بسم الله الرحمن الرحيم
Aku ingin kau tahu, bukan senang aku mengambil keputusan ini. Bahawa aku dan kau tidak bisa bersama lagi. Jangan kau tangisi. Bukan salahmu perkara ini terjadi, cuma aku inginkan yang terbaik buat diriku. Kau tahu sejak kehadiranmu dalam hidupku, hatiku selalu lekat denganmu. Aku selalu ingin bersamamu dan terkadang aku terlupa akan tugasku sebagai hamba Allah yang patut taat pada perintahNya.
Terlalu banyak masa aku luangkan bersamamu tanpa aku sedar aku sudah membelakangkan Tuhanku. Bukan aku tidak sayang lagi padamu, namun aku takut cintaku pada pemilik hatiku makin berkurang bila aku terus bersamamu. Maafkanlah aku sayangku. Aku tidak bisa memilihmu kerana aku tidak mahu mengurangkan rasa cintaku untuk yang menciptakan aku.
Aku tahu kau pasti berduka dengan keputusanku. Tapi jika kau mahu melihat aku senang, kau perlu pergi jauh dariku. Itulah yang terbaik buat diriku. Kenangan yang lepas kau simpan sajalah dalam kotak memorimu. Aku tidak memaksamu untuk membuangnya. Kerana aku tahu betapa pahitnya perpisahan. Sungguh, aku terlalu menyayangi dirimu.
Ah, sukarnya melepaskan kau pergi! Sebelum ini, sudah beberapa kali aku mencuba namun aku tidak kuat kerana bagiku kau adalah segala-galanya yang selalu menjadi teman berkongsi segala manis dan pahit hidupku. Tapi kali ini aku tekad, setelah aku istikharah beberapa kali, alhamdulillah aku mengambil keputusan ini. Dengan berpisah denganmu hatiku akan kembali menjadi tenang dan tiada apa yang dapat mengganggu cintaku dengan Tuhan yang selalu mencintaiku.
Sekali lagi maafkan aku. Tidak ada secalit niat pun dihati untuk aku menyakiti hatimu. Tapi kau harus faham. Kita tidak boleh bersama lagi. Buat apa kita bersama, jika aku semakin lalai terhadap Tuhanku Rabbul alamin.. Kau jangan buat-buat kurang faham kerana kau jauh lebih mengerti apa yang aku maksudkan. Aku tak perlu risau keadaanmu.. kerana aku yakin peminatmu ramai. Kau tidak akan kesunyian selepas ditinggalkan aku. Aku yakin itu!!
Aku tahu kebersamaan kita ada juga mendatangkan positif. Tapi banyak yang negatif dari yang positif. Aku takut aku tidak mampu untuk mengcover yang negatif tu dengan yang positif disebabkan terlalu banyak kelaghaan. Aku sudah menuliskan surat ini untukmu, jadi waktu aku mahu tinggalkanmu, janganlah kau menyuruhku membuat pilihan kenapa harus aku tinggalkan dirimu. Kerana suratku ini adalah segala-galanya. Tidak ada reason lain! Biarpun kau memancingku dengan mengatakan akan ada yang merinduiku, namun aku tetap dengan keputusanku! Muktamad!
Akhir kata dariku buatmu yang selalu mendengar luahan rasa hatiku, semoga kau sentiasa berjumpa orang baik-baik supaya dirimu tidak disalahgunakan.
"Selamat tinggal 'FACEBOOK' ku........."
p/s:-cerita ni tiada kaitan dengan sesiapa, sama ada yg hidup atau yg sudah mati..ia hanyalah olahan penulis dan bergantung kepada pembaca yg melihat maksud cerita ini bagaima..sekian.^^
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________
terbaek
ReplyDeletebanyak maksud nie. . btw. . mmng terbaik. . (^_^)
ReplyDelete@Mujahidah Isabella: hehe..mmg bnyk maksud.. kena tgok dari plbagai sudut, baru faham apa sbenarnya mesej yg ingin dsampaikan...^___^
ReplyDeleteAssalamualaikum..salam ziarah ya ukhti..may Allah bless us..ameen..
ReplyDeletenice one;) sukaaa...
@pengemis Cinta~: waalaikumussalam.. insyaAllah, mudahan redha Allah brsama-sama kita=)
ReplyDeletejgn delete akaun fb..jgn..jgn delete..huhu...jom ke blog sy, bgaimana nk mmnfaatkn media baru=) : Peluang dalam MEDIA BARU
ReplyDeleteshoutmix unavailabled. dah tak boleh berkasih sayang kat situ dah. ukhti, salam sayang (:
ReplyDelete-asrar
@SuFi Haraki:hehe..jgn risau, kawe xdelete lagi..^___^
ReplyDelete@Anonymous: alahai..tu la pasal..trpksa menyemai kasih syg di ruangan ug len..salam rindu dan sayang juga buat ukhti..
mood hepi.. \(^;^)/
erm.....
ReplyDelete