17 Nov 2012

PALESTIN dan Kita

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar, penghulu segala nabi, Nabi Muhammad S.A. W., ahli keluarga baginda s.a.w., para sahabat Nabi s.a.w. yang setia, dan para pejuang agama Allah sama ada yang masih berjuang mahupun sudah menemuiNya.

Al fatihah buat Asy Syahid  Ahmad Al-Ja'bary, Ketua Umum Briged Izzuddin Al-Qassam yang telah mengikuti jejak langkah assyahidin Palestin, Syeikh Ahmad Yassin,  Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi dan lain-lain. Assyahid Ahmad al-Ja’bary telah syahid pada 14 November 2012, Rabu kerana dibunuh oleh rejim zionis Israel melalui serangan udara. 

Keadaan di Gaza, Palestin sekarang

 Menurut laman web Haluan Malaysia  , Tentera pengganas rejim Zionis telah melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Sehingga kini, 23 warga Gaza terbunuh manakala hampir 200 lagi tercedera.Asy syahid Ahmad Al Ja’bary terkorban bersama anaknya apabila kereta yang sedang mereka naiki menjadi sasaran serangan roket pasukan perisikan Shin Bet.
 Kediaman Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, turut menjadi sasaran serangan roket pada jam 7.00 malam tadi waktu tempatan. Alhamdulillah beliau dan keluarga terselamat.Pejuang-pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan 40 serangan roket ke bandar-bandar Zionis, termasuk di Tel Aviv. Rejim Zionis dilaporkan telah membunyikan siren peringatan kepada penduduknya untuk bersiap siaga. Sehingga kini pesawat tanpa pilot (drones) Zionis dan jet pejuang mereka masih terbang mengelilingi ruang udara wilayah Gaza.

Kita, umat Islam di Malaysia. Apakah tindakan kita?

Bertindaklah mengikut kemampuan masing-masing. Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh kita:
  1. Pergi ke medan jihad di Palestin, jika berkemampuan, ada cara dan punya keikhlasan. Bantuan boleh diberikan sama ada dengan menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan atau lain-lain bantuan fizikal yang lebih besar impaknya.
  2. Jika tidak mampu untuk turun ke medan tersebut, sumbanglah bantuan-bantuan seperti pakaian, makanan dan lain-lain menerusi badan-badan yang dipercayai. Antaranya,Aqsa Syarif  , Haluan Palestin  , dan AMAN Palestin .
  3. Jika tidak mampu untuk kedua-dua bantuan di atas, dan termasuk juga mereka yang mampu untuk menghulurkan kedua-dua bantuan di atas, kita masih boleh menghadiahkan doa untuk keselamatan rakyat Palestin, Syria, Rohingya, Patani dan walau di mana jua umat Islam berada. Anda boleh membaca doa  :-
a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu, dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.


b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c-    Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d-   Doa sewaktu berbuka puasa.
e-   Doa selepas azan dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4.  Selain itu, kita boleh melakukan solat hajat dan puasa yang diniatkan khusus untuk rakyat Palestin, Syria, Patani, Rohingya dan semua umat Islam yang sedang ditindas.

5. Menyertai demonstrasi aman. Walaubagaimanapun, harus difahami,sebaik-baik demonstrasi adalah mendidik umat Islam terutama pemuda Islam untuk bersolat subuh berjamaah di surau-surau dan masjid-masjid. Hal ini kerana kita tidak akan mampu menewaskan zionis Israel dan musuh-musuh Islam yang lan jika tanpa bantuan daripada Allah.Ambillah pengajaran daripada sirah-sirah peperangan Rasulullah S.A.W. bersama para sahabat yang akrab dengan Allah, lalu Allah kurniakan kemenangan pada mereka.

6. Boikot barangan yang menyumbang kepada rejim Zionis dan sekutunya. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata berkenaan boikot tersebut di Qatar pada 8 Oktober 2001, yang  sebahagiannya berbunyi,
“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan… hingga akhir ucapan “
7. Menulis di blog masing-masing dan “share” gambar dan status berkaitan Palestin di Facebook.

8. Ceramah atau berucap di speaker corner yang disediakan pihak universiti masing-masing. Ataupun sekurang-kurangnya menghadiri ceramah atau speaker corner berkenaan isu Palestin dan isu umat Islam yang lain.

Walau dengan cara apa sekalipun, berikanlah bantuan kepada saudara seislam kita di Palestin, Syria, Rohingya, patani dan walau di mana umat Islam itu berada. Moga dengan bantuan yang kita hulurkan (walaupun hakikatnya Allah juga yang memberi izin dan kudrat untuk kita bantu mereka), Allah menerima segala bantuan tersebut sebagai amal soleh kita.

Akhir kalam, Palestin bukan hanya isu rakyat Palestin, ia merupakan isu yang wajib diambil berat oleh semua yang beragama Islam. Untuk makluman,  Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) GAMIS akan menganjurkan demontrasi besar-besaran membantah kezaliman Israel terhadap Ghazzah pada 23 November 2012. Update berkenaan demonstrasi tersebut akan diberitahu kemudian. Kepada shabat-sahabat yang berkelapangan, mohon turun bersama-sama menunjukkan solidariti kita mengecam rejim zionis la'natullah.

Sumber: 

Maznah binti Osman
Naib Presiden 2 merangkap Pengerusi HEWI PMIUTM
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia
2.17 pagi 


Mukabuku

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

10 Nov 2012

Perjuangan Umat Islam di Pattani

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Hmm..hari ni saya mencari-cari info-info berkenaan dengan Pattani. Sebenarnya sudah lama ada seorang sahabat ni sering beritahu tentang Pattani. Namun dek atas kesedaran yang kurang, dan tidak tahu sangat tentang Pattani yang bukan di dalam list negeri Malaysia,saya hanya mengikuti jarang-jarang perkembangannya.

Allah, setelah terbaca sejarah Pattani, hati jadi sedih. Iya, bagaimana saya mengaku sebagai orang Islam tetapi saudara seisalam saya, amat dekat dengan saya yang sedang berjuang demi mempertahankan agama Allah ini, tidak pernah saya cakna tentang mereka. Apatah lagi di bumi jauh nun di Syria.. Palestin..


Allah, tersentak saya seketika tatkala membaca serangkap kata-kata yang saya jumpa di laman web;

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?
Sebenarnya kita bukan tidak tahu, tapi kurang sedar yang mereka juga saudara kita. Jadi sekarang kita cubalah ambil tahu. Memang isu Pattani kurang digembar-gemburkan di media massa berbanding isu syria dan palestin. Tetapi mereka semua saudara kita, Jadi, kitalah yang mengambil peranan untuk menyebarkan perkembangan isu-isu yang melibatkan saudara kita. Kat sini saya sertakan beberapa info berkenaan dengan Pattani.

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING :
28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam

24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.

30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.

1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.

2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.

24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.

29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.

24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.

15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.

5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.

19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).

30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.

6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.

MENGAPA MEREKA BERJUANG?

# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.

# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.

# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.

# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.

# Kelima, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem"buddha"kan orang-orang Melayu di Patani. Disinilah letakknya titik temu perjuang masyarakat Patani dengan umat Islam seluruh dunia.

(Sabda Nabi Muhammad s.a.w)
Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka.
Ya Allah, selamtkanlah saudara2ku di sana..
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

7 Nov 2012

Become a Teacher (:

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم

comel kan budak-budak tadika seri al amin (:
Alhamdulillah, saya telah dipanggil untuk berkhidmat sebagai guru tadika untuk sementara waktu di Tadika Seri Al Amin, Bandar Seri Putra, Selangor. Tadika ini menempatkan budak yang lingkungan umur 4-6 tahun. Walaupun gaji yang ditawarkan itu tidak banyak, namun apa yang lagi penting saya berpeluang menjadi pendidik untuk si cilik yang bakal menggantikan generasi akan datang.

Mungkin bagi sesetengah pihak ade yang mengatakan, "alah, cikgu tadika ja?". Tetapi pembelajaran dari awal tu la yang penting. Dengan memiliki ijazah sains kimia, mungkin ditertawakan orang dengan menjadi guru tadika, tetapi itu tak menjadi masalah pada saya sebab mulut orang biarlah.

Kalau diikutkan dari awal lagi saya ingin menjadi seorang murabbi, pendidik. Tetapi rezeki saya tidak ke arah itu semasa pengajian. Namun, sekarang setelah tamat ijazah pertama,saya tetap cuba mencari peluang untuk menjadi guru meskipun pada awalnya terpaksa menjadi guru ganti atau tadika.

Saya berharap agar KPLI/DPLI akan dibuka lagi pada tahun 2013. Kerana ianya merupakan salah satu peluang yang saya ada untuk memasuki skop pendidikan. Buat masa ini, saya akan cuba mencari sebanyak mungkin pengalaman sebagai seorang guru untuk memudahkan proses pengajaran di lain masa kelak. Kerana bagi saya, prospek seorang guru amat penting dan tanggungjawabnya juga besar dalam memberi didikan yang dapat memanusiakan insan selaras dengan syariat.

Semoga Allah membuka laluan rezeki untuk saya berada dalam dunia pendidikan. Tolong doakan sekali ye. ^_^,

tidak sabar mahu ketemu si cilik
-musafir.cinta.ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

6 Nov 2012

مُشْتَاقُوْنَ !

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Rindu sama empunya kasut!
Rindu untuk sama-sama meletak kasut disitu!
Rindu sama tempat kasut itu melangkah!

Biar sejauh mana kaki ini melangkah,
Asal langkah itu mendekatkan diriku denganMu (:

Pimpinlah langkahku wahai al-Wadud!
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

3 Nov 2012

Seindah Bidadari

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam kesamaran cahaya yang memancar
Terlihat olehku kelibat seseorang
Raut wajahnya tenang, senyum yang mekar
Menarik perhatianku untuk memandang.

Kuhalusi kelibat itu dengan teliti
Mahu mengetahui siapa gerangannya
Namun cebisan kain diselit rapi
Menutup sebahagian rupa wajahnya.

Kuberanikan diri untuk menghampiri
Menghulurkan salam perkenalkan diri
Disambut baik kedatanganku ini
Satu pelukan darinya menawan hati ini.

Sopan sungguh bait bicaranya
Indah sungguh budi hatinya
Cantik sungguh adab pekertinya
Membuatkan hatiku tertanya-tanya.

Siapakah dia?

Bertemu mata sebentar cuma
Dengan lembut mengakhiri kata
Biarpun hanya sekejap saja
Kata-katanya berbekas di segenap jiwa.

Dari jauh ku pandang sosoknya 
Makin menghilang ditelan jarak
Ku ingin menjadi muslimah sepertinya
Tekad semangat langkah ku korak.


siapakah dia, seindah bidadari?
-musafir cinta ilahi-


  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________