13 Aug 2011

Ceritaa Cintaa


بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang bercakap tentang cinta dan ramai juga orang yang mengalami masalah cinta. Tidak lupa juga ramai orang menafsir cinta dengan cara yang berbeza. Tidak kurang itu, ada juga yang menafsir cinta ikut citarasanya sendiri. Jika ia mahukan cinta ini begitu maka begitulah, jika ia mahu cinta ini begini maka beginilah. Seolah-olah ia yang mencipta CINTA dan kuasa CINTA itu tunduk di bawah arahannya. Mungkinkah semuanya sudah lupa kepada Pencipta Cinta? Perhaply possible!

Jika mahu menafsir erti cinta, rasanya tidak cukup ruang untuk ditulis di sini. Anda tahu kenapa? Kerana bila kita mengertikan cinta itu berpandukan penciptanya maka lahirlah definisi-definisi cinta yang indah seperti yang kita nikmati sekarang. Yang berusia sayang orang yang muda, yang muda hormat yang berusia, si ibu dan ayah kasih akan anaknya dan seluruh makhluk berkasih-sayang dengan cebisan cinta daripadaNya. Nilai-nilai murni yang tumbuh hasil dari cinta dan kasihNya. Lihatlah betapa luasnya cinta DIA!

Suka saya kongsikan kata-kata yang menarik daripada Ibnu Qayyim berkenaan dengan takrif cinta ;

"Tidak ada batas cinta yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri, membatasinya jelas hanya akan menambah kekaburan dan hambar maknanya. Maka, batas dan penjelasan cinta tersebut tidak dapat dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri."


Mungkin akan ada yang berkata, "Bosannya!Asyik-asyik cinta!Macam tak ada benda lain!" Saya tidak akan jemu untuk bercerita lagi tentang cinta kerana saya ingin menjadi orang yang menghargai cinta pemberianNya. Saya tidak akan jemu dengan cinta kerana saya ingin selalu dicintai olehNya. Saya tidak boleh jemu dengan cinta kerana saya belum memiliki cintanya. Saya tetap akan sukakan cinta meski saya sudahpun bertemu cintaNya. Bagaimana saya mahu melupakan CINTA jika segala cinta itu milikNya? Haruskah saya membiarkan saja CINTA walhal saya mencarinya? Wahai Tuhan yang memiliki dzat yang sempurna temukanlah aku dengan cintaMu!

Pernahkah anda meluahkan atau mendapat luahan seperti ini;

"Saya cintakan awak seluas lautan dan setinggi gunung."

atau yang lebih kuat lagi,

"Saya cintakan awak seperti saya sayangkan diri saya sendiri."

Lihat!Jika anda yang meluahkan, anda sendiri tidak sanggup berjanji melebihi apa yang anda ada. Anda hanya boleh mencintai dia hanya setakat itu kerana anda tidak punya apa-apa. Anda tidak memiliki gunung dan laut, tapi anda memiliki ukuran bahasanya. Anda kata cinta anda itu hebat? Anda telah mempertaruhkan cinta anda pada kekasih pujaan hati dengan benda yang bukan milik anda. Saya rasa itu belum cukup hebat lagi..^___^

Jika anda yang mendapat luahan tersebut, malang sekali jika anda percaya. Dia hanya menyajikan anda dengan madah-madah indah dengan menggunakan ukuran gunung dan laut yang nyata bukan milik dia. Anda kata cinta dia hebat! Dia sayang saya macam dia sayang dirinya sendiri. Oh, benarkah bagi anda cinta yang sebegitu sudah cukup hebat. Sebab atas dunia ni sesetengah orang tu dia lebih sayang barangnya daripada dirinya sendiri. Jadi apalah sangat kamu di matanya jika dirinya sendiri pun sanggup dikorbankan untuk barangnya itu. Dia sayang anda sama macam dia sayang dirinya, right!

Jangan merajuk dan kecewa dulu. Meh sini saya cerita tentang cinta yang hebat. Sekarang cuba lihat diri kita sendiri,semuanya cukup lengkap kan. Mata, telinga, hidung, tangan, kaki..ni baru anggota badan. Nyawa yang dipinjamkan untuk kita sekarang ini, siapa yang beri?? Berapakah bayaran yang kita bayar sejam untuk menikmati oksigen agar kita tetap terus bernafas?? Bolehkan kekasih hati membeli anggota badan dan nyawa untuk kita seandainya cinta dia tu tiada tandingannya. Sudah tentu tak bolehkan?! Habis tu kenapa cinta sangat kat dia sampai lupa ada yang Maha Kaya dengan CINTA selalu mencintai kita..Ya, kita selalu lupa!


Tika kita susah, baru tercungap-cungap menagih cintaNya..Tika kita sedih, baru berlari mengadu mengucap rindu padaNya..Tika diuji, baru nak bertatih mendapatkan kasih-sayangNya..Itulah cinta kita...Tapi tidak DIA..Dia selalu ada di samping kita walau dalam apa sekalipun. Tika kita susah, Dia pasti menolong.. tika kita sedih, Dia beri kegembiraan.. tika kita gembira, Dia tidak biarkan kita alpa dalam kegembiraan dengan menghadiahkan sedikit cubaan. Lalu cinta apakah lagi yang dicari-cari selain cintaNya yang hakiki..? Jangan biarkan mata kita sampai jadi buta kerana keindahan duniawi sampai kita tidak boleh bezakan yang mana cinta sejati dan yang mana cinta parasit! Biarlah cintaNya berada dalam setiap helaan nafas kita~Allahu Rabbii.

:: Moral of the Story ::

Kita biasanya lebih menyukai hadiah yang diberi daripada orang yang memberi. Let's change now! Sukailah pemberi hadiah!


 ___________________________________________________________________

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-  ___________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.