31 Oct 2012

Fikir-fikirlah Teman

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


sumber : Mukabuku

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

29 Oct 2012

13 Tips Perkahwinan daripada Ustaz Azhar Idrus.. 。◕‿◕。

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah

1. KETIKA MENCARI CALON : 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR :
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH : 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN :
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA : 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM :
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG :
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI :
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

25 Oct 2012

Jangan Jadi Orang Tidak Sabar

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahagian iman 
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sntiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang mendamaikan
Hati yangg rawan..

Begitulah satu gambaran 
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan 
Ganjaran iman disisi Tuhan 

Kata pujangga orang yang bersabar
Umpama sang pahlawan
Gagah berani dia digeruni
Berkorban rela mati


Sabar itu indah
Bersabarlah wahai hamba ALLAH
-musafir.cinta.Ilahi-

p/s:- Lagu ini diperkenalkan oleh seorang sahabat (:

Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

24 Oct 2012

Sangkaan 'Mereka'

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,
Hamba ini penuh dengan dosa,
Di mata mereka hambaMu ini disangka baik,
Bagus akhlaknya, kurang cacat celanya,
Namun hanya Kau yang Maha Mengetahu segalanya.

Ya Allah,
Tatkala hambaMu ini memberi nasihat,
Mereka menyangkakan diri ini bagus,
Sedangkan hambaMu ini yang paling memerlukan nasihat,
Hamba inilah yang selalu menagih ampunan dariMu.

Ya Allah,
HambaMu ini hanya manusia yang sangat lemah imannya,
Di kaca mata mereka pakaian menjadi ukuran keimanan,
Hanya pandanganMu yang benar belaka,
Aku jadi malu menyarung pakaian keimanan di hadapanMu.

Ya Allah,
Apabila mendengar sangkaan baik mereka,
Diri ini menjadi takut dan bimbang,
Mereka menyangka kita hebat dan baik,
Tetapi hakikatnya disisiMu belum tentu.

Ya Allah,
Ampunilah daku atas sangkaan baik mereka,
Jadikanlah daku lebih baik dari sangkaan mereka,
Yang terbaik di mata mereka belum tentu terbaik di sisiMu,
Tetapi yang terbaik disisiMu, itulah segala-gala.

Kalau mahu dikira dosa-dosa yang ada, belum tentu pasir di pantai itu mencukupi
-musafir.cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________