28 Apr 2014

Allahu Ma'ak :'(


بسم الله الرحمن الرحيم


Allah.. beberapa hari ini hati ku senang sangat tersentuh. Entah kenapa air mata ni laju saja mengalir. Saat aku memulakan penulisan ini, air mata ku tahan, agar mataku tidak kabur, agar aku dapat meluahkan segalanya di depan screen ini..

Aku berhadapan dengan beberapa masalah yang aku tidak tahu bagaimana ingin selesaikannya. Aku sangat penat. Letih. Aku tak mampu nak menyelesaikannya. Berapa kali pun ku fikir, aku akan berasa sedih. Sedih sendirian. Menangis sendirian. Maaf, aku terluah.. Sebab aku tak mampu lagi untuk gantikan senyuman di sebalik topeng itu..

Apa yang aku rasakan saat ini hanyalah ingin pulang bertemu mata dengan orang tersayang, ma dan ayah kat rumah. Aku ingin bergurau senda di rumah. Bukan ingin lari dari masalah, tapi untuk dapatkan kekuatan agar dapat kembali rasional and dapat berfikir dengan tenang.

Beberapa hari lepas adik lelakiku,21 tahun call. Dia tanya aku pergi tak 1 mei nanti? Aku terpinga-pinga. Ada ape dgn 1 Mei.. Lepas dia terangkan baru aku tahu. Rupanya aku berada dalam dunia aku sendiri. Kurang cakna dengan masalah yang berlaku di sekeliling.

Sembang-sembang dengan dia, aku rasakan dia tak cukup duit untuk ke sana. Maklumlah motornya baru baiki sebab nak pulang ke Kelantan nanti. Alhamdulillah, dia berjaya tamatkan pengajian diplomanya. Aku sedih kerana aku tak dapat membantu. Memandangkan sewa rumah bulan ini aku kena bayar untuk 3 bulan sekaligus berjumlah rm450. Jadi baki duit gaji ku, hanya tinggal sedikit.Cukup untuk makan sebulan jika aku berjimat cermat.

Aku hanya memohon maaf, walau dia tidak pernah meminta. Sebelum ini, ketika ku masih degree lagi, aku memang akan hulurkan duit jika aku ada. Sebab duit saku bulan2 yang dia dapat agk rendah berbanding denganku. Allah, yang ni pun aku tidak mampu nak membantu..

Satu demi satu masalah datang, adakah petanda aku semakin jauh dengan DIA. Mungkin! Mungkin Dia mahu mengingatkan aku kembali. Sudah lama aku tinggalkan usrah, kuliah ilmu, tinggal di sini membuatkan aku jauh dari semua kekayaan itu.. Dengan baiah nya pula... membuatkan aku rasa dunia ini seakan menarik tanganku dari Tuhanku. Demi Allah, aku suka kehidupanku yang dulu. Aku rasakan bagai mau gila bila memikirkan semua ini. Air mata yang tiba-tiba mengalir berterusan akan membuatkan aku memang gila di mata orang..

Allah.. kuatkanlah hatiku.. teguhkan jiwaku.. matikanku dalam keimanan yang utuh. Berikan aku kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan ragam makhluk ciptaan-Mu. Jangan biarkan aku terlepas dalam jagaan-Mu. Kerana sekali terlepas, aku tidak tahu takdir apa yang bakal menimpaku kelak. Takdir-Mu indah, aku tahu.. tiada siapa yang mampu melakar keindahan itu. Dan keindahan itu akan memberi kekuatan dalam hari-hari hidupku.

Maaf, aku terluah...... :'(

Allahu ma'ak..

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.