22 Dec 2011

Siapa Dia Putera Agamaku...??


بسم الله الرحمن الرحيم 

cari putera agama, bukan putera raja (:

Tertarik dengan kata-kata dalam lukisan Rusydee Artz nie, "usah kau kejar Putera Raja, tapi cari dan dambalah Putera Agama". Fitrah manusia sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidupnya. Kalau belajar nak cemerlang, kalau bermain nak jadi juara, kalau nak memilih pasangan pun mesti nak yang kalau boleh macam putera raja(over demand nie).. Tapi jangan lupa yang terbaik di depan mata kita tidak semestinya terbaik dalam pandangan Allah. Jadi yang mana satu nak?

Dalam perkiraan umur yang semakin bertambah ini, perasaan naluri akan terdetik, siapakah yang akan menjadi pendampingku kelak? Hensemkah dia? Baikkah dia? Kayakah dia? Adakah kita mencari ciri-ciri tersebut dalam diri seorang yang lelaki yang bakal halal untuk kita? Bolehkah kita bahagia hanya dengan ciri-ciri itu saja?? Kalau dia baik pun belum tentu lagi dia boleh bahagiakan kita. Jadi carilah putera yang bukan sekadar ada agama saja tapi beramal dengan agama itu, iaitu agama Islam.

"Siapalah saya nak orang-orang alim, warak! Saya bukannya baik pun." Silap jangkaan kalau ada yang berkata demikian. Saya tanya siapa kita nak menentukan kita ni baik atau jahat. Kalau begitu adakah Asiah, isteri Firaun tidak cukup solehah kerana itu dia ditakdirkan hidup bersama Firaun yang kejam lagi zalim itu? Sudah tentu tidak bukan. Percaturan Allah itu amat hebat. Jadi jangan mengukur diri sendiri jahat sebelum kita mencuba untuk menjadi yang terbaik di hadapanNya.

Saya pernah disoal beberapa kali bagaimanakah putera idamanmu. Setiap kali itu saya berasa takut untuk memberi jawapan, berhakkah saya memilih? Tetapi ada seseorang yang menjentik hati saya berkata, "Kamu berhak, kerana kamu memilihnya bukan saja untuk menjadi suamimu, tapi sebagai imam solatmu, sebagai pengemudi pelayaran hidupmu, sebagai pemimpin anak-anakmu, penerang cahaya untuk keluargamu.." Saya sebenarnya agak tergamam! Begitu saya tidak layak untuk mendapatkan seperti itu. Sungguh mulia ciri-ciri lelaki tersebut. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mengharapkan jodoh yang baik. Berdoalah padaNya dan sambil itu perbaikilah diri menuju solehah.

Jangan bersedih jika kamu mencintai seseorang, tetapi dia ditakdirkan dengan orang lain. Bukan kerana kamu tidak cukup baik untuk dirinya, tapi Allah mahu memberikan kamu orang yang lebih baik darinya. Allah sedang merencanakan yang terbaik untuk kamu. Lebih baik kamu menjejaki cinta Allah dahulu sebelum menjejaki cinta anak Adam. Kerana bila cinta kamu larut bersama Allah, cinta lain akan menyusul.

nota penulis :
saya mungkin akan menikah dengan yang orang tidak saya cinta, tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi..


Photobucket_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Subahanallah..(hanya i2 yg mampu terucap tatkala baca entry ne)

    Rasa nak nangis pun ada.;( (entry awk terkesan d hati sy)..walaupun umur sy masih setahun jagung..

    kalau nak crita pasal'jodoh' ne berat sikit. ya, kite tau kite ne sapa kan..hmm..Alhamdulillah saat ne, xda sapa pun dlm hati ini sebab sy takutkan DIA.

    sy jga ttap berpegang..perempuan yg baik utk lelaki yg baik..ye tak? tp.. yela mcm yg awk ktakan spt kisah Asiah, isteri firaun yg kejam lg keji ;( . tp ye..percaturan Allah sgt hebat . sy yakin! ;)

    Sama seperti awk, satu hari nanti jika Allah temukan jodoh sy, suka atau tidak.. saat itu sy akn terima dia walau kenal atau tidak.

    hehe..sory bebnyak dah emosi sgt..apa pun entry awk best..

    teruskan bertinta mencari redhaNYA

    salam ukhuwah dari saya :')

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    subhanallah (hanya i2 yg mampu sy ucapkan tatkala baca entry awk)..

    suka sgt, rasa nk nangis( huhu, fitrah wanita..cepat terkesan walau pun benda2 kecik kan?,hehe)

    walaupun umur sy baru setahun jgung mgkin masih x layak lg nk cerita pasal 'jodoh'.. hehe..tp entry ne cukup berbekas d hati sy..

    Alahamdulillah..saat ini hati sy bukan milik sape2..dan sy x kan couple2 ..insya'Allah.. sbb sy takut Allah..

    sy jg yakin ..''perempuan yg baik utk lelaki yg baik''..tp Asiah isteri firaun yg keji lg hina i2 bgaimana? . Ye, percaturan Allah sgt hebat bukan..:')

    spt yg awk katakan, sy jg seperti anda.. satu hari nanti jika Allah temukan jodoh kita.. sama ada suka ataupun tidak.. sy jga akan tetap terima. Ikhlaskan hati walau pun kenal ataupun tidak..sy akan terima dia..insya'Allah..

    hee~ sory emosi sgt, apa pun sy suka entry awak ..Teruskan bertinta ye..

    *da mcm karangan da..sory

    salam ukhuwah dari saya *__*

    ReplyDelete
  3. @Amirah Fisra: hehe..tak dang nak tulis panjang2..ni je yg mmpu tercurah..=)

    ReplyDelete
  4. @umairah safiyyah: ye umairah..mga umairah kuat ye, xnakla couple2 ni..insyaAllah, buat masa ni biarlah Allah yg memelihara kita..

    sbb setiap apa yg Allah tentukan mesti terkandung hikmah yg amt besar, dan kdg2 kite yg xnmpak dan berterusan merungut.

    jgn risau tentang jodoh, lambat atau cepat ia pasti ada..jika xsmpat didunia mudahan di syurga sana..sama2 kite mnjaga diri, jaga hati. dunia skrg amt mncbar..=)

    salam ukhwah fillah, uhibbuki..^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.