31 Oct 2011

Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.
Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.
Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

29 Oct 2011

Muslimah..ALLAH Sayang Padamu!

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



"Jadilah dirimu mawar yang berseri, menguntum di jalan dakwah..Biarlah terpaksa dilukai onak duri demi merasai manisnya kasih Allah."


MUSLIMAH, ALLAH SAYANG PADAMU!


Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam khusyuk sujudmu,
Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam damai zikirmu,
Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam tenang jiwamu,
Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam sempurna keredhaanmu,
Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam deras air mata cintamu padaNya,
Moga berjaya menjadi gadis terindah dalam manis senyuman,
Walau badai sedang bergelojak di hati,
Namun tetap tenang kerana limpahan rahmat,
Dan ayat-ayat suci Tuhan yang Agung!
ALLAH...ALLAH...ALLAH

26 Oct 2011

Renungan Kisah Seorang Sahabat di Zaman Rasulullah s.a.w

2 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,
"Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". HR. Muslim.

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Asas 5 jari :

     Jari telunjuk :  usus
     Jari tengah : Jantung
     Jari Manis : Imuniti
                                            Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-
_______________________________________________________________

18 Oct 2011

Kelar Perut Anak~salah siapa?

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 




keratan berita Harian Metro, 

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.


Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.


Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

myMetro

Saat membaca berita muka depan harian metro, hati terkedu dan rasa hiba bertandang. Tajuk berita itu saja sudah cukup membuat perasaan ini remuk terhiris. Saya yakin sesiapa yang dalam hatinya masih mempunyai iman pasti juga tersentuh dengan kejadian yang menimpa insan kecil tersebut. Apalah salah si kecil itu sehinggakan terpaksa menerima kezaliman ini daripada seorang insan yang bergelar ibunya sendiri.

Sekarang memang kita kehujanan cerita-cerita yang melibatkan pembuangan bayi hasil daripada penzinaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tetapi masalah ini sebenarnya berpunca daripada siapa?? Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya berpunca dari akar umbi pemerintahan yang tidak menjalankan hukum Islam sepenuhnya. Huh, para penzina seenaknya akan berkata "Apa aku kisah, lepas buat buang je la bayi tu. Habis teruk pun kena penjara berapa tahun,lepas tu bebaslah!"

Sampai bila mahu lihat anak-anak muda semakin rosak nilai akhlaknya?? Sampai bila kita mahu bertahan dengan hukum yang dibuat oleh manusia yang sememangnya bersifat lemah?? Sampai bila bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa?? Sampai bila?? Mampukah sebuah negara itu berada dalam keharmonian jika hukum Allah sendiri yang ditolak. Anda bijak, fikir-fikirkanlah..Kalian sanggupkah untuk berterusan melihat kejadian seperti ini berulang lagi...

Gemilangkan Islam dihatimu. Sinarkan ia dengan cahaya. Bersama-sama kita menyokong usaha murni dalam pelaksanaan hukum Allah. Walau apapun kesannya yakinlah Allah sudah ada perancangan yang terbaik untuk hambaNya. Jadi tidak usahlah bertanya itu ini dengan apa yang ditetapkan Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang kita tak ketahui..Allahu Akbar!

ps;-hari tu anak saudara saya yang baru lahir diambil sampel darah dan saya melihatnya di depan mata. Bayi itu disuntik pun saya sudah tidak sanggup untuk melihatnya, apatah lagi yang dikelar. masyaAllah, sampai hatinya berlaku kejam pada insan kerdil ni..~huh, apa nak jadi ni ;(
_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

17 Oct 2011

Masihkah Kau Ingat Gadisku

1 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Masih ingatkah kita dengan kejadian yang menimpa seorang muslimah yang tegar memelihara auratnya. Berikut petikan kisahnya yang terjadi pada 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas.


Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4orang perempuan) Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi
dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka.

Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut. Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi.

14 Oct 2011

~*~ Cintaku Utuh Tak Tersentuh ~*~

3 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Ku mencintamu utuh tak tersentuh….,

Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh, maka akan ku jawab, bagiku sama saja kau menanyakan keyakinanku tentang kematian..

Jodoh dan kematian adalah rahasia-Nya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya, dan tersimpan dengan indah dalam tiap lembar daun di lauhul mahfuzh..

Lalu apa yang ku khawatirkan? Dan kenapa pula ku harus mengejar? Tidak, aku tak sudi.. Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..

Jangan pernah mengobral murah kehormatanmu untuk hal yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya? Pahamkah maksudku?

Ku tanya padamu, pernahkah kau jatuh cinta? Ku akui, akupun juga… Tapi tak pantas bagi kita mengumbar rasa itu.. Rasa yg entah akan berlabuh di mana?Lalu pikirkan, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu, membuatmu menangis karena rindu, ternyata bukan atau mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu, atau bukan kau yang dia pilih? Tak malukah? Tak malukah?

Lalu, apa masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang seutuhnya jika ternyata dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain… Wahai para lelaki, tak cemburukah? Tak cemburukah? Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu, namun ternyata kau yang akan meminangnya.

Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu, ternyata dia tengah membandingkanmu dengan sosok lain dalam hatinya? Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah? Jika kau, para lelaki, menjawab 'ya' maka, itu pula yang kami, wanita, rasakan..

Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahwa yang akan berlaku tetaplah ketetapan-Nya…. Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejalan dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. . Lalu, buat apa kau mubazirkan waktumu? Untuk apa Kau kuras energi? Kerana apa kau habiskan airmatamu?.... untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?

Dan ku katakan padamu. Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu. Tapi ketahuilah, karena kau memilihku, kau ku cinta... Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses? Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku.. Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan, dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan..

Dan tak akan pernah ada ragu ku katakan kuserahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH, padamu.. Hanya padamu.. ya, hanya padamu dan untukmu duhai cintaku….

suatu.masa.saat.itu.akan.tiba.dengan.izinNya!
Tapi maaf, kau bukanlah cinta utamaku!
Tapi kau bakal manusia pertama kucintai selepas Rasulullah s.a.w!
sekarang.ada.perkara.lain.yang.perlu.difokuskan.dulu!
Perjuanganmu.perjuanganku.perjuangan.kita!!
~cahaya



_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

5 Oct 2011

~*~ Usah Kecewa, Allah sentiasa Menolongmu ~*~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Kelihatan seorang pemuda mengorak langkah perlahan-lahan di atas padang hijau sambil rambutnya dibiarkan beralun-alun ditiup angin. Di tangan kanannya kelihatan benda lembut yang berwarna putih. Mungkin kopiah. Riak wajahnya tenang, setenang air di laut. Bibirnya bergerak-gerak, seakan-akan menutur sesuatu. Zikir mungkin! Pemuda itu berjalan lagi di bawah teduhan langit Yang Maha Esa. Barangkali sedang menikmati indahnya alam ciptaan Allah swt.

Sedang dia berjalan-jalan, langkahnya tiba-tiba terhenti di sebuah pokok yang agak rendang. Yang menariknya di bawah pokok itu terdapat seorang lelaki yang memakai baju sekolah sedang bergumam sendirian. Mungkin itu yang menarik minat pemuda itu untuk mara ke situ. Lalu pemuda itu menghulurkan salam tanda sapaan.


Pemuda : Assalamualaikum wbt adik..(pemuda itu memaniskan mukanya)

Pelajar itu mendongak ke arah pemuda itu sebentar cuma, kemudian dia menundukkan wajahnya tanpa menjawab salam yang dihulurkan. Tubir matanya merah, sisa tangisnya jelas kelihatan di pipi.  Pemuda itu sempat melihat di hadapan pelajar itu terdapat skrip keputusan peperiksaan SPM. Mungkin keputusannya kurang baik. Pemuda itu seakan faham kondisi pelajar lelaki tersebut.

Pemuda : Boleh abang duduk sini?

Pertanyaan pemuda itu masih tidak terjawab. Lalu pemuda itu mengambil tempat di sebelah pelajar tersebut tanpa menunggu keizinan budak tersebut.

Pemuda : Kecewa dengan result ye??

Bersahaja pemuda itu melontarkan soalan. Dia sengaja berbuat demikian supaya pelajar tadi menjadi responsif. Pelajar itu memandangnya.

Pelajar : Bukan! Kecewa dengan Tuhan!

Owh, fahamlah pemuda itu bahawa pelajar tadi menyalahkan Allah kerana tidak dapat keputusan cemerlang. Masalah besar ni jika tidak diperbetulkan.

Pelajar : Saya bermati-matian belajar sebelum exam. Saya fokus sepenuhnya pada pelajaran. Tapi kenapa ini yang saya dapat?! Sedang kawan-kawan saya yang bermain-main dapat lagi cemerlang. Kenapa???!! Tidak cukup lagikah usaha saya selama ini! Kenapa Allah tidak mahu menolong saya!!

Pemuda itu mendengar tiap luahan pelajar tersebut. Kemudian dia tersenyum.

Pelajar : Kenapa abang senyum? Kalau abang nak persendakan saya baik abang pergi dari sini(raut mukanya seakan marah)

Pemuda : Adik ni kelakarlah. (bibirnya tidak lekang dengan senyuman)


Pelajar : Tak guna cakap dengan abang. Saya tengah bengang dengan result, boleh pulak abang kata saya kelakar. (kata-kata pelajar tersebut kian kurang manis)


Pemuda : Adikk...sedapnya bahasa(senyum lagi)..Tak la, adik cakap yang Allah tidak mahu menolong adik bukankah kelakar tu..


Pelajar : Lar..apa yang kelakarnya, saya boleh kira dengan jari berapa kali je Allah tolong saya. Abang tak kan faham perasaan saya.(tiba-tiba nada pelajar itu berubah menjadi sebak)

Pemuda : Adik, nak tanya? Adik datang sini siapa yang tolong? Allah bukan. Apa adik ingat tanpa pertolongan Allah adik akan berada di sini. Cuba lihat diri adik, apa yang ada di badan adik tu semuanya berfungsi dengan keizinanNya. Udara yang adik sedut tu, siapa yang bagi? Adik tak perlu bayar pun kan bila nak sedut oksigen.. Adik tahu tak setiap zarah yang berada atas muka bumi ini adalah kerana kasih sayangNya. Kalau nak dihitung dengan jari nikmat dan pertolongan daripada Allah tu, memang tak terhitung dengan luasnya langit lebarnya bumi. Allah itu Maha Memberi Pertolongan. Tak ke kelakar bila adik sebut adik boleh kira dengan jari pertolongan Allah tu.

Pelajar tadi berdiam diri. Mungkin memproses segala kata-kata yang keluar dari bibir pemuda di hadapannya.

Pemuda : Adik, tidak adil jika kerana adik tidak berjaya kali ini adik menyalahkan Allah kerana terlalu banyak kurniaan yang Allah berikan pada kita, tapi pernahkah kita bersyukur? Bila kita susah kita suka merungut itu ini, tapi bila kita senang adakah kita ingat pada DIA?? Adik kena yakin dengan janji-janji Allah. Allah melihat usaha-usaha hambaNya dan bukannya melihat hasilnya. Keputusan itu bukanlah janji yang menutup ruang hidup adik semuanya, sebaliknya itulah permulaan adik untuk mencari makna sebenar kehidupan kita di dunia ini. Setiap cubaan yang diberikan Allah itu ada hikmahnya. Mungkin sekarang Allah belum kabulkan lagi, sebab Allah sudah ada perancangan yang terbaik buat adik. Percayalah!

Pelajar tadi memandang pemuda itu dengan pandangan yang penuh pengharapan. Kemudian dia menjatuhkan wajahnya. Air mata lelakinya jatuh lagi. Dia sedar betapa selama ini kurangnya syukur pada Allah. Dia mula menghitung betapa dirinya sangat jauh dengan Allah namun Allah masih membantunya dalam kehidupan sehari-hari.

Pelajar : Terima kasih abang..(bibirnya mula tersnyum)

:: Moral ::
Kita selalu merungut dan meyalahkan Allah swt bila Allah swt tidak menolong kita, walhal Allah itu Maha Penolong...Terlalu banyak pertolongan yang sudah diberikan, namun manusia yang tidak pernah menghargainya dan sedar akannya..Allah itu Maha Teliti perancanganNya dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Kita wajib bersangka baik pada Allah swt..wallahuallm
_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

4 Oct 2011

No hudud please, we're Malysians ???

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 


Kenyataan Zainah Anwar selaku pengasas Sister in Islam (SIS) mengenai hudud pada 2 Oktober di akhbar The Star jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam memahami Hudud. (sini) Kenyataan Zainah di dalam akhbar berkaitan Hudud dengan menggambarkan Hudud sebagai undang-undang yang brutal dan tidak adil adalah suatu penghinaan terhadap hukum Allah. Sedangkan sebagai seorang Islam, kewajipan untuk mempercayai sesuatu perkara yang datang dari Allah adalah 100%. Keraguan terhadap sesuatu yang datang dari Allah mengundang kekufuran apatah lagi menghinanya. 

Isu Hudud yang hangat di bangkitkan akhir-akhir ini mengundang pelbagai tafsiran. Ianya bukan sekadar menjadi bahan politik bahkan juga di ambil kesempatan oleh beberapa golongan untuk menyuntik fahaman liberal seperti SIS ini. Ini suatu yang membimbangkan di saat umat Islam hari ini agak lemah kerana di sibukkan dengan perkara yang melalaikan seperti budaya hedonisme. 

Hari ini Hudud di gambarkan dengan begitu hodoh. Gambaran seolah-olah hudud ini adalah semata-mata suatu bentuk hukuman dengan melihat secara lahiriah semata-mata. Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 39; “Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) CEGAHAN dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”.. Ianya adalah CEGAHAN bukan hukuman semata-mata. 

Mereka yang menganggap Hudud itu hukuman yang kejam, hakikatnya mereka lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah itu daripada memikirkan nasib orang yang menjadi mangsa penjenayah itu sendiri. Sedangkan, sepatutnya orang yang tidak mempunyai sifat belas kasihan, seperti penjenayah tidak patut diberi belas kasihan. Ianya untuk mereka yang masih hidup, dan untuk menghidupkan hati mereka yang hidup agar tidak melakukan kejahatan atau jenayah. "Dan dalam Qisas itu ada jaminan KEHIDUPAN bagimu, bagi orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 179). 

Zainah selaku pengasas SIS tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan dengan merujuk akal fikiran semata-mata. Rujuklah alim-ulama sebelum menyatakan pandangan sesuai dengan nama 'Islam' pada nama pertubuhan itu. Kelemahan dalam memberi hujah berdasarkan nas hanya akan mengelirukan lagi umat. Bahkan menyesatkan diri sendiri dan orang lain. Hairan mengapa sehingga hari tiada tindakan yang di buat pada SIS sedangkan terlalu banyak pencangahan dan fahaman yang di bawa oleh pertubuhan 'Islam' ini sejak dahulu lagi. Jabatan agama perlu lebih sensitif, jangan kerana ada 'orang besar' dalam SIS membuatkan Jabatan Agama yang berautoriti ini menjadi 'tikus'. Ia sangat merugikan pada umat Islam. Wallahualam.


_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

2 Oct 2011

Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Auratmu?

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 



Duhai wanita perhiasan dunia, susah sangatkah dirimu untuk memahami apa yang telah disyariatkan oleh Allah untukmu? Bukankah Allah menunjukkan bukti betapa DIA sangat mahu memelihara kehormatanmu..Kenapa duhai wanita?? Kenapa?? Kenapa kau tidak mengerti kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah untukmu..Adakah kau memang suka jika dirimu dibiarkan tanpa kasih sayang dariNya..?

Duhai wanita cantik! Kecantikan apa yang ada pada dirimu sehingga sanggup kau biarkannya dinikmati orang ramai? Sukakah kau bila ramai lelaki di luar sana memandang kamu dengan penuh pandangan nafsu?? Apakah kamu tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang bermain di benak kepala mereka? Oleh kerana itu, Allah menjagamu melalui syariat penutupan aurat..Namun kamu tetap juga degil! Masih membiarkan auratmu terdedah ke sana ke mari..

Duhai wanita yang amat kukasihi, apakah kamu tidak menyayangi diri sendiri? Jika ya, kenapa merosakkan nilai yang ada pada diri kalian? Kenapa suka sangat merendahkan maruah yang ada pada diri?? Tenunglah pakaian hari-harimu.. Bertepatan dengan syariatkah ia atau tidak?? Kalian seharusnya bijak membuat pilihan, mengikut tetapan Allah atau mengikut arus fesyen berpakaian..


TAPI INGAT!! Mungkin kalian sudah lupa janji-janjiNya.. Takutlah dengan seksaan api neraka yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang ingkar terhadap perintahNya.. Mungkin kalian seronok bebas sini sana semasa di dunia, namun ingatlah kehidupan yang bakal kita tempuh di padang mahsyar kelak.. Sudahkah kalian bersedia untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaan daripada Allah di mahkamahNya nanti?? Yakinkah alasan-alasan yang digunakan di atas dunia untuk menolak penutupan aurat bakal diterima kelak di sana?? Mulut kalian akan terkunci, hanya anggota badan yang akan berbicara tentang semuanya!!

Ayuh wanita-wanita solehah, mari membaiki diri ke arah yang lebih baik. Tidak usah malu jika ada yang memandang serong bila kamu berusaha menutup aurat, kerana perhitungan di akhirat sana lebih penting, pandangan Allah terhadapmu sangat penting! Jadilah dirimu insan solehah yang selalu mengharapkan redhaNya..jangan pula kamu menjadi insan yang menggugat iman para lelaki di luar sana..nauzubillahi minzaliik!

aku.menasihatimu.kerana.aku.menyayangimu!

_______________________________________________________________ 

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________

~*~ Usrati Jannati ~*~

0 ore hok komen

بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah, sesudah bermacam-macam halangan yang membantutkan perjumpaan saya dengan adik junior, akhirnya Allah izinkan jua saya bersama-sama mereka dalam perkongsian ilmu. Mudah-mudahan kesempatan masa, lebih kurang dua jam yang diberikan oleh Allah insyaAllah beroleh manfaat daripadanya.


Doa Pengikat Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."


ps:-Ya Allah bantulah kami dalam hala tuju yang terbaik disisiMu..kami mengharapkan redhaMu ya Rahman..

_______________________________________________________________ 

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri- 
_______________________________________________________________