16 Mar 2012

Muslimin Memilih atau Muslimat yang Tak Pilih


بسم الله الرحمن الرحيم

sumber gambar

Dua tiga hari ni banyak pula timbul post-post yang tentang jodoh dan sewaktu dengannya. Mungkin terkena tempias syndrome tahun akhir kot. Apa kaitan pula dengan tahun akhir? Mestilah ada kaitan, sebab tahun itu adalah tahun terakhir 'mereka' bergelar seorang student(jika mereka tak amek master@PhD la). Kata orang masa belajar ni la nak cari pasangan. Kalau lelaki nak cari isteri dan kalau perempuan nak cari suami. Nanti bila dah keluar tempat kerja susah. Orang lain la yang kata. Betul ke tak, kena buat experiment sendiri la kot.


Sebut pasal pencarian calon isteri ni, saya dengar ramai yang mengatakan muslimin ni sangat memilih. Betul ke? 'Sangat memilih' tang mana tu saya tak tahu la. Hanya kaum mereka je yang mengetahui. Tetapi menurut pendapat saya, apa salahnya kalau mereka memilih? Bukankah mereka mahu mencari seorang ibu buat anak-anak mereka kelak? Wajarkah jika mereka memilih semberono tanpa ada garisan yang mungkin mereka sendiri yang tetapkan. Memilih seorang muslimat bukan saja untuk dijadikan seorang isteri, tetapi juga seorang menantu buat ibu dan ayah, serta bakal ibu yang akan mmendidik anak-anak generasinya kelak.

Ada pula suara nakal yang mengatakan bukan muslimin yang memilih, tetapi muslimat yang tak pilih. Sudah tentu statement ni datang dari kaum muslimin. (Mungkin ada betulnya..). Masalah yang timbul pula ialah muslimat yang tak pilih. Tersenyum juga bibir saya mendengar statement tu. Sejujurnya che mat(muslimat) kita ni bukannya tak pilih tetapi biasalah fitrah mereka dirundung dengan risau dengan penolakan. Nak membuat keputusan untuk meminang si 'dia' pun sudah difikir berjuta kali, apatah lagi jika hasratnya ditolak! Sedikit sebanyak pasti ada rasa kecewa. Jadi langkah terbaik untuk mengelakkan diri dari dikecewakan., mendiamkan saja hasrat itu dan menunggu saja untuk dipilih oleh sesiapa.

Baik muslimin atau muslimat dua-dua ada peranan masing-masing. Sebelum melangkah ke step baitul muslim, perlu kiranya kita menyemak kesediaan kita dalam menempuh alam baru tersebut. Persoalan memilih atau terpilih atau tak pilih bukanlah permasalahan utama. Tapi kesediaan kita untuk melangkah ke arah tersebut. Muslimin harus tampil lebih berani untuk menyatakan hasrat pada seorang muslimat melalui cara yang digariskan oleh Islam, kerana mereka adalah pemimpin bagi seorang wanita. Melainkan jika mereka belum bersedia ke arah itu. Seorang muslimat cenderungnya lebih suka menerima daripada memulakan langkah walaupun tiada salahnya jika seorang muslimat itu mentaqdim seorang muslimin.

Sesetengah orang menganggap perkara ini enteng malah tak kurang ada yang membuat muka bila berbicara soal baitul muslim. Mungkin orang-orang ini belum bersedia untuk berbicara dengan serius tentang topik ini. Mahu atau tidak, mereka harus bersedia awal untuk mendapat perancangan yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan bila soal baitul muslim ini dibicarakan dalam keadaan yang lebih kepada main-main ia menjadi kurang enak. Dan saat itu fokus matlamat utama baitul muslim mula lari dan yang keluar hanyalah perbualan yang tidak dapat memberikan manfaat kepada agama. Mungkin perlu disemat di setiap hati kita semua bahawa ini bukan saja melibatkan soal hati dan perasaan, tetapi salah satu sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Cukupkah perkahwinan itu dengan 'iloveyou'  and 'youloveme' sahaja?

Siapa yang memilih atau terpilih usahlah dipersoalkan kerana apa yang penting kita harus bersedia untuk menghadapinya. Lambat atau cepat bukan urusan kita kerana Dia punya rancangan yang terbaik untuk kita. Jangan sampai masalah baitul muslim membantut perjuangan kita. Tak kira sama ada sudah atau belum berkahwin tuntutan perjuangan tidak akan pernah terlepas.

 -musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

4 comments:

  1. Bila sebut pasal kahwin, ramai yang kaitkan dengan kejayaan, lebih2 lagi gambar keratan akhbar Kosmo. Tapi ramai yang tak sebut kisah al-Imam an-Nawawi dan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani yang walaupun wafat tanpa sempat mendirikan rumahtangga, mereka banyak meninggalkan legasi yang menjadi rujukan kita sekarang.

    ReplyDelete
  2. Daie siber : antra yg len, syed Qutb juga..mreka sibuk mncintai ilmu shngga xsempat mndirikn rumah tnga..subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah, ya tak ya... Syed Qutub...

      Delete
    2. Kisah perjuangannya di sebalik palang besi.. mula meminati beliau slps menyoroti kisahnya serba sedikit..sgt jauh nk dbandingkan dgn smgat perjuangan yg ada dlm diri kita..

      Delete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.