بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t..Wah, nampaknya hari ni semua bersemangat ya. Maklumlah hari ni hari sambutan kemerdekaan yang menandakan bahawa kita sudah bebas daripada penjajahan. Tapi benarkah kita sudah benar-benar bebas??Sebenarnya apa erti kebebasan pada mata kalian pada tanggal 31 ini..?Bila tiba hari kemerdekaan ramai orang berlumba-lumba meraikannya, sedangkan erti kemerdekaan tidak difahami. Ya, saya mengagumi jika seseorang itu cintakan tanah air kita kerana kalau bukan kita yang mencintainya, siapa lagi..Namun cukup sedih jika, hari kemerdekaan itu disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.
Kalau kita imbas sepintas lalau, betulkah negara kita sudah merdeka sedangkan unsur-unsur barat masih bertapak di negara kita. Merdekakah kita sebagai umat Islam jika Daulah Islamiyyah masih belum dapat ditegakkan. Atau erti kemerdekaan ini membawa erti penguasaan halus daripada Barat yang telah membutakan mata kita dengan satu kalimat MERDEKA..Saya masih ingat dahulu(zaman kanak-kanak ribena), saya dan kawan-kawan begitu bersemangat ketika menyambut hari kemerdekaan kerana setiap tanggal 31, kami dilatih begitu. Yang saya tahu, hari kemerdekaan ialah hari kebebasan tanah Melayu daripada penjajahan. Tapi hari ini, saya mula mengerti apa sebenarnya erti kemerdekaan.