بسم الله الرحمن الرحيم
SALAM IHYA RAMADHAN!!JIKA 11 BULAN PENUH NODA, BIARKAN RAMADHAN MENJADI PENCUCINYA...
"Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : 183)
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan mulia ini dan merebut sebanyak mungkin pahala di bulan yang penuh barakah ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dimana umat Islam melakukan ibadat lebih untuk mengejar Lailatur Qadar. Diharapkan amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan akan berterusan di bulan-bulan yang lain. Tapi persoalan yang bermain di benak, sudah bersediakah kita untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini?? Apa perancangan yang hendak dilakukan di bulan yang berkat ini?? Adakah kita hanya berpuasa seperti orang lain dan membiarkn saja bulan Ramadhan itu berlalu tanpa melakukan sesuatu untuk memperoleh ganjaran daripadaNya..?
Sayang sekali jika bulan yang penuh keampunan ini dibiarkan berlalu begitu saja. Sedangkan Allah SWT begitu menyayangi hamba-hambaNya dengan menyediakan bulan mulia ini untuk hamba-hambaNya menyucikan diri daripada dosa-dosa dan juga kemungkaran. Besarnya rahmat dan kasih sayangNya kerana masih memberi peluang pada hamba-hambaNya untuk beribadat kepadaNya. Mahukah kita Ramadhan pada tahun ini sama dengan tahun-tahun yang lepas? Kalau bukan Ramadhan tahun ni untuk kita mulakan langkah baru, bila lagi waktu yang sesuai. Mungkinkah kita pasti yang kita bakal merasai lagi Ramadhan di tahun akan datang. Tidak pernah terlintas ke di fikiran kita bahwa Ramadhan ini adlah yang terakhir buat kita. Tiada lagi Ramadhan selepas ini kerana jemputan Ilahi lebih mendahului. Alangkah ruginya jika kita tidak dapat merebut pahala-pahala yang memang free..Tiada charge bayaran yang dikenakan! Free of Charge!
Di bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan memperbanyakkan lagi ibadat kepadaNya. Mudah-mudahan segala perbuatan kita di bulan Ramadhan dicatatkan sebagi pahala. Insya'allah, saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua dan diri saya sendiri untuk lebih menghargai dan menyelami erti Ramadhan. Moga Lailatul Qadar milik kita!!
Get More at (Islamic-Testi)!!
Di sini saya mengambil kesempatan utk kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk sepupu saya yang menyahut jemputan Ilahi pada 1 Ramadhan tahun lepas. Siapa sangka umurnya masih muda dan rupanya Ramadhan tahun sebelumnya merupakan Ramadhan yang terakhir buatnya. Ajal maut tidak pernah mengenal usia. Mudah-mudahan roh arwah aman disana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin..
~untuk mnjadi yg terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedayanya~
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.