18 Oct 2011

Kelar Perut Anak~salah siapa?


بسم الله الرحمن الرحيم 




keratan berita Harian Metro, 

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.


Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.


Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

myMetro

Saat membaca berita muka depan harian metro, hati terkedu dan rasa hiba bertandang. Tajuk berita itu saja sudah cukup membuat perasaan ini remuk terhiris. Saya yakin sesiapa yang dalam hatinya masih mempunyai iman pasti juga tersentuh dengan kejadian yang menimpa insan kecil tersebut. Apalah salah si kecil itu sehinggakan terpaksa menerima kezaliman ini daripada seorang insan yang bergelar ibunya sendiri.

Sekarang memang kita kehujanan cerita-cerita yang melibatkan pembuangan bayi hasil daripada penzinaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tetapi masalah ini sebenarnya berpunca daripada siapa?? Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya berpunca dari akar umbi pemerintahan yang tidak menjalankan hukum Islam sepenuhnya. Huh, para penzina seenaknya akan berkata "Apa aku kisah, lepas buat buang je la bayi tu. Habis teruk pun kena penjara berapa tahun,lepas tu bebaslah!"

Sampai bila mahu lihat anak-anak muda semakin rosak nilai akhlaknya?? Sampai bila kita mahu bertahan dengan hukum yang dibuat oleh manusia yang sememangnya bersifat lemah?? Sampai bila bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa?? Sampai bila?? Mampukah sebuah negara itu berada dalam keharmonian jika hukum Allah sendiri yang ditolak. Anda bijak, fikir-fikirkanlah..Kalian sanggupkah untuk berterusan melihat kejadian seperti ini berulang lagi...

Gemilangkan Islam dihatimu. Sinarkan ia dengan cahaya. Bersama-sama kita menyokong usaha murni dalam pelaksanaan hukum Allah. Walau apapun kesannya yakinlah Allah sudah ada perancangan yang terbaik untuk hambaNya. Jadi tidak usahlah bertanya itu ini dengan apa yang ditetapkan Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang kita tak ketahui..Allahu Akbar!

ps;-hari tu anak saudara saya yang baru lahir diambil sampel darah dan saya melihatnya di depan mata. Bayi itu disuntik pun saya sudah tidak sanggup untuk melihatnya, apatah lagi yang dikelar. masyaAllah, sampai hatinya berlaku kejam pada insan kerdil ni..~huh, apa nak jadi ni ;(
_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.