11 Oct 2013

Migrain : GoodBye Mr Painkiller !

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Sudah lama tidak berkongsi rasa di ruangan ini. Sekarang saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang saya kira amat berguna bagi pengidap MIGRAIN. Mungkin perkongsian ini dapat mengurangkan sedikit penderitaan orang-orang yang sering diserang migrain. Suka untuk saya berkongsi kerana perasaan yang teramat gembira selepas sudah lama MIGRAIN tidak berminat pada saya.. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya penangan si MIGRAIN nie..

Saya mulakan dari awal. Sebelum saya memasuki UTM,JB saya tidak pernah diserang migrain. Kalau ada, hanyalah sakit kepala normal.. Tetapi selepas saya belajar di situ, penyakit ini mula mendampingi saya. Mungkin kerana stress atau tekanan atau mungkin juga selalu menyedut bahan chemical yang membuatkan saya jadi macam tu. Selepas si migrain selalu menziarahi saya, berlakulah masalah lain. Tidak ramai yang tahu, hatta ibu bapa saya pun saya tak beritahu.

Sedikit sebanyak ia menjejaskan pembelajaran saya. Setiap kali time exam, saya selalu rasa sakit kepala yang melampau. Rasa nak muntah, pengsan, kabur and macam-macam lagi. Bayangkan tengah-tengah jawab exam rasa macam tu..Bukan sekali-sekala, tapi SETIAP KALI.. Tiga tahun saya lalui benda tu. Hanya last sem, tahun akhir je, untuk exam final, Alhamdulillah buat pertama kalinya symptom2 ni tak datang.

Mengerang sakit di atas katil tu biasa. Menghantuk kepala di dinding untuk kurangkan sakit pun biasa. Menarik-narik rambut pun biasa. Tapi tak rasa sakit pun buat semua ni bila migrain. Saya juga pernah terlantar dalam bilik dua hari sebab tak dapat bangun. Ihsan kawan-kawan saya yang tahu keadaan saya, mereka tolong membelikan makanan kerana masa tu saya tinggal di bilik single. Kalau time tinggal dengan roomate, dia yang selalu tolong urut-urutkan kepala. Kadang-kadang bila tak tahan sangat, sampai menangis. Tapi bukannya dapat mengurangkan pun. 

Saya tidak pernah menceritakan pada ma dan ayah. Sebab bukan sampai membawa maut pun. Kalau orang yang ada migrain ni memang alah pada cahaya matahari. Migrain mudah nak menyerang kalau kita bertentang dengan cahaya terik. Keadaan yang bising atau tempat yang crowded juga boleh menyebabkan migrain menyerang. Dulu saya menghadapi saat2 sukar bila nak menyiapkan thesis. Teruk tak teruk masa tu setiap kali saya nak baca jurnal-jurnal kat laptop atau menghadap laptop lama-lama, saya rasa nak muntah. Sampaikan saya beli printer sebab nak print jurnal-jurnal yang dalam laptop.

Selepas graduate dari UTM pada tahun lepas, saya ingatkan migrain sudah tak ada. Rupanya masih sama. Kadang-kadang setiap hari sakit kepala. Nak muntah-muntah, tapi tak pernah muntah  pun. Saya memang jenis yang tak suka makan ubat, tapi terpaksalah makan ubat agar rasa sakit hilang. Biasanya lepas makan ubat, saya terus tidur. Saya perlu tidur untuk pulih dari sakit tu. Gula-gula berangin dan minyak angin benda wajib yang selalu saya bawa dalam beg. Bila-bila masa saja migrain datang, jadi saya bersiap sedia dengan minyak tu. Dulu minyak seminggu dah abes saya guna. Memang banyakla minyak dalam sebulan saya guna. Saya lebih prefer guna minyak daripada ubat. Kalau sampai tahap tak dapat nak jalan, baru telan ubat.

Bila diserang migrain, kadang-kadang saya gagahi juga pergi program2. Walhal masa tu setiap langkah mencucuk-cucuk kat kepala. Ada kawan-kawan yang memberi ayat untuk dibaca bila datang migrain and ada juga yang tolong bacakan sambil mengusap kepala saya. Memang insan ini, saya tak akan lupakan. Pelbagai saya buat, selawat dan setiap kali minum air masak, saya selalu berdoa agar migrain ni boleh berkurang. Betapa saya mahu singkirkan migrain ni dalam hidup saya.

Sehinggalah pada dua bulan yang lepas, saya mengikut kakak saya kerana dia meminta tolong jaga anak dia disebabkan pengasuh anak dia dah berhenti. Mula-mula sampai rumahnya, setiap hari symptom2 migrain saya datang. Nasib baik anaknya adorable, jadi untuk sesiapa yang ada anak kecil bila sakit kepala peluklah anak kecil tu. Peluk kuat-kuat(jangan smpai sesak nafas plak budak tu). Sedikit sebanyak rasa lega datang.

Nak dijadikan cerita kat rumah kakak memang tak buat ais. Sebab kakak saya tak minum air batu. Saya ni selalu minum air batu kat rumah, jadi saya buat air seawal pukul 8 pagi kat rumah kakak saya, supaya tengah hari tu dapat minum yang dah sejuk. Sehinggalah saya mengadu pada kakak, saya selalu sakit kepala. Setiap hari telan ubat kot. Kakak saya mencadangkan agar saya berhenti minum ais. Walau sukar(peminum ais tegar sy nie..hehe), saya cuba juga. And lama-lama dah biasa. Dalam waktu itu juga saya perasan yang sakit kepala tak datang dah. Migrain pun dah tak berminat lagi dengan saya. Sekarang duk kat rumah sendiri pun saya tak terliur pun tengok air batu.

Disebabkan rasa gembira, bersyukur sangat sebab sakit kepala tu dah tak datang, saya amat menghargai air masak. Setiap kali nak minum mesti saya bacakan ayat-ayat untuk memberi kesihatan pada saya. Dan sampai sekarang saya dah tak mengalami sakit-sakit macam dulu. Sakit kepala saya normal, setiap sebulan datang sekali. Memang minuman berais langsung tak sentuhla. Sebab betapa saya menghargai detik-detik tanpa migrain, sehingga air batu itu sudah tidak menjadi kelazatan pada saya. =)

So, untuk kawan-kawan saya yang terseksa dengan migrain, tolonglah berhenti minum minuman berais. Kalau migrain yang tak teruk sangat mungkin tak perlu berhenti, just perlu kurangkan minum minumam berais tu. Saya faham sangat keadaan mereka yang kena migrain ni. Hanya yang pernah melalui saja akan merasa keperitan itu. Cumanya masa saya sakit dulu, saya selalu fikir bahawa mungkin saya banyak dosa, jadi Allah turunkan sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil saya yang bertimbun banyaknya.

Alhamdulillah..benar kata orang. Nikmat sihat adalah anugerah terindah yang Allah berikan pada kita. Kerana bila badan kita sihat, akal kita dapat berfikir secara waras dan amal ibadat kita juga dapat dilaksanakan dengan lancar. Sekarang hidup saya bebas daripada 'PAINKILLER'....

ps:- Maap yea..Banyak pulak aye ngomong..


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Oct 2013

PHOTO CONTEST !!

0 ore hok komen


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya telah memasuki Photo Contest yang dianjurkan Sus n de Felt Product. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu berupa Sizzix Big Shot Starter Kit (Powder Blue & Teal) yang harganya bernilai RM650. Mesin ni memang diperlukan oleh krafter felt. Nak tahu lebih lanjut boleh search kat google yep. Kat bawah ni saya tunjukkan gambar-gambar mesin BIG SHOT yang saya ambil kat web SUS.




Adjustable Extended Multipurpose Platform

Sepasang Standard Cutting Pad
Saya memang dah lama nak beli mesin ni dan sekarang masih menyimpan duit untuk membeli mesin tersebut. Kebetulan pihak SUS ada menganjurkan pertandingan untuk mendapatkan mesin BIG SHOT ni, jadi saya tak naklah lepaskan peluang ini. Menang atau tidak belakang cerita. Jadi sesiapa yang mahu menyokong saya boleh like photo contest saya di link yang saya berikan ni.

Caranya mudah. Kalian hanya perlu klik pada gambar kat bawah ni, then akan keluar gambar asal pertandingan. Then korang tekan like pada gambar tersebut. **BUT make sure kalian smua sudah log in akaun fb, sebab kalau korang tak log in, link gambar tak akan keluar.**

(klik gambar di bawah)
(valid until 15 nov 2013)

Saya juga ada mengambil tempahan bagi penggemar hasil kraf felt ni. Jadi siapa-siapa nak tempah atau mahu melihat hasil kerja saya, boleh pergi ke page FELT LOVERS. Dan sekiranya kalian berminat, sila pm page tersebut. Kepada rakan-rakan yang sudi like photo contest ni, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. 

There is no gain without hardwork
-Musafir.Cinta.Ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________