بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kesamaran cahaya yang memancar
Terlihat olehku kelibat seseorang
Raut wajahnya tenang, senyum yang mekar
Menarik perhatianku untuk memandang.
Kuhalusi kelibat itu dengan teliti
Mahu mengetahui siapa gerangannya
Namun cebisan kain diselit rapi
Menutup sebahagian rupa wajahnya.
Kuberanikan diri untuk menghampiri
Menghulurkan salam perkenalkan diri
Disambut baik kedatanganku ini
Satu pelukan darinya menawan hati ini.
Sopan sungguh bait bicaranya
Indah sungguh budi hatinya
Cantik sungguh adab pekertinya
Membuatkan hatiku tertanya-tanya.
Siapakah dia?
Bertemu mata sebentar cuma
Dengan lembut mengakhiri kata
Biarpun hanya sekejap saja
Kata-katanya berbekas di segenap jiwa.
Dari jauh ku pandang sosoknya
Makin menghilang ditelan jarak
Ku ingin menjadi muslimah sepertinya
Tekad semangat langkah ku korak.
siapakah dia, seindah bidadari?
-musafir cinta ilahi-
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________
Saya nak tanya...
ReplyDeleteKan dalam bait-bait puisi ni sebut dia pakai purdah, kan?
"cebisan kain diselit rapi
Menutup sebahagian rupa wajahnya?"
Tapi, di awal sajak dia tulis
"Terlihat olehku kelibat seseorang
Raut wajahnya tenang, senyum yang mekar"
Saya nak tanya,
macam mana dia boleh nampak senyuman di balik kain tu?
Sekadar pertanyaan...
lukhmantaib.blogspot.com
iye..
Deletemslimat tu berpurdah..
mse awl pertemuan tu purdahnya dibuka..
'Kuhalusi kelibat itu dengan teliti
Mahu mengetahui siapa gerangannya
Namun cebisan kain diselit rapi
Menutup sebahagian rupa wajahnya.
mnandakan ana bru je nak lihat betul2, 'namun cebisan kain iselit rapi'
die mnyelit kain purdahnya, mnutup sbhgian wajhnya..
mngkin dia ingin keluar dh mse tu.. (: