14 Nov 2011

Kadang-kadang Berdua Lebih Baik


بسم الله الرحمن الرحيم 


"Awak kurang darah merah ni. Tekanan darah rendah." ujar doktor perempuan itu. Sebenarnya doktor perempuan di pusat kesihatan hari itu hanya untuk check ibu mengandung. Tapi sengaja ku minta doktor perempuan dan alhamdulillah rezekiku.. kerana tak ramai ibu mengandung datang. Tapi ada mata-mata yang melihat ke arahku bila saya melangkah masuk ke bilik doktor perempuan. Barangkali aneh, mungkin ada juga yang beranggapan saya adalah ibu mengandung. Biarkan saja, yang penting dapat doktor perempuan. 


"Awak makan sayur?" tanya doktor.
"Kurang..hehe"
"Awak makan daging"
"erm,sangat jarang.." ujarku.
"Macamana tekanan darah tak rendah sebab awak tak makan tu semua.." ujar doktor itu berhemah..saya suka caranya..


"Saya pun tak tahu nak buat camana doktor."
"Kalau awak tak dapat makan tu semua, saya bagi supplement ferum lah kat awak,oke?" doktor meminta pendapatku..bagus sangat doktor ni..kaya dengan budi bahasa..


"Erm, ubat tu tak ada kesan sampingan kan? Maksudnya untuk masa akan datang?" saya sebenarnya tidak suka makan ubat. Bagi saya kadang-kadang ubat ini melemahkan fungsi sistem dalam badan. 


"Eh, tak adalah. Ni just nak tambah kandungan darah je."
"Owh, oke." ujarku sambil tersenyum lebar. Seronok berbual dengan doktor tu. Sangat ramah orangnya. Rasanya pertama kali saya rasa seronok bila pergi pusat kesihatan. pelik!


~~~
ni gambar pershabatan,bukan pasangan couple ye..
jgn salah faham(: 
Kadang-kadang berdua tu lebih baik. Kenapa saya cakap macam tu? Mungkin sebab rindu masa tinggal dengan roomate dulu. banyak perkara yang dilakukan bersama. Makan bersama, solat bersama, belajar bersama. Dan yang penting bila sakit roommate ada kat sisi. Sakit kepala, dia tolong urutkan. Sekarang sudah tiada siapa yang nak tolong urut. hehe.. Tapi saya amat beruntung kerana ada mereka. Ya Allah, mereka terlalu baik pada saya. Semoga Allah memberi balasan yang terbaik buat mereka semua.


Tetiba saya teringat kisah seorang ustaz yang mengalami migrain yang agak teruk sampai menyebabkan pengsan. Ustaz tu pernah pengsan seorang diri di dalam rumahnya tanpa diketahui oleh orang lain. Masya Allah.. Migrain saya tidak seteruk itu. Tapi sakitnya Allah saja yang tahu. Allah tahu hambaNya mampu sebab Dia takkan bebankan hambaNya dengan apa yang hambaNya tidak mampu. Kadang-kadang fikiran risau juga bila duduk single ni, tapi insya Allah, saya yakin Allah ada untuk menjaga diri ini. Tapi setiap perkara itu pasti terselitnya hikmah. Kita merancang, Allah juga merancang..tapi perancangan Allah tu lagi terbaik. 


When you say.. 
"I can't do it.."


Allah tells you..
"You can do everything through me, I gives you the strength.."


Dan ingatlah, bila kita rasa keseorangan jangan pula kita larut dalam kesedihan sebab sebenarnya kita tidak pernah keseorangan. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia tidak pernah tinggalkan kita even sesaat cuma kita saja yang seringkali melupakanNya. Jadikan 'single' tu sebagai satu peluang untuk kalian memperbanyakkan ibadat dan bersunyian dengan Yang Esa. Insya Allah, kalian akan nampak kebaikan yang banyak.


::tiga tempat yg saya tak suka pegi..klinik/hospital,balai polis dan kaunter::


p/s:-serius, lepas makan Ferum, asyik lapar je. Selera jadi bertambah. Berperang dengan nafsu makan (:

 _______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

2 comments:

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.