5 Mar 2012

La Tai-Asuu!


بسم الله الرحمن الرحيم 

lukisan rusydee artz (:
Tatkala kesepian menyapamu
Janganlah sesekali kau bermuram durja
Kerana kau sebenarnya tak pernah sepi
Kerana DIA selalu sentiasa di sisimu

Tatkala kekecewaan melandamu
Usahlah kau berhabisan air mata
Kerana kau sebenarnya tak pernah dikecewakan
Selagi kau mengharapkan sinar daripadaNya

Tatkala kesedihan memagut jiwamu
Janganlah bersendiri menjauhkan diri
Kerana kesedihan itu hanya sementara
Kerana Dia akan datangkan kegembiraan itu

Tatkala pelbagai ujian yang melintasi jalanmu
Janganlah sesekali kau rebah tanpa bangkit kembali
Kerana ujian itu adalah satu petanda
Bahawa Allah amat kasih dan sayang akan dirimu

Ayuh, bangkitlah hati yang sudah lama terlena
Bangunlah jiwa yang lemah dan tak bermaya
Tegakkanlah semangat dalam jasad dan rohanimu
Tundukkanlah nafsu dan egomu
Kikiskanlah sifat amarahmu
Buangkanlah segala kemanjaanmu
Untuk kamu melangkah dalam perjuangan ini
Dengan hati yang penuh ikhlas dan redha.


Semoga syahid menjadi milik kita
-musafir.cinta.ilahi-
stay strong,never give up

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

4 comments:

  1. mohon share..=)

    ReplyDelete
  2. @Anonymous: silakan..xperlu minta izin.. smuanya ilham drpda DIA..=)

    ReplyDelete
  3. subhanallah (: neer give up ! Allahuakbar ! sye follow blog awak (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukron..smga bermanfaat..maaf,baru perasan komen.. (:

      Delete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.