2 Mar 2012

Berubah : Susah ker..?


بسم الله الرحمن الرحيم 


Betul ke berubah ke arah lebih molek a.k.a baik itu susah? Siapa cakap? Haa..orang lain cakap? Yang nak berubahnya kita, bukan orang lain. So, stop listen from others oke! Listen here, dalam kehidupan ini kita tidak tahu takdir menempatkan kita ke mana dan bagaimana. Adakah sepanjang hidup ini kita mahu kekalkan kehidupan kita tanpa perubahan ke arah lebih baik. Bukankah itu satu kerugian, bilamana Allah memberi kesempatan masa untuk kita menjadi insan yang lebih baik, tetapi kita persiakan. Bukanlah kebaikan itu untuk orang-orang yang baik, seterusnya tidak layak untuk diaplikasikan kepada orang-orang yang dahulunyu jahil tukil@jahat@nakal@etc..Kebaikan itu untuk siapa saja yang inginkannya. And you deserve it!


Kebiasaannya perasaan takut akan menyelubungi jika kita mahu mentransformasikan diri ke arah lebih baik. Lebih-lebih lagi orang yang dulunya jahat tahap dinosour, yang jarang sembah Allah even seorang muslim, ahli maksiat tegar. Takut pandangan orang terhadap diri mereka. Apa orang kata nanti jika mereka berubah. Kalau sebab itu yang kita runsingkan, kitalah orang yang paling rugi di dunia malah di akhirat. Perlu tepiskan sedikit perasaan takut, kerana ganjaran besar menanti kita dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Tak perlulah kisah dengan orang sekeliling. (Cakap macam senang..huh!)

Siapa pun kita di masa lepas, kita berhak diberi peluang untuk menjalani perubahan. Allah sentiasa bukakan peluang itu, cuma kita je kadang-kadang kaburkan peluang yang ada dengan alasan setinggi KLCC. Saya ada satu perkongsian ringkas di mana ini merupakan kisah benar seorang hamba Allah, lelaki yang melalui proses perubahan menuju mardhatillah. Saya petik kisah ni daripada pengalaman orang itu sendiri dan sudah dizinkan. Mungkin kisah ini boleh menjadi pembakar semangat anak-anak muda untuk berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Kisahnya begini...

Hamba Allah ini mahu digelar Abdullah. Abdullah ni seorang yang sangat nakal. Solatnya tak pernah cukup  dan tiada rasa bersalah pun dihatinya bila meninggalkan solat. Waktu yang dia suka miss subuh dan isyak. Kalau solat pun macam lipas lari kena kejar. Tidak tahu apa yang dibacanya ketika dalam solat. Dan ini berlanjutan sehingga dia berumur 17 tahun. Dia  bukanlah seorang pelajar yang bagus akademiknya. Selalu kena marah sebab, tak pernah sentuh buku bila kat rumah. Sentuh pun tidak, apatah lagi utuk membacanya.

Dia ni juga ada satu tabiat pelik yang tak dapat diubah iaitu suka mencari gaduh. Gaduh manja fikirnya! Katanya dia bosan. Jadi dia akan mencari mangsa, biasanya kakaknyalah untuk dia menghilangkan rasa bosan tu. Pantang kakaknya ada depan mata, mesti nak disakiti. Kesian jugak kat kakaknya, kadang-kadang dimarahi ibu mereka padahal ternyata yang salah adalah dia. Dia suka marayau tak seperti abang-abangnya. Kadang-kadang keluar pagi, masuk maghrib baru nampak muka. Selalulah kena marah dengan ayah sebab akademiknya tak bagus lepas tu malas baca buku, solat pun malas.

Kakaknya dah puas menasihatinya, jarang sangat dia mahu mendengar. Alih-alih ejekan pula dihadiahkan. Kakaknya sangat sayang dengan dia, sebab itu kakaknya mahu adiknya sedar dari kehidupan yang sia-sia. Namun tetap hampa. Sehinggalah satu hari, dia memasuki satu institusi pendidikan dan join kumpulan yang dinamakan usrah. Dengan kuasa Allah, dia menemui jalan kembali kepadaNya. Perubahan sangat ketara dikesan oleh family dia selepas dia balik untuk cuti semester. Alhamdulillah, orang yang paling gembira mestilah ma dan ayahnya. Dan dia meminta maaf dengan kakaknya kerana selama ini banyak menyusahkan. Abdullah berterima kasih kepada kakaknya kerana sentiasa mendorong dia untuk menuju ke arah kebaikan.

Kalau anda semua nak tahu, saya kenal dengan lelaki ni. Family dieorang pun saya kenal. Selepas pada itu saya lihat Abdullah tu solat lima waktunya disempurnakan di masjid. Dan dia lebih banyak diam dan al quran jadi penemannya. Dengan pengarang jantung hatinya yang dulunya separuh mati dia sayangkan pun dia sudah putuskan. Sebenarnya, bagi saya agak susahlah orang seperti dia untuk berubah sebab kawan-kawannya jenis yang gila-gila dan spesis yang suka mencarut. Tetapi siapa kata tak boleh, asalkan tuan badan nak, no problemlah! Ingat, yang nak berubah kita, bukannya orang lain!

Haa.. Kalau bukan kita yang ubah diri kita, kita nak harapkan siapa lagi kan? Berubahlah slow-slow.. Untuk perempuan, kalau sebelum ni tak tutup aurat, sekarang pakailah tudung. Tak perlu labuh sampai lutut, yang penting melepasi dada, tidak jarang. Tapi if nak pakai tudung labuh@bulat pun cantik apa. hehe. Dan paling penting perbaharui hati yang sebelum ini gelap without nur(bukan nurkasih ea). Untuk lelaki, kalau sebelum ni suka pakai seluar pendek paras paha, tolonglah korbankan seluar-seluar pendek tu. Tak rugi pun, malah dapat ganjaran banyak. And the most important things, hati mesti ikhlas kerana Allah. Perubahan itu akan menjadi susah bila kita merasakannya susah. Tetapi kalau susah pun apa salahnya, susah kan tarbiyyah..

-musafir.cinta.Ilahi-
syarat tarbiyyah yg berjaya adalah orang yang 
ditarbiyyah ingin berubah

p/s:-post ini telah diedit setelah Miftah Darul Sa‘adah mengulas sedikit tentang ayat a-Ra'd : 11 yang sebelum ni saya letakkan dalam post ini. Ayat itu bukan bermksud, kite yang kena mengubah nasih kita, tetapi Allah telah menjadikan manusia tu asalnya semua dalam keadaan baik, manusialah yang mengubahnya menjdai tak baik.. wallahuallam.

  Photobucket_______________________________________________________________ 
Selawat dan salam pada Habibullah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam _______________________________________________________________

4 comments:

  1. Sunnah perjuangan mesti ada cubaan, mehnah dan tribulasi.

    Cuma satu je yang ana belajar: setkan mindset yg positif. Dan secara peribadi benda ini berlaku pada ana.

    Ana tak tahu bagaimana nak gambarkn perasaan apabila berfikiran positif. Tetapi, insya-Allah, semuanya dipermudahkan.

    Oh ya, tafsir ayat 11 Surah ar-Ra'd tu sebenarnya merujuk kpd perubahan positif kepada yg negatif, bukan sebaliknya, krn tafsiran yg sebalik tu tafsiran Muktazilah.

    ReplyDelete
  2. @Daie Siber: syurga itu mahal, jdi laluan ke sana mestilah berliku-liku..=)

    owh..tentang tafsir surah ar-Rad tu, ana kurang faham. boleh daie siber perincikan lagi penerangan..supaya ana dan juga pengunjung yang baca entry ni, boleh faham sekali.. syukron ye, atas teguran ^^,

    ReplyDelete
  3. @Musafir Cinta Ilahi: Tafsir sebenar Surah Ar-Ra'd ayat 13 tu adalah, Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, yang mana ianya adalah baik, sehingga kaum itu sendiri mengubah, daripada baik kepada yang jahat.

    Adapun, tafsir "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya" adalah tafsir yang tersilap dan merupakan tafsir puak Muktazilah. Ana pernah dengar penjelasan mengenai hal ini, terutama oleh Ust Azhar Idrus, teapi buat masa sekarang ana tak ingat penjelasannya bagaimana. Boleh je cari video Ust Azhar dalam YouTube.

    ReplyDelete
  4. @Daie Siber: owh, macam tu ke? xpe, nanti ana cuba cari tentang penjelasan tentang tu. jazakallah =)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan catatan seorang musafir yang ingin menggapai redhaNya.. Yang mana baik, ambik yang mana yang buruk tok sah ambik ye. Jika ada salah dalam penulisan ini, mohon teguran sahabat-sahabat semua.