بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian buat Allah SWT, penakhluk sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Allah SWT. kerana masih mengizinkan diri ini melewati hari ini, terima kasih buat Tuhanku kerana masih memberi peluang untuk diri ini memohon taubat kepadaNya dek kerana dosaku yang tinggi melebihi gunung, dosa yang tinggi melebihi apa saja yang paling tinggi di atas dunia ini.. Diri ini hanyalah mengharapkan kasih sayang dan rahmatNya demi melangkah terus ke hadapan demi meraih RedhaNya! Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah
Firman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Dalam mengharungi kehidupan ini dengan pelbagai cabaran dan dugaan, setiap muslim tidak terlepas daripada tertimpa ujian kesusahan atau bencana. Kesakitan adalah salah satu ujian yang Allah berikan sebagai kafarah dosa. Didiklah hati supaya menganggap segala kesakitan yang diberi oleh Allah itu merupakan satu hadiah di mana Allah mahu mengangkat darjat kita dengan kesabaran dalam menempuhi ujian dariNya.
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."
Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"
Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."(HR Muslim)
Kadang-kadang sakit itu datang sehingga sampai satu tahap, kita terasa amat down..Pelbagai tanda soal menerpa di benak yang mempersoalkan kenapa kita berterusan diuji Allah dengan kesakitan ini. Sampai bila harus hidup begini? ALLAH..ALLAH..ALLAH..Faghfirlana..faghfirlana..faghfirlana.. ampunkanlah hati-hati kami yang terketerlaluan dalam berbicara menyoalkan apa yang telah Engkau berikan. Sedarlah hati bahawa banyaknya hikmah di sebalik ujian kesakitan yang diberi Allah SWT.
Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)Bersangka baiklah dengan ALLAH. ALLAH menguji kita tanda DIA amat mengasihi kita..tanda DIA masih cakna pada kita..tanda DIA masih tidak melupakan kita. Kerana kesenangan itu bisa menjadikan kita lalai kepadaNya. Ya ALLAH beruntungnya mereka yang ditimpa sakit kerana ALLAH menjaga mereka sehingga ALLAH tidak membenarkan pun mereka untuk terus leka dalam kelalaian dunia..Subhanallah..ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Pasakkan diri dengan kesabaran yang tinggi. Sungguh, Allah tidak akan membebankan dirimu apa yang kalian tidak mampu. Allah memberi ujian itu kepada kamu kerana DIA tahu kamu mampu menghadapiNya. Dekatkan dirimu dengan Tuhan yang menciptakanmu dan yang memberi sakit padamu. Sandarkan dan luahkan segala kesakitanmu kepada DIA kerana hanya DIA yang bisa menyembuhkan dirimu.
Ya Allah, dengan kerendahan hati yang kumiliki..aku mohon Kau kuatkanlah hatiku dan hati sahabat2 seperjuanganku untuk terus tabah,sabar dan redha dalam menerima setiap bentuk ujian daripadaMu sama ada ujian kesakitan atau kesusahan. Kami mengharapkan penyembuhan daripada Mu atas segala penyakit yang menimpa diri kami.
(musafir.cinta.Ilahi)
p/s:-bila 3 sakit datang serentak, ALLAH..ALLAH..ALLAH.. ubat hanyalah ikhtiar. ALLAH tidak meletakkan pun kesembuhan itu pada ubat melainkan semuanya kerana izinNya!
______________________________________________________________
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam
_______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.