17 Oct 2011

Masihkah Kau Ingat Gadisku


بسم الله الرحمن الرحيم 


Masih ingatkah kita dengan kejadian yang menimpa seorang muslimah yang tegar memelihara auratnya. Berikut petikan kisahnya yang terjadi pada 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas.


Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4orang perempuan) Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi
dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka.

Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut. Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi.



Cerita ini mungkin sudah basi pada sesetangah orang, namun saya percaya ia masih terpahat di hati-hati muslimah di luar sana yang teguh mempertahankan hijab mereka! Lihatlah gadisku semua, bagaimana hamba Allah ini mempertahankan auratnya. Betapa auratnya itu sangat dilindunginya. Kenapa begitu bersusah payah dia mempertahankan aurat itu sehingga badannya dipukul tidak diendahkan? Penting sangatkah auratnya itu? Sejauh mana nilaian hamba Allah ini terhadap kepentingan auratnya.

Kita di Malaysia ini yang majoritinya pengganut Islam masih tidak mahu menjaga aurat, sedangkan hamba Allah ini siap tercedera kerana mempertahankannya. Tidakkah sedikit pun kisah ini menjentik hati-hati gadisku?? Adakah sebab tiada orang yang nak  menyekat kita daripada menutup aurat menjadikan kita memandang enteng terhadap aurat? Ubahlah sikap yang ada pada kita. Ambillah ibrah daripada kisah muslimah ini. Pandanglah dengan mata kesyukuran.. bersyukur kerana anda berada di Malaysia yang tidak menyekat muslimah untuk menjaga auratnya.

Sampai bila kita mahu berada dalam kejahilan menutup aurat. Sedangkan Allah telah berfirman “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)

Ingatlah gadisku semua, aurat kalian adalah maruah kalian dan ia juga merupakan maruah semua kaum muslimah!

aku.menasihatimu.kerana.aku.menyayangimu!

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

1 comment:

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.