24 Oct 2010

Dalam diam hatiku menangis .. =.=


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi Allah serta salam rindu buat sahabat-sahabatku yang jauh dari pandangan mata. Puji-pujian ku titipkan kepada Tuhanku Pencipta sekalian alam yang mempunyai 99 nama yang indah. 


DIA lah tempat kita meminta segala sesuatu, DIA tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang setara denganNYA..(al-Ikhlas : 2-4)

(Oh hati!kau menangis lagi...!!)

Kesibukan yg melanda membuatku rasa di awang-awangan..
Mungkin anda semua juga begitu..
Tenggelam dgn kesibukan yang menghimpit diri..
Hampir setiap hari hati ini menangis..
Kerana apa?? bukan krna kesibukan yg datang ...
Tapi mngenangkn hbungan dgn kekasih yg Satu,
Terasa diri jauh dgnNya..
(Ya Allah, aku tdk mahu jauh dariMu walau sesaat!)

Mungkin kita tidak sedar bahawa kesibukan dgn urusn dunia, membuatkan kita jauh dariNya..Walau DIA tdk pernah melupakan kita, tapi kita yg sering melupakan dan menjauhkan diri dariNya..Terlalu asyik dgn kehidupan duniawi sehingga lupa tanggungjawab yg tergalas di bahu..
(Ampunkanlah kami Ya Allah atas kelalaian kami sendiri)..

Mengimbas kembali detik-detik perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta para shuhada..Mereka sibuk merebut redha Allah dan tempat di syurga..Sanggup bermandi darah demi cinta pada Yang Satu. Sedang kita sekarang berebut meraih dunia, bahkn kita memaksa diri dan berperang utk meraih kesenangan dunia yg beracun itu. Amat bersenang lenang, sibuk mengundang murka Allah dan seronok menempah tempat di neraka..*"bahan api neraka itu terdiri drpd manusia dan batu..",al-baqarah :21..Nauzubillah!
(Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu)..

Letih??!Ya, memang letih utk kita menyeimbangkan kesibukan dunia dengan urusan akhirat. Hatta, klau diikutkan urusan akhirat sepatutnya lebih daripada urusan dunia. Kerana negara akhirat adlah negara yang abadi. Sementara dunia hanyalah persinggahan semata dan bersifat sementara..Kita diibaratkan musafir yang berdagang di bumi Allah. Jadilah pedagang yang terbaik!!Insya'Allah..

^_____________________^


Alhamdulillah, sekarang, pada waktu ini, aku bisa mengukir senyuman kepenatan. Penat mengejar dan penat dikejar. Memikirkan agenda2 yang bakal datang membuatku sedikit serabut. Namun ku tahu Kau tetap setia memberiku senyuman dan pujukanMu yang manis. Terima kasih Ya Allah, kerana memberiku sejuta rasa dalam memikul tanggungjawab. Terima kasih kerana memberiku kesibukan yang membuatkan aku menghargai detik-detik waktu untuk bersamaMu.

Hati ini takkan kubiarkan terus menangis dek kerana kerinduannya padaMu terlalu utuh. Oh, hati!!Maafkanku kerana tidak menghiraukan tangisanmu.



"janganlah kau mengejar dunia, kerana ia akan lari darimu..kejarlah akhirat dan dunia akan mengiringimu.."




~untuk mnjadi yg terbaik juga masih belum ku mampu, nmun kucuba sedaya upaya




7 comments:

  1. perjalanan mencari sekeping hati..

    asrar.

    ReplyDelete
  2. pepatah org tua2,
    jgn tanam rumput,padi xkn naik,tmn padi,rumpuk naik sama..

    ReplyDelete
  3. @asrar
    -sukarnya mncari sekeping hati yg suci drpd selut2 dunia..

    @muhammad
    -betul3..keuntungan lbih kat situ..

    ReplyDelete
  4. macam mana leh menangis,,, bukan ke mata tu sentiasa bercahaya

    p/s dah msj pak cik, dia ckp trma kasih, bro m ckp yg nia kirim salam kat fatima... ok kan?? hehehe

    ReplyDelete
  5. @bro m
    -sbb hati yg mnngis..bukan mata,,:)

    ps:-oke2..trimas ye bro m..baru lega skit..^_^

    ReplyDelete
  6. selalu gagal untuk buat hati tidak menangis..

    ReplyDelete
  7. @en biskut

    air mata adlh anugerah..tpi mcmne dmksudkn dgn hati yg menangis..hati mngeluarkn air mata??oh tntu sekali tidak!=)

    tangisan yg kluar drpd hati mnandakn hati kita lembut..jadi tak slah jika mau menangis, cuma biarlah tangisan kita tu, adlh tngisan yg dicintai Allah dan bisa melindungi diri dari api neraka kelak..

    "maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sbgai pembalasan dari apa yg selalu mereka kerjakan.."
    (at-Taubah : 82),

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.