14 Aug 2011

Sweetnyer Diaa



بسم الله الرحمن الرحيم

Post saya ni saya dedikasikan untuk adik saya yang tersayang kerana dia telah buat saya rasa terharu. Ya, terharu sangat! Nak tahu kenapa?? Meh nak citerr..Satu hari tu saya tertengok satu benda yang berwarna merah dalam begnya. 

Saya : Ya Allah, cantiknyerr..!
Adik : Kak ten ambikla. 
Saya : Adik beli ke kak ten ke??(sambil tangan saya membelek-belek benda tersebut)
Adik : (mengangguk-angguk kepala,sambil tersenyum malu)*adik saya memang pemalu
Saya : Ni adik beli hadiah hari lahir kak ten ea??(saya seronok dah mase tu)
Adik : Ye, tapi murah jah adik beli tu. Berape ringgit jah. Kak ten suker tak??
Saya : Ya Allah, kak ten suker sangat. Biarla murah pun dik. Comel sangat ni. Kak ten akan simpan baik-baik benda nie. Adik ni pandailaa...(tangan saya masih tak lepas pada hadiah yg dia bagi tu)
Adik : (tersenyum panjang)
Saya : Kenapa adik senyum macam tu?(pelik tengok adik saya macam menahan ketawa)
Adik : Tak eh..Lucu tengok kak ten. heheh

******

Nak tahu dia bagi apa kat saya?? Ni dia..



Simple je kan?? Tapi serius comel sangat! Bila kite tekan benda ni ye akan keluar lampu dan suara "I LOVE YOU"..Sweet sangat adik saya nie. Sebenarnya saya bukanlah nak sangat hadiah hari lahir. Sebab saya tak biasa pun menyambutnya. Tapi yang membuatkan saya terharu bila adik saya kata dia beli murah je,tak tahu saya suka ke tak. Dia masih blaja lagi, jadi tak perlulah dia beli hadiah atau ape-apa kat saya. Tapi saya suker bile dia bagi Lurve tu..

Adik saya ni bisa membuatkan orang terharu bila berkawan dengannya. Saya masih ingat masa dia darjah enam dulu. Balik dari sekolah atau tambahan dia akan simpan sesuatu yang dia beli kat sekolah dan bawanya balik ke rumah untuk diberi pada saya. Ikutla apa sahaja, gula-gula ke, snack ke atau keropok. Mesti die akan simpan untuk saya. Kadang-kadang saya rasa macam saya pula adik. Biarpun dia yang bagi saya rasa seronok. Saya bukannya nak sangat benda-benda tu semua, tapi saya meraikan pemberiannya. Dia suka memberi, jadi saya gembira menerimanya biarpun harganya hanya sepuluh sen. Saya menaruh harapan tinggi pada adik agar dia tumbuh menjadi muslimah yang solehah. Sekarang alhamdulillah, hatinya semakin cinta dengan syariat Ilahi. Mudahan Allah sentiasa memeliharanya daripada keindahan duniawi..~Sayang Adik!

:: Moral of the Story ::

Belajarlah bagaimana mahu memberi dan belajarlah bagaimana mahu menghargai pemberian orang lain. Yang penting cuba belajar ikhlas dalam setiap pemberian agar yang menerima boleh merasai keikhlasan pemberian tersebut.
____________________________________________________________________

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Hassan Al Basri-  ___________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.