8 Aug 2011

Ceghita Lamerr


بسم الله الرحمن الرحيم 


1.50 petang,
6 Ogos 2011
Pasaraya Jelira

Pada petang tu ayah dan ma saya mahu hantar adik bongsu ke asrama di MRSM Jeli. Saya tidak ikut. Mereka singgah sekejap di pasaraya Jelira.

Ma : Ambiklah adik nak apa-apa untuk dibawa ke asrama. Nanti ma bayar.
Adik : (menangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum)

20 minit kemudian...

Ma : Dah habis membeli?? Adik beli apa?
Adik menunjukkan barang yang dibelinya.

Biskut Roti - RM 1.50
Air Kotak   - RM 4.50

Ma : Ni je??
Adik mengangguk. Ma perasan adik macam ada nak sesuatu. "Betul ni?? Ma nak bayar dah ni." sekali lagi ma bertanya. Barang-barang adik bertukar tangan.

Adik : Ma, bak sini air kotak tu.
Adik pun pergi ke suatu tempat dengan membawa air kotak tadi dan dia kembali dengan coklat snack dua paket. Air kotak diletak kembali di tempat dia ambil.

Ma : Kenapa adik letak air kotaknya?
Adik : Tak apa la ma. Adik nak beli coklat snack ni.
Ma : Dah tu ambik je la sekali.
Adik : Ma ada duit tak nak bayar? Mahal air kotak tu.
Ma : Adik, kalau adik nak beli supermarket ni pun ma boleh beli.(ma bergurau dengan adik)
Adik : Takpe la ma. Air kat sekolah dah ada. Tak perlu kot air kotak.
Ma : Kalau gitu marilah kita pergi bayar.

******



Adik...adik...kelakar pun ada dengan adik saya sorang ni. Kalau dia ambil coklat snack(2 paket),biskut dan air kotak tu sekali, harganya tak sampai pun RM 10. Tapi tu la adik saya. Dia memang tidak suka orang lain habis duit sebab nak beli barang pada dia. Kalau boleh dia akan cari barang yang paling murah sebab tak nak menyusahkan orang lain.

Sebenarnya dalam diam saya mengagumi adik bongsu saya ni dari dia kecil lagi. Senang hati mempunyai adik seperti dia. Tak hairanlah ma dan ayah saya sangat sayangkan dia. Yang saya suka tentang adik saya ni, dia tidak pernah meminta sesuatu daripada ma dan ayah mahupun daripada kakak-kakaknya atau abangnya walaupun dia tu anak dan adik bongsu. Kalau dia minta saya yakin semuanya akan dipenuhi. Tapi sikapnya itu membuatkan orang lain makin sayang padanya. Macam-macam orang beri padanya walaupun tidak pernah dia sekalipun dia meminta.

Pernah dulu(masa kecik-kecik), saya dan adik pergi ke kedai dengan ma untuk cari baju raya. Dia ada berkenan satu baju kurung ni dan ma dapat rasakan yang dia berkenan sangat dengan baju tu. Ma cakap kat dia, kalau nak beli ambik la. Dia tak cakap nak ke tak tapi dia suruh ma tanya berapa harga baju tu. Selepas tahu harga, terus dia lepaskan baju tu. Kalau tak silap baju tu harganya dekat RM30. Bagi orang lain mungkin tak mahal, tapi bagi saya dan adik saya (pada masa tu) mahal sebab kami tak pernah pakai baju kurung yang harganya melebihi RM20. Paling mahal pun RM15.

Tapi kalau adik nak boleh sangat dia bersikap seperti anak bongsu yang lain. Bukan maksud saya anak bongsu ni tak baik, tapi biasanya anak bongsu ni barang yang dia nak pasti dipenuhi. Saya jadi respect kat adik sebab kecik-kecik dah faham kesusahan orang lain. Saya nekad dulu, bila saya dah besar saya nak beli macam-macam untuk adik sebab dia tidak pernah meminta dan menggunakan barang yang ada seadanya. Sekarang, saya tak nak adik saya rasa apa yang pernah saya rasa dulu. Tapi saya bersyukur di dilahirkan dalam keluarga ini, at least Allah beri peluang untuk saya rasa nikmat kesusahan.

Alhamdulillah, sekarang kehidupan menjadi lebih baik daripada dulu. Cukup makan dan pakai. Sedangkan di luar sana masih ramai yang kesusahan tidak dapat makan. Terima kasih pada ayah yang tidak jemu membanting tulang sebagai tukang kebun di sekolah. Terima kasih pada semua!

~Selamat ulang tahun kelahiran buat ayah tersayang. Semoga ayah sentiasa berada di dalam pemeliharaan Allah SWT.(7 Ogos 1951)

:: Moral of the Story ::

Bersederhanalah dalam kehidupan di dunia ini kerana Rasulullah sukakan kesederhanaan. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.


_________________________________________________________________

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 
                     -Hassan Al Basri-                 
__________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.