بسم الله الرحمن الرحيم
sila letak kasut atas rak. sekian (: -Masjid Sultan Ismail UTM- |
Alhamdulillah. Diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah. Segala puji-pujian buat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Hari ini terdetik di hati untuk mengajak muslimat. wanita, perempuan, cik adik and cik kakak semua untuk sama-sama menyenangkan urusan orang lain. Urusan siapa tu? Urusan seorang mak cik yang dalam gambar tu, yang tengah duduk bersandar ke dinding tu. Mesti kalian tahu kan siapa gerangan mak cik tu kan. Siapa-siapa yang pergi masjid(msi), mesti ada jumpa dia kat tangga tu (:
Dua hari yang lepas saya sempat berbual dengan mak cik ni secara kebetulan. Masa tu saya meletakkan sandal saya di atas rak, lalu dia mengucapkan terima kasih. Saya jadi aneh? Nak dijadikan cerita saya sembanglah sekejap dengan mak cik tu. Hmm, barulah tahu rupanya dia tunggu di situ untuk pastikan kite semua letakkan kasut di atas rak sebab ramai yang tidak meletakkan kasut di tempat yang disediakan. Bukan ape, kasut and selipar yang diletakkan di atas simen tu kadangkala tercampak hingga ke tangga atas. Jadi kemungkinan selipar atau kasut itu ada najis dan ia akan mengotorkan kawasan masjid. Tambah-tambah orang lalu lalang kat situ. Nanti kalau ada najis, ianya akan dibawa ke tempat solat.
Sebenarnya kesian kat mak cik tu. Dia gunakan masa rehat dia untuk tunggu kita semua. Rasa macam budak-budak tadika la pula, kena ada orang tunjuk dan cakap letak kasut kat rak, sedangkan kita seorang mahasiswi. Adeh, malu betul dengan mak cik tu. Budak tadika pun tahu nak susun selipar dan kasut mereka. Jadi lepas ni, kita susun dan letak elok-elok kasut or sandal atas rak. Rajin-rajinkanlah diri untuk meletakkan kasut yang beratnya tak sampai pun 1kg ke atas rak yang disediakan. Tak payah susahkan mak cik tu nak kena tunggu kat situ semata-mata nak pastikan kita letak kasut atas rak. Tengahari tadi pun dia ada juga kat tangga tu.
Mesti ramai yang pernah buat kan? Tak mengapalah, yang dah lepas biarlah. Saya pun pernah buat dulu masa nak cepat. hee.. Tapi bila kita dah tahu, jangan buat lagi. Walaupun itu memang sebahagian daripada kerja mak cik tu(
Kalau kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita
-Musafir.Cinta.Ilahi-
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment
Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.