16 Dec 2012

Memori Zaman Comot

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Semalam saya terpanggil untuk melihat group MRSM saya semasa di tingkatan 1 hingga 3 yang sangat jarang saya bukak. Lama benar rasanya, hampir 6 tahun saya meninggalkan MRSM itu. Saya mencari semula kenalan saya dan ramai yang tak kenal kerana mungkin semuanya sudah besar panjang. Maklumlah, last sekali jumpe mase umo 15 tahun dulu.

Alhamdulillah, saya tengok ada yang dah berkahwin kerana bukan senang untuk mengambil jalan berkahwin di waktu usia yang muda ini. Tahniah pada kedua pasangan. Selepas melihat post-post di group tu, kenangan-kenangan saya semasa di sana datang satu persatu. Bila teringat balik, rasa malu sendiri. Kerana saya rasa macam lucu zaman muda-muda dulu, kata orang "tak matured".

Tetiba saya tertanya-tanya apa ye jadi dengan orang yang selalu buat saya menangis dulu? Dielah classmate saya yang agak nakal. Suka mengusik orang perempuan. Tak tahula kenapa masa tu, air mata ni murah je mengalir, dahla depan-depan orang. Ya Allah, bila imbas saat tu, malunya rasa.

Mase zaman comot-comot dulu, saya ni diam je dalam kelas. Muka bengis, sampai orang nak tegur pun takut. Masih saya ingat yang saya pernah marahkan seorang lelaki kerana dia mengacau waktu study saya. Dia sibuk gosipkan saya dengan si fulan, dan seperti biasa, saya biasanya tidak layan dengan usikan orang. Saya lebih suka diam membatu(sebenarnya saya malu). Tapi malam tu terluah juga amarah..yang lucunya lepas tu orang tu diam terus. Dah tak berani nak gosipkan saya lagi. hehe

 Oh, baru saya teringat yang dulu saya belajar silat. Tapi tak pernah menang bile pergi bertanding. Ada seorang sahabat saya ni hebat pencak silatnya, ternyata memang kehebatannya diperakui di medan pertandingan. Masih saya ingat, yang kami semua berjanji untuk berjumpa lagi di medan silat bila sudah naik ke tingkatan 4 dan 5. Namun, keadaan membuatkan saya mengundurkan diri dari dunia persilatan.

Tapi ini semua kenangan. Cuma yang sedihnya, baru saya perasan kenangan-kenangan di sana hanyalah satu memori yang biasa. Mungkin masa tu belum tahu matlamat hidup yang sebenar. Banyak main-main dan suka ria. Rupanya bumi Allah ni luas lagi yang saya sangkakan kehidupan saya di sana dulu sudah cukup luas. Saya rindu kepada kenangan dulu, tetapi saya tidak mahu kembali pada kenangan itu. Cukuplah ianya tersimpan di dalam kotak memori.

Saya doakan semoga kawan-kawan saya bertemu jalan yang benar dan menyusuri jalan syariatNya. Semoga hidayah Allah menyentuh hati kami semua. Kita boleh memilih untuk menjadi seorang muslim yang bagaimana pada hari ini, jadi pilihlah untuk menjadi muslim mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Jika kita memilih jalan fasik, sudah tentulah kita yang akan rugi, Allah tidak rugi sedikitpun.


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________