10 Nov 2011

Berjalan Tanpa Henti


بسم الله الرحمن الرحيم


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

BERJALAN TANPA HENTI

Lirik ini seakan-akan kena dengan diriku sekarang. Aku tahu di dalam dunia ini tiada siapa pun yang tidak diuji cuma setiap orang itu lain ujiannya. Cuma yang ingin aku katakan di sini betapa berbezanya penerimaan ujian di masa kini dengan masa yang lalu. Apa bezanya? Sangat banyak! Dulu aku menerima ujian sewaktu belum ditarbiyyah, sekarang ujian itu datang lagi tapi aku berada dalam proses tarbiyyah. Jadi apa bezanya??

Jika mahu dihitung kehidupan dulu, kadang-kadang mata ini berair mengenangkannya. Iyalah, bagaimana seorang budak yang meneruskan kehidupannya tanpa tahu apa erti dia hidup di muka bumi ini. Seolah dia tidak punya matlamat akhir! Ya, dia tidak tahu! Dulunya dia juga tidak tahu bahawa dia ada ALLAH untuk menggantungkan segala harapan, segala impian, dan segala kemahuan. Bukan dia tidak yakin, tapi dia tidak betul-betul mengenali Tuhannya. Jika ujian datang mencuit bahunya,pasti dia tersunggul kesedihan dalam durja yang amat panjang tanpa dia tahu sebenarnya itu adalah tanda cinta dari yang Maha Penyayang untuk dirinya.

Sekarang, dia bersyukur..sangat bersyukur...diberi kesempatan olehNYA sempat merasa ditarbiyyah. Walaupun dirinya tidaklah sehebat serikandi-serikandi Islam yang berani di medan juang dan petah dalam melaungkan significant dakwah, dia berusaha dan tidak akan berhenti berusaha untuk mencapai yang terbaik disisi Tuhannya. Dia berusaha untuk menangkis segala kejahilan yang pernah bertapak dalam dirinya dahulu. Bukan senang ya! Tapi dia yakin, dia ada ALLAH dan juga sahabat-sahabat untuk membantunya bergerak dalam medan juang.

Dia selalu cuba untuk menjadi seorang yang tabah dalam segala hal even kebanyakannya dia seringkali tersungkur! Tapi setidaknya dia cuba mempositifkan setiap apa yang berlaku pada dirinya adalah kehendak Dia.. Kehendak siapa??? Kehendak ALLAH Subhanahu wa Taala. Kalau dek bukan kerana proses tarbiyyah yang dia peroleh sudah pasti, dia mempersoalkan pada Tuhannya itu dan ini atas setiap yang menimpanya. Pentingkan tarbiyyah?? Dia terfikir untuk seketika, jika ujian ini didatangi Allah sewaktu dia mula merangkak untuk memahami susur galur dakwah, adakah penerimaannya akan sama? Disini betapa terlihatnya kasih sayang ALLAH. DIA tak sesekali membebankan hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Allah tahu 'dia' mampu menghadapinya!

Dia sekarang sudah faham serba sedikit tentang tarbiyyah. Jadi sudah menjadi tugasnya untuk memberi kefahaman itu kepada orang sekelilingnya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Untuk berbicara soal tarbiyyah dengan orang luar mungkin tiada masalah, tapi untuk memahamkan orang terdekat dengan kita tentang ini amat payah. Kadang-kadang lidah jadi kelu, apa yang nak disampaikan tidak sampai. Mungkin diri masih terhijab dengan dosa dan maksiat. Moga diampunkan ALLAH.

~jangan pernah kau merasakan ujian yang diberikan padamu itu terlalu berat, kerana kekasih ALLAH, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wassalam menyoroti ujian lagi hebat. Selamilah sirah perjuangan Rasulullah agar dirimu tahu betapa kecilnya ujian yang kalian terima berbanding zaman Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam dahulu dan ambillah ibrah daripada kisah-kisah tersebut.(musafir.cinta.Ilahi)  
_________________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _________________________________________________________________

4 comments:

  1. hijau dan putih? sy suka putih je (:

    assalamualaikum wbt
    the task ahead you is never greater than the strength within you. kan ukhti?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt

    hehe...kangan sama enti..^^
    i love both..ade satu wrna lagi,pink!
    yeah..you're right! whenever He gives us hard task, He provide us easy way to solve it also..=)

    p/s:-huhu xreti nk ckp omputih..xtau la faham ke tidak(:

    ReplyDelete
  3. saya suka semua, hihi. tapi kadang kadang tu xsuka kale biru. hehehe.
    tapi biru langit suke la. semua ciptaan ALLAH belaka. hehe.

    ReplyDelete
  4. >anasrikandiislam

    hehe..bagusnyer..wrna-warni kehidupan tu..hok penting paling suke hijau n putih(tersirat komen ni..heheh) ^___^

    p/s:-biru langit n laut cantik(give calmness)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.