5 Aug 2010

I Love My Hijab


بسم الله الرحمن الرحيم 



Why we are wear a hijab??Adakah kita hanya memakainya suka-suka atau kerana melihat orang lain memakainya. Wahai sahabatku muslimat sekalian..Tahukah kamu apakah fungsi kain yang melitupi kepalamu itu? Adakah perhiasan semata-mata sehingga fungsinya yang sebenar ditenggelamkan..Mungkin selama ini kita tidak atau belum sedar betapa besarnya jasa kain yang melitupi kepala kita. Menutupi mahkota kita, menutupi maruah kita, menutupi aib kita dan menutupi keindahan ciptaanNya yang dianugerahkan pada kita.. Sukakah kita membiarkan mata-mata liar menikmati keindahan yang kita miliki.

Sahabatku, suka kukatakan janganlah kita melonggarkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada sehelai hijab. Cuba perhatikan analogi dua buah rumah. Satu rumah yang terjaga rapi, dilengkapi alat keselamatan dan pagar-pagar memenuhi perkrangan rumah melengkapi lagi ciri-ciri keselamtan rumah tersebut. Tapi cuba bayangkan pula sebuah rumah lagi, yang dibiarkan terbuka, tidak berkunci, tiada ciri-ciri keselamatan seolah-olah tuan rumah tersebut tidak mempedulikan tentang rumah tersebut. Jadi rumah mana yang terjamin keselamatannya?Rasanya jawapan sudah ada. Tepuk dada tanya iman.


“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).
(Surah al-Ahzab : 59)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan hijab merupakan pelindung kepada setiap wanita muslim. Tanpa hijab, ibarat tiada pelindung yang membentengi kita. Malah ada sesetengah yang suka-suka mendakwa hijab adalah lambang terrorist. Begitu ganas sekali pendakwaan yang dilemparkan pada perempuan-perempuan yang berhijab. Seolah-olah mereka yang berhijab ini dipandang seperti makhluk asing yang sedang berusaha untuk melenyapkan bumi. Keganasan itu sendiri ada pada orang yang membuat dakwaan. Wahai wanita muslimah, janganlah kiranya engkau berasa sedih bila dirimu dianggap asing di atas bumi sendiri kerana Islam itu asalnya asing.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال :

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ

لِلْغُرَبَاءِ


Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula

dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka

beruntunglah orang-orang yang terasing”

Wahai wanita muslimah! Sayangilah hijab yang melitupi diri anda. Hargailah jasa-jasa hijab tersebut dan sempurnakanlah ciri-ciri keselamatan yang ada pada hijab yang bakal menjaga dan melindung dirimu. Andai kata tirai hijab itu sudah longgar, berwaspadalah terhadap diri kamu sendiri kerana kamu sedang melemparkan diri kamu sendiri ke arah yang kurang selamat.


Love.Your.Hijab=Love.Yourself

~Insya'allah, peringatan untuk diriku sendiri. Untuk jadi yang terbaik belum kumampu, namun kucuba sedayanya..



3 comments:

  1. i love my kopiah,,,, hehe, hijab itu indah, sudah tentu hanya untuk yg indah..

    ReplyDelete
  2. sy copy this entry
    nk share dlm fb

    ReplyDelete
  3. >l bro m:sy pun suke jga kopiah even sy perempuan..=)sesuatu yg indah mmg wajar ditutup..tkut trcemar keindahannya..

    >zunurain:silalah..mga brmanfaat!!^_^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.