بسم الله الرحمن الرحيم
Dari bilik saya terdengar jeritan kakak saya memarahi anaknya. Kuat benar suaranya. Kemudian saya terdengar anaknya menangis. Ibunya masih meninggikan suara meyuruhnya berjanji tidak buat lagi perkara tersebut. Saya sendiri kecut mendengarnya. Tapi yang anehnya, anaknya tetap mahu dengan ibunya yang 'bekeng' tu. Selepas itu, saya melihat anak saudara saya dah berbaik-baik dengan ibunya. Dalam hati saya berfikir, anak-anak sekarang perlu kena jerit kuat-kuat ke baru nak dengar cakap?
Sebenarnya saya sedang menjaga dua orang anak kakak saya di pahang. Sorang 4 tahun dan sorang lagi 1 tahun, dua-dua lelaki. Sebetulnya saya sudah biasa menjaga anak-anak kecil sebab memang selalu di'tempah' oleh kakak-kakak bile tiba je cuti sekolah dulu. Even baby yang beberapa hari baru lahir pun saya pernah jaga. Bagi saya semua tu tak ada masalah.
Tapi kali ini rasanya berbeza sedikit. Kalau dulu saya pernah jaga anak kakak saya yang bekerja sebagai guru. Jadi kul 2 pm lebih dah sampai kat rumah. Tapi sekarang kakak dan abang ipar saya bekerja dengan swasta. Kakak saya pukul 7 pagi dah keluar dan dekat pukul 6 pm baru balik. Tapi memandangkan officenya berhampiran dengan rumah, waktu rehat tengahari dia balik la sekejap. Abang ipar saya tak payah cakapla, pukul 7 pm lebih baru sampai kat rumah sebab tempat kerjanya agak jauh.
Hari ni saya telah tewas dengan kesabaran. Abangnya sangat nakal selalu ganggu adiknya yang kecil tu. Saya pun tak reti dah nak cakap macamana. Barulah saya faham mengapa kakak saya tengking-tengking macam tu. Sebabnya dia tidak dengar jika kita cakap baik-baik. Bukan setakat adiknya, saya pun sakit juga kena penangan ultramannya tu. Ada sekali tu dia lipat adiknya dengan kaki, apalagi adiknya jatuh ke bawah dan sebelum tu dahinya terhantuk meja dulu sebelum jatuh ke bawah. Tapi masa tu anak saudara saya tu dalam jagaan ibunya. Kalau depan ibunya pun boleh buat macam tu apalagi kat belakang.
Hari ini, buat pertama kalinya saya hilang sabar. Saya memarahi abangnya sebab dia mengacau adiknya. Kebetulan pergelangan saya terseliuh ditambah lagi penat nak melayan kerenah abangnya yang tak mahu mendengar kata, saya jadi kurang sabar. Tapi yang tragisnya saya pula yang menangis, sebab kesian tengok mukanya yang 'innocent' tu. Sebab tu la saya tak suka marah-marah apatah lagi dengan budak-budak sebab saya tahu saya yang akan menangis dulu. Memang macam ni, tak tahu kenapa.
Tetapi bila fikir-fikir balik saya teringat akan ibu saya yang berada di kelantan. Agaknya bagaimanalah ibu saya menahan rasa membesarkan kami sepuluh beradik? Saya akui yang saya selalu je kena marah dan rotan masa kecil-kecil dulu(nakal kecik-kecik dulu). Mungkinkah juga ibu saya juga menahan tangisan bila memarahi dan merotan saya. Tapi saya kagum dengan ibu saya, kerana dia telah memanusiakan saya. Cuma saya selalu fikir, saya juga mahu jadi seperti ibu saya.
Rupa-rupanya bukan senang mahu menjaga anak. Ya, bila kita jumpa mana-mana anak kecil, kita suka untuk bermain atau memeluknya. Waktu itu semuanya indah, tetapi bila bertemu dengan realiti sebenar, barulah kita tahu betapa susahnya ntuk menjaga anak-anak kecil ni. Dan cuba kita tanyakan pada diri kita, sudahkah kita bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Bila sudah berkahwin, kita bukan sahaja jadi seorang isteri kepada seorang suami, tetapi kita juga menjadi ibu kepada anak-anaknya serta menantu pada keluarganya.
Apapun saya rasa bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menjaga anak-anak kecil. Walaupun penat, saya tak kisah sangat sebab anak saudara saya yang umur setahun tu, telatahnya selalu je menghiburkan hati. Mungkin Allah mahu tunjukkan gambaran kepada saya bila masuk alam pekerjaan dalam masa yang sama sudah bekeluarga. Sedikit sebanyak saya turut mepersiapkan diri saya untuk masa hadapan(walaupun lambat lagi).
Walau apa pun, buat para ibu carilah cara yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Cara tersebut mestilah berlandaskan al-Quran dan sunnah. Proses didikan semasa kecil sangat penting dalam pembentukan akhlak anak-anak. Dan sebetulnya proses itu sepatutnya bermula daripada kita lagi, kerana rahim yang ada dalam badan kita ni la yang akan melahirkan generasi soleh dan solehah. InsyaAllah. (:
[maaf, entry panjang]
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.