam kalngan mereka ade yg mendapat petunjuk dariNYA.insyaAllah.(:
ps:- nak ckp dgn diaorang, kena tahu sikit2 sal agma dieorg. baru die brminat nk smbang dgn kite..^_^