7 Aug 2011

Kecoh Pagi Hari


بسم الله الرحمن الرحيم 


6.30 pagi

Saya melangkah ke dapur lalu memetik suis elektrik. Serentak nyalaan lampu, ada benda berbulu yang agak besar berlari ke suatu sudut. 'Ya Allah, haiwan ape tu?' saya berteka-teki di dalam hati. Saya beranikan diri dengan menjengulkan sedikit kepala. 'Errp, besarnya haiwan ni!' Tidak jadi mahu ke dapur, takut haiwan itu berlari ke arah saya.

Kedengaran enjin kereta ayah dari luar. Ayah dan ma baru balik dari masjid.

"Ma, meh sini jap!" terus saya panggil ma saya sambil saya terjengul-jengul menghendap haiwan yang dilihat saya tu. Haiwan tu masih tak bergerak.

"Ye, ade apa fatihah?" ma saya bertanya hairan.
"Mehla sini." sambil tangan saya menunjuk-nunjuk ke arah haiwan itu.
"Kenapa?" Ma saya ikut sekali perbuatan saya.
"Cuba ma tengok tu. Ada haiwan berbulu, besar. Ye lari ke arah tu masa fatihah bukak lampu." tanganku masih dihalakan ke tempat tadi.
"Mana? Tak nampak pun. Kat mana, tak ade pun." Mak terjengul-jengul melihatnya dari jauh.(*sbb ma pun takut kat haiwan berbulu..hehe)
"Ada..cuba tengok betul-betul." saya masih tak puas hati. Pelik! Padahal haiwan tu cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

"Fatihah, mana. Ma tak nampak pun."
Ayah datang dari belakang. Adik bongsu saya yang sedang baring di luar pun turut serta untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

"Kenapa ni? Ada apa kat situ? Ular??" ayah meniru sekali perbuatan ma. Adik turut sekali.

"Entah, fatihah kata ada haiwan besar kat situ." Ma menunjuk ke tempat tersebut. Saya mengangguk saja.

"Tak ada pun." Ayah pun mengatakan tak nampak. Saya lihat jelas haiwan tu masih adaa kat situ. Tapi yang pelik haiwan tu tak bergerak pun.

"Tu, ada lagi. Melekat kat situ tu. Ma jangan pergi dekat nanti dia lari ke sini." saya berlari ke luar bila melihat ma mendekati tempat tu. Takut haiwan itu melompat ke arah saya.(*peristiwa biawak naik ke atas riba saya masih terbayang di kepala.huhu)

"Fatihah, cuba mari sini! Tengok.. mana ada haiwan kat sini. Takut fatihah tengok tikus tadi." Jarak ma sudah dekat dengan tempat tu.

"Aaah..Cuba tengok ni. Tak ada pun. Imaginasi je tadi tu kot." Ayah menyokong ma saya. Adik saya tidak menunjukkan minat sangat. Dia selamba je pergi duduk kat luar. Tiada riak takut di mukanya.

"Tak nak la. Fatihah takutla. Tak mungkin tikus sebab besar tadi." saya tidak mahu pergi dekat.
"Nak takut apanya. Semua orang ada kat sini." Ayah memanggil saya. Saya beranikan diri untuk menjenguk sekali lagi dari arah yang lebih dekat.

"Tuuu..ada lagi. Warna hitam kelabu tu." kenapa dieorang tak nampak lagi sedangkan sudah jelas di depan mata. Ma dengan ayah terbongkok-bongkok memfokuskan mata ke arah tempat itu.(*mungkin mereka risau kot betul ada haiwan 'besar' yang berbulu seperti dikatakan oleh saya tadi.)

Ma berpaling ke arah saya, "Ke fatihah tengok tangga simen hitam tu yang melekat."

Saya pergi lihat sekali lagi. Kali ni jarak yang lagi dekat. 'Eh, tak ada la pulak.' Tiba-tiba saya terperasankan sesuatu. Tangga simen! Saya rasa itulah sebenarnya haiwan berbulu dan besar yang dikatakan oleh saya tadi. Saya baru melihatnya dengan begitu jelas selepas ma saya mengalih barang-barang yang melindungi tangga tersebut.

"Hah, ada lagi ke?" Ma dan ayah saya bertanya lagi.
"Errr, dah tak ada dah! Tadi saya memang lihat ye berlari ke situ. Mungkin dah lari ke tempat lain dah kot." Saya tidak mahu mengakui apa yang saya lihat tadi hanyalah imaginasi saja. Malu la sebab saya bersungguh-sungguh takut tadi.

"Ma rasa tikus je tadi tu."
"Aaah, fatihah rasa mungkin tikus la kot." kali ni saya mengiakan kata-kata ma saya.


*******


Saya tersenyum sendiri pagi-pagi hari ni. Gara-gara penglihatan saya yang rabun, kecoh ma dan ayah saya. Macamanala saya boleh lihat simen tu macam haiwan. Sampai sudah mereka tak tahu yang saya lihat tu sebenarnya simen. Tapi saya tak menipu sebab masa saya petik suis lampu memang benar ada haiwan berlari ke tempat itu. Mungkin Si Tikus. Alahai, kecoh betullah!

::Moral of the Story::

Kita tidak boleh menilai secara terus apa yang kita nampak kerana mungkin kita punya kelemahan yang merosakkan nilaian kita terhadap sesuatu. Kadang-kadang kita harus merisikokan diri untuk melihat dan memastikan sebuah kebenaran itu kerana kebenaran itu sukar diperoleh oleh jiwa yang dikongkong oleh rasa takut.


________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-
________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.