بسم الله الرحمن الرحيم
Bersama skuad RTM PMIUTM |
"Await
la hangpa semua ni dok jaga tepi kain cheq na..? Hangpa semua ni udah xde koje
len ke?"
Pernah
tak dibidas macam ni bila hangpa semua dok nasihat teman2..?
"Biaq
pi la aku! Kuboq msg2! Yang hangpa semua ni dok kisah pasai apa??"
Ade juga yang mengatakan macam tu..
"Eh,
dosa cheq yang nanggungnya! Jadi biaq pi la cheq nak buat ape pung!"
Aduh!
Pedas jugak nih..Bisa kalah nasi ayam penyek..=)
Lani...meh
cheq pula nak habaq mai...dengar naa..
Pertama..
Pertama..
Depa-depa
semua tu bukannya tak ada kerja ataupun kaki penyibuk.. Tapi depa semua tu
sayang pada saudara semuslim mereka. Dan bukannya mereka saja nak suka-suka..
Firman Allah, dalam petikan surah al-Asr : 3,,
وتواصو
بالحق وتواصو بالصبر
Erti : Dan hendaklah kamu saling
menasehati tentang kebenaran dan saling menasehati tentang kesabaran.
Dari Atha bin Yazid, dari Tamimi Ad-Dari, sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Agama itu nasihat, bila ditanya untuk siapa? Baginda menjawab : untuk Allah, untuk kitabnya, untuk Rasulnya, untuk pemimpin orang Islam dan untuk umat Islam semuanya.(Hadis)
Lepas
ni kalau ada orang nasihat kita, janganlah kita kata dia menyibuk deh. Sebab
kita kan orang Islam..=)
Kedua..
Tentang
kubur masing-masing ni. Iya memang benar, saya sangat setuju dengan kata-kata
tu. Jadi sebab kubur masing-masinglah mereka duk nasihat tu. Sebab nanti
awak-awak, kite semua duduk sorang-sorang dalam kubur. Tak ada siapa dah nak
tolong. Masa duduk atas dunia ni la nak peringat satu sama lain. Time kat kubur
bersiap sedialah untuk berhadapan dengan Malaikat Munkar dan Nakir. Tak takut
ke?...
Ketiga..
Kalau
orang tu buat salah memang la dia yang tanggung sendiri dosa. Tapi kalau orang
di sekelilingnya membiarkan saja, masyarakat juga boleh berdosa. Kena ingat
kawan-kawan semua. Kita hidup kat atas muka bumi ni bukannya sorang-sorang.
Jangan syok sendiri dengan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Sekarang
kita boleh cakap lagi, "aku punya dosa, ikut sukalah!" Tapi kat
akhirat nanti, golongan-golongan yang tidak dinasihati nilah akan menarik ahli
syurga untuk ke neraka..Ya Allah, nauzubillah..
" Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" Mereka menjawab "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa" (surah al-Araf : 164)
Sempena
Maal Hijrah yang mula menyelak tirainya, marilah kita sama-sama bermuhasabah
dengan penghidupan kita yang lepas. Adakah kita mahu ianya kekal di situ atau
kita mahu memperelokkan lagi? Marilah sama-sama mengintai(jangan intai saja)
maghfirah Allah SWT. Sementara nyawa masih tersisa, gerakkanlah hati untuk
melakukan perubahan dalam kehidpan kita. Jangan sampai bila kita dimasukkan ke
neraka kelak, barulah kita menyesal dan ingin pulang semula ke dunia untuk menebus
kesilapan lalu..Kerana saat itu kita sudah tidak punya apa-apa hak,,takutlah
sekalian hamba Allah..
Kepada
yang sudah melakukan perubahan yang positif pada dirinya teruskanlah dan
istiqamahlah dalam perubahan itu. Kerana hati itu milik Allah. Bila-bila masa
DIA bolak-balikkan hati kita semua dengan menarik hidayah daripada kita semua.
Hidup di atas muka bumi ini janganlah merasa sombong dengan Tuhan yang
Menciptakan serta manusia di sekeliling kita. Dan ingat nilai ketaqwaan dan
kebaikan itu biarlah bernilai disisi Allah. Sama-sama kita perbaiki diri kita ke arah lebih baik.
Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 :
Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu perlu beriman kepada Allah.
::RTM PMIUTM ::
Untuk pengetahuan semua Rukun Tetangga Mahasiswa(RTM) suatu idea dan pendekatan yang telah dicanangkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) dalam usaha memberikan kesedaran kepada seluruh warga komuniti UTM, yang meliputi staf dan juga mahasiswa/I UTM mengenai permasalahan sosial dan ketidakjagaan dari sudut kebajikan mahasiswa/i yang kian menjadi hari demi hari. Matlamat pergerakan dan perlaksanaan RTM UTM ini adalah menjurus kepada 3 aspek, iaitu kebajikan, perpaduan dan tatacara pemakaian dan etika pergaulan sosial. Selanjutnya boleh baca kat sini--->Rukun Tetangga Mahasiswa (RTM) dan juga RTM Mula Bertugas : Skuad SIswa MABRUK dan selamat menjalankan tugas buat RTM!
~Maal Hijrah~
ku.menasihatimu.kerana.aku.menyayangimu!
(musafir.cinta.ilahi)
ku.menasihatimu.kerana.aku.menyayangimu!
(musafir.cinta.ilahi)
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam
_______________________________________________________________
masuk kuboq pun bukan pi terjun sendiri..
ReplyDeleteada org gak yg tolong masukkan...~~,
amar ma'ruf nahi munkar...
sesiapa je yg melihat kemungkaran, maka cegahlah ia.