5 Jul 2012

'MEREKA'


بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa sukar sekali diri ini untuk berhadapan dengan mereka?
Kenapa hati ini sentiasa berat tatkala perlu berurusan dengan mereka?
Kenapa jantung ini berdegup pantas bila meeting dengan mereka?
Kenapa suara ini rasa bergetar bila harus berkata-kata di depan mereka?
Kenapa ye? Kenapa? Kenapa?

Kenapa urat sendi kadang-kadang sakit bila bertembung mereka?
Kenapa sentiasa kurang selesa bila kena berhubungan dengan mereka?
Kenapa perasaan takut tu datang bila ada melibatkan mereka?
Kenapa bibir seakan tidak mahu terbuka semasa berhadapan mereka?
Kenapa ye? Kenapa? Kenapa?

Apakah mereka salah?

Tidak.

Apakah mereka jahat?

Tidak.

Apakah mereka angkuh?

Tidak.

Aku tidak tahu, yang pastinya rasa ini berterusan.
Tiada niat untuk membenci mereka mahupun tidak menyukai,
Namun itulah hakikat diri ini yang tidak biasa dengan golongan mereka..

Tidak pernah ku minta hadirnya perasaan seperti ini..
Namun Allah memberiku merasai segalanya..
Hal ini telah menyelamatkan ku dari mereka..
Ini dapat menjarakkanku dengan mereka..

Biar dikatakan sombong. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan senyap. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan pasif. Tidak mengapa (:
Biar dikatakan tidak ramah. Tidak mengapa (:

Katalah apa sahaja yang mahu dikatakan, persepsilah diriku semahunya. Tidak mengapa.
Kerana apa yang diriku alami lebih sakit daripada apa yang kamu telah lihat secara luarannya.
Kerana aku yang merasainya. Bukan mereka atau sesiapa. Tetapi aku ..
Kalau mereka mahu bertegur sapa secara ramah dan bergurau mesra carilah orang lain,
Kerana aku tak mampu untuk melakukan hal itu dengan mereka..hanya dengan mereka.

Ingin saja diluahkan segalanya apa yang kurasa tentang mereka.
Iya.. pasti ku luahkan jua sehingga saat salah seorang daripada mereka
menjadi sebahagian daripada hidup dan jiwaku.

it's easy for me to get along with the person that i do not know him. 
i feel more better (:
-musafir.cinta.Ilahi-

  Photobucket _______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 comments:

  1. Salamullah 'alaik.

    Semuanya tidak lain, tatkala hati masih terasa kosong dek kurangnya ibadat dan zikrullah, wujudnya ruang kosong buat Iblis dan Syaitan, sekalipun sedikit tetapi sudah cukup untuk Syaitan 'menggetarkan hati' menerusi mata tatkala berhadapan dengan makhluk bernama Adam.

    Pengalaman peribadi:

    - apabila sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, kita sendiri jadi kurang masa untuk berfikir tentang memenuhi kehendak syahwat bertopengkan cinta
    - apabila kita menjaga adik yang masih bayi, terasa insaf bahawa orang yang terhegeh-hegeh hendak mencari putera/puteri kehidupan, masih tidak boleh menjaga adik sendiri, lantas bagaimana dengan anak sendiri kelak?

    Nota: Ana dah bertukar alamat blog ke http://LukhmanTaib.hadithuna.com, dan dah link blog ini dalam blog baru ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana stju, bila kite sbuk dgn tggungjwb, kte lupa skjap dgn cinta dan bagainya. Ana sndri pn tdk suka mmikirknnye jka blum tiba msanya. syukran.

      ps. ptutla, ana cube access ke blog lama xdpt. insyaAllah, nti ana ganti link yg baru.

      Delete
  2. pasti salah seorang dari mereka adalah untukmu..
    ^^ hanya Allah yang tahu di mana dia sekarang..
    Perancangan Allah itu adalah yg terbaik..
    Nantikan.. pasti ada insan yg terindah buatmu..
    insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. tapi kat ats ni bukan mslh cinta atau jodohla sygku..
      mslh nak brhdpan dgn mreka ni sgt sukar..knape prlu ad rase tkut ye.
      Makin lame kenal, makin rase tkut.. hmm..

      Delete
    2. CH focus pd last statement tu..hee
      "pasti ku luahkan jua sehingga saat salah seorang daripada mereka
      menjadi sebahagian daripada hidup dan jiwaku."

      biasa la tu.. CH pu camtu, xleh nk cakap bila meeting ngn MEREKA..
      biarla hati nk cakap, tp tak terluah dek krn ada MEREKA.
      tp bila hati di miliki oleh salah seorang dari MEREKA,
      rasanya, perasaan tu dah tak ada.. Hee
      insyaALlah..

      Delete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.