11 Nov 2011

Surat Ringkas Untuk Adik : Ketahuilah Apa Tujuan Kita Berada Di Sini


بسم الله الرحمن الرحيم 

mana satu jalan yang betul nie??!

Assalamualaikum w.b.t buat adik-adik yang dikasihi. Segala pujian bagi Allah SWT yang memilki segala sifat kesempurnaan dan keindahan. Bersyukur pada ilahi kerana mengurniakan nikmat Islam dan iman pada kita. Alhamdulillah...ahamdulillah..alhamdulillah..

Pertemuan kita pada kali ini telah ditentukan olehNya. Bertemunya kita pada hari ini, tarikh ini dan waktu ini adalah perancangan YANG MAHA ESA yg mengetahui segala tersurat mahupun yang tersirat. Alhamdulillah, Allah telah mengumpulkan hati-hati yang berkehendak kepadaNya. Hati-hati inilah yang bakal menyambung kerja-kerja nabi. Hati-hati inilah yang akan menegakkan Islam di atas muka bumi ini.. Insya'allah..

Kita dilahirkan ke bumi ini bukanlah utk tujuan sia2. Kita dilahirkan sbagai seorang khalifah utk mentadbir dunia ini. Mentadbir dunia dengan ISLAM!

“Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?”(Al-Mu'minun : 115)
"Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)

Sebagai seorang khalifah, apa tugas kita? Cukupkah sekadar kita solat, makan, minum, study dan tidur sahaja. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat dahulunya bersusah payah untuk menyebarkan syiar Islam. Sanggup bermandi darah demi menegakkan agama Allah. Cukupkah kita sekadar goyang kaki dan berpeluk tubuh saja?? Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah berdakwah. Ya, dengan dakwah, Islam akan tersebar dan dapat tertegak di atas bumi ini..Insya’allah

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ
" Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah, sepertimana yang diucapkan oleh Isa putera Maryam kepad pengikut-pengikutnya yang setia, siapakah pembantu-pembantu ku pada jalan Allah ?. Lalu berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia : Kamilah pembantu agama Allah.. "
(as-Saff 14)

Adik-adik yang dikasihi,
Seperti yang kita maklum, hukum berdakwah ada dua fardhu ain dan fardhu kifayah. Dalam situasi kita sekarang hukum berdakwah menjadi fardhu ain(wajib).  Jangan pernah mengukur diri kita tidak layak untuk berdakwah, kerana kalau bukan antum semua siapa lagi yang mahu meneruskan perjuangan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. Ayat di bawah jelas menunjukkan kewajipan berdakwah dalam setiap individu Islam.
“Kamu umat Islam adlh umat terbaik yg dilahirkn utk manusia,(krn kmu) mnyuruh kpd yg makruf dan mncegah dari yg mungkar dan beriman kpd Allah.”(Al-Imran 3 : 110)

Jadi adalah menjadi kewajipan untuk kita menebarkan risalah dakwah biar dengan method apa sekalipun. Namun! Perlu kita ingat, adakah kita boleh menyampaikan dakwah jika kita keseorangan. Tentunya dakwah itu akan lebih berkesan jika dilaksanakan dalam suatu kelompok. Ambil contoh mudah, yang mana susah utk dipatahkan antara satu lidi dengan lidi yang banyak. Pastinya lidi yang banyak itu lebih susah utk dipatahkan. Jadi untuk berdakwah memerlukan kita berada di dalam jemaah. Jadi wajiblah kita menyertai jemaah jika kita mahu berdakwah.

Dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang  perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Jadi jelaslah pada kita sekarang bahawa berdakwah dan berjemaah itu menjadi kewajipan kita. Kedua-dua perkara ini penting dalam menegakkan agama Allah.

Adik-adik yang disayangi,
Antum tidak keseorangan di jalan dakwah ini. Kita ada sahabat-sahabat dan paling penting Allah selalu bersama dengan kita. Dan ingat jalan dakwah ini bukanlah dilalui oleh orang-orang yang suci, tapi ia adalah jalan untuk insan-insan yang mahu memperbaiki diri. Sama-sama lah kita menampung kelemahan dan kekurangan antara satu sama lain. Ukhwah yang terbina ini jangan disiakan kerana ukhwah ini amat tinggi nilainya di sisi Allah. Kita berukhwah atas dasar semata-mata kerana Allah SWT. Tiada kepentingan lain, hanya demiNya semata-mata. Moga Allah sentiasa bersama kita. Istighfar..
wallahuallam,

p/s:-terjumpa surat ini,yang ditulis untuk adik2 suatu masa dulu..(musafir.cinta.Ilahi)

_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

1 comment:

  1. singgah sini. apa yang kebetulannya ya? hehe saya cari chatbox tak jumpa

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.